bab 30

Romance Completed 13950

Dylan masih memeluk Serina.Dia tidak ingin melepaskan pelukannya.

"Abang kena pergi sekarang. Nanti tertinggal flight" Serina berbicara perlahan. Dylan mencium dahi Serina lagi dan lagi

"Ikut abg la" Serina ketawa.

"takpe la. Ina ok kat sini" Afizan hnya melihat wajah Dylan yang agak kesayuan.

Dia juga tidak mngerti mengapa Serina memilih untuk tinggal bersama mereka.

"Jaga diri tau kt sana. Jgn lupa Ina kt sini" Suara Serina perlahan. Dia menunduk lalu menangis. Mereka berpisah lagi. Dylan terus memeluknya kembali.

"Bb pun jaga diri. Jgn bnyak kerja sgt. abang akan cuba balik awal" Serina mengangguk dan mengesat airmata nya. Dylan tersenyum. Dia membongkokkan badan dan meletakkan kepala di perut Serina

"Jaga mummy tau..jangan biarkan mummy sedih2" Serina ketawa. Dato' Sri Zainab dtg menghampiri anaknya.

"Pergi tu hati2." Dylan tersenyum dan memeluk mummynya.

"Mummy pun jaga diri. Jaga bini Dylan elok2. Dylan berhrap kat mummy" Dato' Sri Zainab mengangguk.

Dylan melangkah perlahan2 meninggalkan mereka. Serina hnya mengusap perut dan melihat kelibat Dylan yang sudah menjauh. Hatinya dihimpit rasa sayu. Dia sudah merindu. Airmatanya mengalir lagi dan lagi

"Jom kita balik ye. Ina rehat kt rumah.kesian baby" Mak Dayah memeluk Serina. Serina mengesat airmata dan mengangguk.

"Jaga diri abang. Ina sayang abang"

____________

"Kalau nak apa2 Ina ckp kt umi tau. Jangan gerak bnyak²" Mak Dayah berbicara. Serina mengangguk. Mereka sudah tiba di rumah agam Dato' Sri Zainab.

"Mummy.." Serina berbicara. Dato' Sri Zainab memandangnya tajam lalu terus naik ke atas .Serina mengetap bibir. Dato' Sri Zainab masih membencinya. Afizan yang melihat lagak mummy nya dari jauh hanya mampu mengelengkn kepala.

"Aku dh agak dh mummy ada agenda sendiri"

Serina melihat bilik yang sunyi. Dia melihat pakaian yang dipakai Dylan pagi itu. Dia mengambil baju itu perlahan lalu memeluknya erat. Dia rindu akan bau haruman Dylan

"Ina dh rindu abang" Serina berbicara sendiri. Dia berbaring bersama baju suaminya. Dia ingin tidur. Dia sudah penat.

"Mummy, Along nk ckp sikit" Afizan tiba di bilik mummynya.

"Kenapa long?"

"Mummy nk buat apa kt Ina?" Dato' Sri Zainab mengerut dahi.

"Apa maksud Along?"

"Mummy ada agenda sendiri kan?" Dato' Sri Zainab menjeling ke arah anaknya.

"Ingat mummy ni jahat mcm Ina tu ke? Mummy sakit hati tngok dia berlakon sweet dgn Dylan depan mummy. " Afizan meraup wajahnya.

"Apa mummy ni?berlakon apa?" Dato' Sri Zainab mendekati Afizan

"Mummy rasa dia dh bomohkan Dylan dgn Along. Mummy dh panggil ustaz untuk baca2 sikit dgn Ina tu. Biar dia kepanasan. " Afizan mati kata.

"Sampai macam tu Mira g fitnah Ina kan?mummy tak sedar ke yang Mira tu sengaja nk panaskan keadaan. Dia tu benci Ina. "

"Dia tak fitnah. Dia bagitau bnda betul" Afizan mengelengkn kepala.

"Semua dia ckp semua betul .Anak mummy ni ckp semua salah kan. Kalau macam tu mummy duduk je dgn dia. Sakit hangat mummy biar dia yang jaga. Along penat nk nasihat mummy dh.. Ikut suka mummy la" Afizan meninggikan suara lalu menuju keluar.

Dato' Sri Zainab hanya terduduk.Dia meraup wajahnya. Dia memujuk hati. Semua yang dia lakukan hnya untuk melindungi anak2nya.

"Along marah la kt mummy. Nanti baru Along tahu Semua yang mummy buat hnya untuk lindungi anak2 mummy"
____________

Dylan melihat gmbar2 nya bersama Serina. Dia tidak bisa tidur sepanjang perjalanannya. Dia merindui sang isteri. Sekali sekala dia tersenyum sendiri. Bagaimana hari2 mendatang tanpa Serina.

"Boss kenapa?" Zaidi melihat ke arah telefon Dylan. Dia baru terjaga dari tidurnya. Zaidi melihat gambar seorang wanita yang mencium pipi Dylan.

"Ni sapa?Ni bukan Serina yang ikut boss pergi Milan tu ke?" Dylan mengangguk.

"Korang ada apa2 ke?" Zaidi berbisik.

"Dia bini aku" Zaidi terkejut. Dia mengambil telefon Dylan dan melihat gmbar2 yang lain. Dia terkejut melihat gambar kahwin di hadapan skrin telefon Dylan.

"Bila?"

"hampir setahun" Zaidi tidak menyangka. Dylan begitu bijak menyembunyikan statusnya. Dylan tersenyum. Mereka semua tidak tahu bahawa Dylan Xing sudah bernikah.

"Mira?" Zaidi tertnya2 sendiri. Selama ini Mira selalu melawat mereka. Bahkan membeli makanan.kelakuannya persis seperti kekasih Dylan.

"Aku taknk ada kaitan apa2 dgn dia. Lepas ni bagitahu budak2 yang lain. Jgn biarkan Mira masuk dlm building aku." Zaidi mengangguk tanda faham. Dia takut untuk bertnya lebih lanjut. Sedari melihat wajah tegang Dylan ketika nama Mira disebut.

Dia mula mengingati bagaimana reaksi Dylan ketika Mira pergi ke studio mereka. Sekarang baru dia mngerti. Rupa rupanya Mira hanya me reka cerita dan semua mereka percaya. Zaidi mengelengkn kepala.

"Bila boss nk bawak Serina pergi studio?"

"Plannya nk bawak hari tu. Tapi mummy aku sakit n aku pun tak sihat jugak so tak jadi. mybe lepas tour ni" Zaidi mengangguk.

"Kena sambut kakak ipar yang betul ni" Dylan ketawa.

###########

Serina ingin menangis apabila mummy memalukannya di depan para ustaz yang tiba di rumah mereka malam itu. Terangan mummy menuduh dia mengunakan khidmat bomoh untuk menundukan anak2nya.

Afizan seakan tidak percaya melihat mummynya yang begitu yakin dgn fahamannya. Serina menunduk. Dia benar2 malu. Dia terus menuju ke dapur. Dia tidak sanggup mndgr..

"Sabar Ina. Biar la mak mertua Ina ckp macam tu. Ina nk takut apa. Ina tak buat" Serina memeluk Mak Dayah erat.

"Ina malu.. Ina tak pernah buat semua bnda terkutuk macam tu.. Kesian ayah ibu.." Serina mengenang keadaan ayah dan ibunya di kampung. Berat tuduhan itu. Kata2 itu seperti sama maksudnya ayah dan ibu tidak memberikan didikan yang cukup buatnya.

Para ustaz mengalunkn ayat suci Al-Quran di setiap pelusuk tempat itu .Mummynya juga meminta agak rumah mereka dipagar supaya bnda2 buruk tidak dtg ke rumah.

Afizan menahan rasa hati. Dia tidak ingin memalukan mummynya. Namun dirinya kecewa. amat kecewa.Dia mula mnyesal. Mengapa dia tidak berkeras menyuruh Dylan membawa Serina pergi. Dia mnjadi kesian melihat Serina.

"Rumah akan diterangi cahaya tatkala rumah dipenuhi dgn orang2 soleh yang solat dan mengalunkn ayat suci Al-Quran. Puan berserah kt Allah yang Maha satu." Ustaz Annuar berbicara perlahan.

"Ustaz.menantu saya tu mcm mne?" Ustaz Annuar kehairanan.

"Kenapa dgn menantu puan?"

"Dia takde bnda2 yang sy ckp tadi ke?" Ustaz Annuar mengucap panjang. Dia mengelengkn kepala.

"Jgn hukum seseorang seperti itu Puan. Menantu Puan seorang wanita yang baik. Dia masih punya iman. Dia takde apa2 seperti yang puan cakap. Subhanallah" ustaz Annuar berbicara. Afizan mendgrnya puas.

"Tapi ustaz kenapa anak2 sy macam menurut je ckp dia?"

"Bersihkan hati puan. Itu kunci untuk berprasangka baik dgn orang.Jgn terlalu mengikut hasutan syaitan. Sehingga tiada lagi baik pada seseorang Kerna Hasad dengki" kata Ustaz itu. Dato' Sri Zainab menunduk. Kata2 itu penuh sembilu menusuk hatinya. Dia benar2 terasa.

Afizan masuk dalam rumah usai menghantar para ustaz balik. Afizan melihat mummynya tajam

"Puas dh hati mummy?ke nk ckp apa lgi?" Dato' Sri Zainab mengetap bibir.Afizan mngelengkn kepala.

"Mummy, kalau Dylan tahu mummy buat bini dia macam tu ..mummy rsa Dylan nk buat apa?" Dato' Sri Zainab menunduk. Dia takut pula mndgr kata2 Afizan.wajah Dylan yang bengis diingat lagi

"Along dh tak tahu cara apa lgi nk buat mummy ni sedar. Mummy, u're too much already."

"Mungkin bomoh yang Ina pakai tu kuat Smpai ustaz tu tak bole detect" Afizan memandang mummynya lagi. Dia terduduk sndiri.

"Mengucap mummy. Bawak mengucap bnyak2..Kalau Along dh selesai siasat semua. Mummy orang yang pertama Along akan bgitahu. Hrap masa tu hati mummy terang nk terima kenyataan" Afizan berbicara lalu meninggalkan mummynya. Dato' Sri Zainab menunduk. Dia sudah hilang kata.

"Mummy" Serina tiba prlahan2. Dia duduk melutut di depan Dato' Sri Zainab membuat dirinya terkejut.

"Ina mintak maaf kalau Ina buat silap kt mummy." Serina menunduk.

"Ina takde niat sikit pun nk pisahkan mummy dari Dylan. Ina pun akan jadi seorang ibu mummy. Ina tahu rasanya bila anak yang kita sayang tinggalkan kita..Ina minta maaf kalau mummy rasa macam tu" Serina menangis. Dato' Sri Zainab hanya mndiamkn diri.

"Tapi sumpah demi Allah. Ina tak pernah guna bomoh apa2 untuk dptkan Dylan. Ina tahu hukum lagi." Dato' Sri Zainab terus bangun.

"Mummy nk Ina buat apa untuk buktikan semua tu?" Langkah Dato' Sri Zainab terhenti.

"Mummy nk Ina buat apa supaya mummy tak benci Ina." Dato' Sri Zainab memandang Serina yang masih melutut.

"Minta cerai dgn Dylan..Biar Dylan bahagia dgn orang yang cintakan dia. Bukan orang macam Ina. Yang jadikan Dylan sebagai tempat untuk melepaskan kesunyian semata." Kata Dato' Sri Zainab .Dia menjadi geram lagi tatkala mengingati hal itu.

"Mummy.Ina tak pun." Dato' Sri Zainab memandangnya tajam

"Anak mummy dh cinta betul dgn Ina. Tapi sanggup kan Ina bohong dia. Kalau Ina tak bole move on dari Haris. Jgn jadikan anak mummy untuk puaskan hati Ina. Dia bukan Haris. Sedar la Ina" Dato' Sri Zainab terus berlalu. Serina menangis semahu2nya. Dia mengusap perutnya perlahan.

_________

Dylan tersedar dari tidurnya. Terasa airmata mengalir di pipi. Dia terus mengesatnya. Dia bermimpi.

"Kenapa ni boss?"

"Lama lagi ke nk sampai?"

"30 minit" Dylan mengangguk. Dia memejamkn mata. Dia sudah merindui Serina. Dia benar2 merindui.

Allahu akhbar. Cinta hati abang.

Abang harap isteri abang sihat je kat sana.

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-07-11 18:19:53 

Tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience