SEBELUM HADIRNYA PELANGI PASTI HADIRNYA HUJAN
everyone is doing his or her best in their personal lives. I believe that all of us are heroes in our daily lives.
we're all heroes of each other. I'm the hero of myself cringey, right? but normal people can be heroes, including me. living your life well, hanging in there, means you're a hero
-KIM DOYOUNG
"Harvey kamu langsung tidak kisahkan Erysha?"-Arash
"Aku tak tahulah Ash. Aku sangat risaukan dia akan tetapi setiap kali aku melihat dia, perasaan itu berubah menjadi benci. Aku tidak tahu apa yang tidak kena dengan aku."-Harvey
Erysha masih belum sedarkan diri. Ariyyan yang diikat disebelah Erysha cuba untuk mengejutkan Erysha. Namun disebabkan dia pun baru sedar daripada pengsan, badannya masih lemah.
Tambahan pula ikatan di tangannya betul-betul ketat. Luka tangan dia sebab melawan masa 'mereka' ikat dia. Berdarah teruk
Dia ingin gunakan masa ini sebaik mungkin. Sebelum'mereka' kembali, dia perlu kejutkan Erysha sebelum sesuatu terjadi kepada Erysha.
"Isha. Isha! Bangun"jerit Ariyyan sambil menggoncang badan Erysha menggunakan kakinya yang diikat. Melihat Erysha langsung tidak merespon apa-apa membuatkan Ariyyan bertambah risau.
Dia cuba memutuskan tali yang digunakan untuk mengikat tanganya menggunakan batang besi yang dipacak . Memang bahaya tetapi ini satu-satunya cara yang tinggal.
Setelah 15 minit menggores tali itu di batang besi , dia akhirnya berjaya memutuskan tali tersebut. Tetapi tangannya punya luka memang sangat teruk. Darah menitis kerana luka itu agak dalam.
"Isha ! "Jerit Ariyyan lagi sekali. Kali ini, Erysha terpisat-pisat membuka mata. Erysha pening. Di mana dia berada?
"Kita di mana?"soal Eysha lemah. Tidak mempunyai tenaga lagi. Dia tidak mengingati apa yang terjadi sebelum dia sedar dan berada di situ.
"Abang tidak tahu sayang. Abang pun masih mencari jalan keluar. Meh abang bukakkan tali tu"jawab Ariyyan. Seingat dia, dia dibawa ke kawasan yang terpencil. Tetapi tidak pasti di mana.
"Apa yang jadi?"soal Erysha lagi .
"Isha tak ingat?"jawab Ariyyan dengan soalan
"Tak" jawab Erysha pendek. Tiba-tiba kepala dia rasa sakit sangat. Berdenyut-denyut seolah-olah mahu pecah. Erysha Menangis kerana terlalu sakit. Dunianya terasa seperti sedang berpusing pusing. Arghh sakitnya tidak tertahan lagi.
"Isha , kenapa?"soal Ariyyan. Tidak pernah pula Erysha berkelakuan seperti ini. Pesanan mama cuba diingati. Pucat muka Ariyyan apabila teringat satu pesanan mama.
Flasback,
"Ariyyan mari sini kejap"panggil Tengku Isabella . Disuruh Ariyyan duduk di atas sofa berhadapan dengannya
"Apa dia mama?" Soal Ariyyan sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas sofa
"Disebabkan kamu yang paling sulung sekarang, mama nak kamu pantau Erysha selalu. Kamu perlu sentiasa tahu keadaaan dia. Mama risau "jawab Tengku Isabella
"Bukan dari dulu lagi ke mama pesan macam tu?"
"Kalini lain. Kalau dia mengadu sakit kepala, kamu kena cepat-cepat bawak dia ke klinik ataupun hospital kita. Sebab... Dia ada masalah sikit dengan mental dia. Mama pula perasan masa dia sedar daripada koma. Dia asyik pening kepala. Mama bawaklah dia ke hospital then doc cakap dia sakit biasa. Mama tak sedap hati.
Jadi mama bawak dia jumpa psikiatri. Doc cakap, itu normal cuma.... Kalau sampai dia menangis, kami risau yang dia akan bertindak diluar jangkaan seperti membunuh, mencederakan diri sendiri, merosakkan harta benda dan lain-lain.
Bila dia pening sangat-sangat, seolah-olah ada seseorang control badan dia. Boleh jadi juga dia teringat memory yang dia tidak mahu ingat . Memory buruk mungkin.
Jadi bawa ubat ni selalu. Kalau dia pening suruh dia makan. Kalau dia tanya apa, cakap saja tu ubat migrain"ujar Tengku Isabella panjang lebar sambil menghulurkan sepeket ubat yang mengandungi 5 papan ubat.
Ariyyan hanya diam . Tidak sangka kejadian itu memberikan efek yang sangat teruk
End flasback
"Hmm?"Soal Erysha pelik apabila Ariyyan menghulurkan sepapan ubat kepadanya. Ini ubat apa?
"Makan tu. In sha Allah kuranglah sakit kepala tu. Sebelum makan baca selawat 10x, baca 3 Qul , baca ayat kursi and paling penting baca bismillah. "Ujar Ariyyan sambil menggosok lembut ubun-ubun kepala Erysha.
"Baik"balas Erysha pendek . Seusai membaca apa yang disuruh oleh Ariyyan, Erysha menelan ubat tersebut. Erysha disuruh pejamkan mata selama 10 minit. Ajaibnya, sakit kepalanya berkurangan dengan kadar segera.
Baru sahaja dia hendak tersenyum gembira, dia Menangis kerana melihat Ariyyan sudah... Berdarah. Ditembak di bahagian dada. Erysha meraung sekuat hati.
Api dendam dan kemarahan membara di dalam hatinya. Dengan keberanian yang tiba-tiba muncul di dalam dirinya, Erysha mengambil batang besi yang ada di kakinya dan memukul belakang si 'penculik'. Si penculik mengaduh kesakitan.
'aik sakit ke?' bisik Erysha perlahan. Sinis. Kau tembak abang aku boleh pula? Mahu bergurau? Kau silap orang !
Erysha mengambil pin rambut yang berada di dalam kasutnya. Apa yang hebat dengan pin rambut ini, kalau kita patahkan bahagian atas dia, dia akan mengaktifkan arus elektrik. Erysha agak takut kerana ini kali pertama dia perlu melakukannya secara berseorangan
Bang!
Bang!
Bang!
Bang!
Kedengaran bunyi 4 dos tembakan . Erysha mengaduh kesakitan apabila salah satu peluru terkena dia. Dia tidak pasti dimana tetapi perjuangannya harus diteruskan. Kuatkan semangat mu!
Erysha memacakkan pin tersebut di badan si 'penculik'. Bukan sikit semua yang dia ada. And yep seperti yang dijangka, dia kena teruk arus elektrik. Kecik kecik cili padi maa. Padan muka! Lagipun ... Penculik lain ada dekat luar, orang dekat luar memang takkan dengar apa-apa. Mampus lah kau dekat situ
20 minit kemudian, pasukan pertahanan The Diamond Holding sampai. Penculik tersebut ditahan. Apa yang pelik, dia tak tahu siapa yang upah dia. Tapi The Tengku's family tahu siapa punya angkara.
Erysha tersenyum sebelum memejamkan mata. Mungkin penat atau sakit. Ean. Dia teringatkan Ean. Kesian mama kena jaga Ean. Fuh- Sakit di kepala memang menyeksakan. Selama ini,dia hanya makan paracetamol sahaja bila pening tapi pening tu asyik datang balik. Akhirnya dia memutuskan untuk tak makan ubat dan biar sahaja sakit itu.
Tanpa mereka sedar, mereka terlupa tentang seseorang. Yep mereka terlupa tentang Ariyyan. Ariyyan melarikan diri . Dia tidak mahu keluarganya melihat dia dalam keadaan seperti itu. Dia akan kembali apabila dia telah sembuh. Itupun kalau dia berjaya hidup.
Di hospital,
"Eh kau nak jenguk Erysha ke? Kau tak risaukan dia?"Soal Arash apabila terserempak dengan Harvey. Harvey kelihatan seperti gelisah.
"Ak-aku . Aku nak tengok dia, aku nak peluk dia aku nak cium dahi dia. Ta-tapi aku tak mampu. Aku sendiri tak tahu apa yang tak kena dengan diri aku. Diri aku yang dulu telah pergi. Aku rindukan diriku yang dulu"Ujar Harvey sambil menangis. Entah mengapa dia tidak dapat menjejakkan kaki ke Wad VVIP 3, bilik Erysha dirawat. Kakinya terasa sangat berat. Sangat-sangat berat
"Weh, bagitahu aku kenapa. Meh duduk sini"Ujar Arash sambil menarik tangan Harvey ke arah kerusi di kaki lima.
"Aku sayang dia, aku rindu dia. Ak-aku rindu belaian dia. Aku rindu segalanya dengan dia. Ta-tapi setiap kali aku pandang muka dia, perasaan rindu tu bertukar menjadi benci. Kenapa dengan aku weh. Aku tak dapat dekat dia disebabkan hal ini.
Aku tahu dia dah banyak merana. Lalui semua ini bersendirian, dengan study lagi Ean lagi. Aku sepatutnya berada di sisi dia. Aku dah lukakan dia. Mesti dia dah bencikan aku kan? Kenapa aku ni teruk sangat? Dumb!"Ujar Harvey sambil menangis. Perasaan rindunya terhadap Erysha tidak tertanggung lagi. Dia sangat merindui isterinya itu.
"Jangan nanges weh. Aku pasti dia masih sayangkan engkau. Jauh dilubuk hatinya dia sangat rindukan kau juga.
Aku nampak setiap malam dia menangis sewaktu dodoi Ean. Dia usap, peluk dan cium teddy bear yang kau bagi dekat dia sempena birthday dia . Pergilah. Cuba"pujuk Arash. Dia tidak mahu salahkan adik iparnya 100% . Dia tahu ada seseorang ingin meruntuhkan masjid yang dibina oleh Erysha dan Harvey.
"Ak-aku tak kuat. Aku tidak mampu Ash. Aku rasa benci sangat bila tengok muka dia tetapi hakikatnya, aku sangat merindui dia. Kenapa dengan aku Ash? Kenapa?"Rintih Harvey. Dia tidak dapat melangkah langsung ke bilik VVIP tu.
"Kau dengar sini! Ujian ini mengajar kita untuk lebih kuat daripada sebelumnya. Kau dah kecundang ke? Setahu aku, Harvey ni gagah. Seperti seorang pahlawan! Kau lupa janji Allah?
??????? ???? ????????? ???????
Demikianlah nikmat-nikmat-Ku kepadamu. Maka tetaplah optimis dan berharap pada pertolongan Tuhanmu karena sesungguhnya beserta kesulitan apa pun pasti ada kemudahan yang menyertainya. Engkau hadapi kesulitan besar dalam menyampaikan dakwah kepada kaummu; mereka ingkar dan menentangmu, tetapi Allah memberimu kemudahan untuk menaklukkan mereka.
Dalam ayat ini, Allah mengungkapkan bahwa sesungguhnya di dalam setiap kesempitan, terdapat kelapangan, dan di dalam setiap kekurangan sarana untuk mencapai suatu keinginan, terdapat pula jalan keluar. Namun demikian, dalam usaha untuk meraih sesuatu itu harus tetap berpegang pada kesabaran dan tawakal kepada Allah. Ini adalah sifat Nabi saw, baik sebelum beliau diangkat menjadi rasul maupun sesudahnya, ketika beliau terdesak menghadapi tantangan kaumnya.
Walaupun demikian, beliau tidak pernah gelisah dan tidak pula mengubah tujuan, tetapi beliau bersabar menghadapi kejahatan kaumnya dan terus menjalankan dakwah sambil berserah diri dengan tawakal kepada Allah dan mengharap pahala daripada-Nya. Begitulah keadaan Nabi saw sejak permulaan dakwahnya. Pada akhirnya, Allah memberikan kepadanya pendukung-pendukung yang mencintai beliau sepenuh hati dan bertekad untuk menjaga diri pribadi beliau dan agama yang dibawanya. Mereka yakin bahwa hidup mereka tidak akan sempurna kecuali dengan menghancurleburkan segala sendi kemusyrikan dan kekufuran. Lalu mereka bersedia menebus pahala dan nikmat yang disediakan di sisi Allah bagi orang-orang yang berjihad pada jalan-Nya dengan jiwa, harta, dan semua yang mereka miliki. Dengan demikian, mereka sanggup menghancurkan kubu-kubu pertahanan raja-raja Persi dan Romawi.
Ayat tersebut seakan-akan menyatakan bahwa bila keadaan telah terlalu gawat, maka dengan sendirinya kita ingin keluar dengan selamat dari kesusahan tersebut dengan melalui segala jalan yang dapat ditempuh, sambil bertawakal kepada Allah. Dengan demikian, kemenangan bisa tercapai walau bagaimanapun hebatnya rintangan dan cobaan yang dihadapi.
Dengan ini pula, Allah memberitahukan kepada Nabi Muhammad bahwa keadaannya akan berubah dari miskin menjadi kaya, dari tidak mempunyai teman sampai mempunyai saudara yang banyak dan dari kebencian kaumnya kepada kecintaan yang tidak ada taranya. Kau kena kuat Harvey!"Nasihat Arash. Sudah seperti ustaz lagaknya. Arash.
Tengku Arash Erin, lelaki yang dicemburui kerana ketabahannya dalam menghadapi ujian. Periang dan sentiasa membuat orang tersenyum. Sentiasa menasihati orang, memberi semangat, sokongan dan motivasi.
Ilmu yang dia ada, dia akan cuba sebarkan agar menjadi asbab pahala kepadanya. Dia dicemburui kerana mempunyai pakej yang serba cukup.
"Tak apa. Mari ikut aku. Aku teman kau. Mari"Ujar Arash sambil menarik tangan Harvey menuju ke Wad VVIP 3 yang memang dikhaskan untuk Tengku's Isabella family .
"Ta-tapi"
"Ikut saja. Kalau kau sayang Isha..... Mari!"
Sebenarnya, tanpa mereka tahu... Erysha sebenarnya ditembak tetapi hanya Arash sahaja yang tahu. Dia tidak mahu orang lain risau.
Biar dia sajalah yang bertanggungjawab selaku anak lelaki yang masih ada. Dan hanya dia perasan bahawa Ariyyan tiada di tempat kejadian. Dia sudah mengerahkan beberapa orang bawahan agar mencari Ariyyan. Pendarahan agak teruk di bahagian dada Erysha. Disebabkan itu Doctor menidurkan Erysha
Where Mikael Andre? Mikael Andre tidak dapat pulang ke Korea. Entah dia sendiri tak tahu kenapa.
To be continue...
Share this novel