bab 10

Romance Completed 13950

Dylan melihat jam tangan sudah menunjukkan pukul 11 malam. Dia masih berada di studio untuk meeting terakhir. Semua team member nya masih berada bersama. Mereka juga berusaha keras untuk menghasilkan karya yang bermutu.

"Everything dh on set. So we shudnt worry anymore. All the best semua" Dylan memberi semangat. Semuanya seakan bersorak.

"Boss.tempat biasa" Dylan tersenyum lalu mengangguk. Mereka terus bersiap dan menuju keluar.

"Have fun guys" mereka bersorak sambil menari. Dylan hanya melihat kawan² seperjuangan nya bergembira. Dylan pula hanya duduk dan mendgr bunyi music yang kuat.

"boss tak join ke?" Zaidi bertanya. Dylan mengelengkn kepala. Dia terlalu penat hari itu. Seharian berada di studio. Minuman di atas meja diteguk lagi.

"Saya dgr boss akan pergi Milan next week?" Dylan mengangguk.

"Ada kerja kt sana. Aku harap everything ok. Aku tak bole pergi sana dalam keadaan kat sini still kacau"

"Yea. tht is our boss" Lelaki itu berbicara sambil menepuk bahu Dylan.

Dylan hnya ketawa. Dia mempunyai production house sendri. Menjadi peneraju utama pastinya tugas yang agak sukar. Baginya, semua pekerja adalah kawan² yang sudi bersama tatkala dia susah senang.

Siapa sangka usaha keras mereka selama ini membuahkan hasil. Production house nya menjadi salah satu tumpuan untuk para penyanyi mencuba nasib. Misinya hanya satu. Melahirkan penyanyi yang berbakat besar yang mampu memperluaskan kegiatan seni di persada dunia.

"Boss tahu. Sy ada dengar something dari member" Dylan mengerut dahi.

"Mira ada kt Milan. Dia tahu boss akan dtg sana" Dylan terkedu. Setelah sekian lama nama asing itu kembali menyapa telinganya. Dylan hnya mendiamkan diri. Tiada jawapan untuk itu.

#########

Dylan membuka pintu rumah dan melihat keadaan rumah sunyi sepi. Dia melangkah perlahan2 dan menuju ke sofa. Merehatkan diri di sana. Dia melihat jam di dinding sudah menunjukkan jam 3 pagi. Dia sudah kepenatan. Dylan terus menuju ke ruangan tandas dan membersih kan diri.

Dari jauh dia melihat Serina yang sudah diulit mimpi indah. Lena sekali wanita itu. Dylan terus mengambil tempat di sisi Serina. Dia sudah kepenatan. Mata dipejam perlahan2. Namun dia tersentak apabila seseorang memeluknya. Dylan membuka mata. Dia melihat Serina sudah lena di dadanya.

"Hari tu bukan main lagi letak bantal la apa la. Ni sedap kau ek" Dylan mencuba untuk mengalihkan tubuh Serina namun gagal. Akhirnya dia membiarkan saja Serina begitu. Dia ingin tidur. Itu saja

____

Serina membuka mata perlahan². Wajah Dylan yang menjadi orang pertama yang dilihat. Itulah kebiasaan pagi nya. Dia mengalihkan tgan Dylan perlahan2 dan terus bangun dari tidur. Dia harus bersiap. Hari ini dia ingin menziarah kubur Haris.

"Saya dh buat breakfast. Nanti makan la. Saya nk keluar dah ni" Serina berbicara. Dylan membuka mata perlahan2. Dia melihat jam baru menunjukkan pukul 7.30 pagi

"Awalnya" Serina mengambil selendang lalu diletakkan di dalam beg.

"Nak pergi mana?" Dylan seakan pelik. Tidak pernah dia melihat Serina membawa selendang pergi bekerja.

"ouh.Saya nk g kubur tunang sy. So balik lewat sikit la"

"Ex tunang. aku ni suami kau" Serina mengetap bibir.

Dia melihat Dylan yang sudah menutup mata dan kembali dengan tidurnya. Serina tidak ambik runsing hal itu lalu menuju keluar. Dylan pula seakan kembali dalam dunia mimpinya.

##########

Serina melihat Afizan yang masih leka menyuap makanan di mulut Amanda. Dia menemani abang iparnya sarapan pagi itu Kerna ingin terus menuju ke tempat mesyuarat mereka.

Serina melihat Afizan begitu sabar melayan puterinya. Wajah Afizan juga menunjukkan rasa bahagia. Tidakkah lelaki itu merindui bekas isterinya? Amanda pula tidak mencari ibunya?

"Ina kenapa?" Serina tersedar. Amanda tersenyum memandangnya. Amanda sudah selesai dengan sarapannya.

"Ouh tak. terfikir pulak Amanda tak cari mummy dia ke?" Afizan tersenyum. Lembut saja lelaki ini. Lemah lembut. Tidak seperti adiknya. Sifat Afizan persis seperti arwah Haris.

"Tipu kan dia tak cari. Dia menangis tiap malam sebab cari mummy dia. But slowly dia terbiasa. If dia rindu mummy dia. She will hug me" Afizan tersenyum lagi.

"Rugi betul la mummy Amanda ni. dapat yang helok macm ni pun kena tinggal ke?" Afizan terus ketawa kecil.

"Takde manusia sempurna Ina. Along pun bnyak salah. Maybe Along leka sangat dengan kerja nak sara family smpai dia rasa sunyi. Along tak pernah salahkan dia sbb Along tahu ni salah Along as a husband" Hati Serina tersentuh. Afizan seorang yang sangat baik. Hatinya lembut. Amanda terus meminta izin untuk mencuci tangan. Afizan menurutinya.

Dari jauh Serina melihat Amanda berbicara dan Afizan seakan tertarik dan melayannya. Bahkan memberi respon dan mereka berdua tertawa. Hati Serina seakan hangat. Mereka berdua have a beautiful bonding.

"Jom la kita pergi hantar Amanda dlu .Lepas tu baru kita direct g tempat meeting." Serina mengangguk lalu terus mengambil tgan kecil Amanda. Mereka berdua melangkah bersama.

######

Serina tiba di rumah petang itu. melihat keadaan ruang tamu yang berselerak membuat jiwa bergelora. Dia melihat Dylan yang masih fokus dengan permainan gamenya.

"Ouh smpai rumah dah" Dylan melihat Serina sekilas lalu kembali memandang televisyen. Dia tidak ingin kalah dalam permainan gamenya.

"Awak buat apa ni? Selerak nye" Serina meletakkan kunci kereta di atas meja dan mencekak pinggang. Serina terus menuju ke dapur. Dia melihat bekas makanan yang tidak dicuci dan dibiarkan di atas sinki. Dia kembali ke ruang tamu dan mendekati Dylan.

"Cuci pinggan sekarang." Dylan tidak mempedulikan kata² Serina. Serina terus berdiri di depan TV. Menghalang penglihatan lelaki itu.

"Tepi la. Nanti aku kalah"

"Saya tak kisah sekarang ni cuci pinggan kt dapur " Dylan memandang wajah Serina. Dia mengetap bibir.

"Lepas ni la."

"takde. Saya nk sekarang. awak ni suka tau." Dylan memejamkan mata. Dia mula dah nk bebel. Dylan bgun lalu menyerahkan alat kawalan di tgan Serina.

"Main jap" Serina membulatkan mata.

"Saya mana reti" Serina seakan panik.

"Kau mainkan la kejap. Aku nak cuci pinggan. Jangan kalah" Dylan memberi amaran .Dia terus menuju ke dapur. Serina terus duduk dan mencuba untuk memenangi permainan itu.

Serina benar2 tidak memahami. Di mana dirinya.

"Jangan sampai kalah. Sembunyikan diri tu. Nanti musuh tembak" Dylan bersuara dari dapur.

"Sembunyi kat mana?"

"Sembunyi la mana². Asalkan tak nampak" Serina mengetap bibir.

mana tempat tak nampak. Serina kurang pasti. Dia melihat seorang mendekatinya. Serina membesarkan mata. Kena lari ni.

Namun sekejap saja dirinya telah ditembak. Serina membeku. Dylan tiba dari dapur dan melihat characternya sudah mati. Serina memandang wajah Dylan dan perlahan2 melepaskan alat kawalan di tgannya. Dylan memandangnya tajam

"Sorry. Sy mana reti " Dylan terus mendapatkan alat kawalan itu dan menutupnya.

"Aku dh suruh sembunyikan .yang kau sembunyi kt belakang pintu tu kenapa?" Dylan sakit hati. Sikit saja lagi dia berjaya namun ianya habis musnah. Serina menelan air liur.

"Ala game je pon .Tu pun nak marah" Serina hanya duduk di sofa. Dylan mematikan game nya.

"Lama tau aku nk Smpai level ni" Serina menjungkit bahu. Dia tidak ingin ambil tahu.

"Awak tak keja ke? dok dalam rumah je" Dylan menjeling.

"Aku keja lah."

"macam tak"

"hello.sekali aku kerja ..setahun gaji kau tau. elok sikit" Serina mengerut dahi.

"Banyak ke duit if buat lagu?" Dylan mengambil tempat di sisi Serina. Dia mencapai iPadnya.

"Bole la.. kalau rajin" Jawapan itu seakan tidak mnyakinkn. Serina melihat Dylan membuka sesuatu.

"Kau dgr ni.How do u think?" Serina mengerut dahi. Ketika itu bunyi muzik kedgran.

Serina mendengar bunyi alunan muzik diserta suara lelaki yang merdu. Serina terdiam dan hatinya mengakui. Lagunya indah. Muzik itu kena dengan jiwanya.

"Sedap. Suara merdu.Lagu baru ke?" Dylan mengangguk.

"Ni one of the song dalam album terbaru. Akan keluar esok pagi" Serina mengangguk tanda faham. Dylan tersenyum dan kembali bermain game di iPadnya.

"Malam tadi balik jam berapa?"

"3 pagi" Serina mengerut dahi.

"Pergi mana?" Dylan tersenyum.

"Club" Serina mengangkat kening. Dia mengelengkn kepala. Perangai tak berubah². tapi biarlah itu bukan urusannya.

"Mabuk ke?" Dylan memandangnya tajam.

"Aku tak sentuh pun la air tu. Walau aku ni jahil. paling degil aku pun merokok je"

"Mana la tau. Dalam club kan" Serina mencuba mengambil alat kawalan tv. Dia ingin melihat berita terkini.

"Kalau dgn perempuan adalah" Dylan sengaja menguji. Serina hnya mengangguk dan matanya masih fokus menonton rancangan televisyen.

Dylan mengetap bibir. Serina benar2 tidak berminat. Dylan mngelengkn kepala. Entah apa yang dia harapkan.

"Tadi kau pergi kubur ke?" tnya Dylan. Serina mengangguk.

"Kau pergi tiap hari? " Serina mengelengkn kepala

"Seminggu sekali je" Dylan mengangguk.

"Kau still rindukan dia?" Serina terdiam seketika. Dia mengangguk perlahan. Dylan mengetap bibir.

"Dia tu handsome sgt ke?" Serina memandang wajah Dylan. Apa punya soalan dia ni?

"Saya tak fikir psal handsome pun. Hati tu penting. Muka handsome tak guna juga kalau perangai macam Nauzubillah...kaki perempuan " Suara Serina mengeras seakan menekan ayat terakhirnya.

Dylan memandang Serina tajam

"Kau nak cakap aku la ni?"

"eh awak handsome ke?"

"of course. Aku yang paling handsome kot dalam dunia ni. World ranking number 1 paling handsome. Kau apa tau" Serina mencebik lalu mengelengkn kepala. Perasan tak habis²

"Tak percaya ke?Try la Google." Serina memandang Dylan. Dia mengambil telefon dan menaip sesuatu.

Nama Dylan Xing terpapar antara yang paling kacak di dunia. Serina mngerut dahi.

Google pun nk menipu ke? Serina terus menutup telefon.Dylan mengukir senyum sinis. Dia mendekati wanita itu perlahan². Serina terdorong ke belakang. Serina membeku. Dylan mendekati wajahnya.

"Kau tengok la aku puas². Kau orang paling beruntung tau sbb dpt lelaki macam aku" Dylan tersenyum.

Serina mengerut dahi. Dia ingin menolak tubuh lelaki itu namun kudratnya tidak setanding Dylan.

"Ke belakang sikit boleh" Dylan mngelengkn kepala. Serina menjadi geram sendiri.

"Saya nk mandi la" Dylan memandang wajah Serina. melarikan jemari di pipi wanita itu. Serina mencuba mengelak.

"Mandi sekali"

"Tak yah nk gatal sangat ek"

"Eh apa pulak. Dlu masa tak kahwin memang gatal la skrg dah kahwin takde nye istilah gatal. Kau taknk kumpul pahala" Dylan senyum nakal.

Serina terus menolak tubuh Dylan sekuat tenaga. Dylan hnya ketawa melihat Serina berlari ke dalam bilik..

"Kunci la cepat bilik air tu. Nanti aku termasuk pulak"

"Shut up" Serina berteriak. Dylan hanya ketawa.

Dia melihat rancangan tv yang bersiaran. Wajah Mira terpapar. Pereka fesyen yang baru dikenali ramai akan mengadakan fesyen show di Milan minggu depan. Paparan itu menunjukkan interview exsklusif dari Mira. Dylan terus mematikan televisyen. Tidak ingin melihat perkara yang sia².

############

Dylan melihat Serina yang masih leka menyapu losyen di tangan dan seluruh tubuhnya. Membuat rutin penjagaan muka. Dylan pula seakan leka melihat wanita itu.

"Apa pandang²?" Dylan berdehem dan kembali melihat iPadnya. Dia rsa terganggu pulak. dengan bau haruman losyen Serina membuat fikiran jauh terpesong.

"Malam ni awak tak keluar ke?" Dylan mngelengkn kepala.

"Malas." Serina mencebik. Biar betul dia ni.

Namun biarlah .Itu bukan urusannya. Serina terus mengambil tempat di sisi Dylan. Bau aroma losyen wanita itu menusuk masuk dalam hidungnya.

Dylan mematikan iPadnya lalu berbaring di sisi Serina. Berbaring menghadap wanita itu. Serina mengerut dahi.

"Dah kenapa?"

"Saje. Nak tengok muka bini" Serina mengetap bibir.

"Ni ada yang kena sepak karang." Dylan terus ketawa.

"Sepak la" Serina menyepak kaki Dylan. Dylan membesarkn mata. Dia mendekati Serina lalu memeluk wanita itu.

"Eh lepas la" Dylan tidak mengendahkan kata2 wanita itu. Serina seakan makin berusaha melepaskan pelukan Dylan yang makin erat.

"Kau jangan gerak bnyak. Nanti kau bangunkan dia." Serina mendongak. Dia membesarkan mata.

Badannya terus membeku. Dylan tersenyum. Dia memeluk Serina lebih erat. bau haruman rambut Serina dihidu. Semerbak harumnya. Bibir Dylan mencium rambut Serina.

"Stay still.Aku nak tido.Kali ni bagi aku pulak peluk kau. Selalunya kau sedap tidur peluk aku" Serina mendiamkan diri dan mendgr dengupan jantung Dylan. Seakan kuat berdegup.

"Bila masa pulak orang peluk dia"

"Kau dah tidur kau tak sedar la.sampai lenguh tgan aku, kau tau apa..kerja nk marah2 je" Serina mengetap bibir. Tgan Dylan kemas di pinggang Serina.Serina hnya mendiamkan diri.

"Tidur la. Aku ngantuk" Kata Dylan.

Seketika Dylan menutup mata dan sekejap cuma dia sudah berada di alam mimpi. Bunyi dengkuran kecil kedgran. Serina masih berada di dalam pelukannya.

"Letak kepala terus tidur. cepat betul" Serina mengomel sendiri.

Dia mencuba untuk melepaskan pelukan Dylan namun gagal. Dylan masih memeluknya erat. Susah sekali mengangkat tgan lelaki itu. Akhirnya Serina pasrah. Dia membiarkan saja Dylan memeluknya.

Biarlah asalkan dia tak buat apa2.

___________

Dylan memakai minyak wangi dan menyikat rambut. Dia mengunakan pakaian agak casual dgn leather jacketnya. Serina yang baru saja bangun melihat Dylan yang bersiul sendri.

Happy sangat dia ni.

"G mana?" Dylan memandang wajah Serina.

"Dating" Serina mengelengkn kepala. Dia bangun dan membuat exercise ringan.

"Sapa pulak kali ni?"

"Rahsia." Serina malas ingin ambil tahu.

Dia mengikat rambut tinggi dan berlalu menuju ke bilik air. Dylan ingin berlalu namun seakan telefonnya nya berdering.

"Ada apa?" Dylan menuju keluar. Suara Zaidi yang mula berbicara seakan membahas sesuatu.

Dylan mengetap bibir. Dia meraup wajah berkali2 mendgr kata2 Zaidi.

"Biar je dia saman. Kita fight kt court. We have nothing to lose. Bukan level aku nk plagiat.."

"Saya dh hantar dokumen kt boss " Dylan mengangguk dan menunduk. Dia mematikan telefon

Hilang moodnya ingin keluar. Dia ingin masuk ke dalam bilik semula. iPadnya tertinggal di dalam.

"arrgggg" Serina menjerit. Dia terus mengambil tuala untuk menutup tubuhnya.

Dylan juga tersentak. Dia melihat Serina yang hnya menggunakan pakaian dalam namun pantas wanita itu menarik tuala untuk menutup tubuh.

Dylan melihat paha Serina yang menarik perhatiannya.

"Jangan tengok. .Kenapa awak ada lgi?" Serina menjerit. Dia benar2 terkejut. Ingatkan Dylan Sudah pergi dari rumah.

Dylan mengambil iPadnya. Dia tersenyum dan mendekati Serina..

"Kau malu apa?" Serina membesarkan mata.

"Jgn nk mengatal dgn saya. Keluar sekarang." Dylan menunduk seketika. Dylan begitu dekat dengannya. Jantung Serina terasa ingin meletup.

"Patutla aku rsa mcm malas nk keluar Rupa2nya." Serina menelan air liur dan memandang ke arah lain .Dia tidak ingin wajahnya dekat dgn Dylan.

"Jgn sentuh saya." Dylan senyum sinis.

"Kau taknk ke?" Dylan melarikan jari di pipi Serina.

"Nak apa?" Serina tidak mahu tahu apa².

"Tengok dunia luar yang indah"

"Playboy"

Serina ingin menepis tgan Dylan namun kedua2 tangan masih menahan kain untuk menutup tubuh. Risau andai kain tualanya terlondeh. Dia memejamkn mata. Dia sudah bisa rasakan tubuh nya sejuk. Jemari Dylan Sudah menjalar sehingga ke lehernya.

"Jgn buat apa2 Dylan" Suara Serina mengeras. Nafasnya naik turun dgn cepat.

"Kalau aku tak kawal diri sekarang. Kau dh lama menjerit suka dalam permainan syurga aku buat" Serina membuka mata lalu memandang wajah Dylan tajam.Dylan mendekatkan wajahnya.

Dia sengaja membiarkan hidung mereka bersentuhan. Serina mengetap bibir.

"Ke kau nk aku lose diri aku sekarang?"

"Jgn lampau batas tu. Ingat sikit kita ni apa" Dylan tersenyum. Dylan mengangkat tgan dan menjauh .Serina mengambil peluang itu lalu terus menolak Dylan. Dia berlari masuk ke bilik air.

Dylan terduduk di atas katil. Dia mengetap bibir. Perlahan2 tgan di letakkan di dada. Degupan ini tidak seperti selalu. Mengapa dgn dirinya.

Dylan menelan air liur. Dia mengumpul kekuatan lalu bangun menuju keluar. Dia harus fokus dengan masalah yang baru saja menimpa .Risau akan menjadi barah dalam productionnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience