22|•KUASA ISTIMEWA?

Fantasy Series 3582

SEBELUM HADIRNYA PELANGI PASTI HADIRNYA HUJAN

"MAKSUD MAMA?"SOAL ERYSHA

3 minggu kemudian,

Erysha termenung disebalik langsir berwarna Merah gelap di dalam biliknya. Dia masih murung selepas kehilangan Chrisstella.

Agak sukar baginya untuk menjaga Aldrien disebabkan Aldrien lahir dalam keadaan pramatang. 7 bulan 2 minggu. Setelah dua minggu Aldrien ditahan di hospital dia akhirnya dapat membawa balik Aldrien. Aldrien sangat sensitif. Tidak boleh berada di dalam yang berhabuk, tidak boleh terdedah dengan cahaya matahari . Assignment dia banyak terbabas tak siap. Nasib Lecturer memahaminya.

Kehilangan dua kali berturut-turut bukannya mudah. Tambahan pula dia mendapat berita bahawa ayah angkatnya dimasukkan ke wad ICU disebabkan kemalangan. Fuh-

"Isha. Kamu buat apa ni sebenarnya?kenapa minta doc Angela buat ujian kandungan darah? Darah siapa tu? Sayang jawab please. Dah 3 kali abang tanya, 3 kali juga awak mengelat dan... Sampai bila awak nak murung macam ni? Kesian Harvey tengok awak . Kalau kak Christ ada, awak ingat dia happy ke tengok awak macam ni?"Soal Ariyyan . Membebel sebenarnya.

Penat dia tengok adiknya yang satu itu. Makan sekali sehari. Itupun mama paksa kalau tak seminggu tak makan pun boleh. Budak ni. Orang nasihat dia menangis. Aiyyo

"Abang senyap boleh tak ? Kalau abang membebel kalah mama. Sakit telinga Isha tau. Senyap. Isha stress ni. Nanti Isha jawab. Isha nak siapkan assignment dari minggu lepas. "Ujar Erysha dengan tegas. Tidak mahu diganggu. Aldrien pun dia suruh mama dia jaga kejap. Stress

Dia benar-benar stress. Desakan daripada Madam Lisa membuatkan dia tertekan. Aldrien pula dari semalam tidak mahu tidur. Dia terpaksa berjaga untuk menjaga Aldrien. Badan dia penat.

Ariyyan dengan patuh senyap melihat Erysha yang sedang termenung.

'haih budak ni. Cakap nak buat Assignment, alih-alih termenung . Tapi kenapa budak ni tiba-tiba tak mahu balik rumah dia. Nak juga stay dengan mama. Awak tu ada suami'bisik Ariyyan dalam hati. Mahu saja dia ujar tapi untuk tidak mahu mengganggu emosi Erysha , ayat itu hanya terluah didalam hatinya sahaja.

Lamunan Erysha terhenti apabila kedengaran melodi 'hide and seek by Lizz Robinett' menandakan ada seseorang menghubunginya.

"Hello miss Sansrose"ujar si pemanggil.

"Hah? Siapa Sansrose? Awak silap number ni. Saya letak dulu erk?"Jawab Erysha. Blur . Aish kacau orang termenung betul. Tak pasal-pasal badmood. Campur dengan assignment, suray amaran daripada lecturer kerana tidak hadir lebih 5 kali ke kuliah

"Ehh jangan letak cik Tengku. Saya maksudkan Tengku Aryana Erysha. Boleh saya bercakap dengan Erysha? "Ujar si pemanggil sekali lagi. Memperbetulkan nama orang yang ingin bercakap

"Ya saya Erysha, jap tau encik"jawab Erysha. Lemah. Erysha kehilangan sebanyak 4kg sepanjang dalam tempoh 3 minggu ini.

"Abang, abang jawab dulu boleh? Aldrien nangis . Nak susu kot sebab dah lama Aldrien dengan mama. Mesti dia dah lapar . Abang jangan jawab mengarut tau "bisik Erysha kepada Ariyyan . Phone dijauhkan agar si pemanggil tidak mendengar perbualan mereka

"Ok"balas Ariyyan pendek. Ini susah bila bercakap dengan Ariyyan. Datang mood malas bercakap dengan orang or mood beku, dia akan jawab sepatah saja. Dah merajuk dengan Erysha la tu. Sebab tadi Erysha suruh dia diam. Alolololo husband material ni merajuk. Siapa nak pujuk? Pm saya????

Erysha pergi ke bilik mamanya untuk mengambil aldrien, tetapi sewaktu Erysha ingin keluar, Tengku Isabella menahan Erysha kerana ingin bercakap dengan Erysha. Ada sesuatu yang ingin ditanya . Mungkin.

"Boleh saya sambung cik Erysha? Begini, sebelum ni cik ada suruh kami menyiasat tentang kenapa Aaron dibunuh bukan? Apa yang saya boleh cakap sekarang ialah , Aaron dibunuh kerana kisah silam mereka berdua.

Untuk mengetahui lebih lanjut, cik boleh ke lokasi yang saya berikan di Whatsapp . Kalau boleh cepat sebab musuh tahu .. yang kita sedang mengintip mereka"ujar si pemanggil lagi sebelum meletakkan panggilan telefon. Sepertinya si pemanggil sedang dikejar seseorang kerana nafasnya sewaktu bercakap termengah-mengah. Habis sahaja 'dia' bercakap, Ariyyan segera memutuskan perbualan

Di bilik Tengku Isabella,

"Isha, tunggu kejap"Ujar Tengku Isabella sambil menahan Erysha . Ada sesuatu yang perlu dia beritahu kepada Erysha

"Baik mama. Ya ada apa?"soal Erysha sebaik sahaja melabuhkan punggung diatas katil bersaiz King

"Isha , boleh mama tahu kenapa Isha tiba-tiba tidak mahu balik ke rumah Harvey? Adakah Harvey tahu Isha ada di sini?"Soal Tengku Isabella memulakan siasatan. Lagaknya seperti inspektor polis

"Hummm mungkin kalini, Isha perlu jujur. Sebenarnya, Erysha datang sini selepas Harvey tengking Isha. Isha little bit terasa. Lagipun , perangai Harvey mula berubah semenjak Erysha mengambil Aldrien sebagai anak angkat. Dia mula bencikan Erysha . Erysha tidak mahu ria terganggu jadi, sebab itu Erysha datang sini. Erysha kacau mama ke?" Jawab Erysha dengan nada yang sangat sedih.

Harvey mula melayan dia dengan teruk selepas dia membawa Aldrien pulang ke rumah mereka. Disebabkan kasih sayangnya terhadap Aldrien, dia membawa diri ke sini. Dia tahu disini dia dapat melindungi Aldrien.

Di rumah, hampir 3 kali Harvey cuba untuk mencederakan Aldrien. Nasib Aldrien baik kerana dia ternampak tindakan Harvey itu . Harvey juga mula berkasar dengannya. Jikalau dulu Harvey sentiasa membahasakan diri 'abang' dan memanggil 'sayang'. Kini, Harvey membahasakan diri  'kau' 'aku'. Tidak mahu dia dilukai lagi, better dia stay disini

"Harvey? Mama tengok dia okay je"soal Tengku Isabella lagi.

Dengan berat Erysha menjawab "Isha pun pelik. Seolah-olah ada sesuatu yang rasuk dia setiap kali dia melihat Erysha. Isha perasan, bila dia bercakap dengan Hayden, Essandra atau Arash okay je. Tapi bila dia nampak Isha terus berubah perangai dia. Entahlah.  Isha hurt sangat bila dia ungkit tentang Uwais.

Ya! Isha ni ibu yang teruk sebab tidak tahu Isha mengandung  . Ya! Isha yang bersalah sebab tidak menjaga Uwais. Isha juga manusia  . Buat salah. Dia tak rasa ke yang Isha juga turut terluka? Apakah Isha ni membawa malang?"jawab Erysha perlahan. Dia penat dengan semua ujian ini

"Haih, macam-macam. Nanti Mama dengan papa bincang ya sayang tentang masalah kamu ni  . Sepatutnya Harvey tidak perlu mengungkit tentang Uwais. Sepatutnya dia beri kamu sokongan. ISHA dengar sini sayang. Kamu, Chrisstella, Addelyn, Ariyyan, Arash dan Harvey memiliki kuasa istimewa. "Ujar Tengku Isabella selepas mendengar luahan hati seorang Erysha yang terluka. Dia dapat agak ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah tangga anak gadisnya dengan Harvey apabila Erysha menangis bila sampai di rumahnya minggu lepas .

Sungguh berat ujian anakku ini. Mama harap kamu tabah. Kenapa dari dulu hanya kamu diuji? Mungkin disebabkan keistimewaan kamu  .

"Kuasa istimewa?"Soal Erysha tidak percaya. Mustahil. impossible

"Iya sayang. Mesti susah untuk kamu mempercayainya. Harvey mempunyai kuasa
Photographic memory. Dia dapat mengingati sesuatu benda dalam masa yang singkat.

Arash pula, boleh membaca gerak hati seseorang hanya dengan melihat matanya. Hanya berkesan untuk jarak dekat.

Ariyyan, mampu mendengar bisikan hati seseorang seperti meminta pertolongan, memanggil namanya dan lain-lain. Berkesan untuk jarak jauh dan dekat .

Kamu , alis mata kamu akan berubah mengikut emosi kamu. Kalau kamu perasan sewaktu kamu sedih, alis mata kamu bertukar menjadi warna biru, bila kamu marah, alis mata kamu bertukar kepada warna merah. Kamu juga mampu melihat masa depan melalui mimpi. Tapi biasanya kamu just ignore sahaja sebab tidak percaya bukan?

Addelyn, yang kedua terkuat, Addelyn mampu mendengar bisikan dan memahami bahasa alam. Alam berbicara dengan Addelyn.

Chrisstella pula yang paling kuat, dia mampu memanipulasi fikiran seseorang dan ingatan seseorang. Memory si dia yang dimanipulasi akan bercampur aduk. Sesetengah memory mungkin dipadamkan. Dua daripada enam kuasa itu telah dirampas. Kamu rasa kenapa mereka menyasarkan perempuan dulu? Sebab mereka sangka perempuan ini lemah. Kamu harus mempertahankan kuasa kamu.  Jangan biar mereka merampas lagi."Terang Tengku Isabella panjang lebar

"Merampas? Macam mana mereka rampas? Bukankah kuasa ini diwarisi daripada genetik"soal Erysha. Pelik juga macam mana mereka boleh rampas dengan hanya membunuh?

"Fuh- sayang, mereka rampas dengan cara mengambil darah. Darah tu mereka akan kaji dan buat sebagai secret potion. Secret potion tu mereka akan minum dan kuasa tu akan mengalir didalam badan mereka. Mungkin tidak sekuat yang asal tetapi tetap bahaya."Jawab Tengku Isabella. Dia mahu terangkan lebih-lebih pun tidak boleh kerana dia juga tidak berapa tahu tentang kuasa istimewa itu

"Maksudnya, doctor yang merawat Isha 9 tahun yang lepas ialah Chrisstella?"Soal Erysha

"Chrisstella hanya memadamkan ingatan kamu. Yang merawat kamu ialah mama angkat kamu sendiri. Dia tidak mahu orang lain rawat. "Jawab Tengku Isabella

"Tapi ...."

"Ya, kuasa istimewa Chrisstella sepatutnya diwarisi oleh Aldrien ataupun Adriana. Samada Aldrien atau Adriana . Ataupun dua-dua mereka yang dapat. Kita tidak tahu. Kita hanya mampu lihat bila mereka sudah besar. "Ujar Tengku Isabella memahami isi hati anaknya yang manja itu

"Mama.... Semalam Isha bermimpi...."ujar Erysha menceritakan mimpi yang dialaminya semalam. Mimpi ngeri. Dia takut seandainya mimpi itu menjadi kenyataan. Dia tidak sanggup melihat orang pergi buat selama-lamanya disebabkan dia. Lagi.

Rasa bersalah terhadap mereka yang mengorbankan nyawa untuknya . Bergunung-gunung. Walaupun Samantha masih ada peluang untuk sedar, Samantha tidak akan dapat melakukan kehidupannya seperti manusia biasa. Fuh-. Itu tidak termasuk keluarga Qaisarah. Dia masih tertanya-tanya apakah yang terjadi terhadap Qaireen?

"Tapi mama, Addelyn telah tiada dan dia tiada pewaris, maksudnya kuasa istimewa itu akan terhenti disitu?"Soal Erysha masih tidak percaya .

"Mungkin. Sebab kita tak tahu . Mama tidak mempunyai apa-apa kuasa istimewa tetapi, kamu, ARIYYAN dan Arash mewarisi kuasa itu daripada uncle kamu . Mungkin kuasa ini memilih dengan siapa mereka mahu. Cuma , yang diubah menjadi potion tu .... Kita memang tidak tahu . Kamu jangan pelik kalau anak kamu yang dapat kuasa Addelyn"Ujar Tengku Isabella yang tidak jemu menjawab soalan daripada Erysha.

To be continue...

Ehekz mesti u nak tahu kan apa yang Isha mimpi? Stay tune!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience