bab 14

Romance Completed 13950

Afizan melihat Dylan mahupun Serina seakan berada dalam dunia masing2. Tidak seperti selalu, wajah Dylan seakan sugul. Serina hanya mendiamkan diri dan menceduk lauk buat Dylan.

"Helo dalam kubur ke?" Mummy berbicara. Dylan mengangkat wajah. Dia memandang mummynya.

"Apa mummy ni? terkejut la" Dato' Sri Zainab mngerut dahi mndgr kata² Dylan. Serina menunjukkan lauk ikan kepada Dylan. Dylan mengelengkn kepala.

"Kenyang dh" Dylan berbicara ringkas. Afizan bisa rasakan itu. Dylan mempunyai masalah tersendiri

"Korang dua ni gaduh ke apa?" Seperti biasa Dato' Sri Zainab dengan outspokennya. Serina memandang wajah mummy lalu mengelengkn kepala

"Tu dh kenapa senyap semcam. Selalu bukan main lagi dia" Dato' Sri Zainab merujuk kepda anak kesayangan itu. Dylan memandang mummynya.

"Dylan penat sikit." Dylan sudah selesai menghabiskan makanan. Dia mengambil tisu untuk mengelap mulut. Minum seteguk air suam lalu bangun dari duduk

"Dylan naik atas dlu. Sakit kepala" Dylan terus naik ke atas.

Serina mengetap bibir. Dia kebingungan sendri. Sejak mereka melawat kubur tempoh hari, Dylan berubah.

Buat perangai la dia ni

"Ina tak naik lagi?" Afizan bertanya. Ketika itu dia masih membantu Amanda membuat kerja sekolah nya di ruang tamu. Serina mengelengkn kepala. Dia baru saja selesai membantu Mak Dayah di dapur.

"Pandai dh Amanda sekarang." Serina memandang Amanda. Anak kecil itu seakan begitu mudah terbiasa dengan keadaan di Malaysia. Dia tidak bnyak celoteh seperti anak2 lain .Seakan dia memahami kesedihan daddynya.

"Alhamdulillah.Dia pandai sikit2 dh cakap sikit. bunyi pelat sikit la" Afizan ketawa kecil sambil mengusap lembut rambut Amanda. Serina tersenyum.

"Ni. Ina bila lagi? Tak teringin anak sendiri ke?" Serina membesarkan mata. Dia terkejut mendgr soalan itu dilontarkan sedangkan dia dan Dylan tidak pernah berada di fasa itu.

"Apa Along ni.hahahah..belum rezeki lagi" Serina tertunduk malu. Afizan mengangguk.

"ada masalah dgn Dylan ke?" Afizan bertanya. Serina terdiam seketika.

"Biasa la tu Ina. Asam garam rumah tangga. Mana happy selalu. Dylan tu tak pernah marah lama². Nanti pandai2 la Ina goda2 dia sikit. Pastu cair la dia" Afizan memberi nasihat. Serina hanya memilih untuk mendiamkan diri.

"Lelaki macam tu jelah Ina. Sabar sikit ye" Serina mengangguk. Afizan kembali berbicara bersama anaknya. Serina hanya tersenyum.

Bagaimana rasanya mempunyai anak sendiri? Adakah dia bisa menjadi ibu yang baik? Dan bukan Haris yang menjadi ayahnya? Terasa pahit kenyataan itu.

Bunyi batuk kecil di tangga membuat Serina tersentak. Dia melihat Dylan turun ke bawah. Serina terus bangun

"G mana?" Serina bertnya namun Dylan mengabaikan pertanyaan itu lalu menuju ke dapur. Serina mengiringi lelaki itu.

"Umi tak tido lagi?" Dylan melihat Mak Dayah seakan mengemas sesuatu. Dylan terus duduk di kerusi meja makan.

"Tak lagi. Nak kemas sikit lgi. Kenapa ni?" Serina melihat dari pintu dapur. Dylan pula membelakangknya.

"Dylan tak leh tidur." Dylan berbicara. Mak Dayah memandang Dylan. Setelah itu matanya melihat Serina di belakang. Serina menyuruh Mak Dayah tidak berkata apa². Mak Dayah seakan memahami.

"Dylan nk air susu umi buat la ni?" Dylan ketawa kecil dan mengangguk.

"Dylan ni dulu setiap hari sebelum tidur mesti minum susu umi buat. Kat rumah macam mana? Ina buatkan ke?" Dylan terdiam seketika.

"Haah. Dia pulak ganti Umi buat susu untuk Dylan." Serina terdiam. Dia tidak menyangka Dylan berbicara seperti itu. Sedangkan hakikatnya dia tidak mengetahui apa². Mak Dayah tersenyum.

"Umi, Dylan nak tnya." Mak Dayah duduk di hadapan Dylan. Air susu yang baru dibuat di letakkan di atas meja.

"Dylan ni jahat ke umi?" Mak Dayah terdiam.

"Kenapa Dylan ckp macam tu? Dylan tak jahat la. Dylan ni vitamin mummy. vitamin umi. Kuat menyakat tu biasalah. Mmg Dylan nakal dari kecil lagi pun" Mak Dayah ketawa. Dylan ketawa bersama.

"umi rasa, Dylan layak ke untuk isteri Dylan?" Serina mengetap bibir. Entah mengapa ingin mengalir airmatanya ketika itu. Mak Dayah memandang wajah Serina. Wajahnya berubah .

"Kenapa ni?Dylan ada masalah ke dengan Ina?" Dylan menghirup minumannya lalu mengelengkn kepala.

"Takde la.Isteri Dylan baik je layan Dylan. Just hari ni terfikir." Dylan menunduk.

"Kenapa fikir macam tu?"

"Dylan rsa Dylan tak layak dpt wanita mcm isteri Dylan" Mak Dayah ketawa kecil.

"Sejak bila worldwide handsome jadi rendah diri macam ni" Dylan hanya ketawa.

"Normal la tu umi depan orang yang kita sayang kan. Mesti try hard nk jdi yang terbaik" Mak Dayah mengangguk

Serina terdiam mendgrnya. Dia tidak salah dengar kah? Dylan menyayanginya? benarkah?

Lelaki seperti Dylan

"Sweet nya anak umi ni. Kalau Ina dgr mau tak cair dia"

"Ina susah nk cair dgn Dylan." kata Dylan perlahan.

"Tu yang buat rasa diri tak cukup bagus tu" Dylan mengangguk perlahan

"Umi rsa Ina ikhlas ke dgn Dylan?" Mak Dayah mngerut dahi.

"Dylan pulak?" Dylan terdiam. Dia menunduk seketika. Mengumpul segala kekuatan yang ada.

"Dylan cintakan dia. Dylan sayangkan dia sangat2."

Serina memandang Mak Dayah. Dia terkejut. Dia benar2 terkejut. Tidak pernah dia melihat Dylan sebegitu. Jantung berdetak laju.

" Sweet sgt ni. Dylan dgr sini, memang biasa kalau suami isteri gaduh .Tapi tu tak bermaksud Ina tak sayang. Adalah tu yang dia sedih dan nak Dylan pujuk dia.. Perempuan kan" Mak Dayah mendekati Dylan

Dylan terdiam. Tidak. Mereka tidak akan pernah faham akan keadaan sebenar mereka termasuk Mak Dayah. Dylan tersenyum.

"Betullah tu kot. Dylan tak faham dia" Dylan tidak mahu berbahas lebih lanjut. Biar la ini menjadi rahsia mereka berdua.

Minuman sudah habis diteguk. Dylan terus bangun dari duduk dan meminta izin untuk naik. Serina terus bersembunyi.

Mak Dayah hanya melihat Dylan melangkah keluar. Dia bisa rasakan Dylan menyembunyikan sesuatu. Mata lelaki itu memberitahu semuanya.

Perlahan2 Serina keluar dari tempat persembunyiannya. Mak Dayah melihat Serina yang berdiri di hadapannya.

"Bagitahu Umi. Kenapa anak umi macam tu tadi?"

Serina mengetap bibir. Adakah dia harus berbicara jujur dengan apa yang yang berlaku dalam rumah tangga mereka.Namun atas desakan Mak Dayah ,Serina menurut jua.

Mak Dayah memandang wajah Serina. Serina hnya menunduk.Mak Dayah adalah orang pertama yang mengetahui masalah mereka berdua.

"Ina jahat ke umi?" Mak Dayah menarik nafas sedalam2nya. Dia mati kata. Kesian pula mengenang nasib kedua²nya.

"Ina tak jahat cuma Ina terlalu ikut rasa hati" Serina memandang wajah Mak Dayah.

"Dylan suami. Memang lumrah dia akan rasa cemburu walaupun dia tak pernah ckp dia cintakan Ina. Ina tengok, korang duduk serumah.sekatil.semeja makan. Pagi2 dh tngok muka dia Malam nk tido pun tengok muka dia jugak. Memang akan rsa sayang tu tak bnyak sikit." Serina terdiam cuma menghadam kata2 itu.

"Tapi Ina.."

"Ina tak sayang dia?" Mak Dayah bertnya. Serina terdiam.Mak Dayah ketawa.

"budak kecik pun tahu Ina, Ina sayang kt Dylan. Kalau tak Ina tak menangis sekarang ni sbb Dylan dingin kan. Ina tak kisah pun Dylan jadi apa kalau Ina tak sayang dia. Cuma tengok kalau dia sakit. Ina risau tak?" Serina mengangguk perlahan.

"Hah kalau tu bukan sayang apalah?"

"Ina, Dylan tu lelaki biasa tau. Dia ada nafsu. Dia ada perasaan. Mungkin sekarang sebab ego, sebab janji yang dia buat dlu , dia tak nak cakap apa2. Tapi tengok tingkah laku dia. Jelas Ina,dia tak suka Ina terlalu merindui lelaki yang pada hakikatnya bukan sapa² buat Ina." Serina menahan diri dari tidak menangis.

"Umi bukan nak sebelahkan Dylan tau. Dylan salah jugak sbb paksa Ina kahwin pastu buat janji yang dia sendri tak pasti dapat tunaikan. Dylan salah hal tu. Tapi semua tu takdir Allah.Siapa kita nk persoalkan? Hati ni. Hati ni Dia yang pegang. Boleh jadi Dia hantar Dylan untuk gantikan arwah Haris .Boleh jadi Ina ditakdirkan untuk jatuh cinta lagi." Serina menunduk. Jemari Serina digenggam erat.

"Macam ni la Ina. Cuba bagi peluang tu kat hubungan korang suami isteri. Kalau dari mata umi, Dylan sayang sgt kt Ina.Ina sendri dgr tadi kan. Cuma dia terlalu ego nk mengaku depan Ina.Yelah, dia sendri ckp dia tu worlwide handsome. Semua perempuan tergila2 kan dia. Tak kan terbalik pulak kan." Serina ketawa bersama. Terbayang wajah Dylan yang selalu membangga diri.

"Umi tak suruh Ina lupakan Haris. Umi faham rasa tu. Tapi tu bukan jadi penyebab untuk Ina terus menghukum. Tu sama je maksud Ina tak redha sebenarnya. Ina hukum diri sndiri. Lebih2 lagi dengan orang dh lama takde. Ina berhrap akan benda yang sia². Tak adil untuk Dylan Tak adil jugak untuk Ina." Serina mengangguk .Dia terus memeluk Mak Dayah.

"Tq umi. Ina akan cuba perbetulkan semua" Mak Dayah tersenyum . Dia benar2 berhrap Serina dan Dylan hidup bahagia. Dia bisa rasakan kedua²nya begitu sayang antara satu sama lain Walaupun selalu bergaduh namun seakan jelas masing2 memerlukan antara satu sama lain

##################

"Awak nk tidur dah ke?" Serina tiba di dalam bilik. Dia melihat Dylan yang masih melihat telefon bimbit. Dylan mengangguk.

Dia menutup telefonnya. Perlahan2 Serina mengambil tempat di sisi Dylan.

"Awak marah sy lagi?"

"Takde lah."

"habis tu?"

"Aku just terfikir mcm mna hubungan kita." Serina terdiam. Dia mengetap bibir.

"Abaikan la. aku over thinking" Dylan terus berbaring. Dia memejamkn matanya.

Serina masih duduk sambil melihat Dylan. Kata2 Dylan di dapur seakan masih terngiang2 di telinga. Benarkah lelaki ini mencintainya? Dia benar2 seakan tidak percaya.

Selama ni dia dh kaw2 buli aku.. sakitkan hati aku.tau2 dia cintakan aku. dia sayang aku. Like seriously? Dylan Xing cintakan aku?

Serina mengelengkn kepala.

"Kenapa geleng kepala macam tu? fikirkan apa?" Serina tersentak. Dylan memandangnya pelik.

"Takde pape. Fikir benda yang mustahil."

"Apa yang mustahil?" Serina mengelengkn kepala. Dylan kembali memejamkn mata.

Dia betul2 malas nk ambik tahu tu.Selalu dialah paling sibuk. Serina mengetap bibir.

Tak boleh jadi ni

Serina bangun dan menuju ke bilik air.. Dia ingin bersiap untuk tidur.

Serina berdehem dan menarik selimut Dylan.

"Jgn kacau aku" Dylan berbicara perlahan. Serina ingin menarik lagi .

"Sy nk pakai selimut jugak" Dylan membuka matanya. Dia terkedu melihat pakaian Serina.

Dia ni sengaja ke apa? Dylan mngetap bibir. Dia melihat setiap perinci tubuh Serina. Serina pula pura2 tidak melihat dan menarik selimut Dylan. Walhal hatinya kini hanya tuhan saja yang tahu

Kerja gila apa kau buat ni Ina.

Dylan menarik tgan Serina. Serina membesarkn mata.

"U're teasing me?"

"I tot u ignore me?" Serina melepaskan tgan Dylan dan ingin berbaring .Namun Dylan terus menarik wanita itu dalam pelukannya. Serina tersentak. Dia sudah berbaring di atas Dylan.

Dylan memegang rambut Serina. Serina menelan air liurnya.

"So u use my weakness?" Nafas Dylan memberat. Suaranya dalam. Seakan meremang bulu roma Serina.

"I didnt." Dylan melihat bibir merah Serina. Dia bisa rasakan Serina mngusiknya. Seraya itu wajah Serina di tarik. Dia mengucup bibir merah wanita itu.

Serina terus menutup mata. Ciuman Dylan begitu ghairah membuat dia lupa akan segala2nya.

Ciuman dilepaskan perlahan2. Dylan mengigit bibirnya.

"I want to sleep." Dylan melepaskan pelukan Serina.Dia senyum sinis lalu menutup matanya.

Serina terkedu. Buat kali pertama dia rsa seperti ditolak. Serina menelan airliur. Dia mengambil selimut dan menutupi tubuhnya.

Jerk. He also teasing me.

##########

Serina sudah terjaga dari tidurnya. Dia melihat Dylan yang masih diulit mimpi. Tgan Dylan seakan sudah terbiasa di pinggangnya dan dia pula sudah terbiasa tidur di dada lelaki itu. Serina mengingati kata2 Mak Dayah malam semalam. Wajah Dylan dipandang lagi.

Selamatkah hatinya jika dia memberi Dylan peluang. Bisakah Dylan menyayanginya seperti mana Haris menyayanginya.? Jika dia berusaha untuk hubungan ini, adakah bahagia itu akan menjadi miliknya.

"Kenapa tengok aku macam tu? nak lgi ke?" Dylan membuka mata perlahan2. Dia terkejut sedikit melihat Serina yang leka memandang wajahnya.

"Nak apa?" Serina berbicara dan masih berbaring di dada Dylan. Dylan terkedu.

Selalunya dia terus bangun jika Dylan menyedarinya namun kali ini dia masih berbaring. Dylan memeluk tu yg kecil itu lebih erat. Dylan ketawa.

"Nak kiss aku"

"Taknk"

"Semalam macm menikmati je"

"Shut up" Dylan ketawa dan memeluk Serina lebih erat. Serina hnya membiarkannya.

"Kerja ke hari ni?"

"Hmm..Mummy kata dia nk kenalkan seseorang" kata Serina.

"Siapa?"

"Tak tahu. tapi dia akan jadi chief designer untuk cawangan baru kat Kuala Lumpur. Mummy kata dia tu designer terkenal." Dylan ketawa kering

"Terkenal? kenapa tak dok oversea. Situ lebih masyuk" Serina bangun dari baringnya.

"awak pun terkenal jugak. Kenapa dok Malaysia?" Dia memandang Dylan yang masih memejamkn mata.

"Sbb ada kau" Serina menjeling.

"Sweet talker. Playboy" Dylan tersenyum. Serina kembali berbaring.

"Nanti kita tengok la sama2." Dylan membuka mata.

"Taknak la. Tak penting" Serina memukul lembut dada Dylan.

"Teman la.Hantar orang g keja" Dylan memandang wajah Serina lgi. Mengusap lembut pipi wanita itu.

"Kenapa manja sangat pagi2 ni? Buat aku fikir lain pulak" Dylan menarik tubuh Serina lebih dekat. Serina membesarkan mata.

Dia menolak lembut tubuh Dylan lalu bangun dari baringnya. Dylan tersenyum. Serina hnya senyum sinis dan melangkah menuju ke bilik air. Dylan hanya melihat wanita itu. Pakaian nya begitu seksi.
Menampakkan kakinya yang indah. Kulitnya yang putih berseri. Dan badan nya yang mengiurkan. Dylan menelan air liur.

That woman. She know how to flirt well.

seperti itu saja Serina bisa membeli hatinya. Manja wanita itu membuat dia tidak keruan.

#####

"Nak ni?" Serina menunjuk ke arah roti. Mereka bersarapan bersama2 sebelum berangkat kerja.Dylan mengelengkan kepala sebelum membuka mulutnya.

"Suap la?" Serina melihat mereka yang lain memandang ke arah mereka berdua. Serina memukul lembut tgan lelaki itu.

"Makan la sendri" Dylan hnya tersenyum dan mendekatkan tubuhnya.

"Makan kau jelah" Dylan berbisik. Serina membesarkn mata lalu mengambil roti dan menyuap di mulut Dylan .Dylan ketawa.

"Ehem.Hello i'm single here" Dato' Sri Zainab mengangkat tgan. Dylan memandang mummynya.

"Iye? I have a friend. Dia sebaya mummy rasanya. Nak ke? Dia ok la jadi daddy baru Dylan" Dato Sri Zainab membesarkn mata.

"Sebelum hang kena tampar dengan aku .Baik hang diam. Dok kenen2 kan aku pulak." Dylan terus ketawa. Afizan juga ketawa. Hanya Dylan yang berani mengusik mummynya seperti itu.

"Mummy nak tngok gambar dia. Dylan ada.." Dylan ingin mengeluarkan telefon.

"Tak mau tak mau..mummy dah tua dh" Serina hanya ketawa melihat Dylan yang bersungguh mengacau mummynya. Lelaki ini.

"Tu la dok cakap lagi diri tu single. Orang suruh kahwin tak nak"

"Yelah .Dah tengok Dylan sweet semacm. Macam kami ni tak wujud." Mak Dayah mencelah.Serina tersipu malu memandang wajah Mak Dayah. Dia menunduk. Dylan hanya tersenyum. Dia menuang minuman di gelas dan memberikan nya kepada Serina.

"Be quick. Nanti aku hantar" Serina mengangguk.

"Little mochi. Come here. Let's us exercise first before going to school" Amanda terus berlari mendapatkan Pakcu nya. Afizan hnya mengelengkan kepala. Mujurlah Amanda mengunakan pakaian sukan hari itu. Dylan dengan random actionnya.

################

"Mummy ni la g hire orang acah popular.. Masa pun tak betul" Dylan mengomel.

Mereka berempat berkumpul di meja meeting. Seharusnya orang yang dijanjikan oleh mummy akan tiba namun mengapa kelibatnya tidak kelihatan.Afizan memandang kearah adiknya. Serina menjeling ke arah Dylan

"Awak ni?"

"eh betul la" Serina malas ingin melayan. Dylan bersiul sambil memainkan rambut Serina. Serina menolak2 tgannya namun Dylan makin suka mngusik

Serina membulatkan matanya. Dylan memuncungkan mulut sambil melihat bibir isterinya. Serina memukul paha Dylan.

"Jangan nak mengada" Dylan ketawa. Dia mengeluar telefon lalu bermain gamenya. Dylan melentokkan kepala di bahu Serina.

"Tengok ni. Saya ajar cara main.Nanti jangan sorok kt belakang pintu lagi" Serina memandangnya tajam. Dylan masih tersenyum. Serina juga melihat game yang ditunjukkan oleh Dylan.

Mereka berdua berbicara. Dylan pula ketawa mengusik. Serina hnya tersenyum dan memandang Dylan.

Afizan dan Dato' Sri Zainab berpandangan sesama sendiri. Mereka berdua tersenyum melihat dua ketul yang seakan bercinta di hadapan mereka.

Ketika itu seorang wanita masuk dan memberitahu orang yang ditunggu oleh telah berada diluar. Dato' Sri Zainab terus memintanya untuk masuk. Afizan dan Serina terus bangun dari duduk. Dylan pula masih duduk dan menutup telefonnya.

"Sorry lambat. Tadi ada accident masa I otw" Serina melihat gerangan yang berada di depannya. Afizan terus melihat Dylan. Dato' Sri Zainab hanya tersenyum

"Kenalkan ni Chief designer baru. Amirah Syahimie" Dylan terkedu.

Dia masih duduk dan memandang Serina yang sudah mendekatkan Mira dan memeluk wanita itu. Afizan memandang sang adik. Dylan mengetap bibir.

"Wow. I cant believe it. U jadi part of us." Mira ketawa kecil.

"Kenal ke?" Dato' Sri Zainab kehairanan.

"Yea. We meet at Milan. Dia hosting satu event yang Ina and.... abang pergi" Dylan memandang wajah Serina.

Buat kali pertama Serina memanggilnya begitu. Meskipun di depan mummy namun entah mengapa hatinya berbunga.

"Lah kecilnya dunia ni. I hope Mira happy kerja di Dyzan Group." Mira mengangguk. Serina tersenyum. Afizan hanya menunduk dan memandang Mira. Setelah itu mummy dan Serina terus membawa Mira keluar. Melihat keadaan office.

"What happen?why ur ex kat sini?"

Dylan hilang kata

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience