MY SECRET DIARY|°UNTOLD HURT STORY
SEBELUM HADIRNYA PELANGI PASTI HADIRNYA HUJAN
Yeash tak sia-sia dia mintak ganjaran sebab dia bersetuju untuk kahwin 6 bulan dari sekarang. Dia memilih untuk melancong ke Vanice,Itali . Dia memilih Vanice kerana..... Kawan-kawan sekelas dengan dia dulu selalu cakap Vanice ni best. Dia paling jauh pernah pergi dalam Asia sahaja. Hiks
"Maaa bila kita akan pergi ke Vanice? Isha dah tak sabar ni. Boleh Isha ajak kak Chrisst sekali? I want spend time with her and make her happy!"Ujar Erysha. Tadi kemain merajuk. Bila mamanya bersetuju untuk pergi ke Vanice terus hilang rajuknya. Dia dapat apa yang dia nak, happy dia seolah-olah menang loteri .
"In sha Allah kita akan pergi minggu depan. Pergi lewat-lewat nanti ada orang tu mengelat nak kahwin. Sure . Ajak sahaja sesiapa. Lagi ramai lagi best. Mama nak ajak Harvey dan Hayden sekali. "Ujar Tengku Isabella. Dia sudah merancang aktiviti di Vanice. Dan akan pastikan Erysha akan jatuh cinta dengan Harvey. Sudah tentu dia akan ajak bakal menantu dia.
"Alahhh kenapa nak ajak Harvey. Rosakkan mood betul.?"rengek Erysha. Alah kena hadap muka tunang dia jugak ingatkan dapat lupakan tentang perkahwinan dia tapi mama dah rancang rupanya.
" Mama... , Mama tak ajak kan Samantha? Isha tak sedap hati kalau Samantha pun ikut. Isha takut. "Ujar Erysha .
Dia merasakan bahawa Samantha itu... Seorang pengkhianat. Dia cuba membuang tanggapan jahat itu tetapi semakin dia cuba buang, semakin banyak pula otak dia fikir. Dia rasa takut terhadap Samantha sejak bertemu di mesyuarat ahli lembaga pengarah.
"Kenapa kamu cakap macam tu? Dia juga merupakan salah seorang ahli kerabat kita dan juga dua pupu kamu"Ujar Tengku Isabella. Dia tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Erysha. Dan susah untuk dia mempercayai bahawa Samantha itu pengkhianat.
"Mama, mama tak perasan ke renungan dia terhadap Isha masa mesyuarat ahli lembaga pengarah haritu. Renungan mata dia sangat menakutkan. Seolah-olah berdendam . Lagipun dia tu dua pupu Isha dari segi biologi sahaja.
Mama ingat Isha tak tahu ke yang Samantha tu hasil daripada hubungan sulit antara Uncle dan Jessy . Masa tu uncle belum kahwin lagi dengan Aunty Marissa. Dan uncle belum memeluk Islam kan?"Ujar Erysha. Sebenarnya, balik je dari mesyuarat ahli lembaga pengarah tu dia suruh Arash dan Ariyyan menyiasat siapa sebenarnya Samantha ni.
"Ma-macam mana kamu tahu? "Soal Tengku Isabella. Seingatnya dia tidak memberitahu Erysha tentang Samantha.
"Isha siasat sendiri. "Jawab Erysha pendek.
Papa Samantha, Tengku Alex Shown merupakan sepupu kepada Tengku Isabella.
"Nanti mama fikirkan."
Seminggu kemudian ,
"Mama jomm la pergi airport. Dah lambat niii. "Ujar Erysha. Excited betul . Iyalah ini kali pertama dia melancong ke luar benua Asia.
"Iya sayang. Jom."
Di airport,
Tengku Aryana Erysha kecewa kerana mamanya membenarkan Samantha ikut sekali. Dia bukan membenci Samantha akan tetapi dia tidak sedap hati .
Hayden dan Harvey memandang pelik apabila dia masam sahaja apabila ternampak samantha.
"Psttt Isha kenapa masam ni? Happy senyum . Kalau kau tak suka sangat Samantha tu sekurang-kurangnya baik kau cover. Nanti kalau uncle Alex perasan kau tak rasa uncle Alex akan terasa hati? Baik kau buat tak tahu. Kami akan sentiasa memerhatikan Samantha so kau jangan risau"Ujar Hayden. Dia geram tengok Erysha asyik menjeling tajam Samantha seolah-olah tak berpuas hati. Dua orang ni sama saja
"Betul tu sayang~dah jom. Kita pergi kedai serbaneka kejap. Beli stock gula-gula dan jajan"Ujar Harvey. Terasa pelik pula bila Harvey memanggilnya sayang.
"Weh nak ikut. Ajak buah hati dia saja . Aku ni? Kau buat macam sampah. Aku ni abang buah hati kau . Hormat sikit aku ni."
"Jom check out"Ujar Tengku Isabella.
Mereka memasuki balai pelepasan
Skip-
Setelah perjalanan selama beberapa jam, mereka akhirnya sampai ni lapangan terbang Vanice Marco international airport.
Erysha sangat gembira dapat menjejakkan kaki ke Vanice. Dia terpengaruh dengan mafia yang ada dalam . Hohoho mafia book yang paling dia suka ialah Ma sweet mafia . Macam tidak percaya akhirnya dia berjaya menjejakkan kaki ke Vanice.
Tapi disangkakan cerah sehingga ke petang. Rupanya tidak. Percutian yang disangka menyeronokkan bertukar tragedi apabila Erysha tiba-tiba pengsan dan hilang. Arash dan Ariyyan menyesal kerana tidak berada disamping Erysha ketika kejadian itu terjadi.
Setelah beberapa jam, mereka mendapati bahawa kumpulan Black Dragon , mafia milik musuh keluarga mereka dalang disebalik semua ini. Mereka pelik macam mana BLACK DRAGON boleh tahu mereka datang sini? Seingatnya tiada sesiapa yang tahu selain daripada keluarga mereka
Pada masa yang sama, Samantha hilang dan kembali dengan sendirinya apabila genap 3 hari. Mereka menemui Erysha dalam keadaan cedera parah. Mungkin disebabkan Erysha melawan mereka tanpa asas berlawan. So badan dia akan cepat sakit dan kalah.
Harvey, Hayden, Arash dan Ariyyan mengesyaki Samantha merupakan pengkhiat. Mereka mula mengesyaki Samantha sudah lama. Sejak Samantha tahu dia hanya anak Alex secara biologi, perangai Samantha mula berubah. Menjauhi keluarga Shown dan mula menyukai dunia gelap, iaitu dunia mamanya, Jessy .
Mereka tidak sangka dengan hanya sekali berjumpa Erysha boleh agak personaliti seseorang dan juga, kesetiaan. Untuk mendakwa Samantha mereka memerlukan bukti yang kukuh. Arash pernah memberitahu Tengku Isabella bahawa Samantha yang memberitahu maklumat kepada musuh tetapi Tengku Isabella langsung tidak mempercayainya.
Dua hari sebelum Erysha dijumpai, iaitu ketika waktu Samantha juga hilang
"Kamu dah buat kerja yang bagus Samantha! Kamu perlu membalas dendam bagi pihak mama kamu. Apakah kamu lupa mereka membunuh mama kamu? Kalau kamu tidak mahu buat, kamu yang akan beradadalam bahaya "Ujar seseorang merangkap leader Black Dragon sinis apabila melihat Samantha seolah-olah tidak mahu membuat kerja yang disuruhnya
"Baik."Ujar Samantha pendek sambil mengeluh halus. Dia sudah penat. Dia mahu keluar dari dunia mafia
Apa hubungan Samantha dengan Leader Black Dragon?
To be continue...
Share this novel