SEBELUM HADIRNYA PELANGI PASTI HADIRNYA HUJAN
" If you say that it won't work, then it really won't. But if you tell yourself that it will, then it'll work out miraculously. There are a lot of things that can change depending on how you think. "
-Thirty But Seventeen
"Mama cecair apa ni?"-Arash
"Nantu mama bagitau. Sekarang kamu bersiap-siap. Semakin kita senyap, semakin kuat musuh. Jadi kita perlu bertindak"-Tengku Isabella
Setelah mendapat keberanian, Harvey masuk ke dalam Wad Erysha. Sayu hatinya melihat keadaan Erysha. Walaupun Erysha hanya pengsan, doc beritahu yang dia agak stress.
'Semua salah aku. Kalau aku ada disisi dia, semua benda ni takkan jadi. Isha takkan masuk wad. Ean takkan demam. Kenapa aku ni? Kenapa?'Bisik Harvey perlahan sambil meraup mukanya. Arash risau melihat Harvey yang seperti orang hilang arah. Haih budak ni.
"Harvey, kau dah okay? Aku nak tanya something ni. "Panggil Arash setelah 15 minit membiarkan Harvey mengurut ubun ubun kepala Erysha
"Apa dia?" Soal Harvey setelah mencium tangan Erysha
"Ini.....cecair apa dalam bekas ni?"Soal Arash
"Entah. Aku jumpa ada dalam jaket aku. Aku nak buang tapi tak sampai hati. Entah tak tahu kenapa"Jawab Harvey. Jawapan Harvey membuatkan Arash semakin tertanya-tanya
"Aku .......... pernah nampak botol macam ni. Rasanya dekat sebuah makmal milik Black Dragon masa ceroboh markas diorang. Aku syak ini angkara diorang. Boleh aku ambik potion ni? "Soal Arash. Tanpa menunggu balasan daripada Harvey dia membawa potion itu keluar bersama-samanya
'ceh baik tak payah tanya' kutuk Harvey dalam hati
Tiba-tiba Harvey rasa aura hitam yang menyelebungi dirinya hilang. Seolah-olah beban selama ini hilang. Harvey sujud syukur tanda bersyukur. Sesungguhnya tuhan maha berkuasa. Maha mengetahui.
Malam itu, Dia pergi ke tandas untuk mengambil wuduk. Mahu solat sunat witir . Sekarang dia cuba perlahan lahan untuk istiqamah dalam beribadah. Dia ingin menebus segala dosa yang dia buat dulu. Dia tahu dia dulu sangat jahil.
Notes daripada author ! Orang yang jahil di masa lalu, mungkin akan jadi baik daripada kita di masa akan datang. So Don't judge people. People can change.
Selesai solat sunat witir , dia berteleku di atas sejadah. Dia berdoa untuk kesejahteraan dia, keluarga dia dan seluruh kaum muslimin dan muslimat. Habis sahaja berdoa dia melipat sejadah lalu menemani Erysha. Menitis air matanya apabila mengetahui bahawa Erysha sudah sedar. Syukur kepada Allah yang maha mengetahui. Well,sometimes what we plan is not as beautiful as what god has set for us.
"Is-isha, maafkan abang sayang. Abang sedar abang salah. Ab-abang jahat kan? Ab-abang minta maaf sangat-sangat. Abang ta-tak sedar masa abang buat tu" rintih Harvey sambil menangis. Sungguh dia sangat menyesal diatas perbuatannya. Andaikan waktu boleh diputarkan semula..... Dia tahu dia sangat jahat. Diwaktu Erysha memerlukan sokongannya, boleh dia ungkit tentang Uwais.
Flasback,
"Erysha!"jerit Harvey dari tingkat bawah. Tergopoh-gapah Erysha turun kebawah. Risau Harvey akan mencederakan Ean buat kali ke tiga. Sakit hatinya apabila melihat Ean disakiti semalam. Harvey mencekik Ean dihadapan matanya. Sudahlah waktu itu dia sedang menyusukan Ean.
"Ap-apa dia ab-abang. Abang la-lapar? Is-Isha dah masak." Tergagap-gagap Erysha menuturkan kata-kata itu disebabkan terlalu takut. Semalam, dia dipukul oleh Harvey kerana terlupa memasak makan malam.
Dia asalnya bercadang ingin tidur sekejap kerana terlalu penat di hospital. Akan tetapi, kita hanya merancang tuhan yang menentukannya. Erysha tertidur sampai ke magrib. Harvey yang balik daripada balai polis mengamuk . Akibatnya, Erysha diterajang sehingga lebam kakinya. Ean menangis punyalah kuat sebab takut. Yes mereka dah trauma
"Hey, kau dah gagap pula sekarang?" herdik Harvey. Sinis matanya memandang Erysha
"Ma-mana ada" nafi Erysha.
"Erysha, aku mahukan habuan " ujar Harvey sambil mendekati Erysha. Dada Erysha menjadi sasarannya. Erysha menjauhkan dirinya daripada Harvey. Semalam juga, Harvey.... Menyakiti dia sehinggalah dia pengsan
"Aw-awak .... Darah nifas saya be-belum hilang" ujar Erysha semakin menjauhkan diri. Ean dipegang erat-erat . Mata Ean ditutup
"Ke.....," Harvey membiarkan ayatnya tergantung. Erysha tidak sedal hati. Dia tahu nasibnya akan sama seperti semalam. Dia sudah nekad. Esok, balik sahaja daripada kolej dia akan ke rumah mama. Biarlah apa mereka nak kata. Dia dah tak sanggup. Barang-barang Ean boleh dibeli baru.
"Ke.... kau dah tidur dengan orang lain?" Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja Harvey menuduh Erysha sedemikian rupa. Erysha tidak kisah andai disakiti tetapi apabila dia dihina sebegitu......
"Wahai Harvey! Selama ini saya bersabar kerana awak suami saya. Tetapi awak boleh hina saya macam tu? Awak ingat saya murah sangat sampai saya nak tidur dengan orang lain? Awak lupa ke yang saya baru 4 bulan 2 minggu keguguran? " Sangkal Erysha. Erysha tidak sedap hati apabila pandangan mata Harvey bertukar menjadi tajam. Penuh kebencian. Mesti dirinya akan dimaki lagi.
"Kau! Sebab kau anak aku mati. Sebab kau tak berhati-hati anak aku mati. Kau ibu yang tak guna. Kau ingat dengan jaga budak ni kau boleh hilangkan rasa marah aku terhadap engkau? Aku selamanya tidak akan memaafkan kau. Sundal!" Ungkit Harvey. Erysha jatuh apabila hal Uwais dibangkitkan. Dia menangis semahu-mahunya. Ean yang sedang tidur terjaga apabila air mata Erysha terkena mukanya
'abang ingat , abang seorang sahajakah yang terkesan diatas pemergian Uwais? Abang fikir saya sengaja suruh Lidya tikam saya? Macam tu? 'bisik Erysha di dalam hati. Dia tidak punya keberanian untuk menuturkannya
"Jangan menangis sundal. Kau yang salah. Kau memang teruk. Bodoh. "Jerkah Harvey. Jerkahan Harvey menyebabkan Ean menangis. Sudahlah usia Ean baru 1 bulan setengah. Kesian budak tu
Pang!
Berpijar pipi kanan Erysha. Tidak menyangka Harvey akan menamparnya. Kuat pula tu. Bibir Erysha berdarah.
Pang!
Kali ini pipi kiri pula yang menjadi sasaran Harvey . God help me
"Arghhhh!" Erysha menjerit kesakitan apabila rambutnya direntap kemudian Erysha dipukul menggunakan tali pinggang.
Menjeritlah sekuat mana pun , bukan ada sesiapa yang dengar kerana rumah mereka kalis bunyi.
Bergema bunyi Erysha menjerit. Satu persatu serangan dilakukan oleh Harvey. Erysha lemah dan tidak lagi mampu melawan. Dia sudah pasrah. Ean masih didakapnya. Dia tidak akan sesekali membiarkan Harvey mencederakan Ean. Lagi.
Din dong!
Kedengaran loceng rumah ditekan. Erysha menarik nafas lega . Syukur alhamdulillah.
"Hello siapa tu? "Soal Harvey sebaik sahaja membuka pintu. Suaranya dimaniskan
"Ash. Aku nak tengok Erysha and Ean. Boleh aku masuk?" Sahut Arash. Dia berkira-kira ingin melangkah masuk, tetapi Harvey menghalang
"Err- maaf Ash, Erysha tengah tidur . Ean pun tengah tidur . Aku takut kau ganggu diorang. Baliklah. Ak-aku nak kejut dia. " Dalih Harvey. Mukanya bertukar menjadi pucat.
Arash cuba untuk mengintai.
Namun, Harvey seolah-olah tidak mahu dia lihat apa yang sedang terjadi. Arash merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Mustahil Erysha tidur diwaktu sebegini.
Terbuntang matanya apabila ternampak Erysha sedang terduduk sambil menangis. Ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah tangga adiknya. Dia akan siasat esok. Arash terus pulang ke rumah tanpa berfikir panjang
Firasatnya bertambah kuat apabila keesokan harinya, Erysha pulang ke Tengku Isabella's House. Dan ingin tidur disana beberapa malam. Malam itu, dia memanggil Erysha ke biliknya.
Sangkaannya benar setelah melihat lebam-lebam biru di badan adiknya. Dia ingin memberitahu Tengku Isabella, akan tetapi Erysha menyuruhnya merahsiakan hal itu.
End flasback..,
"Ean mana?"perkataan pertama yang keluar daripada mulut Erysha.
"E-Ean ada dengan mama. Mama jaga Ean"Jawab Harvey. Dia agak kecewa kerana Erysha mengendahkan kata-katanya
"Ean okay ?"Tanya Erysha lagi. Dia hanya risaukan Ean dan terlupa tentang seseorang..
"Dia de-demam"jawab Harvey pantas . Hampir pengsan balik Erysha apabila mendengar yang Ean pengsan. Mesti anaknya merinduinya.
Aura janggal menyelebungi mereka. Senyap sepi.
Kedengaran lagu The Eve, ringtone phone Harvey yang di set oleh Erysha.
"Kenapa?"soal Erysha. Dia tidak mampu berbual secara mesra. Perbuatan Harvey masih bermain-main di fikirannya. Dia trauma.
"Mama suruh berkumpul. Di markas. "Jawab Harvey sebelum meninggalkan Erysha berseorangan di wad itu. Erysha hanya merenung dinding kerana dia pasti ada sesuatu yang disorokkan oleh keluarganya.
Sementara itu di rumah Tengku Isabella,
"Mama, ni cecair apa?" Soal Arash sambil menunjukkan sebuah botol kecil yang mengandungi cecair misteri
Hanya dengan sekali pandang, Tengku Isabella sudah dapat mengagak cecair apakah itu
"Nanti perjumpaan malam ini mama beritahu. Bersiap-siap lah "jawab Tengku Isabella
To be continue...
Share this novel