bab 18

Romance Completed 13951

Serina hanya duduk di ruang tamu yang gelap. Dia memeluk tubuh dan menunduk.Baju kemeja milik Dylan di tatap lagi. Dia inginkan penjelasan tapi bisakah dia mendapatkannya dari Dylan. Airmata tumpah . Hatinya seakan remuk dan kecewa. Dia menjadi takut. Takut andai kali ini dia tersalah membuat kesilapan.

Memberi Dylan peluang untuk masuk ke dalam hatinya.

"Baby, why u stay in dark" Dylan tersentak sebaik saja menghidupkn lampu. Dylan melihat Serina memeluk lutut . Mata Dylan tertacap pada baju kemeja yang dipakainya beberapa hari lalu

Dylan mendekati Serina.Dia duduk di sisi wanita itu.

"What wrong?" Serina mengangkat wajah.

Mata wanita itu sudah membengkak Kerna terlalu banyak menangis. Dylan terkedu. Dia ingin memegang tgan Serina namun ditepis

"Do u cheat on me" Dylan membesarkn mata. Dia mengelengkn kepala. Apa yang direpekkan oleh wanita ini

"What are u talking about? I'm not" Dylan terus bangun dari duduk. Dia meraup wajahnya.

"Susah sgt ke? Just tell me the true abang" Serina benar2 kecewa.

"Demi Allah, abang tak pernah curang" Serina sudah berada di tahap tertinggi. Dia bangun lalu mencampakkan baju ke arah Dylan. Dylan tersentak

"Ingat saya ni bodoh ke? tu bukan perfume saya tau. and those lipstick too" Dylan membesarkan mata.

Dia benar2 tersentak melihat ada kesan lipstick di belakang bajunya. Dylan memejamkn mata. Mula mengingati kejadian di mana Mira memeluknya tempoh hari.

Suara tangisan memenuhi ruangan itu. Dylan memejamkn mata. Serina menumbuk dada Dylan berkali².

"Kenapa kena kecewakan saya mcm ni?" Serina ingin meraung. Dylan mengelengkn kepala lalu terus menarik Serina dalam pelukannya. Serina meronta namun akhirnya tenang.

"I'm sorry but tu salah faham je. trust me..abg berani sumpah baby tu salah faham je..Abang tak pernah nk curang dgn baby.I love u so much n i cant do that." Dylan begitu terdesak meminta Serina mempercayainya.Dylan melepaskan pelukannya.

Serina menarik nafas sedalam²nya. Mengesat airmata. Setelah itu tanpa bicara Serina terus masuk ke dalam bilik. Pintu terus ditutup kasar. Dylan terduduk. Lemah terasa kakinya. Dylan ingin meraung sendiri. Wajah Serina yang begitu kecewa menakutkannya. Takutnya melebihi segala²nya. Takut andai kehilangan wanita yang paling dia cintai.

##############

"Ni breakfast yang sy dh buat. Awak makan la. Sy pergi kerja dlu" Serina mengambil selendang di atas meja. Dylan melihat mata itu seolah2 amat dingin.

"Baby nk g mana?" Serina mengambil bag tgan dan file di atas meja. Dia masih tidak memandang wajah Dylan

"Kubur" Ringkas saja jawapan itu namun sudah cukup membuat hati Dylan terpukul.

"Abang ikut" Tingkah Serina terhenti. Dia mencuba mengumpul segala kekuatan untuk melihat wajah Dylan. Dia mencuba untuk tersenyum.

"Tak perlu. Awak kan sibuk. I have to go" Tanpa menunggu lama Serina terus menuju keluar. Dylan meraup wajahnya. Semua ni salah Mira.

"Serina. Kebetulan U kat sini" Serina terkejut melihat Mira ada di kawasan perkuburan tidak jauh darinya. Serina melihat Mira sendirian.

"Patutlah I rasa macam kenal je dari jauh" Mira tersenyum. Dia mendekati Serina. Nama di batu nisan di baca. Haris Abdillah. Tidak sia2 dia mengekori Serina.

"U buat apa sini?" Serina bertanya. Mira duduk di sisi Serina.

"Lawat kubur tokma I. Dia yang jaga dari kecik. I rindu dia pulak. Tulah tak sangka U ada sini." Mira ketawa kecil. Serina mencuba untuk tersenyum.

"Siapa ni?" Mira bertnya. Serina mengetap bibir.

"Tunang sy dlu" Mira mengangguk. Dia melihat mata Serina yang seakan baru habis menangis. Dia bisa melihat kesayuan di mata wanita itu.

"Hah i see..U rindu dia ke?" Serina terdiam. Tiada jawapan untuk itu. Mira tersenyum.

"Kalau kita cintakan seseorang memang dia akan selalu dalam hati kita. Lebih2 lagi yang meninggal. rsa rindu tu tuhan je tahu. I understand U" Mira berbicara manis. Serina mengangguk.. Dia bersyukur kerana mempunyai teman seperti Mira.

"Btw Dylan tak ikut?" Serina mengelengkn kepala. Mira menyembunyikan senyumannya

"I tot hari tu I meet Dylan with his friends" Serina memandang wajah Mira. Mira mengetap bibir. Seolah2 dia terlepas bicara.

"I bukan apa. I pelik tengok dia kt club. Club is for single person like us. but it's seem his friends didnt know dia dh kahwin sbb bnyak perempuan." Serina mencuba untuk tersenyum.

"But mybe I salah tengok kot. Sbb cahaya lampu takde kan. Samar². I pun dgn kawan2 I masa tu" Serina seakan bisa mengagak dari mana datangnya kesan lipstick itu. Menambah lara di hatinya.

"Takde apa la tu. Dylan tu memang agak Playboy sikit but i trust him. Dia mesti dh berubah." Mira mencuba menenangkan Serina. Serina tersenyum dan mengangguk

"Lets go. Kita g office"

"Jomlah" Serina dan Mira melangkah bersama. Serina mencuba untuk kuat. Dia tidak harus mencampuri urusan peribadi dan kerja. Dia harus profesional.

#####################

"Ina kenapa termenung ni?" Dato' Sri Zainab mengejutkan Serina dari lamunan nya. Mira hanya melihat tingkah Serina tidak seperti biasa.

"Eh mummy. Takde lah. Tengah cari idea ni hah" Dato' Sri Zainab mencuba untuk tersenyum. Dia bisa rasakan Serina menyembunyikan sesuatu.

"Mummy n Mira nak air ke? Ina buatkan."

"Boleh jugak.Auntie jom" Mira menarik lengan Dato' Sri Zainab untuk masuk ke dalam pejabat. Afizan yang melihat dari jauh seakan tidak selesa.

"Dylan. U should do something" hati Afizan berdetik. Dia melangkah perlahan2 mendekati Serina di ruangan pantry.

"Auntie rasa Serina macam ada masalah la" Dato' Sri Zainab berbicara. Mira mengetap bibir.

"Ni mesti kerja Dylan ni buat menantu kesayangan auntie sedih. memang nk kena budak tu" Dato' Sri Zainab membebel sendri.

"Auntie. Dylan tu orang baik. Dia sayang kat Ina. Tak mungkin la dia buat mcm tu. Mira rasa Mira tahu" Dato' Sri Zainab mengerut dahi.

"Tadi Mira terserempak dengan Ina kt kubur"

"Buat apa korang kt kubur" Dato' Sri Zainab tertnya2 sendiri.

"Mira ziarah kubur Tokma. Mira rindu dia. tapi Mira ziarah kubur tunang dia" Dato' Sri Zainab membesarkan mata. Serina pernah bertunangkh sebelum ini?

"Tunang?" Mira mengangguk.

"Yea. Tu yang Ina bagitahu. Haris Abdillah nama dia. Ina cakap dia rindu sbb tu dia kat situ." Dato' Sri Zainab terdiam.

Rindu? Itu bukan ayat yang sesuai untuk situasi detik itu. Dato' Sri Zainab membayangi wajah Dylan.

"Dylan ada kt situ ke?" Mira mengelengkn kepala.

"Ina ckp Dylan tak tahu." Dato' Sri Zainab kembali terdiam .Dia berasa ralat pulak. Dia seakan berasa ada sesuatu yang berlaku?

"Takpe la gitu. Nanti pandai Dylan settle sendiri. Kita proceed meeting ye" Mira mengangguk laju. Dia melihat wajah Dato' Sri Zainab seakan berubah. Mira menyembunyikan senyumannya.

"Auntie tunggu sini dlu. Mira pergi jumpa Ina. Lama pulak dia buat coffee" Mira terus menuju keluar. Dato' Sri Zainab hanya duduk dan mengangguk.

Seperti apa agaknya rumah tangga Dylan. Dia ingin tahu pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience