bab 2

Romance Completed 13950

Dato' Sri Zainab melihat Serina dan Dylan saling bertatapan tajam. Alangkah terkejutnya mendgr suara jeritan mereka berdua di dapur. Mak Dayah juga terus berlari kerna risau jika ada sesuatu yang berlaku. Mereka tersentak apabila melihat Serina mengacukan pisau ke arah Dylan.

"Korang dua. dah la tu" Mak Dayah cuba untuk menenangkan mereka berdua. Dylan memandang Mak Dayah lagi

"Siapa dia ni? macam mana dia bole ada kt dapur umi"

"Sapa2 je bole ada kt dapur. awak tu yang tiba2 entah dari mana terus peluk2 orang..siap gesel2 lagi kepala tu. anak anjing ke apa?" Serina berbicara. Dia lupa seketika akan dirinya pekerja Dato' Sri Zainab. Hilang seketika sifat ayunya. Dia benar2 terkejut.

"Anak anjing? kau ingat aku ni gila ke apa nak peluk kau. Kau tu family ni ke? macam mana bole ada dlm majlis ni" Serina seakan tidak percaya. Dylan menjadi geram. Setahunya mak Dayah tidak punya sesiapa selain keluarga mereka. Mak Dayah tidak punya anak lantas siapa wanita ini.

"sbb tu mata letak kt sini bukan kat lutut. Tengok la sikit bentuk badan macam mana?" Serina membalas serangan. Serangan demi serangan saling berbalas.

"U both stop" suara Dato Sri Zainab mnghentikan perbalahan mereka berdua. Afizan hnya menahan tawa. Dylan and his careless. this trouble maker.

"Mummy nak kenalkan ni secretary mummy. Serina. N again Serina, this is anak bongsu saya. Dylan Xing" Dylan memandang Serina tajam. mereka berdua masing2 masih belum berpuas hati.

"Mummy yg ajak Serina untuk majlis malam ni." Dylan terus mencapai minuman di atas meja dan menghirupnya.

"Tu salah faham je kan. Serina, saya minta maaf on behalf anak saya. Dia manja sikit dengan Mak Dayah sbb tu dia ingatkan tu umi dia" Mak Dayah memandang wajah Dylan. Geli hatinya melihat wajah anak itu. Umur sudah menginjak 32 tahun namun masih saja seperti budak².

"Tu bukan salah Dylan. mummy no need to say sorry" Serina hanya ketawa kering seakan tidak percaya. This man. Dia malas ingin bertekak lagi.

Dylan bangun dari duduknya dan ingin berlalu. Dia melihat wajah Serina untuk kali terakhir lalu melangkah keluar. Dato' Sri Zainab mengelengkan kepala.

"I'm sorry again Serina. I know he is a bit rude " Serina hanya tersenyum dan mengelengkn kepala.

"Takpe pun. " Dato' Sri Zainab mengangguk dan menuju keluar. Afizan juga memohon menuju ke ruang tamu. Serina memandang wajah Mak Dayah. Mak Dayah hanya ketawa dan mendekati Serina.

"Umi" Serina memeluk pinggang Mak Dayah.

"Dylan tu memang degil sikit. Tapi dia tu baik je..Dia memang suka usik umi hah. Umi kan latah sikit sbb tu lah. tak sangka pulak dia g peluk Ina tadi" Mak Dayah hanya ketawa. Serina hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu berjumpa lelaki itu lagi. Malang sungguh

"That rude puppy"

###################

Kaum kerabat mereka sudah beransur pulang. Keadaan di rumah semakin sunyi. Serina tiba dari ruangan dapur dan menuju ke arah Dato' Sri Zainab. Dylan hanya melihat dari sisi mummynya.

Sempat lgi tu dia nk berjeling dengan aku. Perempuan ni.

"Dato' Sri. Saya balik dulu. " Dato' Sri Zainab mengangguk. Dylan melihat Mak Dayah yang dari tadi memandangnya.

"Minta maaf" Bibir Mak Dayah mengucap sesuatu tanpa suara. Dylan yang seakan memahami terus mengelengkn kepala. Dia menjelirkan lidahnya. Mak Dayah mengelengkn kepala. Degil.

"Dylan. Hantar Serina balik.Tak elok balik lewat² gini anak dara."

"Eh tak pe Dato' Sri. I'm fine je.kt kwasan ni teksi senang cari..Skrang baru pukul 10 malam."

"Dia sendiri cakap ok kan. ala dia bukan takde kaki. Elok je tu" Dato' Sri Zainab menjeling anaknya. Dylan menarik nafas sedalam2nya.

"Ok fine" Dylan bangun dari duduknya. Dylan lebih rela menghantar wanita itu daripada harus mndgr mummynya membebel entah esok belum tentu habisnya.

"Cepatlah"

############

seakan berada di tanah kubur. Mereka berdua senyap seribu bahasa di dalam kereta. Hanya bunyi musik yang kedengaran menjadi penyedap bunyi telinga mereka. Tapi bagi Serina itu lebih elok. Dia tidak ingin juga berbicara dengan lelaki itu. Kejadian di dapur tadi masih tidak bisa dilupakan. Tidak pernah lagi dia dipeluk sebegitu oleh mana2 lelaki. Dia menjadi geram sendiri

Ketika itu bunyi telefon milik Dylan berdering.

"Hello?" Dylan memulakan bicara. Serina masih mendiamkan diri. Tidak ingin mencuri dengar. Dia lebih suka melihat ke luar tingkap.

"Can u please stop calling me" Bunyi Dylan seakan sangat menyebalkan. Mengapa lagi dan lagi wanita ini mengganggunya. Mereka sudah tidak mempunyai apa2 hubungan. Dia tidak pernah berada dalam hubungan yang serius. Dia membenci wanita seperti ini

"Ok listen here. I'm not dating with anyone including U. U already know it. N please jangan ganggu I lagi. I'm busy" Dylan mematikan panggilan begitu saja. Dylan ingin menekan tombol menyekat kenalan di dalam telefonnya. namun ketika itu lampu isyarat menukar ke lampu merah. Dylan tersentak seketika.

"Awak gila ke? nak bunuh saya" Serina terus memarahi Dylan . Lelaki itu menekan brek mengejut membuat dia terdorong ke hadapan. Dylan memandang wajah Serina

"Dah mati ke? Tak kan. " Ingin saja Serina menumbuk wajah lelaki itu. Biar dia sedar diri.

"Kau ni kerja nk marah je. Period ek?" Dylan ketawa mengejek. Serina memilih untuk tidak menjawab. Malas nak layan orang gila.

"Kau dah lama ke kerja dgn mummy. Kenapa aku tak pernah tengok kau ek?" Dylan berbicara lagi.

Datang office pun boleh dikira dengan jari sibuk nak tnya tak pernah nampak aku.

"Sebelum tu kan. saya nk tanya awak tu pernah datang office ke? " Serina bertanya lagi. Dylan mengangguk. Ada betul juga soalan itu. Dia mengakui dia jarang sekali menjejak kaki ke bangunan Dyzan Group.

"Aku tak pernah la tngok mummy ni jemput pekerja dia kt majlis2 kekeluargaan macam ni. Ni dia jemput kau. as anak kepada Dato' Sri Zainab ni aku rsa mummy ada rancangan lain la" Serina memandang wajah Dylan. Apa yang direpekan lelaki ini?

"Contohnya?" Serina berbicara. Dylan ketawa lagi. Dia menghentikan kereta tetap di depan rumah Serina. Mereka sudah sampai di destinasi. Dylan melihat sebuah rumah teres setingkat di depan nya. Mungkin Serina tinggal sendiri Kerna dilihatnya rumah itu seakan gelap seperti belum dihidupkan lampu.

Serina masih menunggu jawapan Dylan. Dylan mendekati Serina perlahan². Serina memandang wajah Dylan tajam.

"Contohnya. jdi mummy baru Amanda" Dylan terus ketawa. Serina menolak tubuh Dylan kasar. Dia terus melepaskan seatbelt dan menuju keluar.

Orang gila.

"Oi makcik. Tak baik tau muka masam selalu. Nanti lelaki tak melekat" Serina sebal. Dia benar2 tidak ingin berjumpa lelaki seperti Dylan lagi. Dia malas lagi berbicara dengan lelaki itu. Buang air liur aku je.

Dylan hnya ketawa kecil dan mngelengkn kepala. Dia melihat Serina yang sudah melangkah lalu menutup pintu pagar rumahnya. Wanita itu menjeling tajam ke arahnya.

Marah pun cantik.

##############

"Dylan, hantar mummy jap. Kereta mummy buat hal la. Pak Amad tengah hantar bengkel." Inilah sebabnya Dylan tidak mahu tidur di rumah mummynya. Wanita itu suka mengacau mimpi paginya. Dylan meraup wajah berkali²

"Suruh Along la. Dylan penat la"

"Along dah keluar. Dia naik teksi hah ambik kereta baru.Dylan,hantar la mummy jap." Dengan penuh terpaksa Dylan bangun dari baringnya. Dia melihat mummy sudah mengukir senyum

Happy betul dia lepas musnahkan kebahagiaan tidur aku.

"Jap lagi. Dylan mandi dlu"

"Jgn lambat tau.Mummy tunggu kat bawah" Mummy memberi peringatan sebelum menutup pintu biliknya. Dylan bangun dari katil dan terus menuju ke bilik mandi.

"Nanti suruh Along ambik mummy. Dylan ada job lepas ni."

"Btw kan, Dylan tak nk kerja dengan mummy ke? Along pon setuju dah."

Ni yang aku malas ni. Asyik bahas benda yang sama je.

"Mummy. Not today please." Dylan mengambil jemari sang ibu lalu menciumnya.

"Kerja elok²" Dato' Sri Zainab memuncungkan mulut. Dia tahu Dylan tidak menyukai hal itu namun masih saja dia akan mencuba nasib sehingga Dylan bersetuju. Dia mahu anak anaknya menjadi penerus legasi mereka.

"Singgah jap la. Tadi Dylan tak sempat makan kan." Dylan memandang wajah mummynya. Hendak ditolak rasa serba salah. Dylan mengangguk. Mummy mengukir senyum.

Serina melihat Dylan yang melangkah bersama Dato' Sri Zainab membuat dia sebal sendri.

pagi2 tngok muka dia memang bole hilang mood pagi aku.

"Ina, sy nak breakfast dgn Dylan. Anything yang emergency do inform me earlier ye" Serina mengukir senyum dan menganggukkan kepala.

Dylan hnya melihat mummynya bersama Serina yang berbincang sesuatu. Wajah Serina di pandang dalam. Wanita ni persis seperti wanita moden yang lain. Namun tidaklah seperti seorang yang suka bersosial. Firasat Dylan menyatakan itu. Dia hanya menjalankan tugas dgn baik

Wanita itu mengunakan seluar slack yang dipadankan bersama blouse berlengan panjang.Rambut dibiarkan mengurai panjang hingga paras melebihi bahu.Hidungnya begitu mancung dan bibir indahnya yang merah.

She is not bad.aku ingatkan dia bertudung. Semlm bertudung pulak.

"Dylan,kenapa tu?" suara Dato Sri Zainab mengejutkan Dylan tersedar dari lamunan nya. Dia mengelengkn kepala

Lelaki ni mata dia nak je aku cucuk dgn pen.

"Dah ke? cepat la Dylan lapar"

"Iye iyelah. Jom." Dato' Sri Zainab bergegas. Dylan menyuruh mummynya keluar dahulu.

"Shut shut" Dylan memandang Serina yang masih mengemas file di atas meja mummynya

"Cantik juga kau kan?" Dylan bukan yang jenis basa basi. Serina terkejut.

"Kalau nk pen ni melekat kat mata tu. Sini la. Playboy" Dylan ketawa . dia mendekati Serina perlahan². Serina membeku.

"Baru tahu ke?" suara Dylan begitu perlahan. Serina membulatkan mata. Dylan ketawa

"kau pernah dgr ke? kalau lelaki perempuan jumpa lebih dari tiga kali. Diorang akan jdi pasangan lepas tu. Kita dh jumpa 2 kali" Dylan menatap wajah Serina.

Seram sejuk pulak dgn mamat ni.

"So?" Dylan mengukir senyum sehingga menampakkan kedua2 lesung pipit miliknya.

"Playboy" Serina terus berlalu.

"But betul kan?" Dylan berbicara lagi. Serina memalingkan wajah dan kembali memandang Dylan. Dia menunjukkan cincin di jari. Serina tersenyum

"What to do. i'm taken" kata Serina. seraya itu senyumannya terus mati. Dia menjeling Dylan tajam sebelum menuju keluar

Dylan tersenyum lalu memakai kaca mata hitam. Dia terus berlalu melangkah keluar meninggalkan kawasan itu. Dia mengukir senyuman indahnya. Sedari wanita2 itu di situ melihatnya dgn kagum

Dylan Xing. Jejaka hot.

That rude man..lagak dia tu mcm la dia paling handsome...Geram aku..hidung belang. Sweet talker. Aku benci typical lelaki mcm ni.

#########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience