MY SECRET DIARY|°UNTOLD HURT STORY
SEBELUM HADIRNYA PELANGI PASTI HADIRNYA HUJAN
" UWAIS TUNGGU MAMA DENGAN PAPA DI SYURGA TAU. MAMA SAYANG UWAIS. MAAFKAN MAMA SEBAB TAK JAGA UWAIS DENGAN BAIK. MAMA JAHAT KAN?"-ERYSHA
Harvey kemurungan. Salahnya kerana membenarkan Erysha memandu kereta sendiri. Sepatutnya dia yang menghantar Erysha akan tetapi disebabkan terlalu sibuk dia terpaksa membenarkan Erysha memandu kereta sendiri. Sudah 3 jam ERYSHA di dalam bilik bedah. Erysha cedera parah. Walaupun hanya dipukul, darah yang keluar terlalu banyak.
Essandra menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku terhadap ERYSHA. Pasukan pertahanan khas Diamond Holding Empayar yang diketuai oleh Hayden masih menyiasat siapa suspek . Agak susah kerana kawasan lorong tempat Erysha dipukul tiada CCTV.
"Harvey, aku minta maaf. Kalau aku teman Isha mesti semua ni tak jadi kan? Kenapalah aku ni dumb "Ujar Essandra teresak-esak. Dia sangat menyesal membiarkan Erysha seorang diri. Dia sepatutnya menjalankan amanah iaitu sentiasa melindungi Erysha.
"Tidak mengapa Ess . Bukan salah kau sahaja. Aku yang salah dari awak sebab biar Isha . Dah jangan salahkan diri kau. Better kau pergi tenangkan diri kau dengan mama. Isha biar aku tunggu. And tolong berhenti menangis sejak dari tadi. Dah bengkak mata kau tu"Ujar Harvey cuba untuk kuat. Erysha ialah tanggungjawab dia. Dia telah berjanji akan menjaga erysha
"Harvey jangan nak nasihat orang ja. Kau tu pun tak terurus tau. Tiada sesiapa yang salah, dah ditetapkan oleh Allah yang itu takdir Isha. Kita sebagai hambanya doakan yang terbaik buat Isha. Better kita buat solat hajat bagi Isha selamat. Tapi kalau nak kira macam mana pendarahan tu teruk sangat? Bukan darah Isha jenis pekat ke?"Ujar Ariyyan.
Ehek siapa nak Riyyan? Calon suami ideal ni. saya jual . Kalau nak PM. Saya jual murah-murah jaa??HAHAHAHA okeh gurau jaaa. Gelak sikitt jangan sedih sedih au. ??sila sedekahkan vote kepada saya eheks. Mengada ??
"Sebenarnya-"Belum sempat Harvey menghabiskan ayatnya, doctor yang bertanggungjawab merawat Erysha keluar dari bilik bedah. Mereka semua yang berada disitu menanti apa keputusan pembedahan Erysha
"Cik Erysha eh Puan Erysha selamat tapi.... Kami minta maaf. Kami gagal menyelamatkan bayi Puan Erysha. Kami sudah mencuba apa yang terbaik. Erysha akan dimasukkan ke dalam Wad ICU dan dia akan tidur buat masa yang lama. Kecederaan dibahagikan dada, kaki dan perutnya terlalu parah terutamanya bahagian perut.
Encik Harvey, sila ikut saya untuk tuntut mayat bayi encik. Bayi encik sangat kacak seperti ayahnya. Dia baru berusia 5 bulan 3 minggu. In sha Allah dia sudah menunggu mama dengan papanya di syurga. I 'm so sad. I risau I tak berjaya selamatkan Erysha. Sebab... Masa Erysha sampai di hospital dia dah kritikal. Di dalam bilik bedah tadi , kami perlu membuat keputusan samada menyelamatkan ibu atau bayi. Sebagai seorang ibu, saya juga rasa Erysha mahu menyelamatkan bayi tapi setelah dibincangkan selama 2 minit, kami memutuskan untuk selamatkan ibu kerana peluang untuk baby teruskan hidup tersangat tipis."ujar Doctor Angela sebak.
Sepanjang dia merawat Erysha,(doctor Angela merupakan doctor peribadi Erysha ( Erysha ialah pesakit yang paling peramah dengannya. Malah Erysha sangat mendengar katanya. Dia sudah menganggap Erysha seperti adik sendiri
Semua yang ada disitu ternganga. Mereka tidak tahu pula bahawa Erysha mengandung. Kalaulah merela tahu, mereka akan suruh Erysha belajar dan bekerja dari rumah sahaja.
"Tengku Arfan Harvey sila terangkan apa yang terjadi"Ujar Ariyyan memecahkan kebisuan.
"Sebenarnya, aku pun baru tahu yang Erysha mengandung. Baru tahu semalam beb. Sepatutnya esok kami cek baby berapa bulan. Isha tak pasti dia mengandung bila sebab dia punya period memang tak teratur and sebab tu dia lambat tahu. Tapi serious aku tak sangka dah 5 bulan usia bayi kami. Perut Erysha tak menampakkan bentuk pun. Isha pula tak alahan memang kami tidak tahulah "Terang Harvey perkataan 'tidak tahu' diperlahankan. Dia rasa dia suami yang teruk kerana tidak tahu isteri sendiri mengandung dari awal.
"Terima kasih doc kerana buat yang terbaik untuk Isha. Jadi... Isha akan ditidurkan buat masa sekarang?"Ujar Arash. Ini pun sorang jenis tiba-tiba muncul sudahlah tidak bagi salam.
"Nampaknya begitulah. Dan... Ianya bergantung kepada dia. Kalau dia nak sedar awal, dia kena usahakan dan tidak berputus asa. Kamu semua jangan stop doakan dia"Jawab Angela tersekat-sekat kerana menangis. Dia tidak mampu mengawal emosi. Dia..... Turut bersimpati dengan apa yang terjadi terhadap Erysha.
"Ash, Riyyan. Aku nak cakap ni. Aku boleh pilihkan nama untuk anak aku kan? Aku nak letak Uwais Ermin. Isha memang nak nama tu. Boleh kan?"Soal Harvey. Memandangkan Erysha tidak akan sedar dalam masa terdekat dan bayi mereka akan dikebumikan petang pagi esok nanti, dia perlu memilih nama dan dia memilih untuk meletakkan nama yang Erysha mahukan.
"Boleh sahaja. Itu anak kau . Kau berhak nak pilih nama apa"Jawab Arash dan Ariyyan serentak.
"Riyyan jom "ajak Arash sambil menarik tangan Ariyyan
"Ke mana?"soal Ariyyan
"Jangan banyak tanya. Ikut sahaja boleh tak ?"Jawab Arash. Masih mahu berahsia. Disebabkan Ariyyan abang yang baik, dia hanya menurut sahaja ke mana Arash ingin membawanya.
Di Diamond High(depan bilik Khas untuk pelajar VVIP),
"Kenapa datang sini? Bukan team Hayden akan uruskan?"Soal Ariyyan pelik. Sepatutnya mereka tidak masuk campur dalam urusan penyiasatan kes Erysha ni.
"Di sini sepatutnya spy cam kita berfungsi tetapi, kenapa tiba-tiba semalam Spy cam tu tak berfungsi. Satu-satunya cara untuk tutup Spy cam itu adalah masuk ke dalam bilik Khas tu. Tapi untuk masuk dalam bilik tu perlukan pass. Dan bukan semua orang boleh masuk. Bukankah itu pelik? Takkan Erysha yang tutup? Dia sendiri tidak tahu ada Spy cam disini. Jadi maksudnya.....selain daripada VVIP students, hanya pemegang jawatan tertinggi SRC sahaja yang boleh masuk iaitu pengerusi, naik pengerusi, setiausaha dan bendahari SRC"Terang Arash.
Dia mula perasan yang spy cam tu tertutup ketika curi siasat. Curi siasat lah sebab sepatutnya dia duduk diam ja??
"Betul juga. Kenapa kau ni cerdik sangat. Eh jap aku teringat sesuatu. Pagi tadi Isha bawak tak spy cam yang biasanya dia letak di tudung, beg dan baju dia? And.. kau dah cek dashcam kereta Isha? "Soal Ariyyan. Jarak kereta Erysha dengan bilik tu tidaklah terlalu jauh dalam 3 meter macam tu. Mungkin boleh nampak muka si pelaku
"Aik Isha pakai spy cam erk? Aku tak tahu pun . Mungkin ya mungkin tidak. Try cek dekat beg dia nanti. Pasal dashcam aku dah cek. Nampak tu memang nampak cuma tak clear. Aku rasa macam nak tikam je perempuan tu. Dia tikam adik kita weh"Jawab Arash . Arash sentiasa berada selangkah dihadapan semua orang. Maklumlah terlebih bijak
"Bagi aku salinan Dashcam. Biar aku tengok. Jom balik rumah . Kita siasat beg Isha ada dengan aku"Ujar Ariyyan. Benar walaupun IQ Arash lebih hebat daripada IQ Ariyyan, akan tetapi antara mata Ariyyan an mata Arash , mata Ariyyan
lebih tajam.
Di Rumah Penthouse Tengku Isabella(dalam bilik penyiasatan),
"Nah ni salinan rakaman Dashcam. Yang cip merah ni salinan Spy cam . "Ujar Arash sambil menyerahkan dua cip . Satu berwarna biru dan satu lagi berwarna merah. Arash sendiri belum melihat Spy cam tu jadi dia akan tengok bersama-sama dengan Ariyyan
Mereka berdiam diri selama 1 jam. Setelah lama memerhatikan rakaman-rakaman itu, akhirnya Ariyyan berjaya mengesan wajah si pelaku menrangkap pengkhianat. Dan.... Ternganga mereka kerana mereka tidak sangka Lidya sanggup mengkhianati mereka.
"Kenapa ya? Orang yang paling kita percaya ialah pengkhianat nya? Ash kau tahu tak kenapa? Sakit hati aku bila tahu orang yang rapat dengan kita rupanya pengkhianat. Aku kisahkan Erysha. Disana dia dibuli, di sini dia diperlakukan sebegini rupa. Aku kesian"Ujar Ariyyan. Arash hanya senyap mendengar luahan hati Ariyyan
Lidya dibawa ke muka pengadilan. Disebabkan Lidya juga anak orang kenamaan, hukumannya diringankan iaitu penjara setahun. Bagi keluarga Tengku Shown sudah tentu mereka tidak berpuas hati. Disebabkan hal itu, mereka memohon untuk menahan Lidya. Lidya akan dipenjarakan di penjara KHAS keluarga Tengku Shown. Penjara khas Tengku Shown jauh lebih mengerikan daripada penjara biasa. Penjara khas mereka seperti penjarakan CIA.
To be continue....
Share this novel