SPECIAL CHAPTER 1

Fantasy Series 3582

SEBELUM HADIRNYA PELANGI PASTI HADIRNYA HUJAN

Some of you don't know what it is that you really want. And some of you do know, but you're hesitant: But opportunities come without a warning, and you must be prepared to take advantage of it.

-True Beauty

"siapakah Leo Ace boss?-si Dia

"Ace merupakan..."-Si boss

"Woi perempuan bangun! Jangan tido lama sangat !"jerit si 'dia' .

Tak menjerit pun sebenarnya sebab risau takut ada pengintip mahu mengambil perempuan ini. Entah kenapa dia mahu menyelamatkan perempuan ini. Dia seorang lelaki yang berwatakkan ice. Dia langsung tidak mengesahkan hal orang lain. Tapi bila ternampak perempuan ni.... Dia rasa ada sesuatu yang menarik dengan perempuan ni.

Keluhan besar dilepaskan apabila melihat perempuan itu seolah-olah tidak mahu sedarkan diri. Dia cuba memeriksa luka di badan perempuan itu. Nasib dia menjumpai perempuan itu disebabkan semak.

Nampaknya gadis itu hanya pengsan disebabkan kehilangan banyak darah. Kecederaan perempuan itu agak parah sebenarnya. Nasib baik dia dulu ahli kelab st. John

Jadi dia pandai lah sikit-sikit bab mengubati orang ni.

Sedang dia memeriksa badan perempuan itu, dia terjumpa sepucuk pistol yang terukir nama 'Leo ace' . Disebabkan musykil, dengan segera dia pulang ke markas mereka untuk bertanyakan kepada bosnya siapakah Leo Ace.

Si boss ataupun gelaran yang diberikan kepadanya, Dark Knight. Pahlawan kegelapan. Dia mempunyai satu lagi gelaran. Namun hanya the master of mafia sahaja yang tahu gelaran keduanya itu

"Boss siapa Leo Ace?"Soal si 'dia'.

Gadis itu turut dia bawak. Takkan nak tinggal sorang-sorang dekat belakang gudang tu. Kesian and takut sesuatu jadi nanti. Lagipun risau polis jumpa perempuan tu. Kalau polis yang jumpa confirm dia yang kena. Hiks-

"Leo Ace?" Ajuk dark knight cuba untuk mengingati siapa Leo Ace.

Sepuluh saat kemudian, dark knight menumbuk meja apabila teringat siapa Leo Ace.

Terhinjut bahu si Dia disebabkan terkejut. Nasib tiada sakit jantung. Untuk cover malu, dia berdehem

"Kenapa boss? Siapa Leo Ace?"Soal 'dia' gelabah.

Alah jangan gelabah tak hensem ah kalau gelabah

"The Leo Ace merupakan... Salah seorang ahli yang sangat penting buat The Tengku's family. Dia macam ahli keluarga Tengku's family walaupun tidak mempunyai sebarang pertalian darah.

Gelaran Leo Ace sebenarnya hanyalah Ace tetapi disebabkan ada terlalu ramai Ace, dia ambik perkataan Leo sempena zodiak dia. Dia sangat berbakat. Tapi.... Kenapa kau tanya?"Jawab Dark knight.

Yes Leo Ace . Gadis yang mempunyai keazaman yang tinggi! Tak kira apapun Ace akan cuba untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Ace juga merupakan seorang menembak yang sangat hebat! Pelik juga bila seseorang bertanyakan tentang Ace. Ace biasanya buat kerja sembunyi. Dia tai cuai. Ace hebat dia memang teliti.

"Apa nama sebenar Leo Ace?"Soal si'dia'. Lagaknya seperti inspektor polis

"Tiada sesiapa yang tahu. Hanya The Tengku's family terutamanya Erysha yang tahu. Kerana... Ace adalah seorang yang sangat rapat dengan Erysha. "Jawab dark knight .

Hanya melayan kerenah anak buahnya. Nasib anak buangnya yang sorang ni tak pernah sakitkan hati dia . Kalau tak memang dia tak akan layan budak ni

"Boss pernah jumpa Leo Ace?"Soal Si dia lagi.

Kalini tersengih seperti kerang busuk.

"Tak pernah"jawab Dark Knight pendek

"Boss nak jumpa dengan dia tak?"soal si dia takut-takut. Suara kedengaran tersekat sekat.

Dark knight pelik dengan perubahan sikap si dia. Kenapa tiba-tiba bertanya tentang penembak yang handal itu, tiba-tiba takut. Sakit ke? Ke demam?

"Kenapa kau tanya macam tu?" Soal si boss.

Soalan si dia diabaikan . Dark knight merasakan ada sesuatu yang si dia telah lakukan.

"Kalau boss nak tahu..... Ni , perempuan yang saya bawak sini ialah Ace. Leo Ace. "Ujar si dia perlahan. Risau dark knight marah.

"What!?" Jerit Dark knight tidak mempercayai bahawa gadis yang terbaring lemah di depannya ini merupakan penembak tepat, Leo Ace

"Betul... Boss. Saya jumpa dia di sebalik semak, belakang gudang sana. Kalau boss tak percaya cek pistol di yang ada dekat pinggang dia."Ujar Si dia sambil menunjuk-nunjuk ke arah pistol limited édition itu. Memang limited édition sebab Erysha sendiri yang ukir untuk Leo Ace.

"Habistu kau bawak dia datang sini kenapa?"Soal Dark knight sambil memukul kepala si dia

"Tak akanlah saya mahu biarkan dia mati di sana?"jawab si dia dengan soalan

"Kalau the tengku's family salah faham macam mana?"

"Alah kalau the tengku's family tengok Ace mati, mesti diorang lagi sedih. Nanti kita suruh Ace cakap yang kita selamatkan Ace. Bolehlah boss kita jaga dia. Kesian dia"Jawab si dia senang. MUAHAHAHA.

"Kau ni kan... demam ke apa? Sebelum ni tak pernah pula kau care pasal orang. Bila nampak perempuan ni tiba-tiba care . Kau jaga dia . Kalau apa-apa jadi kau kena bertanggungjawab "Ujar Dark knight sebelum pergi ke bilik kerjanya.

"Baik!"

And Ace dengar tapi dia tidak dapat menyampuk disebabkan badannya terlalu lemah. Dia berharap sangat agar mereka tidak mengapa-apakan dia. Dia juga harap Erysha baik-baik sahaja. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan Erysha selamat.

'Erysha... Are you okay?' bisik Ace dalam hati..

tidak mampu meluahkan. Samada takut dan terlalu lemah. Iyalah walaupun sekuat mana Ace, dia lemah juga. Tambahan pula dia cedera parah. Hanya pendarahan sahaja yang 'dia' hentikan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience