bab 5

Romance Completed 13950

Serina melihat beberapa orang yang menunggu di luar bilik yang menempatkan Dylan. Siapakah mereka? Serina melangkah perlahan². Dia melihat beberapa orang keluar dari bilik itu. Lagak mereka seperti wartawan.Dengan memegang camera di tangan.Serian menyorok di penjuru dan melihat mereka melangkah meninggalkan kawasan itu. Serina terus masuk ke dalam bilik Dylan.

Serina membulatkan mata apabila melihat beberapa orang masih berada di dalamnya. Perbualan mereka terhenti. Semua mata tertumpu pada Serina. Serina memandang Dylan.

"Ouh kenalkan. .maidaku."

Maid? Serina mencuba untuk tersenyum. Amboi dia ni .Mulut dia ni nk je aku cili2. Sukati dia je ckp kita ni maid.

"Maid pun lawa" seorang lelaki mengusik. Dylan hanya mengangkat bahu. Serina seakan membatu. Dia benar² tidak selesa.

"Takpelah.Aku nk rehat. Apapun Tq sebb jenguk aku. Nanti tolong adjust sikit bagi cerita nampak cantik.Boleh?" Dylan berbicara. Kawannya mengangguk dan meminta izin untuk keluar.

Serina mengetap bibir dan mendekati Dylan. Dia menyerahkan bag2 pakaian dan makanan di tangannya.

"Letak kt situ" Serina meletakkannya di sisi meja. Serina menghulurkan kad rumah kepada Dylan

"Ni kad rumah" kata Serina.

"Pegang la..Nanti kau akan selalu dtg rumah aku." Serina memandang kelat wajah Dylan. Gurau dia tak kena dengan tempat.

"Umi ada"

"Aku taknk susahkan umi"

"habis tu saya?" Serina seakan tidak berpuas hati.

"Kau memang layak untuk disusahkan." mulut dia ni kalau tak stapler aku bagi cili je dia ni.

Mulut dia memang takde insuran langsung ke apa.

"Ah ada lgi buat muka macam tu. Kang sakit saraf baru tahu" Dylan mencuba untuk mengambil makanan di dalam bag di sisinya.

"Sukati la muka saya" Dylan terus mengejek. Serina menahan rasa geramnya. Dylan ketawa kecil.

"Ni ambik jap. Mana tah kau g sorok sudu aku. Aku x jumpa" Serina menarik meja kecil di sisi katil lalu diletakkan di depan Dylan

cepatlah sikit kau ni sembuh. Aku dh tak tahan kena buli dengan mamat ni .Manja terlebih. kata jantan.

"mummy masak ke?" Serina mengangguk.

"nanti dia jaga awak malam ni. Tadi dia suruh sy jaga awak dlu" Dylan hanya mengangguk.

" lama jugak kau bersihkan rumah aku kan..Sorry la rumah aku sepah sikit"

"Sikit?" Dylan memandang wajah Serina. Dia hanya tersengih menampakkan susunan gigi putih bersihnya. Lesung pipi dikedua2 belah pipi jelas kelihatan.

"banyak ke?" Serina menjeling. Dylan terus mencuit hidung milik wanita itu. Serina tersentak.

"Haode. I'm sorry" Serina menjauh sedikit demi sedikit. Sekejap saja makanan sudah dihabiskan oleh Dylan. Dylan ingin bangun dari duduk nya. Dia mengambil pakaian lalu menuju ke bilik mandi. Serina pula membersihkan bekas makanan milik lelaki itu.

"Nice taste" Dylan keluar bersama pakaian casualnya. Dia menggunakan seluar jeans paras lutut dan baju t-shirt lengan panjang berwarna hitam. Rambutnya sudah basah seperti baru selesai mandi. Gayanya begitu menyerlah.

"Where do u want to go?" Serina pelik sendiri. Melihat Dylan sudah lengkap berpakaian yang seperti ingin keluar dari hospital. Ingat ni shopping mall ke?

"Home"

#############

"Ni kenapa keluar tak bgitahu?nasib baik Serina call mummy" Dato' Sri Zainab tiba di apartment milik Dylan malam itu. Serina melihat Afizan juga tiba bersama Amanda.

"Mummy. I already sihat. Banyak kerja yang tertangguh. It's been 2 weeks i'm at there. Felts so suck." Dylan hanya duduk sambil bermain game di Ipad. Sejak belakangan ini dia menjadi ketagih untuk bermain game. Mungkin kerna ilham untuk mengolah lagu belum sampai.

" Tapi sapa nk jaga Dylan kt rumah ni.Nanti mummy suruh umi duduk sini ye"

"eh no need. Dylan taknk susahkan Umi. Lagipun Serina ada. Dia boleh tlong Dylan" Serina membesarkan mata.

"Me?"

"Yes U. kan hari tu dah janji akan tlong aku sampai aku sihat betul2. ni lah maksudnya" Serina seakan tidak percaya. Afizan melihat wajah Serina yang sudah tidak berpuas hati. Afizan tahu ini pasti keputusan sepihak sahaja.

"Dylan, Ina kan kerja dengan mummy." Afizan cuba membantu.

"Nope. Dia kerja dengan Dylan Skrang. Along la jadi secretary mummy dlu. Along kan nak jadi CEO baru. so melalui secretary la bole tahu selok belok" Dato' Sri Zainab memikirkan kata2 itu ada benarnya.

"Betul jugak." Dato' Sri Zainab.

"Serina ok ke?" Serina mengetap bibir.

"Dia ok je mummy jangan risau"

"Dylan. Tak elok la dia keep dtg sini. Korang takde kaitan apa2.Nanti kalau kena segah mcm mna?" Afizan cuba lagi menolak. Serina memandang wajah Afizan. Sepertinya lelaki itu lebih mengenalinya. Serina tersenyum memandang Afizan.

Dylan memandang wajah Serina. Wanita itu masih memandang wajah abangnya.

"Hah betul la tu. Nanti kalau kena apa2 mcm mne?" Dato' Sri Zainab juga berbicara.

"Lah apa susah. Kahwin jelah. Bukan susah sgt pun"

"Dylan" Serina terus menyebut nama lelaki itu. Lelaki ini tidak pernah serius. Sakit hati betul la.

"Hahah. Dylan gurau je tu Dato' Sri..Apa awak ni?" Serina ingin memukul lelaki itu.

Kalau aku tak fikir kau tu sakit memang dah lama kena tibai. Mulut dia ni makin hari makin bahaya.

Dylan hanya ketawa dan kembali dengan permainan gamenya.

"mummy jangan risau. Dylan bukan sorang2 kt rumah. Ada kawan yang lain n Serina bukan setiap masa kt sini pon. Paling2 pun setiap pagi je."

Dato' Sri Zainab mengangguk.

"Serina tlong Dylan dlu ye. Nanti dah reda semua. kembali balik kt office. Jangan risau." Serina tidak mempunyai pilihan lain.

This man really make me sick.

Dylan memeluk sang ibu sebelum wanita itu melangkah keluar. Afizan juga memeluk adiknya dan menyuruh lelaki itu menjaga diri. Dylan mengangguk dan tersenyum

"Ina nak tumpangkan sekali ke? Nanti saya hantar Ina balik rumah" Afizan bertanya. Dia tahu Serina tidak mempunyai kenderaan. Wanita itu hanya memiliki sebuah motor walaupun dia mempunyai lesen kereta. Kata Serina, dia memang sengaja untuk tidak membeli kereta Kerna dia lebih selesa menggunakan motor.

"Bole ju.."

"Eh tak perlu" Serina melihat wajah Dylan. Afizan mengangkat kening.

"Dia guna kereta Dylan lagi satu. Hari tu nk bagi Along pakai tapi Along dh ada kereta baru." Serina memandang Dylan. Berapa banyak kereta dia ni ada?

"Ok la gitu. Senang jugak Serina nak g rumah Dylan nnti. Kiteorg gerak balik dlu. Dylan jaga diri. Ina pun" Afizan tersenyum dan berlalu. Serina memandang tajam wajah Dylan .Jika pandangan itu pisau sudah pasti Dylan mati kerananya.

Dylan tidak ambik runsing pandangan maut itu. Dia masuk ke dalam rumah dan seketika dia kembali. Dylan mengambil tgan Serina.

"Pakai ni. Pandai2 la kau cari kat tmpat parking." Serina terus menarik tangannya. Dia masih geram. Dylan hnya ketawa. Dia mendekatkan diri di telinga Serina

"Makin kau marah2 makin aku suka"

"Gila." Niat Serina ingin melangkah namun lantas ditarik oleh Dylan. Serina benar2 tersentak.

"Apa awak ni?" Serina tersentak. Dylan mengambil telefon di tangan Serina. Dia menulis sesuatu. Telefon di tgan Dylan berdering.

"Anggap je kau lucky dapat number private aku.Nah" Dylan menyerahkan telefon Serina kembali. Serina menolak tubuh Dylan lalu berlalu.

"Hati².nanti sampai rumah bagitahu" Sakit hati dirinya mndengar tawa Dylan. Lelaki itu sengaja menduga dirinya. Mengapa dia harus menemui lelaki seperti itu. Mengapa hidupnya begitu malang.? Setiap hari Serina bertanya. Dia seakan membenci Dylan yang datang membuat hidupnya berombak kencang.

#############

Dylan melihat mummynya berkunjung ke rumah pagi itu. Tidak seperti selalu. Mujurlah pagi itu dia bangun awal. Dia masih fokus mengarang lagu ketika mummynya tiba.

"Tumben ya buk" Dato' Sri Zainab menjeling anaknya .Dylan hanya ketawa. Dia melihat makanan yang sudah terhidang di atas meja.

"Wow.mummy masak ke? sedap ni" Dylan terus mengambil pinggan dan menceduk nasi goreng. Tanpa menunggu lama dia terus mengunyah makanan. Dato' Sri Zainab hanya melihat Dylan yang begitu selera.

"Tak sakit lagi?" Dylan mengelengkn kepala. Dia hanya perlu menjalani pemeriksaan susulan setiap 2 minggu.

"Mummy risau Dylan sorang2 kt rumah ni"

"Mummy, Dylan dah besar la. I'm already 32 years old. Dah boleh jadi bapak orang" Dylan ketawa.

"kalau macam tu bila nak jadi bapaknya ?" Senjata makan tuan. Dylan terdiam sendiri. Seakan nasi sukar di telan.

"Mummy bukan apa tau. Mummy nak Dylan happy. Just forget about the old thing and move on" Dylan mengukir senyum nipis.

"Dylan dah move on la"

"Kalau move on .Kahwin la. Umur macam Dylan ni dh sesuai untuk berumah tangga. bukannya berfoya2 kat club tiap malam" Dylan tersedak mendgr kata2 ibunya

"Apa mummy ni? tak baik tuduh "

"Hang tak payah nk menipu aku .Hang tu keluar dari perut aku ni .Aku tau la" Keluar sudah pelat utara mummynya. Dylan hnya ketawa dan kembali menyantap makanannya.

"Mummy. Tu namanya berseronok lepas sibuk dengan kerja. Takkan nk stress memanjang kan"

"Pandai la Dylan. Mummy tak kira. Carikan mummy menantu. Kalau Dylan tak dapat Mummy sendiri yang carikan untuk mummy" Dylan membesarkan matanya

"apa ni mummy. Tak elok tau paksa2 orang"

"Bnyak sgt dh mummy berlembut. Ni mummy nk berkeras sikit. Mummy ramai kawan tau. Mummy bukak mulut sikit mau kecoh satu Malaysia ni nnti. Jgn cabar mummy. Dylan Xing anak kepada wanita hebat Dato' Sri Zainab. hah tu tajuk articles yang keluar nanti" Dylan seakan tidak percaya. Dia mencebik.

"Nak juga mention wanita hebat" Dylan terus ketawa. Dia geli hati. Mummynya terus menepuk bahu Dylan.

"Ketawa2 jugak. jangan ingat mummy main2 ek." Dylan hanya mndiamkn diri. Dia sudah bisa mengagak. Pasti ada maunya. Salahnya Kerna membuka ruang mummynya berbincang hal itu.

Mulut kau ni Dylan memang kadang2 menyakitkan hati sendiri jugak.

###########
"Kita nk g mana ni?" Serina tertanya² sendiri. Mereka baru saja selesai membuat pemeriksaan berkala lelaki itu.

Seharusnya ini bukan jalan pulang ke rumah Dylan.

"Ada mata tengok"

"Yelah tengok tapi ni kt mana.." Dylan memandang Serina. Kereta Dylan menuju masuk ke kawasan parking sebuah pusat membeli belah.

"Buat apa sini?" Serina bertanya lagi

"Nak jual kau" Serina membesarkan mata. Dylan hnya senyum sinis. Dia terus menuju keluar

"Kita nk buat apa dalam tu?" Serina kembali bertanya. Dylan memandangnya tajam

"Kau jangan bnyak tnya boleh.. aku rimas.. kau ikut jelah" Dylan meninggikan suaranya. Serina menahan geram

Kau ni mmg tak sedar diri. Kerja nk marah je.

Serina menghentikan langkahnya. Dylan memandang Serina yang masih berdiri di belakangnya.

"Kau dh kenapa?"

"Sy tak nk pergi?" Dylan kembali mendapatkan Serina.

"nak aku gendong ke?" tanpa menunggu balasan Serina, Dylan terus mengendongnya. Serina menjerit. Dia terus memukul Dylan.

Dylan melepaskan Serina.

"Awak dh gila ke?"

"Kau yang gila..buat perangai pulak." Dylan membetulkan rambutnya dan berlalu.

"Cepatlah" suara Dylan seakan menjerit membuat Serina terkejut. Dia terus melangkah di belakang Dylan..
________

"Beli apa bnyak2 macam ni?" Serina melihat Dylan yang berbeli sakan. Troli yang dibawa seakan hampir penuh dgn pelbagai jenis makanan.

"Nnti kau masak la untuk aku" Serina seakan tidak percaya.

"Awak ingat sy ni apa?"

"maid" jawab Dylan smbil meletakkan brokoli di dlm troli. Dia tersenyum. Serina masih menahan amarahnya.

Serina malas melayan lelaki itu. Dia hanya mendiamkn diri dan mengikut saja. Dylan pula seakan tidak pernah kisah. Dia benar2 lelaki yang hnya pentingkan diri sendiri.

"Lepas ni kita makan" Dylan berbicara lalu melangkah keluar.

Dia ni saje nk menduga hati aku. Tenang Ina. Tenang.. Makhluk macam ni mmg tak aman hidup dia. Kerja nk mnyusahkan orang je.

"Sorry sayang I lambat sikit" seorang wanita tiba mendekati Dylan. Dylan tersenyum dan terus meraih pinggang wanita itu

Serina pula masih fokus dengan makanannya. Takde masa nk tngok orang dating

"It's ok..U busy ke?" Wanita itu mengangguk.

"After we lunch ni. I kerja lagi" Dylan mengangguk. Wanita itu terus mengambil tempat di sisi Dylan. Dia melihat Serina yang hnya menunduk

"Sapa ni?"

"Maid" Dylan masih memandang wanita yang baru beberapa minggu mnjadi teman wanitanya. Dylan mengenggam erat tgan wanita itu.

"U ni comel la" Dynaz ketawa kecil. Mereka berdua berbicara seperti Serina tidak wujud di situ

ee..Muka Playboy tu. Sakit hati aku. Dia pun sweet talker tu fuh. Malang la perempuan yang masuk perangkap dia ni. Sapa jadi bini dia Memang malang la...

"Dylan i shud go baby. I have a photoshoot after this. See u tonight" Wanita itu berbisik. Dylan tersenyum. Dia mengangguk.

Dylan melarikan jemari di bibirnya sambil melihat Dynaz melangkah meninggalkan mereka. Dia berfikiran amat jauh. Serina yang hnya melihat wajah Dylan membesarkn mata.

Eee .geli nya. Playboy

"Gatal nya muka tu.eeee" Serina berbicara dengan gelinya.. Dylan memandang wajah Serina lalu tersenyum.

"Tu level2 aku."

"So?" Serina menyuap makanan ke mulutnya.

"Saje ckp. Takut je kau berkenan dgn aku"

"Bluekk"

Dylan ketawa. Dia melihat wajah Serina yang seakan malas ingin melayannya. Wanita itu lebih memilih memandang makanan dari wajahnya.

"asal kau benci aku sangat" Dylan bertnya.

"Semua tentang awak,sy benci."

"Tak baik tau." kata Dylan sambil menyuap makanan ke mulutnya.

"Kau benci sgt tup² jdi bini aku. Hah macam mana?" Serina terus tersedak .Dia mengelengkn kepala.

"Dalam mimpi pun tak hingin" Dylan menarik wajah Serina.Serina membesarkn mata. Tgan Dylan sudah berada di pipinya.

"What are u doing?" Serina memandang tgan Dylan.Dia benar2 terkejut. Dylan memandang wajahnya. Wajah mereka terlalu dekat.

"Aku pun tak hingin" Kata Dylan separuh berbisik. Dylan senyum sinis lalu melepaskan tgannya. Dylan terus menikmati makanannya.

Gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience