epilog

Romance Completed 13950

Serina melihat inai yang sudah dilukis ditangan. Tidak sabar rasanya menunggu hari bahagia. Esok akan menjadi sejarah. Dia akan bergelar seorang isteri. Sudah menjadi impian nya setelah 5 tahun bersulam kasih. Serina tersenyum sendiri. Gambar dia bersama bakal suami ditatap bahagia.

"Tq bie. sebab selalu sabar dengan sayang. U're the best" Hati Serina bermonolog sendiri. Suasana di rumahnya semakin meriah. Kaum kerabat sudah tiba untuk bersama² menyambut hari bahagianya esok hari. Dada berdetak. Beginikah rasanya menunggu detik bahagia.

Bernikah bersama lelaki yang paling di kasihi. Haris Abdillah. Lelaki yang sentiasa menjadi raja di hati. Pasangan sejoli. Itulah panggilan yang diberikan untuk mereka berdua.

"Semoga mimpi indah bakal isteriku. Semoga Allah permudahkan urusan kita keesokan harinya. Bie akan sentiasa doa semoga mahligai yang akan dibina akan kekal ke Jannah. I love u my sayang" - Haris Abdillah

Pesanan ringkas dari Haris dibaca lagi. Serina tersenyum. Haris adalah lelaki satu dalam sejuta. Baginya tiada lagi lelaki hebat selain Haris. Yang sangat penyabar. lemah lembut. Penyayang. Baik.

"Such a cutie boy" Serina ketawa kecil.

#################

Dylan menarik nafas sedalam-dalamnya. Bunyi indahnya ombak pantai tidak mampu merawat luka yang berdarah. Dylan hanya duduk sambil memeluk lututnya.Dia menjadi benci akan insan yang bernama wanita. Cincin di tangan dipandang dalam. Dylan mengenggam jemari erat. Minuman di sisi dihirup.

Wajah sang kekasih seakan bermain di fikiran. Mengapa dikala dia sudah bersedia untuk melangkah ke peringkat serius, dia lebih memilih kerjaya berbanding dirinya. Mengapa?

"I mampu nak bagi U makan sayang. U bagitahu je nak apa. I can do anything for U .Please Don't do this. We already discuss it kan. We gonna get married." Dylan begitu terdesak. Benar. cinta membuat dia gila membuat lelaki seperti Dylan Xing merayu.Wanita di depannya hanya mendiamkan diri. Bukan bersimpati tapi sebaliknya. Menyimbah garam ke luka yang dalam. Melepaskan cincin simbol cinta di malam sepatutnya menjadi hari ulang tahun perkenalan mereka.

"I nak kejar cita2 I. I nak jadi seorang pereka fesyen berjaya. TBH, I tak yakin dengan kerja U. Lately, i think U tak kerja sangat . banyak masa asyik berkepit dengan I" Dylan seakan hilang kata. Kata2 yang diucapkan begitu menyakitkan. Sedangkan selama ini gadis itu menyatakan dia memahami kerja Dylan sebagai seorang produser muzik.

"U cakap apa ni Mira? I tak sangka U cakap macam ni" Mira tidak memberi segala expresi. Dia sudah muak akan semua nya. Dylan tidak mampu membahagiakannya.

"Sayang listen here. I already bagitahu mummy yang I ada someone n nak kahwin.Weekend ni I nak bawak U jumpa dia sayang.. Please sayang jangan buat macam ni" Mira mengelengkn kepala.

"I'm done. I cant be with u. A man without ambition. Hidup pun tak tentu arah ada hati nk kahwin dengan I. Enough Dylan. Please, this time let me go. Let me persue my happiness. Jangan halang if U really2 love me" Mira meletakkan cincin di atas meja lalu bangun dari duduknya. Dylan kehilangan kata. Dia benar2 tidak menyangka akan diperbodohkan sebegitu.

Siapa sangka setitik airmata gugur di pipi Dylan. Dylan memejamkan mata. Mencuba untuk bertenang. Dia mengesat airmatanya. Dia tidak harus berduka begitu lama. Dia tidak mahu menangis hanya Kerna wanita. Dylan bangun dari duduknya. Dia tidak ingin kalah. Itu bukan dirinya.

Dylan mengumpul kekuatan yang ada. Dia terus membaling cincin itu ke lautan. Biarlah cinta ini pergi bersama. Dia tidak mahu terikat akan masa lalu yang menyakitkan

"Buanglah aku Mira. Aku harap satu hari nanti kau takkan datang jilat balik ludah kau. ingat janji aku Mira. Kau akan menyesal."

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-06-27 11:18:01 

Tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience