bab 21

Romance Completed 13951

Serina membuka mata perlahan². Dia merasa kepalanya masih berdenyut sakit. Dia melihat sekeliling. Dia melihat Dylan yang tidur sambil memegang tgannya. Hati Serina di runtun pilu.

"Abang.." Serina berbicara perlahan. Dylan terus terjaga tatkala merasakan tgannya digerakkan oleh seseorang. Dylan terus bangun.Dia memandang wajah Serina

"Bb ok ke?" Dylan menekan suis yang berada di sisi katil .Dia ingin memberitahu bahawa isterinya sudah sedar. Serina mengangguk. Dylan tersenyum.

"Sakit sikit je tu. Bb kuat ye. Abang ada. Jangan takut" Serina mengangguk. Dylan memeluk wanita itu. Serina menangis sendiri .

________

Dylan melihat ibu mertuanya saling berpelukan dengan Serina. Wanita itu jelas menunjukkan kerisauannya. Dylan menunduk. Ketika itu bahunya ditepuk lembut oleh Tn Haji Ishak.

"Dylan ok ke?" Dylan mencuba untuk tersenyum dan mengangguk.

Tn haji Ishak menjadi kasihan sendiri melihat wajah Dylan yang jelas kepenatan. Sepanjang Serina tidak sedarkan diri Dylan setia menunggu. Dylan tidak pergi ke mana2. Itu pun sudah puas dipaksa olehnya supaya lelaki itu pergi mengalas perut. Jika tidak pasti sehingga detik ini Dylan tidak menjamah apa2..

"Ina dh sedar tu. Dylan balik rumah rehat la dlu .G makan semua. jangan risau. ayah dan ibu ada untuk jaga Ina" Dylan mngelengkn kepala.

"Takpe ayah. Dylan ok je" Dylan menunduk.

"Dylan mintak maaf ayah. Dylan gagal nk lindungi Serina" Tn Haji Ishak memandang wajah Dylan.

"Ayah tak pernah nk salahkan Dylan. Dylan adalah suami terbaik untuk anak ayah. Benda nk jadi kita tak bole elak Dylan. Syukur, Ina takde pape." Dylan memandang wajah ayah mertuanya. lelaki itu tersenyum.

"Jgn salahkan diri sendiri. Ayah dh bersyukur sgt anak ayah dpt suami macam Dylan. tenang dh ayah kalau ayah kena pergi dari dunia ni. Sbb ayah percaya kt Dylan. Dylan mampu lindungi anak ayah" penuh kesayuan lelaki itu berbicara. Dylan memeluk bapa mertuanya.

"Dylan janji akan jaga Serina elok2. Dylan akan pertahankan diri Smpai bila2" Tn Haji Ishak mengangguk dan membalas pelukan menantunya.

"Abang.." Dylan mendgr namanya dipanggil. Dylan terus mendapatkan Serina. Serina tersenyum.

"Kenapa muka penat sgt ni?" Serina mengusap lembut pipi Dylan. Dylan mengelengkn kepala. Serina mendepakan tgannya. Dylan tersenyum lalu memeluk isterinya erat.

"I'm sorry.Ina mesti takutkan abg kan" Dylan mencuba untuk tidak menangis. Dia tidak mahu isterinya susah hati. Dia terlalu bersyukur Serina masih berada di sisinya.

"Bb dah selamat. Tu lebih dari cukup dh. " Serina menangis lagi. Dylan terus mengesat airmata sang isteri .

"Jangan nngis dh. Abang ada sini." Serina mengangguk..

"Ibu ada bawak makanan untuk kita. kita makan sama2. Abg suap Ina" kata Serina. Dylan mengangguk.

###########

"Macam mana keadaan Ina?" Afizan meletakkan bubur di atas meja kecil.

Serina tersenyum dan menganggukkan kepala. Afizan singgah di situ atas permintaan Dylan. Dylan harus menghadiri mesyuarat untuk perilisan lagu terbaru nya. Kata Dylan, buat kali pertama artis di bawah productionnya akan mengadakan konsert di luar negara. Kerna itu dia harus turun padang untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

"Ina ok je. Makin sihat. tak sabar nk masuk office" Afizan hnya ketawa kecil.

"Dia ingat si Dylan tu mudah2 macam tu je bagi dia masuk office. Silap2 hari bulan tu dia terus suruh Ina berhenti" Serina membesarkn mata. Dia seakan tidak percaya.

"Betul ke?" Afizan mengangguk.

"Takkan Ina tak kenal Dylan tu mcm mne. Sekali dia kata A memang A la. Hari tu dia marah Smpai keluarkan surat saman kt tmpat Ina kena tu" Serina benar2 terkejut. Sejauh itu Dylan bertindak. Ia diluar jangkaannya.

"Tapi tu bukan salah diorang pun."

"Tu pihak polis akan siasat. macam mana control tu bole tak berfungsi dgn baik. Sepatutnya diaorang letak tanda warning dlu." Serina terdiam sndri. Dia juga tidak pernah menyangka akan dihempap kain2 pabrik itu.

"Mcm mna Ina tahu tu control untuk tingkat atas?" Serina memandang wajah Afizan.

"Ina tak tahu. Mira yang tekan" Afizan membulatkan matanya.

Mana satu yang betul? Serina terus menyuapkan bubur ke mulutnya. Dilihat dari gaya Serina, wanita ini benar2 tidak tahu apa².

"Kenapa along?" Serina bertanya lagi. Afizan mengelengkn kepala.

"Ina mana tau jenis2 pabrik ni. Mira yang berkeras nk tngok pabrik kt tingkat atas tu. Dia ckp tu control. So Ina ok jelah. Tak tahu pulak control tu rosak" Serina berbicara lagi. Afizan mengetap bibir. Hatinya seakan terhidu sesuatu yang tidak enak.

"Ina makan la perlahan2. nanti tersedak tak pasal2 Along kena tibai dgn Dylan" Serina hnya ketawa dan mengelengkn kepala. Ketika itu Dato' Sri Zainab masuk dan melihat Serina ketawa.

"Mummy.? mummy tak g office ke hari ni?" Serina bertanya. Wanita itu tersenyum nipis dan mngelengkn kepala. Dia mendekatkan diri.

"Ina ok dh?" Serina mengangguk.

"Ina makan bubur yang Along bawak" Dato' Sri Zainab mengetap bibir.

Dia melihat Serina yang seakan menikmati bubur itu. Hatinya kembali ralat. Dia menjadi tidak yakin akan Serina. Curiganya makin menebal.

"Ni mummy bawak lauk Mak Dayah masak." Serina tersenyum dan mengambilnya. Dia melihat lauk kegemaran Dylan didalamnya.

"Ni mesti abang suka." Afizan tersenyum. Ketika itu Dylan tiba dan membawa sejambak bunga. Serina tersenyum lebar. Dylan melihat wajah Serina yang teruja.

"hmm excited dia kan" Serina tersenyum dan memeluk Dylan. Dylan membalas pelukan Dylan.

"Abang tukar bunga ni dlu" Serina mengangguk dan melihat saja Dylan.

Afizan melihat Serina yang begitu teruja melihat adiknya. Wanita ini benar2 dilamun cinta. Adiknya juga begitu .Dia begitu berharap mummynya bisa melihat perkara ini .Mira benar2 sudah melampau.

"Mummy bila sampai?" Dylan bertnya.

"Baru je. nk bgi makanan kt Ina" Dylan mengangguk.

"Sedap tak abg masak?" Serina mengangguk. Dia sudah habis menjamah bubur yang diberikan oleh Afizan. Afizan hnya ketawa kecil dan mengambil bekas makanan itu.

"Ina rasa je terus ckp tu Dylan buat. dah tahu betul dia" Serina mengangguk. Dylan hnya ketawa lalu mengenggam jemari Serina erat.

"Ada sakit lgi ke?" Serina mengelengkn kepala.

Dato' Sri Zainab melihat Dylan dan Serina yang tidak segan silu menunjukkan kemesraan mereka. Adakah Serina berlakon? Dia kurang pasti. Hatinya masih sangsi.

"Takpe la gitu. Along n mummy balik dlu. Nnti kiteorang jenguk lgi" Serina mengangguk.

"Mummy balik dlu ye." Dylan memeluk mummynya. Setelah itu mereka menuju keluar.

Dylan memandang wajah Serina lalu mengucup lembut bibir wanita itu. Serina tersenyum.

"Kerja macam mana?"

"Setakat ini berjalan lancar lgi. Abang harap semuanya ok ikut plan. Abg pon keep tngok budak2 tu practice. Setakat ni ok lagi" Serina mengangguk.

"Teringin pulak nk pergi studio abg " Dylan memandang wajah Serina.

"Nak ke? lepas Bb sihat nnti abang bawak. Biar diorang terkejut abg dh ada bini." Serina hanya ketawa kecil. Dia memeluk Dylan erat. Entah mengapa dia makin merindui Dylan.Dylan mencium dahinya.

"Abg sayang awak" Serina memandang wajah Dylan.

"Orang pun" Dylan tersenyum.

###############

Mira menuju masuk ke studio Dylan sambil membawa makanan. Dia tahu pasti detik ini mereka sibuk membuat persiapan. Kata Zaidi mereka akan mengadakan konsert buat pertama kali di luar negara. Dia juga yakin pasti Dylan akan selalu berada di studio itu. Melihat para artis di bawah naungannya.

"Helo everyone." Semua memandang ke arah Mira. Mereka mendekat apabila melihat tgan Mira dipenuhi makanan.

"Mira, Buat susah2 je" Zaidi berbicara. Kebetulan masa itu mereka masih berehat.

"Takde apa la. I saje singgah nak tengok hah." Zaidi mengangguk.

"Dylan ada kt studio sebelah. Bincang sesuatu dgn wakil dari penganjur." Mira mengangguk. Mira terus menuju keluar.

"Helo Mira. I cant believe can meet u here" Wanita itu terus memeluk Mira. Mira juga membalas pelukan nya. Tidak menyangka wakil penganjur itu adalah kenalannya juga. Dylan mengetap bibir.

"U lama sgt menyepi. Takde Fashion show dh ke?" Mira hnya ketawa.

"Kan I ckp I nak berehat sekejap." kata Mira. Dylan tidak ambik runsing tentang kehadiran Mira. Dia mendekati wanita itu.

"Kalau ada apa2.U can contact me directly" Wanita itu mengangguk. Dia terus meminta izin untuk keluar. Dylan mengambil dokumennya lalu ingin berlalu.

"U nak g mana? I nak ckp" Dylan melihat tgn Mira di lengannya. Mira terus melepaskannya.

"Nak ckp apa lgi?"

"U dh makan ke?" Dylan memandang wajah Mira lalu terus berlalu.

Kalau kau nk tanya soalan mcm tu baik tak payah jumpa aku.

Mira kembali mendekati Dylan.

"Kau nak apa lagi?" Dylan terus meninggikan suara. Dia rimas. Rimas diganggu sebegitu.

"I nak ckp something."

"Ckp la.jgn buang masa aku" Mira membuka bag lalu menyerahkan beberapa keping gambar.

Dylan melihat gambar Serina bersama abangnya. Di gambar itu mereka seakan sangat dekat. Seakan Serina berbisik sesuatu. Di lain gambarnya dia melihat wajah Serina dekat sekali dgn abgnya.

"Mana kau dapat ni?" Mira memandang wajah Dylan yang mulai bengis.

"I nak protect U. I nak tengok sejauh mana permainan Ina. See. u kena tipu bulat2 dengan dia. Ni pun tak sedar lagi ke Dylan?" Dylan menarik nafas sedalamnya. Dia mencuba sehabis baik untuk sabar.

"Kau peduli apa dgn aku? kau xde hak nk masuk campur dalam urusan rumah tangga aku la.." Dylan ingin berlalu namun terus ditahan oleh Mira lagi.

"I sayang U Dylan. I really2 love U. Sbb tu I taknk U kena dipermainkan macam ni. Ina dh bnyak tipu U. Dia tak pernah nk terima U Dylan. Dia buat semua tu sbb dia terhutang budi. U dh bnyak berkorban untuk dia. Trust me." Mira berbicara lagi.

Dylan mengetap bibir. Hatinya sakit. Amat sakit. Terasa dirinya dikhianati. tapi dia inginkan penjelasan. Mira terus memeluk Dylan dari belakang.

"I sanggup buat apa je untuk U sayang. Sbb I nak tebus silap I. I taknk U kena tipu macam ni .Hati I sakit sangat tengok U kena tipu Hidup2 dengan isteri U. Dia sengaja goda abang Izan. U tak faham ke?" Dylan menarik nafas lagi dia melepaskan pelukan Mira.

Tanpa bicara apa Dylan berlalu .Mira hnya membatu di situ. Ketika itu suara seseorang mengejutkannya.

"Mira? Apa Mira cakap ni?"

Mira tersentak. Dato' Sri Zainab melihat sekeping gambar di tgan Mira.

"Apa semua ni Mira?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience