bab 26

Romance Completed 13950

Afizan melihat Dylan yang baru saja keluar dari dalam bilik.

"Ina macam mna?" Dylan hnya duduk di sisi abangnya. Mak Dayah juga keluar dari bilik Serina.

"Dylan tak sangka mummy bole hina isteri Dylan macam tu. Mummy bukan macam tu Along. Mummy tak pernah judge orang macam tu. Mummy dh berubah" Dylan menunduk .Dia kecewa. Dia benar2 kecewa. Afizan menepuk bahu Dylan

"Nnti Along ckp dgn mummy" Dylan meraup wajahnya.

"Jgn bagi mummy jumpa Serina. Tlong la. Dylan tak sanggup nk tengok isteri Dylan macam tu. Serina dh menderita bnyak. Tlong la. kesian sikit kt Serina " Afizan mengangguk.

"Along tak tahu dh nk nasihat mummy macam mna. Dia lebih percayakan perempuan tu. Dylan tahu Skrang ni bukan main lagi setiap masa dia nk melekat kat mummy. Ada je benda yang dia nk cucuk." Afizan mengadu.

"Jangan sebut pasal dia. Buat Dylan rsa jijik" Dylan memandang Mak Dayah yang duduk termenung di kerusi meja makan mereka. Dylan bangun dan mendekati wanita itu. Dia duduk di hadapan wanita itu.

"Umi. Dylan buat keputusan yang betul kan?" Mak Dayah menangis memandang wajah Dylan. Dia tahu Dylan berada dlm keadaan yang sangat mengharukan. Dia terletak berada di antara Serina dan Mummynya. pasti itu adalah tempat yang paling sukar di dunia ini

"Dylan buat yang terbaik dh. Umi bangga dengan Dylan" Dylan merehatkan kepala di paha Mak Dayah. Mak Dayah mengusap lembut rambut Dylan.

"Mummy dh buang Dylan. Umi jgn buang Dylan jugak" Afizan menarik nafas sedalam²nya. Mencuba untuk tidak menangis. Dia memandang ke arah lain. Tumpah simpatinya . Bunyi esakan kecil Dylan amat memilukan. Mak Dayah terus memeluk Dylan erat.

"Dylan yang sabar. Dylan bnyak berdoa supaya mummy dilembutkan hati. Inshallah Allah permudahkan semua ni. Sekarang ni Dylan dan Ina diuji. Sejauh mana korang boleh pertahankan rumah tangga ni. Jadi pertahankan." Dylan mengangguk. Dia tidak pernah berpaling dari wanita ini .Wanita yang sudah dianggapnya ibu. Jika dia memerlukan tempat meluah pasti Mak Dayah menjadi tempat nya. Wanita itu lebih memahaminya.

##########

Serina terus berlari mendapatkan ibunya. Dia memeluk wanita itu erat. Dylan juga melangkah dan memeluk Tn Haji Ishak.

"Perjalanan ok ke?" Dylan mengangguk.

"Sabar sikit kt Ina ye. " Tn haji Ishak berbisik. Dia sudah mengetahui segalanya. Dylan menceritakan satu2. Pilu hatinya mengenang nasib putri tunggalnya. Dia bersyukur kerana Dylan sentiasa sabar untuk berdiri di sisi anaknya.

"Ayah tunggu je anak ayah peluk ni" Tn Haji Ishak mengusik. Serina hanya ketawa dan memeluk ayahnya.

"Ina ok?" Serina mengangguk dan melepaskan pelukannya.

"Abang jaga Ina baik sangat" Tn Haji Ishak tersenyum

"Jom la masuk. Kesian baby kt perut tu. Kita makan pulak." Pn Hajah Amina mengusik. Serina mengusap perut yang Sudah kelihatan bentuknya. Dylan tersenyum dan mengenggam jemari Serina.

Dylan makan dengan begitu seleranya. Sudah lama dia tidak merasa makanan seperti ini. Ibu sudah mengetahui Dylan tidak gemar akan makanan pedas. Kerna itu dia memasak sesuai dgn selera Dylan. Serina melihat suaminya yang begitu berselera.

"Sapa yang mengandung ni?" Serina mengusik. Dylan tidak peduli akan usikan isterinya dan masih menikmati.

"Tak pe. Nanti daddy Bluetooth kt baby..." Tn Haji Ishak terus ketawa. Mereka berdua ini.

"Lama ke dok kampung ni?" Serina memandang Dylan.

"Seminggu. Sbb lepas tu Dylan nk bawak Ina pergi China pulak. Team Dylan buat konsert kt sana"

"Kat tmpat orang. jaga diri elok2. jgn jauh dari Dylan" Serina ketawa kecil dan mengangguk.

"Bukan dia tak boleh jauh dari Dylan .Dylan yang tak bole jauh dari isteri Dylan" Dylan mencuit hidung Serina. Serina tersenyum.

"Jadi Ina takkan hilang.Ibu.Ayah jangan risau" Dylan mengambil makanan lalu disuapkan ke mulut Serina.

"Ingatkan dh lupa. sbb dari tadi asyik suap mulut sendiri .Sikit je kat orang" Dylan memuncungkn mulut.

"Sorry2. Terbabas" Serina membuka mulut. Dylan terus menyuapnya. Tn Haji Ishak memandang isterinya. Dia melihat Dylan yang terlalu sabar melayan karenah Serina. Sedikit pun dia tidak mengeluh. bahkan selalu berusaha membuat Serina tertawa.

"Kamu dua ni.buat ayah ni jahat pulak . tak suap ibu. nah ibu. ayah suap" Pn Hajah Amina menolak lembut tgan suaminya. Lelaki itu rajin benar mengusiknya. Serina terus ketawa..Dylan juga ketawa.

#######

"Ina tidur dh?" Tn Haji Ishak bertnya. Dia melihat Dylan turun membawa gelas yang sudah kosong. Dylan mengangguk

"Ayah tak tidur lagi?" Tn Haji Ishak mengelengkn kepala. Dylan melihat Al-Quran yang masih ditangan ayah.

"Ayah asyik terfikirkan tentang Ina..ayah tak sanggup tengok Ina macam tu" Dylan mengangguk dan menunduk.

"Mcm mna kalau ayah takde nnti. Apa nasib Ina kalau Dylan buang dia.mana lagi tempat dia nk mengadu." Dylan mengetap bibir.

"Dylan dh janji ayah. Dylan takkan tinggalkan Ina. Ina belahan jiwa Dylan. Dylan sanggup mati untuk dia" Tn Haji Ishak bisa rasakan keikhlasan hati anak itu. Dia mengangguk perlahan

"Masa Haris meninggal. Serina terus berubah. Dia jarang bercakap. Dia asyik nangis. sampai satu tahap tu dia hampir nk bunuh diri. Tapi nasib baik masa tu ayah ada. Dia murung teruk. Untuk dia jadi mcm sekarang tu ambik masa 3 tahun. Dia mula redha dengan semua. Ayah tak pernah tinggalkan dia. Ayah dan Ibu lama tinggal kt KL. " Dylan hanya mendgr rintihan Tn Haji Ishak.

Bagaimana sekeping hati Serina mula hancur. Bagaimana Serina berusaha untuk berjuang dengan kemurungannya. Bagaimana wanita itu bisa hidup dengan keperitan hidupnya. Tn Haji Ishak menceritakan segalanya.

"Sampai satu tahap tu tiba2 dia call cakap dia nk kahwin. Masa tu ayah menangis. sbb Allah kabulkan doa ayah." Tn Haji Ishak ketawa smbil2 memegang dadanya. Dylan melihat besar benar harapan yang perlu dia pikul. Tn Haji Ishak benar2 berhrap anaknya bahagia.

"Kalau satu hari nanti Dylan tak nak dh kt dia. jgn bagitahu Ina tapi bagitahu ayah. Pulangkan balik Ina sama mcm kamu ambik dia dlu. Itu je ayah mintak." Dylan menunduk lalu menangis. Dia tidak sanggup mendgr itu. Tn Haji Ishak menepuk bahu Dylan

"Sejak nak ada anak ni .Dylan ni suka menangis hah. Ni Ina kongsi hormon dia ke apa?" Tn Haji Ishak mengusik. Dylan mengesat airmata dan ketawa.

"Ayah ni .sempat lagi"

"Ayah taknk ayah pun nngis. nnti tak macho" Dylan hnya ketawa.

Dia ingin mnjadi seperti ayah. Dia ingin mnjadi seorang ayah seperti ayah mertuanya. Yang berusaha sepenuh hati menjaga anaknya. Melindungi anaknya. Bahkan dia begitu memahami Serina. Serina begitu bertuah kerana menjadi putri tunggal Tn Haji Ishak. Lelaki itu menjadi role modelnya. Bagaimana harus menaikkan darjat seorang isteri.

###########

"Eh tak tidur lagi. ingatkn dh tidur?" kata Dylan smbil menutup pintu. Serina masih bangun dan melihat telefonnya.

"Kenapa ni?" Dylan mendapatkan Serina. Serina mengelengkn kepala

"Abang takde.Abang g mana?" Dylan tersenyum

"Sembang dgn ayah kt bawah." Serina mengangguk. Dylan mencuit lembut hidung Serina

"Tak bole tido takde abang ek" Serina mengangguk laju. Dylan terus memeluk Serina.

"Abang pun tak bole tido kalau bantal peluk ni takde" Serina ketawa kecil. Dylan melepaskan pelukan. Dia membuka baju dan kembali mendapatkan Serina.

Serina melarikan jemari di dada bidang milik Dylan.

"Sembang apa je dgn ayah?"

"Adalah. Sembang pasal bb masa kecik. Bb terkencing dlm seluar" Serina terus bangun dari baring. Dylan terus ketawa. Dia geli hati melihat wajah Serina.

Serina bisa mengagak suaminya berbohong.

"Saje kan?" Dylan ketawa lagi.

"Gurau jela. Terus dia buat muka mcm emoji" Serina memuncungkn mulut. Dylan mengambil kesempatan itu lalu terus mencium bibir Serina.

Serina memukul lembut dada Dylan sebelum kembali berbaring.

"Takdela. Borak kosong je. Takde apa pun" Serina mengangguk.

"Ina teringin nk makan sesuatu la" Dylan mngerut dahi. Makan apa malam2 ni

"Nk makan apa?"

"burger." Dylan mngerut dahi.

"Ni baby nak ke mummy yang nk?"

"Baby nak" kata Serina.

"Pandai mummy jual nama baby kan" Serina ketawa. Dylan bangun dari baringnya.

"Nak sekarang ke?" Serina mengelengkn kepala.

"Esok kita cari. Dah lewat dh. Now kita sleep" Dia menarik Dylan lagi.

"Betul ni?" Dylan perlukan kepastian.

"Betul la" Serina ketawa kecil. Dylan memeluk Serina erat.

"Good night bb. I love u so much" Serina tersenyum.

"Good night abang. I love u too"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience