02|•pertemuan

Fantasy Series 3582

MY SECRET DIARY|°UNTOLD HURT
"SEBELUM HADIRNYA PELANGI, PASTI ADANYA HUJAN"

Hari ini hari pertama ku sebagai pelajar pertukaran. Dan sumpah aku cakap, aku sudah malu akibat tersilap masuk tandas. Nasib ku baik kerana Tengku Arash langsung tidak mengendahkan kehadiran aku. Akan tetapi disebabkan hal itu, Tengku Arash mengugut aku. Jikalau aku tidak mahu dia malukan ku, aku hendaklah membuat semua kerja sekolahnya. Aku ingatkan dengan menjadi pelajar pertukaran aku boleh hidup dengan tenang rupanya tidak.

"Woi Nia mana kerja sekolah aku ? " Soal Arash. Arash merupakan wakil pelajar daripada Korea. Arash hanya berniat mahu mengusik Nia.

Sakit perutnya gelak apabila Nia merayu agar tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian yang memalukan di tandas pagi tadi. Nasib dia yang terjumpa Nia. Kalau lelaki lain yang jumpa? Dah sah-sah si Nia ni viral. Pelajar di sini nampak aja baik tapi diorang tak reti hormat orang
Macam mana dia boleh tahu? Tengok perangai dah tahu. Hahaha well Arash memang pandai nilai orang

"Alah kau ni. Ada tangan sendiri kan? Buat la sendiri. Aku pun pening dengan masalah keluarga aku. Campur lagi dengan masalah kau. Beban betul kau ni. Kalau bukan sebab aku ni berperikemanusiaan aku dah tikam kau. Bukan macam kau! Berperikehaiwanan. "Bebel Nia. Jujur dia kata dia agak stress.

Walaupun dia sudah berada di Kuala Lumpur, Suzy dan Sarah masih mengugutnya dengan mencederakan adiknya. Dia tidak sanggup apa-apa terjadi terhadap adiknya. Lebih-lebih lagi disebabkan dia. Walaupun bukan adik kandung, kasih sayangnya terhadap adik angkatnya merangkap adik susuannya seperti adik beradik kandung.

"Kau lupa ke? Kejadian tadi? Gambar kau di dalam tandas lelaki masih ada dengan aku. HAHAHAHA kau nak aku viral kan ke? "Ugut Arash sambil tergelak besar. Dia tidak percaya yang Nia serious dengan gurauannya. Sungguh dia akan tergelak apabila teringat air muka Nia sewaktu dia ternampak Nia di dalam tandas lelaki. Kebetulan dia juga mahu ke tandas.

"Jangan la cakap kuat-kuat. Nanti ada orang dengar. Yelah tapi aku takkan buat. Aku akan ajar kau saja. Faham? "Ujar Nia . Pasrah berangkali. Dia juga rasa seperti mahu hempuk diri sendiri apabila teringat kejadian itu

Flashback...

"Adoii mana pula tandas ni. Dalam peti ni tunjuk dah nak dekat tapi tak jumpa-jumpa pun"bebel Nia sendiri. Dia mahu bertanya?.memang tidaklah. Dia pemalu tambahan pula dia sudah trauma mahu mempercayai orang. Baik dia percaya diri sendiri sahaja

"Ha itu pun tandas. Ya Allah jauhnya tandas dengan kelas. Kalau gini hari hari mahu kurus aku. "Ujar Nia lalu masuk ke dalam tandas tanpa memeriksa adalah tandas lelaki atas perempuan

Sedang Nia sedang membuang air kecil tiba tiba dia terdengar suara garau menyanyi kecil. Mustahil itu suara perempuan. Awalnya dia menyangka lelaki itu yang silap tandas, tetapi apabila difikirkan semula logo tandas rupanya dia yang silap masuk. Allahu malunya.

"Hello, ada orang tak dalam tandas ini? "Soal lelaki itu

Dia resah. Nak jawab ke tidak ni.

"Kalau tiada orang aku pecahkan tau pintu ni. 1! , 2,! ,3! Aku pecahkan tau" jerit lelaki itu

Disebabkan terlalu takut Nia pun menayhut dengan suara yang dibuat-buat seperti suara lelaki. Tetapi sekeras mana pun dia cuba buat, dia tidak dapat membuat suara garau. Dia jenis soft mustahil dia akan mampu dapat buat suara macam itu.

"Aik kau buat apa dalam tandas lelaki wahai perempuan?"Soal Arash

"Awak , saya merayu. Tolong jangan beritahu sesiapa. Saya merayu sangat. Awak nak apa? Saya janji saya akan bagi. Tapi tolonglah jangan beritahu sesiapa" Rayu Nia. Arash hanya membiarkan Nia merayu. Sambil Nia merayu sempat dia mengambil berberapa keping gambar Nia di dalam tandas . Sudahlah nampak logo tandas lelaki

Nia yang baru perasan gambarnya diambil menangis tersedu-sedan

"Apa awak buat ni? Tolonglah jangan viral kan gambar saya"makin kuat esakan Nia apabila Arash hanya mengendahkan rayuannya

"Hmm aku takkan viral kan gambar kau dengan 1 syarat."Ujar Arash akhirnya setelah penat gelak akibat melihat muka masam Nia

"Apa syaratnya?"soal Nia

"Kau kena buat semua homework math and science. Amacam nak ke tak nak?"Jawan Arash

"Kalau taknak tak apa. Tapi aku akan viral kan gambar kau tu"Ugut Arash. Sebenarnya dia hanya main main. Dia budak yang baik mana mungkin dia buat benda seperti itu. Dia juga tidak sangka jawapan daripada Nia. Dia sanggup buat apa saja demi maruahnya. Salute dengan perempuan ni.

"Baik aku setuju"

"So kira deal ni kan?"

"Ya. Apa nama awak?"

"Tengku Arash. Tengku Arash Erin. Kau pula, apa nama kau?"

"Tengku Nia Sansrose "

"Wah kebetulan nama kita berdua ada perkataan 'Tengku' . Kau keturunan raja mana?"Ujar Arash

"Entah aku tak tahu. Ibu tak pernah cakap tentang asal usul aku.... Sebab aku hanya anak angkat"Jawab Nia

Terdiam Arash apabila mendengar perkataan 'anak angkat'

End flashback

To be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience