MY SECRET DIARY|°UNTOLD HURT STORY
SEBELUM HADIRNYA PELANGI PASTI ADANYA HUJAN
'ERYSHA AND HARVEY?'
Di lobi Diamond Holding Empayar,
Dan sekali lagi, Erysha terpegun melihat bangunan syarikat keluarganya. Haish banyak benda yang dia tidak tahu mengenai keluarganya. Itulah hari tu, mama ada bagi buku . Pasal keluarga. Dari nama setiap orang dalam keluarga sehingga saham-saham dan pangkat dalam syarikat. Mama suruh dia baca. Dia buat tak tahu sebab masa tu dia sibuk menangis. HAHAHA. Padan muka kau Isha. Orang suruh baca kau buat buku tu jadi belacan. Buku tu hancur sebab asyik kena air. Air mata kau jugak Isha.
"Hello royal princess! Akhirnya kita dapat berjumpa. I'm Harvey. Tengku Arfan Harvey dan you must Tengku Aryana Erysha right? I'll be your guardian"sapa seseorang dari belakang.
"Huh? Ya. I'm Erysha. Apa awak buat dekat sini? Bodyguard? Maaf kalau bodyguard awak tak boleh masuk sampai sini"Soal Aryana.
Dia menyangka Harvey ialah bodyguard berdasarkan pemakaian Harvey yang serba hitam. Tapi pelik juga bila bodyguard ni nampak kaya . Hmmmm
"Hello? Apa awak cakap? Bodyguard? Muka kacak dan kaya macam saya ni awak panggil bodyguard? Saya ni cousin awak merangkap bakal suami awak! "ujar Harvey. Nampaknya Harvey sedikit marah apabila dia yang kacak ni dipanggil bodyguard.
Aish terkejut Aryana kerana Harvey menaikan intonasi suaranya. Lah bakal suami aku rupanya. Eh jap- kalau bakal suami aku, maksudnya dia ni tunang aku lah kan? Jadi inilah tunang yang mama aku cakap tu. Omooo. Kacaknya suami aku ni. Mesti anak aku pun kacak macam ayah dia. Mesti ramai cemburu dengan anak aku nanti. Mamanya comel , papanya kacak . Oh no! I'm melting. Inilah cinta padang pertama. Ewah kau dah travel sampai dah ada anak
"Manalah saya tahu awak ni tunang saya. Saya ingatkan gaji yang mama saya berikan terlalu banyak sampai awak jadi kaya raya. Boleh saya tahu siapa disebelah awak tu?"dengan selambanya Aryana membalas. HAHAHA ini Aryana yang baru. Aryana yang baru bukan Aryana yang penakut dan pemalu seperti dulu. Aryana yang sekarang berani nak pertahankan diri sendiri
"Hai I'm Hayden. Tengku Adam Hayden. Muka kami seiras kan? Nak tahu kenapa? Sebab kami ni kembar? Awak dah berjumpa dengan kembar awak? Rasanya belum kan? Awak baru berjumpa dengan Arash je kan? Nanti saya kenalkan semua team kita"Ujar orang disebelah Harvey. Auch yang ni terlampau banyak mulut. HAHAHA banyak cakap betul.
Harvey menyiku kembarnya yang terlebih banyak mulut atau kata lain mulut murai kerana kembarnya ini tak reti-reti nak sapa baik- baik . Mesti Aryana rasa janggal apabila disoal bertubi-tubi.
"Miss royal princess jom naik bilik mesyuarat. Mama dah tunggu tu. Mama nak kenalkan Isha dengan adik-beradik kita dulu sementara tunggu mesyuarat start. "Ujar Arash mematikan perbualan mereka. Mereka bukan berbual sangat pun sebab Aryana ni bukan biasa sangat dengan lelaki. Dia masih janggal dengan lelaki.
"Jom! Tunggu Isha ash"Jawab Erysha
To be continue...
Share this novel