18|•Trauma?

Fantasy Series 3582

MY SECRET DIARY|°UNTOLD HURT STORY

SEBELUM HADIRNYA PELANGI PASTI HADIRNYA HUJAN

"ERYSHA TELAH LAMA DIBURU"-ARASH

Erysha terasa dirinya di awangan . Seolah dirinya dibawa ke alam lain. Dia pasrah. Dia redha dengan apa yang akan terjadi terhadapnya. Dia melihat keadaan di depannya. Dia seperti pernah melihat situasi itu, tetapi dia tidak ingat bila dan dimana. Kelihatan seorang gadis yang sangat comel sedang melompat keriangan.

"Nia, Nia nak ikut kami ke Kundasang minggu depan? Kalau Nia nak ikut kami, beritahu ibu awak. Saya pasti umi saya akan membenarkan awak ikut. Awak kan anak saudara kesayangan umi sampai kadang-kadang saya cemburu dengan awak"Ujar Qaisarah dengan gembira.

Dia pasti cuti sekolahnya kali ini akan dipenuhi dengan gelak tawa mereka berdua. Ibu Nia dan Umi nya . Hanya dua beradik. Ayahnya pula anak tunggal. Itu bermaksud hanya Nia sepupu yang dia ada. Nal mengharapkan adik perempuannya bermain dengan dia? Sampai bila tidak akan

Dia sangat gembira setelah umi nya memberitahu bahawa mereka akan ke Kundasang Sabah selama dua minggu kerana ayahnya ada urusan kerja. Kebetulan cuti sekolah telah tiba. Kegembiraannya bertambah apabila umi nya memberitahu Nia boleh ikut sekali. Mungkin umi kesian dekat Nia. Ibu dan ayahnya sentiasa busy. Dia pula anak tunggal. Mesti Nia kesunyian.

"Wahhh betul ke Nia boleh ikut? Nia tak mengganggu ke?"Soal gadis kecil yang teruja apabila teman sepermainannya mengajak bercuti bersama. Apa yang menghairankan Erysha wajah gadis itu seperti wajahnya.

"Apa pula mengganggu. Umi ajak Nia sekali sebab umi tahu Qai akan bosan kalau sorang-sorang. Nak ajar Qaireen? Lambat lagi Qaireen nak bermain dengan Qai. Lagipun Qaireen kecik lagi. Cepatlah tanya ibu awak. Boleh kita shopping sama-sama petang esok"Jawab Qaisarah. Qaisarah tidak sabar.

Setelah Erysha amati, betul-betul, Erysha baru perasan Qaisarah seperti seseorang yang dia selalu meluangkan masa bersama. Tetapi mengapa dia langsung tidak ingat?

"Ibu, boleh tak Nia nak ikut Qai?"Soal Nia.

"Boleh sayang. Jaga diri tau! Kalau bukan sebab kerja, ibu pasti akan ikut sekali. Sayangnya ibu tidak dapat cuti. Ayah pula, memang busy memanjang. Maafkan kami ya kerana tidak dapat meluangkan masa dengan kamu. Ibu rasa bersalah pula"Jawab Arissa. Dia rasakan dia bukan ibu yang baik .

"Wahhh betul ibu? Tapi tak best la kalau ibu dengan ayah tak ikut. Last kita bercuti luar semenanjung 3 tahun yang lepas. Nanti ibu dan ayah boleh cuti, kita pergi bercuti nak?"Ujar Nia. Terlompat lompat kegembiraan Nia apabila ibunya membernarkan dia mengikut saudara kesayangannya.

"In sha Allah sayang"Jawab Arissa pendek.

"Qai, Qai! Ibu saya bagi! Jom kita rancang nak buat apa dekat Kundasang nanti"Ujar Nia

"Betul ni? Jomm"Ujar Qaisarah. Maka, berlompat dan berkejaran mereka berdua

Erysha baru perasan. Ini mungkin imbasan kembali memori yang dia hilang disebabkan kemalangan yang langsung dia tak ingat.

KUALA TERENGGANU AIRPORT,

"Ayah kenapa ayah suruh kita semua pakai mask? Qai sihat je tak selsema. "Soal Qaisarah. Mestilah dia pelik tiba-tiba ayahnya suruh memakai mask. Sesak tau pakai mask ni.

"Pakai je sayang. Ayah risau ' mereka ' akan tahu tentang kita"Jawab Arif , Ayah kepada Qaisarah.

Qaisarah pelik. Siapa mereka yang dimaksudkan oleh ayah? Dia sendiri tidak tahu pekerjaan ayahnya. Apa yang dia tahu ayahnya punya kerja sangat merbahaya

"Sayang ikut sahaja arahan ayah"Pujuk Puan Aisyah , umi Qaisarah.

"Hmm"balas Qaisarah. Nia hanya memerhati gelagat keluarga itu.

Dia dapat rasakan ini bukan percutian yang menarik. Pasti  ada sesuatu yang akan terjadi. Nia mempunyai six senses yang membuatkan dia seolah-olah tahu apa yang akan terjadi. Nia punya instinct biasanya tepat

"Sayang, percutian kali ini tidak akan seindah sebelum ni kan? Awak perasan 'mereka' telah lama ikut kita "Bisik Puan Aisyah kepada Suaminya.

"Saya harap awak faham. Yes. Kali ni, mungkin kita semua akan terkorban kerana mereka semakin mengganas sejak tahu saya bekerja dengan Tengku Isabella dan sejak mereka perasan yang Nia mempunyai ciri-ciri seorang gadis bernama Erysha yang disebutkan Tengku Isabella. Apapun kita perlu melindungi Nia sebaik mungkin "Bisik Arif kembali.

Tanpa mereka sedar, Nia telah mendengar segalanya. Yes, Nia ada segalanya-galanya. Dia mempunyai mata , telinga, hidung yang sangat tajam and yup dia boleh rasakan kewujudan sesuatu. Di dalam hati, Nia tertanya-tanya apa kaitan dia dengan Erysha dan siapa Erysha?

Disebalik semua itu, Erysha yang hanya memerhati terkejut. Ini bermaksud aunty dan uncle telah lama tahu yang dia anak kepada Tengku Isabella

Kota Kinabalu international airport,

"Alhamdulillah kita selamat sampai. "Ujar encik Arif. Beliau sangat bersyukur kerana 'mereka' tidak membuat attack di dalam kapal terbang tadi.

"Aik sebelum ni kan memang kita dah biasa naik flight. Kenapa kalini ayah macam risau. And Nia kenapa awak asyik diam je dari tadi"Ujar Qaisarah. Puan Aisyah dan encik Arif juga perasan perubahan Nia sejak dia kembali dari tandas di Kuala Terengganu Airport tadi.

"Dulu lain sayang, sekarang lain"Jawab Encik Arif. Jawapan Encik Arif makin membuatkan Qaisarah pening.

Encik Arif perasan yang Nia asyik sorokkan mukanya di dalam kapal terbang tadi. Kemungkinan ' mereka' mengendap Nia dan membuatkan Nia rasa takut.

"Erk sayang, setiausaha awak dah booked kereta kan? Mana kereta tu?"Soal Puan Aisyah cuba mengalihkan topik perbualan mereka.

"Ha'ah lah ,kan mana kereta kita?"Ujar Encik Arif. Dia juga tidak mahu meneruskan topik itu.

"Aunty, Uncle tu dekat depan sikit tu kereta kita"Ujar Nia setelah lama mendiamkan diri. Mereka pun berjalan ke arah kereta mewah berjenama BMW .

Keesokan harinya,

"Hari ni kita akan pergi ke taman bunga kan?"Soal Qaisarah

"Ya sayang"Jawab Puan Aisyah

"Nia awak nak pakai baju apa? Apa kata kita pakai baju yang sama"Soal Qaisarah. Banyak cakap betul budak ni

"Saya ikut awak"Jawab Nia tidak berminat untuk bercakap.

'aish aku sedingin inikah dengan Qaisarah? Rasa menyesal pula 'Bisik Erysha

Di dalam kereta,

"Wow cantiknya bumi Sabah ni umi"Ujar Qaisarah. Dari tadi dia tidak berhenti bercakap.

"Ya sayang" hanya itu respon yang Puan Aisyah mampu beri. Anaknya terlalu excited tambahan pula dengan kehadiran satu-satunya sepupu yang dia ada.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan pistol ke arah tayar kereta mereka dan menyebabkan kereta mereka terbabas. Saat itu, tiada langsung kereta yang lalu lalang seoaloh-olah sudah lama dirancang.

Muncul dua orang lelaki bertopeng lalu menembak Encik Arif. Encik Arif dibunuh di hadapan isteri, anak dan anak saudaranya. Dibunuh dengan kejam! Setelah ditembak, lelaki tadi menyelongkar barang Encik Arif tetapi disebabkan barang yang dicari tidak dijumpai, lelaki tadi terus menikam perut Encik Arif .

Puan Aisyah , Qaisarah dan Nia hanya pasrah. Tetapi Puan Aisyah masih cuba sebaik mungkin untuk melindungi Nia. Qaisarah mula curiga tentang identiti Nia. Dia tahu ni ini hanya anak angkat tetapi mengapa umi nya mahu sangat melindungi Nia lebih daripada anak sendiri? Dikesempatan itu, Qaisarah melarikan diri ke dalam hutan .

Seorang lagi cuba untuk mengejar Qaisarah akan tetapi terlambat apabila Nia sempat mengambil pistol salah seorang dari mereka lalu menembak lelaki itu. Lelaki itu jatuh rebah ke tanah. Seorang tadi ketakutan lalu cuba menembak Puan Aisyah, akan tetapi tidak mengenainya  apabila Puan Aisyah sempat Cover  Nia.

Setelah Puan Aisyah tidak bergerak, pembunuh tadi cuba untuk menembak Nia sekali lagi tetapi seseorang terlebih dahulu menarik Nia lalu membawa Nia lari. Sebelum dibawa lari, Nia sempat melihat ada satu logo di baju lelaki pembunuh itu. Logo itu kelihatan seperti Naga pemburu.

"Arghh awak siapa? Lepaskan saya "Jerit Nia kerana dia tidak mengenali lelaki itu.

"Saya Hazrel cik Nia. Saya setiausaha Arif. Selamat berkenalan. Saya akan membawa cik ke tempat yang selamat"Ujar Hazrel setiausaha Encik Arif.

Di sebuah gudang lama,

"Awak buat apa bawa saya ke sini? Sini bukan tempat yang selamat"Ujar Nia

"Seseorang mahu berjumpa dengan kamu. "Jawab Hazrel

Sebaik sahaja nampak orang yang dimaksudkan, terlopong Erysha melihatnya. Orang yang dimaksudkan ialah, ayah angkatnya

"Ayah?"Soal Nia

"Ya sayang, ayah dengan Uncle kamu sedang siasat tentang seseorang atas arahan Tengku Isabella tetapi Uncle kamu dibunuh disebabkan bekerja dengan Tengku Isabella. Ayah pun berkerja di bawah Tengku Isabella akan tetapi , ayah tidak pernah berjumpa dengan Tengku Isabella hanya Arif yang berjumpa dengan Tengku"Ujar Ayah angkat Erysha

Nia hanya meng 'ooohhhhh' selepas beberapa saat, Nia terasa dunianya berputar, lalu dia pun pengsan di situ.

Diamond 's Private hospital(cawangan Malaysia),

"Nia tidak apa-apa bukan?"Soal Hazrel. Ayah angkat Nia terpaksa pulang kerana ada kerja.

"YA, Dia cuma mengalami kejutan melampau yang mungkin akan membuatnya trauma. Dia akan berehat seketika "Ujar Doktor Zarith

"Trauma?"Soal Hazrel

"Ya, dia akan trauma kerana orang yang dia sayang dibunuh dengan kejam di hadapan matanya sendiri. Kita tengok dalam beberapa minggu nanti .  Kalau dia masih murung atau kerap pengsan kami mungkin terpaksa melupuskan ingatannya tentang keluarga Qaisarah"Jawab doktor Zarith

"Perlu ke lupuskan? Dia banyak kenangan manis dengan Qai"Soal Hazrel lagi. Kalau boleh dia mahu kekalkan memory Nia

"Kami terpaksa. Kalau tidak dia mungkin akan bunuh dirinya sendiri kerana tidak sanggup untuk hidup"Jawab doktor Zarith.

'Doc, tak penat ke bersoal jawab?' bisik Erysha

3 minggu kemudian,

Disebabkan keadaan Nia masih tidak berubah. Masih murung ,kerap pengsan, asyik stress, suka bersendirian. Arissa sudah tidak sanggup melihat anak gadisnya bersedih sedemikian rupa terpaksa bersetuju untuk melupuskan ingatan tentang Qaisarah.

Sekarang Erysha sudah faham kenapa dia tidak mengingati segalanya. Ingatannya telah dilupuskan.

Kembali ke Diamond Private hospital (Korea),

"Isha!"Jerit Arash apabila ternampak Erysha mata Erysha sudah terbuka

"Hmm Isha dimana?"Soal Erysha. Dia tidak tahu macam mana dia boleh berada di situ

"Isha di hospital"Jawab Ariyyan. Ariyyan ni suka muncul secara tiba-tiba

"Aik kenapa Isha d hospital?"Soal Erysha. Dia tak sakit kenapa perlu berada di hospital?

"Sha tak ingat?"Soal Arash

"Tak"

"Isha pengsan tadi selepas selamatkan Samantha"Jawab Arash.

Erysha menjerit kesakitan apabila terasa kepalanya berdenyut dengan sangat kuat

"Kenapa sayang?"Soal Harvey. Eh jap memang lelaki semua ke dalam VVIP room ni?

"Sakit"

"Abang!"

"Ya kenapa?"Soal Arash, Ariyyan dan Harvey serentak

"Isha telah diburu sejak Isha berumur 10 tahun. Isha sudah ingat semuanya kembali. Mereka , Black Dragon telah membunuh aunty dan Uncle Isha dengan kejam di depan mata sendiri. Anak mereka, Qaisarah berjaya melarikan diri. Tapi Isha tidak tahu dimana Qai sekarang. Sebelum ni mungkin Isha tidak ingat disebabkan doctor memadam ingatan Isha tentang Qaisarah"Terang Erysha

"Maksudnya, mereka telah lama tahu yang Isha ni permata keluarga ni. Tetapi kenapa mereka tangguhkan serangan sehingga 8 tahun dan kenapa baru sekarang mereka lancarkan balik serangan?"Ulas Harvey

"Mungkin disebabkan, Erysha akan menerima semua harta itu pada umur 18 tahun "Ujar Arash. Yes hanya dia yang tahu secara terperinci tentang pewarisan.

"Eh jap macam mana Isha boleh ingat balik ?"Soal Hayden. Alah potong line betul la si Hayden ni. Buat-buat faham je dulu tak boleh ke?

"Logo. Isha akan ingat sampai bila-bila logo membunuh tu. Mereka bunuh Uncle dengan kejam. Sha pelik kenapa polis tak buat apa-apa tindakan. By the way, mana Samantha?"Jawab Erysha. Mungkin mayat Uncle dan Aunty nya di selesaikan sendiri oleh Hazrel.

"Samantha masih berada di ICU . Dia belum stabil. Masih kritikal. Doa-doakan agar dia selamat kearah peluang untuk dia selamat tersangatlah tipis"Ujar Arash.

Dan mereka semua berfikir tentang perkara itu sehingga tertidur. HAHAHAHA

To be continue....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience