MY SECRET DIARY|°UNTOLD HURT STORY
"SEBELUM HADIRNYA PELANGI, PASTI HADIRNYA HUJAN"
Arash terlalu risaukan keselamatan Nia. Dalam minggu ni Nia telah dibuli sebanyak tiga kali, itu tak termasuk Nia dimalukan di public. Dia tahulah Nia ni budak yang tak reti melawan, tapi tak perlulah buli Nia sampai begitu sekali. Sakit hatinya setiap kali melihat Nia dibuli. Geram dia nak balas balik bagi pihak Nia.
Nasib dia ingat nasihat Nia iaitu "biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Spread love , no hate. Kalau awak sayang saya, jangan balas perbuatan mereka. Sebaliknya mendoakan mereka" kalau bukan disebabkan nasihat itu dia dah belasah budak-budak nakal dekat sekolah ni sampai lunyai. Mereka tak kenal lagi siapa TENGKU ARASH ERIN yang sebenarnya. Mereka hanya kenal TENGKU ARASH ERIN sebagai pelindung TENGKU NIA SANSROSE. Sabar sajalah yang dia mampu.
Dan disebabkan terlalu geram , Hari ni dia memutuskan untuk meminang Nia. Kahwin terus jelah kan senang tu. Nak kata dia tak mampu , dia dah diserap sikit demi sedikit ke dalam dunia perniagaan. Dia juga telah memegang 10% saham syarikat pada usia 17 tahun. Dia tahu tindakan dia ini agak diluar jangkaan. Dia pun belum beritahu mama dan papanya. Mesti diorang terkejut. Haish macam mana nak beritahu Nia ni.
My Queen|•mama
Online
Assalamualaikum mama ooo mama Arash nak cakap something ni boleh tak? Ke mama busy? Kalau busy ndak apalah. Arash nak beritahu berita gembira ni!
Waalaikumussalam, ya Arash sayang. Ada perkembangan terkini tentang Isha? Ke kamu dah jumpa Isha?
Bukan mama. Mama rasa Ash terlalu muda ke kalau Ash nak kahwin?
Terlalu muda? Tak adalah muda sangat mama dengan papa pun kahwin semasa sebaya kamu. Kenapa sayang?
Bukan apa mama. Err mama marah tak kalau Ash cakap Ash nak kahwin . Boleh tak mama datang Malay dalam masa terdekat. Kalau boleh dalam minggu ni. Ash tak tahan tengok dia kena buli. Ash nak peluk dia tak boleh. Dia perlukan Ash dan Ash perlukan dia. Boleh la mama. Plishhh Ash sangat sayangkan dia
Ash ni kamu tahu tak kamu ni kelakar? Why mama nak marah kamu? baguslah kamu nak kahwin. Kami nak elakkan masalah ikhtilat dengan si dia bukan? In sha Allah sayang. Mama akan cuba datang. Ash ,Ash mama ingat apa tadi rupanya nak kahwin. Mama suruh kamu ke Malaysia cari Isha tak sangka mama dapat menantu. Mesti comel menantu mama ni
Betul ka mama? Thanks so much my Queen SARAGHAE! Yeay tak sabar nak beritahu dia.
Wahhh anak mama dah angau. Hebat betul penangan si dia. Mama setuju dengan siapa pun pilihan Ash.
I love you mama! Datang Khamis ni tau.. merisik. Hehehe??
Melompat Arash disebabkan terlalu gembira. Dia tak sangka mamanya akan merestui hajatnya. Nak kata dia muda sangat tak adalah. Dia dah 18 tahun. Nia pun 18 tahun. Dia dah kerja since dia 16 tahun. Dia cuma tunggu masa untuk konvo bidang perubatan sahaja. Bidang perniagaan dia dah konvo.
"Nia sayang~ Arash nak beritahu sesuatu ni. Happy news for us!"Ujar Arash kegembiraan. Lagaknya seperti kanak-kanak yang diberi gula-gula. Pelajar pelajar yang berkeliaran di koridor pelik melihat perangai tak betul Arash. Arash yang mereka kenal ialah Arash yang beku, dingin dan Arash yang tak tunjuk happiness dia dekat public. Tiba tiba berubah perangai memanglah mereka pelik. Dan ada juga yang bergosip Arash dan Nia couple.
"Ada apa Arash? Lain kali kau sebut kuat lagi biar satu sekolah dengar kau panggil aku sayang. Baguslah . Kenapa happy sangat ni?"sahut Nia dengan bebelan. Mereka tak mahu orang anggap mereka couple sebab mereka hanya kawan. Haih pening dia jadinya
"Minggu depan aku merisik kau. Mama aku dah restu. Kau jangan nak mengelat. Sakit hati aku bila tengok kau kena buli. Selepas ini bolehlah aku protect kau. Get ready Nia!"Ujar Arash lalu mengajak Nia ke perpustakaan untuk membincangkan tentang perkahwinan mereka
Nia pula hanya tersenyum dengan perangai Arash. Dia juga seakan tidak percaya dengan mama Arash. Dia merestui Arash tanpa mengetahui siapa menantu dia. Haih
To be continue..
Share this novel