MY SECRET DIARY|°UNTOLD HURT STORY
"SEBELUM HADIRNYA PELANGI, PASTI HADIRNYA HUJAN"
~•IDon't give up and keep moving |•~
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke asrama, Tengku Nia Sansrose diganggu oleh sekumpulan murid lelaki. Disebabkan terlalu takut Nia menangis. Pelajar nakal itu cuba menyentuh badan Nia. Kebetulan Arash juga lalu dikawasan yang sama. Melihat Nia yang telah menangis, Arash tidak sedap hati.
Risau kot-kot sesuatu telah terjadi kepada Nia. Menyesal pula dia suruh Nia teman dia bersihkan kelas. Kalau dia tak suruh Nia teman dia, mesti Nia dah dekat Asrama
Disebabkan sifat keperikemanusiaan, Arash memutuskan untuk menyelamatkan Nia. Tanpa sebarang amaran, Arash menumbuk pipi Fazriel, ketua kumpulan itu. Dan berlakulah pergaduhan disitu sehinggalah ketua MPP(Majlis perwakilan pelajar)datang dan menyuruh Asrah dan Fazriel gang ke bilik pengetua .
"Weh Arash maafkan aku tau. Aku dah susahkan kau. Tapi aku tak suruh pun kau Selamatkan aku"Ujar Nia. Disebabkan Nia rasa bersalah dia mengikuti Arash ke bilik pengetua
"Kau dengar sini. Kalau aku tak tolong kau, memang aku tak akan ada masalah begini tetapi, seandainya aku biarkan kau aku akan menyesal tak sudah sebab kau tahu apa yang budak nakal tu buat kalau perangai setan mereka keluar? You may be raped. That's why aku tolong kau. Aku tak nak maruah kau tercemar. Aku budak baik tau . Boleh kata aku ni full package. Sudahlah kacak, pandai , baik pula tu. "Jawab Arash sambil mengangkat bakul sendiri. Nia yang mendengar Arash memuji dirinya sendiri tergelak.
"Orang baik tak main ugut-ugut orang."balas Nia pedas. Arash sedikit tersentap dengan kata-kata Nia.
"Alah aku gurau saja. Kau yang serious. Weh gambar kau tu aku simpan sebab kau comel! Tapi aku dah serahkan dekat mama aku. Bukan apa, bagi mengelakkan Zina Al-Laman. Iaitu zina hati, zina mata , zina lisan dan zina tangan. Aku risau aku tidak mampu kawal diri. Aku selalu teringat hadis yang mama aku sebut iaitu
'Telah diterapkan bagi anak-anak Adam yang pasti terkena, kedua mata zinanya adalah melihat, kedua telinga zinanya adalah mendengar, lisan zinanya adalah berkata-kata, tangan zinanya adalah menyentuh, kaki zinanya adalah berjalan, hati zinanya adalah keinginan (hasrat) dan yang membenarkan dan mendustakannya adalah kemaluan.' - HR. Muslim.
sumpah aku kata, aku takut. Aku takut aku akan terjebak dengan zina ni. Akan ku jadikan engkau isteri ku. Wait for me . 5 tahun je . Tunggu tau Nia sayang!"Ujar Arash panjang lebar.
Terlopong mulut Nia tatkala Arash menerangkan tentang Zina Al-Laman. Dia tidak menyangka bahawa jejaka Korea ini mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang agama Islam. Seingatnya, papa Arash merupakan seorang mualaf. Dia berasa malu kerana dia yang tinggal di negara yang agama Islam agama rasmi ni pun, kekadang terlupa untuk menjaga ikhtilat dengan lelaki terutamanya Hazrel abang sepupunya. Sungguh mama dan papa Arash telah mendidik Arash dengan baik. Dia juga terkejut dengan pengakuan Arash. Arash dan dia keturunan diraja bukankah itu sempurna? Angau Nia jadinya . Dia tidak sabar mahu menantikan 5 tahun akan datang!
Skip-
Bilik pengetua-~°
"Tengku Arash Erin or your Korean name , Kim A-Hyun kenapa kamu pukul mereka? Kamu tahu bukan kamu hanya pelajar pertukaran dan kamu mewakili Negara Korea seharusnya menunjukkan contoh yang baik"Ujar tuan pengetua. Dia agak kecewa dengan tindakan Arash yang memukul Fazriel. Walaupun dia tahu Fazriel bukan budak yang baik. Kalau bukan disebabkan pengetua rasanya Fazriel sudah dibuang sekolah atas banyak kesalahan disiplin
"It's not mt fault! Saya tumbuk dia , saya pukul dia sebab dia nak mencabul Nia. Mana mungkin saya biarkan. Nia is my Angel."Jawab Arash dengan tenang. Kalau dia gelabah pun bukan apa jadi. Baik dia tenang saja.
"Apa hubungan awak dengan Nia? Awak ni kekasih dia? Kenapa awak nak lindungi Nia?"Soal pengetua lagi. Tahulah si Fazriel tu anak saudara pengetua tetapi tidak payahlah back-up sampai macam itu sekali. Yang salah nya Fazriel bukan Arash
"Saya dah Nia tiada apa-apa hubungan. Nia not my girlfriend, my fiace or my wife. But her still mine! Cuba tuan bayangkan, kalau sata tak Selamatkan Nia ,dia mungkin dah hilang maruah sekarang. Tuan rasa apa perasan Nia? Dan kalau tuan berada di tempat saya, apa tindakan tuan? Apakah tuan akan membiarkan Nia dicabul?"Balas Arash. Apabila mood berdebat dia muncul, dia akan lawan habis habisan
Terdiam pengetua apabila Arash berkata demikian. Nia pula, terharu kerana Arash bersungguh-sungguh membela dia.
To be continue..
Share this novel