MY SECRET DIARY|°UNTOLD HURT STORY
SEBELUM HADIRNYA PELANGI PASTI HADIRNYA HUJAN
Life is like coffee.Some are bitter,some are sweet-ERYSHA
Majoriti ahli lembaga pengarah menyarankan agar Tengku Isabella menangguhkan majlis perkahwinan Erysha dan Harvey tetapi Tengku Isabella tetap mahu meneruskan kerana semakin lama menangguhkan majlis perkahwinan itu, semakin Erysha berada dalam bahaya.
" Black dragon melancarkan gangguan dengan kerap sekarang agar kita menangguhkan perkahwinan Erysha. Jadi, saya tidak akan membiarkan musuh bersorak kegembiraan"Ujar Tengku Isabella. Setelah di buat analisis, Black Dragon hanya ingin mengacah mereka agar mereka menangguhkan perkahwinan itu.
"Jadi puan akan teruskan?"Soal Alish, setiausaha Tengku Isabella
"Ya Alish sayang. Sila awalkan beritahu semua hadirin dan yang terlibat di dalam majlis perkahwinan itu bahawa tarikh perkahwinan diawalkan supaya mereka boleh bersedia. Kita akan langsungkan perkahwinan itu pada bulan depan. "Ujar Tengku Isabella tegas. Apabila Tengku Isabella memutuskan sesuatu mereka tidak dapat menentang. Majoriti ahli lembaga pengarah terkejut mendengar kata-kata Tengku Isabella.
Bulan depan tidakkah terlalu awal? Masa ada 2 minggu sebelum bulan depan. Rata-rata risau Erysha tidak bersedia. Arash rasa bersalah. Macam mana dia mahu memberitahu Erysha. 2 minggu lepas beritahu nak kahwinkan dia 6 bulan dari sekarang pun terkejut inilah 2 minggu. Isha, kahwin Express lah kau. Erysha tidak dapat hadir hari ini kerana Erysha masih terkejut dengan kejadian dia diculik minggu lepas. Dia tidak mahu keluar rumah. Ariyyan terpaksa menemaninya. Arash mahu menemani Erysha tetapi disebabkan dia satu-satunya CEO yang tinggal, dia terpaksa hadir.
"Ash sila beritahu Isha agar Isha boleh bersedia"Arah Tengku Isabella kepada Arash
Di rumah,
Arash suruh Hayden dan Harvey untuk gembirakan Erysha sebelum dia beritahu Erysha tentang perkahwinan itu. Dia terlupa mahu beritahu Erysha bahawa Hayden dan Harvey akan datang. Erysha yang berada di ruang tamu terkejut apabila melihat Hayden dan Harvey di depan pintu. Dengan pantas, Erysha berlari ke biliknya untuk mengambil tudung
Setelah memakai tudung Erysha turun semula untuk minum air
"sayang! "Jerit Hayden kepada Erysha. Erysha yang sedang minum air hampir tersedak
"Woi , Don't call me 'sayang' or your twin will kick you!"jerit Erysha kembali. Allahu kau anak dara Erysha, tak elok jerit-jerit
"Okay-okay , i just kidding. Harvey you Don't angry right?"Ujar Hayden setelah di'warning' Erysha
" I'm not angry just, can i kick you?"Jawab Harvey lalu menendang Hayden. Hayden menjerit kesakitan.
'auchhhh menyesal cari pasal dengan bekas gangsters sekolah'bisik Hayden
"Auchhhhh sakit woiii"sekali lagi Hayden menjerit. Erysha dan Hayden pelik kenapa tiba-tiba Hayden menjerit . Rupanya-rupanya Arash menyiku kepala Hayden.
"Sakit?"Soal Arash tanpa rasa bersalah
"Sakit la ngek nak benjol kepala aku"Jawab Hayden
"Nak aku buat lagi?"Soal Arash lagi.
"Kau kenapa tiba-tiba siku aku. Siku kau tu sudahlah tajam"Ujar Hayden tidak puas hati kerana hanya dia disiku
"Saja. Aku rasa macam nak siku kau, so aku siku la. "Jawab Arash dengan bersahaja. Harvey memberi isyarat kepada Arash
'Arash bila kau nak beritahu dia pasal perkahwinan tu?' Soal Harvey
'kita beritahu dia sekarang 'jawab Arash
'kau seriously? Sekarang? kau tak main-main kan?'soal Harvey lagi
'buat apa aku nak main-main?'Soal Arash kembali.
Erysha rasa tertinggal kerana dia tidak faham apa-apa terus menjerit
"Apa main isyarat ni! Isha tak belajar la bahasa isyarat! Guna bahasa biasa sudahlah"Jerit Erysha. Allahu nasib mama dengan papa belum pulang kalau tak kena bebel Erysha sebab tak reti control suara
"Tengku Aryana Erysha shown janji jangan menangis dan mengamuk tau"Ujar Hayden dengan serious. Terdiam Erysha kerana Hayden jangan serious. Asyik main-main
"In sha Allah"jawab Erysha. Dia tak boleh janji kerana dia seorang yang agak panas baran
"Erysha mama bagitau yang Majlis perkahwinan Erysha akan diawalkan iaitu pada bulan depan. 2 minggu dari sekarang"Ujar Arash
"Eh mana ada 2 minggu dari sekarang, 13 hari 12 jam dari sekarang"Ujar Hayden dan berharap bahawa Erysha akan tergelak akan tetapi Erysha makin murung
"Jangan nangis sayang. Mama awalkan sebab nak bagi keselamatan Erysha terjamin. Harvey , ketua pertahanan elit syarikat diamond holding Empayar merangkap pengerusi Diamond's Private hospital akan melindungi Erysha. Abang ada banyak kekurangan so abang akan cepat kalah"Ujar Ariyyan tiba-tiba menyampuk
'owhh patutlah aku tak pernah nampak si Harvey ni berkerja macam abang Ray . Rupanya-rupanya doctor dan pada masa yang sama polis khas'bisik Erysha didalam hati
"Nak tak nak Erysha kena setuju kan?"jawab Erysha. Okay sekarang dia akan jadi matang sikit.
"Alhamdulillah baguslah kalau begitu"Ujar Arash kelegaan.
Wedding day,
Erysha sungguh aggun bergaya dengan baju kurung peplum berwarna biru gelap yang bercorakkan langit malam
Erysha memilih warna itu kerana dia sangat sukakan warna biru gelap dan juga pemandangan malam. Tema itu sangat masuk dengannya. Majlis perkahwinannya berlangsung dengan sangat meriah.
Ramai hadirin mengucapkan tahniah. Mereka pasangan yang sangat secocok. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah tiba-tiba seorang lelaki misteri melepaskan tembakan jarak jauh ke arah Erysha menggunakan Sniper rifle Awm
Tiada sesiapa yang perasan tentang peluru itu tetapi Samantha sudah mengagak semua ini akan berlaku. Tanpa memikirkan keselamatannya, Samantha terus menolak Erysha ke tepi dan tembakan tadi tepat mengenai dadanya.
Leader Black dragon langsung tidak menyangka bahawa Samantha akan memalingkan muka dan memutuskan untuk berpihak kepada keluarga papanya. Ini bermaksud Samantha dan Black Dragon sekarang merupakan musuh dan bukan lagi sekutu
Semua hadirin terkejut dan diminta agar bertenang. Erysha terus ke arah Samantha apabila melihat Samantha semakin tenat. Erysha menyuruh Ariyyan menelefon ambulans. Walaupun dia mengesyaki Samantha merupakan pengkhianat tetapi Samantha tetap manusia dan dia lakukan semua ini disebabkan dia berperikemanusiaan lagipun Samantha telah selamatkan nyawanya. Samantha dengan tiba-tiba menarik tangannya.
"Erysha kau sungguh cantik. Aku ucapkan tahniah kepada kau. Maafkan aku Erysha, aku yang beritahu maklumat kepada Black Dragon tempoh hari. Kau anggaplah aku selamat kan kau hari ini sebagai bayaran balik kesalahan aku .
8 tahun yang lepas, aku yang memberi tahu kedudukan Addelyn kepada Black Dragon. Aku punca Addelyn mati. Tolong beritahu Kak Chrisstella ya? Aku harap dia mampu maafkan aku. Andai nyawa aku berhenti disini, maafkan segala kesalahan aku.
Aku menyesal dengan pilihan aku. Selama 5 tahun aku buat kerja yang aku tidak mahu buat iaitu menjadi pengintip. 3 tahun sebelumnya aku buat dengan rela kerana masa itu aku belum tahu kebenarannya. Tolong beritahu semua ahli keluarga kita ya? Aku sayang kau. Aku nak jadi kawan kau. Tapi rasanya sudah terlambat. Satu lagi aku sayangkan dan cintakan Arash"Ujar Samantha sebelum menutup matanya.
Erysha terdiam kerana tidak sangka Samantha mencintai abangnya. Dia termenung disitu kerana tiba-tiba tidak tahu apa tindakan yang harus dilakukan. Dia termenung selama 5 saat sebelum tersedar kembali
Setelah tersedar daripada lamunan, Erysha terus melakukan CPR agar Samantha terus bernafas dan dia berjaya. Ambulans sampai sedikit lewat, Erysha terpaksa menggunakan alat pernafasan kecemasan.
Tiba-tiba Erysha ternampak satu logo pelik di baju Samantha. Logk itu mengingatkan dia tentang sesuatu yang dia telah lupa. Disebabkan terlalu kuat mencuba untuk mengingati apakah dan dimana dia pernah temui logo itu, Erysha pengsan. Erysha dimaksudkan ke dalam wad biasa. Doktor yang merawat Erysha memberitahu bahawa Erysha pernah mengalami 'sesuatu' yang membuatkan dia trauma.
"ERYSHA tidak apa-apa , dia cuma akan berehat di alam lain buat sementara waktu. Dia pengsan disebabkan dia teringatkan sesuatu yang dia lupa disebabkan trauma. Kamu tahu dia trauma disebabkan apa?"Ujar doktor Kim Seo Jeong.
"Hmmm aku sendiri tidak mengenali Erysha dengan sempurna. Kami sedar kekurangan kami. Nampaknya kami perlu tanya keluarga angkat Erysha. Erysha dijaga oleh keluarga angkatnya selama 18 tahun jadi tidak hairan jika mereka mengetahui segalanya tentang Erysha"Jawab Tengku Isabella. Dia tidak tahu pula yang Erysha ada trauma yang teruk. Mungkin disebabkan trauma itu , Erysha berubah menjadi budak yang pendiam dan penakut.
Samantha pula dimasukkan ke wad ICU dan tiada siapa dibenarkan melawatnya. Peluang Samantha untuk selamat hanyalah 30%.
Tengku Alex dan Alice Aleeya kelihatan sangat sedih. Aleeya yang kebetulan doctor disitu bersungguh-sungguh mahu merawat sendiri Samantha tetapi tidak dibenarkan kerana Alice punya emosi tidak stabil. Walaupun Samantha bukan anak kandungnya dia tetap menyayangi Samantha seperti anaknya sendiri
To be continue...
Share this novel