MY SECRET DIARY|°UNTOLD HURT STORY
'TENGKU ARYANA ERYSHA AS CEO?'
Rupa-rupanya, aku ada 6 adik beradik tapi kakak tak dapat balik sebab kerja dan assignment banyak dekat universiti. Mama kata kakak sambung belajar dekat kampung nenek iaitu di Zurich Switzerland. Abang along iaitu Mikael Andre akan mengikuti mesyuarat ini secara dalam talian kerana tidak sempat pulang ke Korea. Mana taknya mama buat mesyuarat secara tiba-tiba. Nasib baik pemegang saham yang lain telah bersedia, kalau tidak makin haru biru jadinya.
Pemegang saham sudah memenuhi ruang bilik mesyuarat itu. Aku rasa sangat gementar. Mama cakap kemungkinan besar aku akan dipilih sebagai CEO. Aku ni zero about perniagaan. Otak kosong . Layakkah aku menjadi CEO?
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kita mulakan mesyuarat kita pada hari ini. Perkenalkan ini, Erysha my daughter yang I bagi satu family adopted dia. I sangat berterima kasih kepada Lee seo Yeon dan Park Min young kerana telah menjaga Erysha dengan baik sekali.
Erysha atau nama koreanya, Kim A-Reum telah kembali ke keluarga kita, Tengku Shown's family. Hari ini, kita akan bincangkan tentang pewarisan harta yang Tengku Syaza Sansrose bagi kepada Erysha dan apakah Erysha yang akan menjadi CEO syarikat kita. Sanchez sila berikan pendapat kamu sebagai CEO sementara "Ujar Tengku Isabella memulakan perbincangan
Aku terpinga-pinga siapa pula Sanchez ni? Aku sangat terkejut apabila Arash yang dimaksudkan oleh mama.
"Hmmm anyeong. Kamu semua sihat? Berat untuk saya melepaskan jawatan saya sebagai CEO tetapi, saya perlu akur dengan pewarisan yang nenek tentukan. Dan jawapan saya ialah, saya setuju. Saya sanggup buat apa sahaja untuk Erysha. Saya sanggup menjadi pelindung Erysha."Ujar Arash.
Ya, dia sayangkan jawatan dia sebagai CEO tapi disebabkan neneknya memutuskan untuk Erysha yang jadi CEO sejak mereka lahir. Tapi disebabkan Erysha belum dijumpai dia yang menjadi CEO sementara.
Di satu sudut, Alia Samantha Shown anak saudara mamanya merangkap sepupu Erysha memandang Erysha dengan penuh menyampah dan tidak puas hati. Seoaloh-olah ada dendam diantara mereka.
' apa yang hebat sangat perempuan ni sampai nenek beri dia saham paling besar? Perempuan ni perempuan emas ke? Kalau betul, aku jual dekat mafia kaya aku. Tapi- aku tahu itu mustahil sebab aku akan dikira mengkhianati keturunan. Sungguh menyampah aku tengok wajah inconnect kau tu.'bisik hati Samantha
HAHAHAH Arash ketawa apabila melihat air muka Erysha. Mesti Erysha pening kenapa mereka memanggilnya Sanchez.
"Pstt Isha! "Bisik Arash kepada Erysha
"Huh? " Jawab Erysha. Sungguh dia merasakan sangat 'blur'
"Isha mesti pelikkan kenapa mereka panggil Arash dengan panggilan Sanchez . Isha nak tahu tak kenapa?"Soal Arash.
"Ha kenapa? Cepat cakap. Dari tadi lagi Isha blur. Hmmm walaupun mesyuarat kita baru start 10 minit, satu habuk pun Isha tak faham"Jawab Erysha.
Ya Allah kenapa aku blur sangat. Itulah masa sekolah menengah dulu, cikgu suruh ambil aliran perniagaan kau tak nak. Nak juga ambil aliran sains. Kalau tak mesti kau tahu asas-asas perniagaan. Dan tanpa dia sedar dia dah jauh dari pebincangan pada hari itu. Dia langsung tidak fokus.
Hayden yang perasan Erysha tidak fokus ingin menegur agar Erysha fokus tapi tidak jadi apabila niat jahatnya muncul. Nanti nama Erysha kena panggil tiba-tiba dia nak gelak . Mesti Isha tayang muka blur sepuluh sen dia.
"Mereka panggil Arash Sanchez sebab... Nama atuk kita Sanchez. So sempena Arash jadi CEO mereka panggilah Arash ni Sanchez. Atuk dulu selalu support nenek.
Masa tu nenek baru nak menubuhkan syarikat. Lagipun nenek dulu memang golongan bangsawan. Atuk pula keturunan diraja di Malaysia. Arash lupa pula raja mana. Jadi,, Isha jangan pelik kalau mereka panggil Isha Sansrose. Nama nenek kan Sansrose. "Terang Arash.
Dan seperti dijangka nama Erysha dipanggil. Erysha yang blur kenapa namanya tiba-tiba dipanggil. Hayden yang duduk disebelah Arash dah tergelak
"Erysha sayang kamu dengar tak?"panggil Tengku Isabella buat kali kedua
"Errr ya mama? Kenapa? Maaflah semua, Isha blur."jawab Erysha. Aish ambil sajalah apa-apa jawapan . Janji dapat selamatkan dirinya daripada kena marah.
"Isha, Isha. Mesti kamu tak fokus kan? Lain kali sila fokus. Mama maafkan kamu kerana ini kali pertama kamu menghadiri mesyuarat seperti ini. Kami memutuskan bahawa kamu akan menjadi CEO dan pemegang saham syarikat yang terbesar. Adakah kamu setuju dan kamu mampu ?"Soal Tengku Isabella
'Ah sudah. Tanya pendapat pula. Kalau ikutkan Isha tak mahu semua jawatan ini. Isha kena belajar pasal perniagaan dulu mama.....' bisik Isha dalam hati. Mana dia berani nak cakap depan-depan
"Hmmmm mama...apa kata , saham Isha setuju tapi jadi CEO tu biar Arash eh Sanchez dulu ambil alih sementara Isha belajar pasal perniagaan. Tapi kan, bolehkah Isha nak jadi doctor in same time? Isha dah janji dengan ibu yang Isha akan jadi doctor yang berjaya. Lagipun masa sekolah menengah Isha ambil aliran sains. Dekat kolej dulu pun Isha ambil kursus perubatan. Boleh kan?"Ujar Erysha. Entah dari mana datangnya keberanian itu.
"First, yang saham tu kita kira selesai. Yang CEO tu mama setuju juga. Actually kan, boleh je kalau kamu dan Arash jadi CEO bersama. And perubatan tu, sure boleh. Tapi kamu kena balance kan masa dengan baik. Mama risau kamu akan stress. So kita kira selesai la ni kan miss Sansrose?" Jawab Tengku Isabella. Seperti yang Arash memberitahu dia, dia akan dipanggil 'Sansrose' .
Disebabkan tidak biasa, dia meminta agar mereka memanggilnya Sansrose apabila ada mesyuarat ataupun situasi formal. Kalau diluar seboleh-bolehnya dia hanya mahu dipanggil sebagai Erysha. Dan mesyuarat ahli lembaga pengarah itu berakhir dengan persetujuan bahawa Erysha dan Arash akan menjadi CEO bersama. Erysha juga akan menjadi pemegang saham terbesar.
Rupanya-rupanya nama panggilan yang ibu selalu panggil dia iaitu Sansrose ada maksud lain. Dia agak ibu mesti tahu siapa dia dan keturunan dia dengan hanya mamanya menyebut nama penuh ketika di hospital 18 tahun yang lalu.
Nak kena belajar pasal perniagaan pula. Makin pening otak dia. It's okay Erysha. Ingat Isha!
man jadda wa jadda - sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya k
To be continue....
Share this novel