bab 1

Romance Completed 13950

5 years later..

Bunyi jam berdering mengejutkan Serina dari mimpi malamnya. Dia melihat jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Dia harus bangun dan bersiap untuk bekerja. bas tidak menunggunya. Serina membuat senaman ringan sebelum bangun dari katilnya.

Dia sudah bersedia melakukan rutin harian. Perkara yang sudah dibiasakan sejak 5 tahun yang lalu. Dia bersiap segera. Tidak ingin terlambat walaupun seminit. Masa itu emas.

Serina melihat wajah dirinya di pantulan cermin. Menggunakan pakaian yang kebiasaan di gunakan untuk bekerja di pejabat. Hari ini dia memakai baju blouse berwarna biru laut dipadankan dengan seluar slack. Rambut dibiar mengurai paras bahu.Serina mengenakan make up ringan.

Serina mengukir senyum selebar²nya sebelum mengambil bag tgan dan file² di atas meja. Dia harus bekerja untuk keberlangsungan kehidupan ini.

#################

"Morning Dato' Sri. Ini file yang Dato' nak semalam. Hari ni Dato' ada satu meeting je dengan share holder regarding the tender baru yang kat Port Klang." Dato' Sri Zainab mengangguk dan membaca dokumen² yang baru diserahkan oleh setiausaha peribadinya. Serina meletakan kopi di sebelah meja dan membersihkan meja milik bosnya.

"Ok nice." Ringkas saja jawapan Dato' Sri Zainab. Serina mengangguk dan tersenyum. Dia terus menuju keluar untuk meneruskan kerjanya.

"Serina, nnti teman saya pergi airport. Saya nak jemput anak sulung saya." Langkah Serina terhenti. Dia hanya mengangguk.

Adakah bakal penganti Dato' Sri Zainab yang tiba?. Dia tahu usia Dato' Sri Zainab bukanlah muda. Bahkan di usia sebegitu sudah layaknya tinggal di rumah bersama cucu². Namun, Serina mengerti. Dato' Sri pasti kesunyian. Kedua² putra wanita itu tinggal jauh darinya. Semenjak kematian sang suami, Dato' Sri Zainab berusaha seorang diri untuk hidup. Menguruskan harta peninggalan sang suami. Menjadi peneraju utama Dyzan Group adalah tidak mudah. Pasti masanya sudah tiba, anak sulung wanita itu mengambil alih.

"I hope he also same like his mum" Serina berharap sendiri. Baginya Dato' Sri Zainab adalah seorang pemimpin wanita yang hebat. Dia begitu bersyukur kerana sudah bekerja hampir 5 tahun di syarikat terkemuka itu.

##########

"Dylan, where are you?" Dylan mendengar suara seseorang di corong telefon .Melihat nama mummy terpapar di skrin telefon membuat dia mengeluh berat. Ada apa pulak mummy menelefonnya awal2 pagi sebegini.

"kenapa mummy? awal pagi pun nak kacau ke?"

"Pagi kepala hotak hang. Ni dah tengahari la"

Amboi mummy aku. Dia kepala hotakkan aku.

"Semalam Dylan balik lewat. Kenapa tu?" Dylan malas ingin bertekak dengan mummynya. At least not now.

"Along sampai Malaysia petang ni. Jangan lupa balik rumah. Lama sangat tak balik .Walhal rumah Dylan bukan jauh pun dari rumah kita. Ni nak tunggu mummy mati ke baru nk jenguk mummy kamu ni"

Dia start dh. Dylan terus bangun dari baringnya. Menggosok wajah dan mendengar Omelan sang ibu.

"ok mummy. Dylan dengar. malam ni Dylan balik ye" Dylan hanya mengelengkn kepala sebelum panggilan di matikan. Dylan melihat ke arah jam dinding yang sudah menunjukkan jam lebih 12 tengahari.

Gambar mereka bertiga sekeluarga di tatap lagi. Dia punya segala namun bukan kasih dan sayang yang sebetulnya. Daddy meninggal ketika dia baru saja menginjak dewasa. Alongnya pula sudah lama belajar di luar negara sebaik saja tamat pengajian sekolah menengah. Mummynya pulak terlalu sibuk mengurus syarikat setelah daddy meninggal dunia membuat dia terkontang kanting sendiri.

Dia tidak ingin menjadi bahagian dari syarikat milik keluarga mereka dan memilih untuk keluar dari zon selesa. Buktinya kini dia menjadi seorang produser muzik yang tersohor di tanah air. Hidup tanpa harus membawa nama Dato' Sri Zainab.

Dia adalah Dylan Xing. Dan tiada sesiapa tahu dia adalah waris Dyzan Group. Dia juga amat jarang menginjak kaki di syarikat milik mummynya. Bole dikira sekali dalam setahun. Selebihnya dia terlalu sibuk untuk mengejar impian.

Menjadi produser muzik dan kadang kala menjadi seorang model. Dia adalah anak seni dalam industri hiburan Malaysia. Namanya cukup dikenali ramai membuat dia lebih berhati². Dia tidak mahu dirinya dikenali kerna menjadi anak jutawan namun dikenali sebagai seorang anak seni yang berbakat besar.

Kini dia sudah mendapatkan segalanya. Dia bahagia. Dia sudah tidak menginginkan apa² lagi.

"Welcome Along.."

Hati Dylan berbicara.

##################

Dari jauh Serina melihat seorang lelaki melangkah smbil melambai ke arah mereka. Di sebelah tangannya pula dia berpegang tangan dengan seorang budak kecil perempuan yang berusia lingkungan 7 tahun. Lelaki itu terus mendapatkan Dato' Sri Zainab dan memeluk wanita itu erat.

"I miss you mummy" Lelaki itu berbicara. Serina hanya melihat anak kecil yang kebingungan.Dia hanya membatu di sisi sang ayah. Serina tersenyum sendiri.

"Mummy, this is my little mochi. Amanda." Dato' Sri Zainab mengesat airmata dan memeluk anak kecil itu. Ketika itu mata Serina bertaut. Lelaki itu tersenyum.

"Comel sangat cucu mummy ni" Dato' Sri Zainab mencium kedua2 pipi Amanda dan memeluknya kembali.

"Ouh lupa pulak mummy. Afizan Xing, kenalkan ni secretary mummy. Serina. and Serina, this is Afizan Xing.. My oldest son"

"Encik Afizan. Nice to meet you" Afizan mengangguk. Ketika itu Amanda menarik tangan ayahnya. Afizan terus menunduk.Anak itu berbisik sesuatu. Afizan hnya ketawa kecil.

"She is hungry." Dato' Sri Zainab juga ketawa bersama. Serina hanya tersenyum. Comel sangat ni. Dengan tocang dua dia. Mukanya seakan campuran orang putih. Mungkinkah mummy Amanda seorang wanita Britain. Tapi dimana wanita itu? Serina seakan penuh tanda tanya. Namun memilih untuk mendiamkan diri. Dia tidak ingin masuk campur.

"Malam ni mummy dah prepare majlis kecil untuk sambut kedatangan Afizan. Serina, jangan lupa datang tau" Serina mengangguk. Mereka sepertinya dalam perjalanan pulang ke rumah agam milik Dato' Sri Zainab.

"Mummy, where is your trouble maker?"

"Dia tu tak tahu mummy nak cakap apa. Katanya malam ni dia nk datang. Entah ada ke tak. Nanti mummy bagi alamat apartment dia. Nanti Along jenguk budak bertuah tu sendiri" Afizan hanya mengangguk. Serina melihat watak Dato' Sri Zainab terus berubah menjadi seseorang yang lain. Selalunya dia melihat sisi pemimpin yang lebih menonjol kali ini dia mengakui Dato Sri Zainab sama seperti ibu² yang lain. Dia seperti begitu menyayangi anak²nya. Perucapan nya juga lembut dan lebih selamba.

"Serina dah lama ke kerja dengan mummy?" Serina tersentak apabila namanya dipanggil.

"Lama jugak. Almost 5 years."

"Ni mesti dah tahu sikap lady boss dia ni kan" Afizan ketawa. Serina hanya tersenyum.

"Mengata mummy la tu.."

"Dato' Sri seorang leader yang terbaik. Saya mengagumi Dato' Sri sangat2. my role model..saya suka kerja dengan Dato' Sri" Dato' Sri Zainab hanya tersenyum. Dia juga menyukai perwatakan Serina. Dia tidak pernah menyesal memberi peluang kepada wanita itu untuk menjadi setiausaha nya. Sehingga detik ini, Serina adalah antara yang paling rapat dengannya.

"Sah. ni mesti dah kena sogok dengan mummy ni kan" Afizan mengusik lagi. mereka bertiga hanya ketawa. Amanda pula masih termangu2. Budak kecil itu seakan kurang mengerti bahasa ibunda mereka.

#############

Dylan melihat dari jauh rumah agam milik Dyzan terang benderang. Kereta sudah memenuhi halaman rumah itu menandakan kerabat keluarga mereka sudah berkumpul. Dylan mengetap bibir. Dia melihat seorang lelaki menghampiri keretanya.

"Tuan Dylan. Kenapa tak masuk lgi?" Dylan hanya tersenyum dan perlahan² kenderaan miliknya menapak. Dylan menuju keluar dan ingin mencari susuk mummynya.

Dari jauh dia melihat mummynya sibuk melayan tetamu. Ketika itu matanya tertacap pada susuk yang dikenali. Dylan hanya tersenyum dan menerpa ke arahnya.

"Why u so late?" Afizan membalas pelukan adiknya. Seketika pelukan dileraikan.

"Ada meeting sikit. ada pelancaran album penyanyi bawah production Dylan." Dylan berbicara. Afizan mengangguk. Dylan melihat seorang anak kecil berada di sisi abangnya.

"Little mochi?" Dylan memandang Afizan. Afizan mengangguk. Dylan terus mengendong anak kecil itu.

"U so big. Anak saudara Pakcu. Hari last Pakcu tengok masih dok dalam buaian lagi" Afizan hanya ketawa.

" So Along nak terus tinggal Malaysia ke?" Afizan mengangguk.

"Takde apa dah tinggal kat sana. Mummy Amanda dah buang kami" Afizan menunduk. Dylan mengetap bibir. Dia tahu pasti Afizan sukar menerima kenyataan. Sang isteri berlaku curang di belakang nya. Wanita itu sanggup meninggalkan dia bersama Amanda Kerna lebih memilih untuk hidup bersama lelaki yang baru dikenalinya padahal mereka sudah berumahtangga hampir 9 tahun.

Ini adalah salah satu sebab Dylan tidak percaya wanita. Dia dan abangnya menerima takdir yang sama. Tapi itu adalah kesilapan yang tidak akan berulang lagi. Dia tidak akan tunduk pada wanita. Dia tidak mahu menjadi seperti abangnya. Lelaki itu kalah dalam cinta dan akhirnya tersungkur seperti ini.

"U can be her hero. U Don't need anyone. U have us" Dylan menepuk bahu abangnya. Afizan mengangguk.

"Pergi la jumpa mummy. Dia keep tanya Along, Dylan mana. Jenuh nak menjawab" Dylan hanya ketawa. Dia melihat sang ibu yang masih leka melayan tetamu. Dylan mempercepatkan langkah. Sebelum gunung api meletus dan memuntahkan lava²nya.

############

Serina masih leka memotong buah tembikai di dapur. Dia tidak begitu selesa berada dalam majlis keramaian seperti itu Kerna itu dia meminta izin untuk membantu Mak Dayah di dapur. Pembantu rumah Dato' Sri Zainab yang sudah puluhan tahun berkhidmat di situ. Kata Dato' Sri Zainab, Mak Dayah sudah bersama mereka ketika anak2 nya masih kecil lagi. Umur Mak Dayah pulak lebih kurang umur ibunya.Kerna itu dia lebih selesa bersama wanita itu. Sudah dianggap seperti ibunya saja.

"Ina ni tetamu tapi sibuk kt dapur. Nanti apa pulak cakap Dato' Sri." Serina hanya tersenyum. Dia tidak ambik runsing hal itu.

"Takde pape pun la. Ina pun pekerja Dato' Sri jugak. Ina tak selesa Umi majlis orang2 kaya ni. Lebih baik Ina tlong Umi" Mak Dayah hanya tersenyum. Dia Sudha terbiasa di panggil umi. bahkan anak² Dato' Sri juga memanggilnya begitu. Baginya mereka semua adalah anak2 nya.

Mak Dayah memandang wajah Serina.Manis sekali gadis ini. Dia sudah lama mengenali Serina semenjak gadis itu bekerja di bawah Dato Sri. Beberapa kali Serina akan singgah di rumah ini untuk menghantar dokumen2 Dato Sri. Setiap kali Serina berkunjung setiap kali itu juga dia akan menemui Mak Dayah. Kerna itu dia sudah tidak kekok bersama.

"Umi nak pergi kt depan dlu. Along suruh hantar dessert ni untuk Amanda." Serina hanya mengangguk. Dia meneruskan kerjanya.

Dylan tersenyum sendiri melihat susuk yang sedang sibuk memotong buah membelakangkan dirinya. Sudah lama rasanya dia tidak menemui pengasuh kesayangannya itu. Mungkin bagi orang lain Mak Dayah bukan sesiapa namun bagi Dylan wanita itu lah ibu keduanya. Wanita yang dari dlu sentiasa bersama tatkala yang lain sibuk dengan urusan masing².

"Amboi Umi ni. Cantik2 pulak dia malam ni berkurung bagai." Dylan ketawa kecil. Dia mendekati wanita itu perlahan2. Sebelum memeluk nya dari belakang.

"Umi. I miss you" Dylan menggesekkan wajahnya di bahu wanita itu. Bau minyak wangi menusuk di hidungnya. Dia mengeratkan pelukannya.

"Makin kurus. diet ke?" Dylan berbicara lagi. Ketika itu tubuhnya ditolak dan seorang wanita. Dia menjerit sambil mengacukan pisau ke arah nya. Dylan jugak menjerit bersama.

"Kau sapa?" Mereka berdua bertnya soalan yang sama. Masing2 menunjukkan riak terkejut. Wanita itu memandangnya tajam .Pisau masih ditangannya. Dylan pula seakan kelu. Entah apa yang berlaku detik itu?

Siapakah wanita itu?

Siapakah lelaki ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience