bab 13

Romance Completed 13950

Serina melihat lehernya kemerahan. Dia mengetap bibir. Peristiwa malam tadi kembali diingati. Dadanya berdetak lagi kuat. Seperti ini meletus jantungnya.

Murjur saja pekerja hotel mengetuk untuk membersihkan bilik mereka,jika tidak.. Serina mengelengkan kepala.

Kerana itu dia mengunci diri di dalam tandas sehingga Dylan benar2 sudah tidur. Dia takut untuk bersemuka. Pagi itu mereka tidak berbicara apa2 .Dylan masih sibuk dengan iPadnya. Seperti membuat sesuatu.

Serina mengunakan rambut untuk menutupi lovebite Dylan. Dia menuju keluar. Dia melihat makanan sudah berada di atas meja.

"Makan cepat. Kita kena kejar flight." Serina hanya mengangguk.

Dia melihat Dylan seakan menyimpan pakaian di dalam bagasi. Setelah itu dia duduk di hadapan Serina.

"Kenapa rambut macam tu?" Tidak diikat seperti selalu kali ini Serina hanya membiarkan rambut panjangnya terurai.

"Jgn sibuk" Dylan tersenyum dan mengelengkn kepala.

"Lepas ni tak yah dh la tayang leher kat orang." Serina memandangnya tajam. Geram pulak rsa hati ni. Kau tak tahu ke panas dgn rambut macam ni.

"Before g airport singgah satu tempat jap .aku nak ambik hadiah yang aku tempah." Serina mengangguk lagi. Dia hanya menunduk dan menikmati makanannya.

Tengoklah mamat ni . Lepas apa jadi semalam dia boleh lagi act macam takde pape berlaku. Mana la dia kutip selamba dia ni.

"Nah. Pakai ni" Dylan memberikan sesuatu sebelum mengetatkan lagi seatbeltnya. Mereka sudah bersiap untuk berlepas menuju ke Malaysia.

"Apa ni?" Serina mngerut dahi.

"Bukak la." Serina membukanya perlahan2.

Dia melihat sekalung rantai. Serina melihat loket yang berbentuk matahari. Serina mengambilnya perlahan².Dia melihat alphabet S&D yang terukir di tgah² matahari itu

Serina & Dylan.

Serina memandang wajah Dylan.

"Suka tak?" Serina mengangguk perlahan. Dylan tersenyum. Dia mengambil kalung di tgan Serina lalu memakaikannya di leher Serina.

"Nanti kat mana2 kau pergi. Ingat ni. Kau milik aku" Serina membulatkan mata. Dylan tersenyum.

"Tengok ni" Dylan menunjukkan cincin di jarinya. Dylan melepaskan cincin itu dan menunjukkan ia kepada Serina. Di cincin itu juga terdapat alphabet S&D.

"Bila masa buat?" Dylan mngenyitkn mata.

"Rahsia" Serina membulatkan mata. Dylan menarik pipi Serina.

"Buat lagi mata mcm tu. Nanti.."

"Nanti cacat muka mcm ni ..ek" Serina laju mencelah. Dylan mengelengkn kepala .

"Salah. Buat lagi mata mcm tu. Nanti aku kiss bibir kau" Serina membesarkan mata. Dylan tersenyum. Serina terus melepaskan tangan Dylan.

"Gatal" Dylan ketawa.

"dengan bini aku jugak"

Dylan ketawa lagi. Dia suka menyakat wanita itu. Dia menarik rambut Serina. Serina terus menumbuk bahu Dylan. Ketika itu seorang wanita menegur mereka berdua.

"Eh we meet again." Tawa Dylan terus mati. Serina melihat Mira yang sudah tersenyum memandang mereka berdua.

"I'm Mira. Smlm U tak cam sbb I pakai mask" Serina mengangguk tanda faham.

"U balik Malaysia ke?" Serina bertanya. Mira mengangguk

"I nak jumpa someone." Serina tersenyum

"Orang istimewa ke tu?" Mira tersipu malu.

"Just someone yang own by me." Mira seakan berbisik.

Namun jelas didengari oleh Serina mahupun Dylan.Dylan masih mendiamkan diri. Dia bertingkah seperti wanita itu tidak berbicara apa².

"Wowww" Serina menjadi kagum sendri dengan keyakinan wanita itu.

"Dia tahu ke U nk jumpa dia ni?" Mira melihat ke arah Dylan seketika sebelum memandang Serina kembali.

"He should be know now. tht i will never let him go. because i know he still love me" Mira tersenyum. Serina mengangguk.

"Ouh I pergi dlu." Mira melihat Dylan lagi sebelum berlalu.Dylan hnya menunduk dan bermain iPadnya.

"Cik Mira tu cantik kan?" Dylan memilih untuk mendiamkn diri. Serina melihat wajah Dylan seakan tegang.

"Agak2 sapa la lelaki bertuah tu? Mesti cik Mira cinta mati kt lelaki tu" Dylan memandang wajah Serina

"Sibuk je dgn dia tu. Mcm kenal sgt je." Serina memuncungkan mulut. Potong Line betul la si Dylan ni

"Biar g mampus dia la nk buat apa. tu hidup dia. Now u here" Dylan memaksa kepala Serina melentok di bahunya.

"Tido la. Nnti dh Smpai aku bangun kan" Serina hanya mndiamkn diri dan menurut. Dia juga kepenatan. Mencuba untuk tidur.

########

"Welcome home Dylan n Ina" Mummy terus memeluk Serina sebaik saja tiba di lapangan ketibaan. Setelah itu dia memeluk Dylan dan mencium pipi lelaki itu.

"How was your short vacay?" Afizan bertanya kepada Dylan

"Nice" Dylan menyahut. Serina mendekati Amanda lalu memeluk anak kecil itu. Amanda seakan berbicara sesuatu. Serina melayannya. Afizan juga turut menyampuk.

"Dia ckp dia rindu hah kat mummy cu dia. Asyik tnya bila Ina dtg jumpa dia" Serina ketawa kecil

"Ala kesiannya dia..Mummy cu ada beli something untuk little mochi."

"Untuk papa Mochi takde?"Afizan mengusik. Serina terus ketawa.

Dylan melihat interaksi mereka membuat jiwanya seakan bergelora.Dia tidak tahu pula Afizan mempunyai hubungan serapat ini dengan isterinya. Melihat tawa Serina membuat dia tidak senang duduk. Jika dengan nya, jarang sekali Serina bergelak tawa seperti itu. Namun dengan Afizan, mudah pula dia ketawa.

Aku cemburu ke? Dylan tertnya2 sendiri. Dylan mengetap bibir. Dia tidak tahu apa rasanya kini namun yang dia tahu dia tidak menyukai rasa ini. Dia menjadi tidak suka akannya.

"Eh Dylan tak puas lagi tngok bini ke tu? " Mak Dayah menegur. Dylan terus memandang ke arah mak Dayah. Dia mngebilkan matanya.

"Mana ada umi ni." Mak Dayah ketawa. Serina menjeling ke arah Dylan dan terus mengambil tgan kecil Amanda dan melangkah bersama.

Dylan mendekati mummy dan memeluk bahu wanita itu.Berjalan di belakang mereka bertiga.

Happy nya kau. Dapat je Along terus lupa aku ni laki dia. Sakit hati betul la.

"Si nyamuk besar ni" Dylan mengerut dahi mendgr kata2 mummynya.

"apa mummy ckp ni?"

"Nyamuk ni kan yang buat leher Ina merah2." Dylan membesarkan mata lalu menutup mulut mummynya. Dato' Sri Zainab mengigit tgann anaknya. Semua mereka kehairanan

"Apa anak bertuah ni.dia g sumbat tgan kt mulut aku." Serina memandang wajah suaminya. Dylan masih leka mengusik mummynya.

Mira melihat keluarga mereka dari jauh. Hati dia tertnya2 sendiri. Siapakah Serina? Adakah dia hanya sebatas teman kerja. Tapi mengapa dia bersama along Dylan dan bergandengan bersama seorang budak kecil. Mira tersenyum.

"Hah. So dia ni kakak ipar Dylan lah" Mira mengetuk heelnya beberapa kali lalu terus berlalu. Dia datang bersama misi yang baru. Dia ingin merebut kembali apa yang pernah menjadi miliknya.

##########

"Home sweet home" Dylan membuka pintu rumah. Serina juga tiba di belakangnya. Wanita itu terus masuk ke dalam bilik. Seakan ingin bersiap untuk keluar semula. Dylan memandangnya pelik.

"Nak pergi mana?" Serina mengambil selendang lalu memakainya.

"Nak g kubur. Rindu pulak. Sy pergi dlu" Dylan mengetap bibir. Hilang terus senyumannya. Serina ingin berlalu namun ditahan oleh Dylan. Serina kehairanan.

"Aku teman" Serina memandangnya pelik.

"Why?"

"argg aku nk g ziarah kubur daddy jugak.. Sekali la" Serina mengangguk. Dylan terus mencapai songkok lalu menuju keluar. Serina hanya mengikutinya.

"Awak dh kenapa?" Serina pelik melihat Dylan yang melangkah dibelakangnya. Bukankah kubur daddynya berada di sebelah sana. Mengapa Dylan mengikutinya ke situ pula.

"Takpe la .jenguk kubur bekas tunang kau dlu. Lepas tu g tmpat daddy pulak" Serina memandangnya pelik namun Dylan terus memegang bahu Serina dan memaksa wanita itu melangkah ke hadapan..

Dylan melihat Serina membaca AL Fatihah buat kekasih hatinya. Wanita itu membersihkan kubur dan menyiram air di atasnya. Serina duduk seketika dan memandang batu nisan. Entah apa yang difikirkan oleh wanita itu. Airmatanya tumpah. Seketika bibirnya mengukir senyum lantas airmata dikesat.

"Sayang pergi dlu bie. Nanti sayang dtg lagi" Lembut sekali bicara itu. Dylan memandang wajah Serina.

Sayang..Bieee

Hatinya bagai dirobek mendgr wanita itu berkasih sayang. Serina tidak menghiraukannya lalu menuju ke kubur di sebelah. Serina membuat perkara yang sama. Hati Dylan terdetik .Mungkin ini ibu kepada Haris Abdillah.

Serina memegang lagi batu nisan milik Haris Abdillah. Dia berdiri lama.

"Tunggu sayang tau" Dylan mengetap bibir. Mengapa hatinya sakit mendgr kata2 itu? Serina mengesat airmatanya kembali lalu memandang wajah Dylan.

"Kubur daddy mana?" Dylan terus melangkah. Dia tidak mahu melayan perasaannya.

Gila ke apa jelouse dgn orang dh mati. Kau biar betul Dylan. Kalah dengan orang dh mati. Dylan mengelengkn kepala.

Aku tak jelouse. Aku Dylan Xing la. Come on.

Serina melihat nama yang tertulis di batu nisan.
Ahmad Firdaus Xing Abdullah. Kata mummy, daddy Dylan adalah seorang yang berketurunan Cina. Lelaki itu sanggup memeluk Islam Kerna ingin bernikah bersama Dato' Sri Zainab. Ahmad Firdaus Xing merupakan seorang businessman yang berjaya. Dyzan group adalah syarikat yang dibangunkan sebaik saja Dylan lahir dan ianya masih bertahan sehingga sekarang. Nama Dyzan group diambil sempena nama Afizan dan Dylan.

"Daddy..Ini wife Dylan. Serina" Dylan berbicara. Serina hanya mendiamkan diri .Dia membersihkan kubur lelaki itu. Menyedekahkan Al-Fatihah.

"Jom la. Petang dh ni. Kita pergi rumah mummy lepas ni" Serina mengangguk. Dylan mengenggam jemari Serina lalu mereka berlalu.

Tidak seperti selalu Dylan hnya diam seribu bahasa. Seperti lelaki itu memikirkan sesuatu yang agak penting. Serina tertnya² sendiri.

"Are u ok?" Dylan memandang wajah Serina dan tersenyum

"Yeah. I'm ok" Dylan kembali melihat ke hadapan. Keadaan kembali sunyi lagi.

"Ada masalah ke?" Serina kembali bertanya. Dia tidak berpuas hati. Dia tahu pasti ada sesuatu di fikiran Dylan Kerna Dylan tidak seperti itu.

"Macam mna nk cakap ek" Dylan berbicara lagi. Serina mengerut dahi

"Kau still sayangkan arwah Haris ke?" Serina memandang wajah Dylan.

"Masih. Sy sangat sayangkan dia." Serina terus memandang ke hadapan.

"Kau fikir apa tentang aku?" Serina mengetap bibir. Dia tiada jawapan untuk itu.

"Kenapa tanya soalan macam tu?"

"Jawab je" Dylan mengetap bibir.

"Awak Dylan Xing. Lelaki yang sgt percaya diri. sy kagum dengan awak part tu. Awak ada karisma sendri. Yea even tho awak ni degil nakal macam budak² but ada masa u serious. U look a mature guy" Dylan memandang wajah Serina lama.

"Bukan tu maksud aku. Aku tnya siapa aku dalam diri kau." Serina menelan air liur. Bayangan malam terakhir di hotel kembali diingati.

"Suami" Serina jawab ringkas.

"Atas kertas?" Dylan menyambung. Lama Serina terdiam sebelum mengangguk perlahan. Dylan seakan tidak percaya.

"3 bulan dh kita kahwin. Tu je aku kt mata kau" Dylan hnya ketawa. Hatinya sedikit kecewa mendgr pengakuan itu.

"Aku suami yang sah tapi rsa mcm orang luar. tapi bekas tunang yang literally bukan sapa² bole jadi orang sangat istimewa dlm hati kau. " Dylan masih ketawa. Serina memandang wajah Dylan. Dia bisa rasakan tawa Dylan tidak ikhlas seperti selalu.

"Awak ni dh kenapa? sejak bila pulak nk bandingkan diri dengan Haris. U forgot something is it? Apa sebenarnya tujuan kita kahwin"

"Aku tak pernah lupa Serina. Aku sentiasa ingat. " Dylan memandang wajah Serina. Hati nya seakan sakit. Kenapa kau jadi mcm ni Dylan? Kenapa?

"Tapi takkan Smpai bila2 kita macam ni kan? Sekatil. Semeja makan. Takkan aku takde hak langsung." Dylan berbicara.

"Of course takde hak. As u said awak tak sesuai jadi suami dan sy dah sedia maklum sy x pernah sedia jadi isteri. So? n awak dh cakap takkan ganggu urusan peribadi saya." Dylan mengetap bibir. Dia kembali mengingati kata2 nya yang dlu.

"Yea. U're right. Aku tak percaya cinta. Cinta bole buat orang jadi tak waras. Macam kau. Dah mati 5 tahun yang lalu pun kau still tagih kasih sayang dia kt kubur." Dylan hnya senyum sinis.

Serina terdiam. Hatinya terpukul mendgr kata2 lelaki itu. Terasa ingin menangis sendiri.

Serina terus memejamkan matanya. Dia tidak mahu bicara apa2 lagi. Dia bisa rasakan mood Dylan tidak berapa elok dan ia akan menjadi penyebab pergaduhan mereka.

###########$

Serina melihat Dylan yang terus masuk ke rumah tanpa bicara apa². Wajahnya begitu kelat. Serina mengerutu sendiri

"Tadi kata g rumah mummy. mood tak ok terus balik rumah. Tah pape". Bunyi pintu di tutup kasar mengejutkan Serina.

"Period la tu" Serina berbicara. Dia terus menuju ke dapur. Tekaknya terasa kering.

Serina mngetap bibir. Mengapa Dylan terlalu marah? Bukankah sebelum berkahwin mereka sudah berbicara hal ini sebelum kahwin

"aku takkan ganggu urusan peribadi kau Serina. Tu hak kau." suara Dylan seakan terngiang2 di kepala.

"Tapi skrg ni lain pulak dia. sibuk nak bandingkan diri dgn Haris" getus hati Serina.

Tapi Ina. Dia ckp betul. Dia suami kau. Tidur sekatil. Makan semeja. Dia ada hak semua tu. Sebab? Dia suami kau.

Serina menunduk. Dia fikirkan apa ini? Serina melihat pintu bilik yang masih tertutup. Serina ingin melangkah menuju ke bilik namun dia terkejut melihat Dylan tiba2 keluar. Lelaki itu sepertinya ingin keluar.

"Awak g mana?" Dylan seakan tercari2 sesuatu di dalam laci

"Keluar"

"Tapi nk g rumah mummy"

"Tngokla" Dylan ingin berlalu

"Awak.." Dylan memandang Serina. Serina mngetap bibir.

"Awak taknk makan dlu?"

"Takde selera."

"Awak minum la dlu .Sy dh buat air. Tunggu jap" Serina terus berlari menuju ke dapur.

"Aku taknk la" Dylan meninggikan suara di depan pintu. Namun bunyi gelas yang terjatuh mengejutkan Dylan.

"Kenapa?" Dylan berlari mendapatkan Serina. Serina melihat kaca gelas yang sudah berselerak di kaki.

"sorry².terlepas tangan" Serina ingin mengutip. Dylan memejamkn mata.

"Hand off" Serina tidak mendgr.

"I Said hand off" suara Dylan mengeras. Serina membatu. Dylan terus mendapatkan Serina.

Tanpa bicara apa2, dia terus mengendong Serina. Serina terkedu. Dia meletakkan wanita itu di atas sofa.

"Stay sini" Serina hnya mngebilkan mata. Dylan menuju ke bilik dan kembali semula dgn first aid

Dylan duduk di hadapan Serina. Mengambil kaki wanita itu lalu diletakkan di pahanya. Serina tersentak. Dia tidak pula perasan kakinya berdarah..

"Tak perasan pulak" Serina berbicara. Dylan hnya mendiamkn diri.

Serina melihat wajah Dylan yang berkerut. Jelas dilihat kerisauannya. Serina mengetap bibir.

"Lain kali hati²".setelah selesai, Dylan menuju ke dapur. Dia mengemas kaca yang masih bertaburan. Serina masih mndiamkn diri.

Dylan melihat Serina yang masih menunduk. Tumpah rasa simpatinya.

"Kita g rumah mummy esok. malm ni tak yah masak.aku makan kt luar.nnti aku beli makanan untuk kau" Dylan ingin berlalu namun tgannya di tahan oleh Serina

"Awak marahkan sy ke?" Dylan mencuba untuk tersenyum dan mengelengkn kepala.

Dia lain. Tidak seperti selalu.

"Rest la" Dylan mencium dahi Serina lalu menuju keluar. Serina memegang dahinya. Dia mengetap bibir.

Dia kejam kah?

Tidak.

Ya.

##############

"Ni kenapa muka monyok ?" Zaidi bertnya.

Dia melihat seakan wajah Dylan tidak seperti selalu. Dari dia tiba sehingga sekarang, Dylan seakan lebih banyak mengelamun.

"Takde apa la. Aku penat kot. jet lag" Zaidi mengangguk.

"Boss ada jumpa Mira ke?" Dylan menunduk sebelum mengangguk perlahan.

"Aku malas dh nk fikir psal dia. G mampus" Dylan berbicara. Dia seakan menulis sesuatu dan kembali bermain gitarnya.

"Boss. dah la tu. Esok pulak."

"Takde apa. Aku bosan kt rumah." kata Dylan. Ketika itu seorang lelaki tiba.

"Boss.ni makanan yang boss pesan. Sorry lambat sbb tadi jem kt jalan. Peak hour kan" Dylan melihat jam tgan menunjukkan pukul 5.30 petang.

"Bnyak makanan. Sapa punya?" Zaidi bertnya. Dylan hnya mendiamkn diri. Menyedari Serina yang berada di rumah tidak punya makanan.

Mesej ringkas dari Serina dibaca lagi. Dari tadi wanita itu asyik menghantar pesanan ringkas bertnya tentangnya. Namun dia tiada hati untuk membalas. Dia ingin memujuk hati sendiri.

"Aku punyala. Aku nk stay up malam ni" kata Dylan.

"Letak je makanan kt situ. Nanti aku ambik. Makanan korang ambik la." Kata Dylan. Lelaki itu mengangguk.
Zaidi juga mengambil bahagiannya.

Dylan menarik nafas berat. Ada apa dgn nya? Dia meraup wajah berkali2.

"Aku dh jatuh cinta ke?"

mustahil.

"what have u done to me Serina?" Dylan terus memejamkn mata. Berhrap agar bayangan Serina bisa kabur dari fikirannya.

#########

Serina melihat mesejnya langsung tidak dibalas walhal lelaki itu sudah melihatnya. Serina mengetap bibir.

"Mana dia ni? Selalunya dia yang sibuk kacau aku. Skrang ni hilang tanpa berita" Serina ingin marah sendiri. Entah mengapa dia mnjadi risau.

Serina melihat plaster di kakinya. Dia kembali mengingati wajah Dylan siang tadi.

"Benci la perasaan macam ni" Serina terus membaringkan diri di sofa.

Otaknya kata jgn peduli namun hatinya sungguh peduli. Dia melihat jam sudah menunjukkan jam 9 malam. Kelibat Dylan masih tidak kelihatan.

"Ok. Tak nk balik .Gla kat club tu. g berfoya2 dgn perempuan kt sana. Jgn pedulikan aku" Serina geram. Dia ingin menangis. Serina meraup wajah berkali2.

Bunyi perutnya berkeroncong. Serina memegang perutnya.

"Dylan penipu.. Dia langsung tak kisah pasal aku" Serina bgun dari duduknya. Dia membuka lapisan luar baju tidurnya.

Dia yakin pasti Dylan akan balik lewat.

"Kalau tak pukul 3 4 pagi memang bukan Dylan la." getus hati kecil Serina.

Kau kenapa Ina? Rindu dgn usikan dia ke?

"Takla. Aku happy dia takde. Kalau dia ada dok menyakitkan hati je."

"Iye ke?"

Serina mngetap bibir. Dalam dirinya berperang lagi. Serina meraup wajahnya lagi. Dia mengambil Maggi di dlm kabinet.

"Si Dylan ni kenapa nk letak benda tinggi2. Ingat aku ni apa?" Serina berusaha untuk mendapatkan Maggi yang terletak di dlm kabinet atas. Namun tidak berjaya

Luka di tepi kakinya terasa sakit. Serina mulai hilang keseimbangan diri. Namun seseorang menyambutnya. Serina tersentak

"Buat apa ni?kan dh ckp tak payah masak"

Serina terkejut melihat wajah Dylan. Dylan memandangnya tajam.

"Ingatkan awak tak balik.saya lapar" Dylan memejamkn mata. Dia terus mengendong Serina.

"Duduk sini" Serina Sudah duduk di kerusi tempat makan. Dylan membawa makanan dan menuju ke dapur.

Serina hnya melihat lelaki itu. Dylan begitu fokus memanaskan makanan. Serina pula terlalu fokus menatap Dylan.

Wajah Dylan tidak senyum seperti selalu. Tidak pula dia mngusik seperti selalu. Dia muram. Sangat muram. Seakan menyimpan sesuatu.

"Kenapa pandang aku macam tu? nampak pathetic ke?" Serina tersedar usia ditegur.

"Takla. nk tngok laki sendiri. Takkan tak boleh " Serina berbicara. Cuma memancing lelaki itu. Namun Dylan hnya mendiamkn diri.

Dia tiba membawa makanan.

"Makan la" Dylan meletakkan makanan di depan Serina. Dia mengambil tempat di hadapan Serina.

Tidak seperti selalu. Dylan menjauh pula.

"awak tak makan?" Dylan mengelengkn kepala.

"Dah makan dh" Serina mengangguk. Serina mengikat rambutnya tinggi lalu menikmati makanannya

Dylan mngetap bibir.Dia baru menyedari Serina begitu seksi. Pakaian nya benar2 seperti seorang pengoda. Dylan bisa melihat pakaian dalam wanita itu. Dengan tali kecil di bahu Serina. Dia bisa melihat dada wanita itu. Dylan menelan air liur

"Kenapa pakai macam ni?" Tingkah Serina terhenti. Seakan lemah lututnya mdngr soalan Dylan

Dia memandang Dylan yang masih melihat tubuhnya. Serina mngetap bibir. Dia mencari2 lapisan luar bajunya.

Kat mana kau buang tadi. Serina menelan air liurnya.

"Saya.. Saya..." Serina masih tercari2. Dylan menghembus nafas berat lalu bangun dari duduk. Dia membuka jaket lalu memakaikannya di badan Serina

Serina terkedu.

"Jgn goda aku macam ni kalau kau tak berniat nk serah diri kat aku" Dylan berbisik di telinga Serina. Seram sejuk mndgr suara husky Dylan. Serina mngetap bibir.

Dylan terus menuju ke bilik tidur mereka. Serina melepaskan sudu. Dia memegang dada yang hampir saja ingin meletup.

"Bodohnya" Serina malu sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience