13|•kahwinn?

Fantasy Series 3582

MY SECRET DIARY|°UNTOLD HURT STORY
SEBELUM HADIRNYA PELANGI PASTI ADANYA HUJAN
"DON'T GIVE UP AND KEEP MOVING"-ERYSHA

Entah kenapa hari ini , aku berasa sangat gembira dan bersemangat untuk meneruskan hidup. Mungkin aura kehidupan baru? Hari ini mama masak makanan kegemaran ku iaitu Spaghetti Carbonara mushroom. Yummy! Aku makan sampai tiga pinggan. Ariyyan ejek aku cakap perut besar macam biawak

Tapi ...... Betul la orang cakap disebalik kesedihan ada kegembiraan, disebalik kegembiraan ada kesedihan. Aiyyo orang baru nak happy mama ni. Cerita dia macam ni,

"Assalamualaikum mama! Mama buat apa tu? Yummy sedapnya bauuuu mesti sedap juga rasanya. Tak sabar Isha nak makan"Ujar Erysha sebaik sahaja menapak di dapur.

Apa anak dara ni, bangun subuh lepastu tidur balik. Pagi-pagi bukan tolong mama buat breakfast. Sanggup tidur. Okay esok aku tak buat. Tapi tak janji. HAHAHAHAHAHA

"Waalaikumussalam princess mama! Dah bangun ye sayang? Mama ingat kamu nak tidur sampai esok pagi. Tapi tak apalah hari ini mama maafkan kamu sebab harini hari kedua kamu di Korea. "Ujar Tengku Isabella.

Amboi mama sempat erk sindir Isha? Isha penat sebab semalam sampai korea rehat dalam dua atau tiga jam terus kena hadiri mesyuarat. Malam tu pula abang Ray paksa Isha kemas bilik dia. Abang ni.

Bilik Isha sendiri pun Isha belum kemas. Inikan bilik abang. Tapi disebabkan Isha ni jenis hormat orang tua, Isha tolonglah kemas tapi sudahnya Isha ter melepak tengok movie dengan abang Ray. Buat kerjanya 10 minit melepak 3 jam. HAHAHAHAH

"Eh jangan sindir mama. Isha tidur balik sebab semalam Isha penat. Lepas balik mesyuarat tu, pukul 9.30 malam abang Ray paksa kemas bilik dia. Disebabkan Isha ni adik yang baik, Isha pun kemaslah"Ujar Erysha cuba menegakkan benang yang basah??

"Eleh macam mama tak tahu, kamu kemas tu 10 minit je. Yang lain kamu tengok movie kan? Tak silap mama 2 movie kamu tengok semalam kan? Dalam 4 jam juga kan?"Sangkal Tengku Isabella. Erysha pelik macam mana mamanya boleh tahu

"Aik macam mana mama boleh tahu? Isha tak beritahu mama pun . Eh Essandra mana mama? Lepas habis mesyuarat semalam isha dah tak nampak dia"Ujar Erysha cuba untuk mengubah topik. Blushing dia jadinya bila mama tahu dia tertidur dalam bilik abang Ray.

"Laa kamu tak tahu ke?"Soal Tengku Isabella

Dalam hati Erysha menjawab' eh Isha tahu . Isha buat-buat tak tahu je mama. Aiyyo mama kalau Isha tahu tak adanya Isha tanya'

"Essandra tinggal di asrama sekolah. Minggu ni dia kena bertugas pantau sekolah. Dah jom makan. Makanan dah siap ni. Panggil papa ,abang Ray dengan Ash. "Ujar Tengku Isabella setelah Erysha diam laaaamaaa

Sedang mereka sekeluarga makan,

"Sha, mama papa nak beritahu sesuatu ni"Ujar papa tiba-tiba. Aish orang tengah makan ni pa, tunggu siap dulu.

"Apa dia ma, pa?"Soal Erysha.

Arash dengan Ray hanya menunjukkan muka beku

"Isha, mama akan kahwinkan kamu dengan Harvey 6 bulan daripada sekarang. "Ujar Tengku Isabella

Erysha terkejut. Kenapa secepat ini? Kenapa tidak tahun depan? Kenapa awal sangat? Orang nak rasa puas-puas sebagai orang bujang.

"Abang ray dengan Ash dah lama tahu ke?"Soal Erysha

ARASH memang tidak tahu perancangan Tengku Isabella kerana dia hanya ditugaskan menjaga Erysha sementara Erysha di Malaysia. Sebenarnya ketika dia cakap dia sudah pulang ke Korea, di masih di Malaysia untuk melindungi dan memastikan Erysha selamat.

Ray rasa serba salah kerana dia sudah tahu perancangan Tengku Isabella.

"Mama, give me time okay? Isha perlukan masa"Ujar Erysha

"Okay sayang, take your time. "UjarTengku Isabella

Sebaik sahaja Erysha naik ke biliknya Tengku Isabella mengarahkan agar Arash memantau dan memastikan Erysha dalam keadaan baik . Ray pula perlu memastikan musuh tidak mengambil kesempatan

To be continue....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience