19|• PENGKHIANAT?

Fantasy Series 3582

MY SECRET DIARY|°UNTOLD HURT STORY

SEBELUM HADIRNYA PELANGI PASTI HADIRNYA HUJAN

"IZINKAN ISHA BEREHAT BUAT SEMENTARA WAKTU"-ERYSHA

Majoriti ahli lembaga pengarah bersetuju untuk mengenakan tindakan undang-undang keatas Samantha diatas kesalahannya iaitu menjadi pengintip. Tetapi apa yang peliknya, setelah Samantha ditangkap, musuh seolah-olah masih berada selangkah dihadapan mereka sepertinya Samantha mempunyai partner.

Semuanya akan terjawab apabila Samantha sedar. Peluang Samantha sedar terlalu tipis kerana kecederaan yang dialaminya terlalu parah. Jadi, mereka kemungkinan besar tidak akan mengetahui siapa atau betulkah bahawa Samantha mempunyai partner. Dan, kemungkinan juga, walaupun Samantha sedar, dia tidak akan mengingati apa-apa.

Tengku Alex, papa kepada Samantha juga akan dikenakan tindakan undang-undang kerana dituduh bersubahat. Alex hanya menerima apa yang akan terjadi terhadapnya. Alice menegaskan bahawa suaminya tidak bersalah tetapi tidak dipercayai malah dituduh bersubahat juga. Betapa hancurnya hati Alice apabila suaminya dituduh sedemikian rupa.

Apa yang mengejutkan mereka ialah, Tengku Aryana Erysha iaitu CEO Diamond Holding Empayar mengumumkan bahawa Tengku Alex dan Alice tidak akan dikenakan apa-apa tindakan kerana mereka telah banyak menolongnya. Samantha pula hanya akan dikurung apabila sedar nanti kerana menurut Erysha,

"walaupun Samantha telah mengkhianati kita dalam diam, dia tetap telah memilih untuk memihak kepada kita. Buktinya, dia selamatkan Isha sewaktu majlis resepsi minggu lepas. Kalau dia jadi pengkhianat dengan rela hati, dia mesti biarkan sahaja Isha mati . Bukankah begitu? Isha rasa dia dipaksa"Ujar Tengku Aryana Erysha.

Dia tidak akan memberi tahu kata-kata terakhir Samantha sebelum Samantha pengsan sehinggalah Samantha pergi buat selama-lamanya baru dia akan beritahu. Dia percaya bahawa Samantha akan sedar dan sihat semula. Tetapi dia telah menceritakan segalanya kepada suaminya, Harvey. Harvey tidak sangka Samantha selama ini menyukai Arash

8 bulan telah berlalu dan keadaan Samantha masih tidak berubah. Samantha langsung tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia akan sedar. Black Dragon juga sudah tidak bertindak sekarang mungkin mereka hanya mengertak sahaja sebelum ni? Kita tak tahu.

"Sha, tunggu Ess. Jangan nak mengelat!"Jerit Essandra . Erysha telah mula belajar di Kolej 2 bulan yang lalu. Erysha perlahan-lahan melupakan segalanya tentang trauma dia. Dia tidak mahu hidup dibelenggu dengan trauma yang melampau. Tiba- tiba Erysha berhenti dan Essandra terlanggar Erysha disebabkan Erysha berhenti secara mendadak .

"Ess pergi kamu dulu lah. Isha tertinggal kunci kereta dalam bilik khas tu. Nanti kita jumpa dekat rumah ya"Ujar Erysha. Dia rasa dia sudah ambil tetapi macam mana boleh hilang pula. Nasib bilik tu dengan keretanya tidak jauh sangat.

Dia dengan Ess baru balik dari meronda kawasan Kolej kerana hari tu merela ditugaskan untuk meronda. Dia dan Essandra tidak parking kereta di kawasan sama. Disebabkan dia terlewat sampai ke Kolej pagi tadi, dia terpaksa meletakkan kereta jauh dari kelas tapi dekat dengan bilik khas mereka

"Tapi Sha, awak boleh je balik sekali dengan saya."Ujar Essandra. Essandra berasa tidak sedap hati apabila Erysha mahu kembali ke bilik tu.

"Tak apalah. Kerja assignment medic ada dalam tu"Ujar Erysha berkeras untuk mengambil kunci keretanya.

"Take care ya? Kalau jadi apa-apa call Ess ataupun Ash. Ess tak sedap hati ni. Ess rasa macam akan ada sesuatu yang bakal terjadi"Ujar Essandra sambil menepuk bahu Erysha

Erysha menelan air liur apabila mendengar ayat yang diujarkan oleh Essandra. Biasanya firasat Essandra sangat tetap. Dia hanya mampu bertawakal kepada Allah.

Di bilik khas untuk VVIP students,

"I got you !"jerit Erysha apabila ternampak kunci kereta Audi R8 V10 miliknya. Belum sempat dia mengambil kunci keretanya, ada sepasang tangan menyambar kunci keretanya. Rupa-rupanya Lidya yang mengambil kunci keretanya. Dia menyangka Lidya mahu bergurau dengannya. Namun semua anggapannya jatuh meleset apabila Lidya mengumpannya ke luar koridor yang mana tidak mempunyai sebarang CCTV.

Lidya mengambil kesempatan memukul perut Erysha dengan kuat apabila Erysha masih lalai. Erysha cuba melawan tetapi cecair merah yang keluar daripada perutnya membuatkan dia menjerit kesakitan. Dalam kepayahan, Erysha mencapai batang besi yang sentiasa dibawanya untuk memukul Lidya. Lidya berang dengan tindakan Erysha lalu mengeluarkan pisau lipat miliknya

"Kau nak bunuh aku dan 'dia ' bukan! "Jerit Erysha berharap agar seseorang akan mendengar jeritannya. Erysha tidak dapat berlawan kerana dia masih berada di dalam frasa pemulihan. Kesakitan di kepala masih terasa.

Tambahan pula semalam Essandra paksa dia berlatih memanah. Hasilnya? Bahu dia punya tisu tu terkoyak sikit. Nasib bahu kiri. Kalau bahu kanan?

"Kau ingat aku akan biarkan budak tu hidup? Never! Kalau aku tak dapat kebahagiaan bersama-sama Harvey, kau pun tidak akan dapat bitch!"balas Lidya .  Dia tahu Erysha tidak akan mengalah Erysha akan berjuang sehabis mungkin. Erysha punya semangat dan azam memang hebat! Dia mengakuinya

"Kau ke aku yang bitch? Kau ingat aku tak tahu hubungan sulit kau Aaron? Kau tak kesian dekat Kak Chisst? Aaron tu suami orang! Kau buat semua tu agar Aaron dapat lindungi kau kan? Perempuan murahan!"Jerit Erysha lagi. Ini mungkin salah satu sebab mengapa Lidya mahu membunuh Erysha. Hanya Erysha yang tahu rahsianya tentang Aaron.

Ya! Dia menjual badannya kepada Aaron agar Aaron dapat melindungi dia. Dia sedar dia tidak bermaruah lagi sekarang tetapi dia puas!

Erysha nampak sahaja berani tetapi Erysha  sebenarnya ketakutan. Erysha cuba untuk mencari pistol di dalam beg sandangnya. Sedang Erysha mencari, Lidya menikam kaki Erysha. Dia sebenarnya menyasarkan perut Erysha akan tetapi Erysha sempat mengelak . Erysha menjerit kesakitan .

Erysha menangis. Dia akhirnya menjumpai pistol . Lidya sekali lagi mengambil kesempatan untuk menikam Erysha buat kali ke dua, walaupun kesakitan Erysha cuba untuk bangun dan melawan.

"Aku geram nak mencarut nasib baik aku ni tak reti mencarut sebab percakapan kita melambangkan hati kita. Aku baik. Kau? Pengkhianat yang keji! Sabda Rasulullah SAW

Berkata Anas bin Malik r.a:
“Tidak pernah Rasulullah saw melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela Baginda orang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), Baginda hanya mengatakan “apa yang dia miliki.”
Rasulullah s.a.w adalah seorang yang benar-benar memelihara lisannya. Sekalipun terhadap orang-orang kafir yang menentang dakwahnya. Baginda tidak mudah mengeluarkan kata-kata laknat atau menyakitkan hati.

Kau ! Mama aku percayakan kau dan lantik kau sebagai Setiausaha SRC dan rupanya kau pengkhianat? Dasar Sundal!! "Jerit Erysha . Tetapi jeritannya hanyalah seperti percakapan biasa kerana suaranya sudah hampir tiada. Mukanya sudah membiru

"Shit! Kau siapa nak ceramah aku bitch? Aku benci kau. Meluat aku tengok muka kau! Kau rampas Harvey aku!"Balas Lidya

"Harvey kau? lawak Lidya. Lawak ! apakah Harvey sukakan engkau ? tidak bukan! kau hanya syok sendiri. Huh beria"Bidas Erysha pedas!

Api kemarahan semakin membara di dalam hati Lidya.

Dengan senangnya, Lidya menolak Erysha.
Dushh, Erysha jatuh dengan kuat . Dengan kejam, Lidya mengelar sikit demi sedikit tangan Erysha sehingga hampir 3 cm! Arghh sekali lagi Erysha menjerit kesakitan apabila Lidya membenamkan pisau itu ke dalam luka kesan torehan tadi. Darah yang keluar sangatlah banyak hal ini membuatkan Erysha panik.

Erysha pening. Darah di dalam badannya semakin berkurangan. Sebelum memejamkan mata , Erysha sempat menembak Lidya. Tetapi dia tidak pasti dimana kerana dia sudah betul-betul tidak larat. Dikesempatan itu, dia menelefon Arash akan tetapi tidak dijawab .

'sayang maafkan mama'bisik Erysha sambil menggosok perutnya

Dia cuba untuk menelefon Essandra dan akhirnya Essandra menjawab. Namun belum sempat dia memberitahu Essandra, dia sudah memejamkan mata. Essandra yang berada di rumah risau apabila hanya sempat mendengar 'hello' dari mulut Erysha dan akhirnya Erysha membisu. Essandra mengarahkan orang bawahannya untuk menjejaki lokasi terakhir Erysha.

To be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience