bab 23

Romance Completed 13950

Dylan terjaga dari tidur. Dia membuka mata perlahan2. Kepala terasa sakit sekali. Dia cuba mengingati kejadian semalam namun gagal. Dia hanya meneguk air cola tapi mengapa dia bisa seperti itu?Tidak mengingati apa2. Dylan melihat sekeliling. Dia berada di rumah mummynya.

"Mummy? mummy?" Dylan memanggil nama mummynya. Ketika itu Dato' Sri Zainab masuk dan mendapatkan anaknya.

"Dylan.. Dylan dh bangun?" Dylan melihat mummynya.

"Dylan kenapa?" Afizan juga tiba. Dia memandang adiknya tajam.

"Dylan mabuk smlm " Dylan membesarkn mata.

"Dylan tak minum arak pun" Dato' Sri Zainab mengelengkn kepala. Perkara itu tidak penting. Dia memegang pipi Dylan

"Dylan rehat dlm rumah ni je. Mummy akan jaga Dylan. Mummy takkan biarkan perempuan tu jumpa Dylan lagi" Dylan melepaskan tgan mummynya

"Apa maksud mummy?"

"Mummy taknk Dylan ada apa2 hubungan dgn Ina. Mummy tak suka. Mummy tak suka ada orang macam Ina dlm keluarga kita" Dylan kembali mengingati punca dia seperti itu.

Adakah mummynya mengetahui hal itu. Dia memandang alongnya.

"Kenapa mummy ckp mcm tu? Mummy n Dylan sama je. Terus hukum Ina macam tu. Langsung tak bagi peluang. Korang tak adil sbb hukum Ina je. Padahal semua ni salah Along" kata Afizan.Dylan memandang wajah Afizan yang jelas kecewa.

"Along stop it. Mummy dh ckp kan .Along tak sedar yang Ina tu goda Along"

"Mummy. dah la tu dengan benda merepek. Ina tak pernah pun nak goda Along. Dylan sendiri tahu. Tapi Along tak sangka Dylan percaya dgn semua bnda tu. Along kecewa dgn Dylan. Dylan gagal nk lindungi isteri Dylan sendri" Afizan terus menuju keluar. Dylan hanya membatu. Dato' Sri Zainab memeluk Dylan

"Jgn dgr ckp Along. Sekarang ni mummy nak Dylan sihat. lepas tu baru kita fikir. Jgn biarkan Serina buat sesuka hati kt Dylan. Selagi mummy hidup mummy takkan biarkan dia pergunakan anak mummy" Dylan seakan hilang kata. Dia tidak mengetahui apa² yang berlaku.

############

Dylan melihat Mak Dayah yang seakan sibuk di dapur. Dylan melangkah perlahan2.

"Dylan ok dah?" Dylan mengangguk perlahan. Mak Dayah terus mnyerahkan minuman dan bubur kepada Dylan lalu meneruskan kerjanya

"Umi.." Mak Dayah memandang wajah Dylan kembali.

"Umi marah Dylan ke?" Mak Dayah mencuba untuk tersenyum dan mengelengkn kepala.

"Umi bukan sapa2 nk marah Dylan. Dylan dh besar dan dh jadi suami orang dh. Dylan sepatutnya tahu semua bnda tu" Dylan menunduk. Dia ingin menangis sendiri.

Mak Dayah melihat wajah Dylan yang seakan kesayuan. Dia duduk di sisi Dylan..

"Kenapa Dylan buat mcm tu?" Dylan memandang wajah Mak Dayah.

"Kenapa Dylan pilih untuk sentuh air haram tu?" Mak Dayah bertnya lagi. Dylan mengelengkn kepala.

"Sumpah demi Allah ,Umi. Dylan tak minum air tu pun. Dylan just minum air biasa dan release stress kt situ. Dylan berani sumpah takde sapa² dalam bilik tu selain Dylan" Mak Dayah mendiamkan diri. Tapi mengapa Dylan seakan mabuk berat.

"Dylan tak ingat apa2 ke semalam?" Dylan mengelengkan kepala.

"Dylan memang tak ingat ke Dylan maki hamun isteri Dylan?" Dylan membesarkan mata. Seakan terhenti nafasnya ketika itu.

"Dylan buat apa?Dylan marah Ina?" Dylan bertnya ingin kepastian. Mak Dayah mengangguk. Dylan meraup wajah berkali².

Ketika itu Afizan masuk ke dapur. Dia meminta sesuatu kepada Mak Dayah. Dylan melihat abangnya langsung tidak melihatnya. Dia tahu benar Afizan marah padanya.

"Along.." Afizan melihat wajah Dylan. Dia tidak mahu memarahi Dylan. Kerna itu dia memilih untuk menghindari lelaki itu. Afizan menepuk bahu Dylan lalu menuju keluar.

"Along marah Dylan kan?" Mak Dayah menjadi kesian sndri melihat Dylan.

"Dia kecewa sbb Dylan tuduh dia dengan Ina. Dia tak sangka Dylan bole percaya dgn tuduhan tu. Berat tuduhan tu Dylan. Lebih2 lagi buat Ina" Dylan kembali mengingati gambar2 yang ditunjukkan oleh Mira.

"Dylan jumpa Along dlu" Dylan terus menuju keluar. Dia ingin mendapatkan kepastian. Dia ingin mendapatkan penjelasan.

Dylan melihat abangnya yang masih leka menaip sesuatu. Langkah Afizan terhenti. Dia melihat Dylan berada di depan pintu

"Dylan nk apa?" Afizan kembali meneruskan kerjanya. Dylan ingin bertanya namun gambar2 di atas meja abangnya ditatap lagi.

"Mana abg dpt gmbar tu?"

"Dari Dylan la" Dylan melihat lagi gmbar2 abgnya bersama Serina. Hatinya kembali cemburu.

"Apa korang buat ni?" Dylan bertnya perlahan. Afizan bangun dari duduk nya. Dia menyerahkan gambar Serina berbisik dengan dirinya kepada Dylan

"Ni kiteorg kat tempat bunyi bising. Serina keep jerit bercakap dgn Along. Sbb tu Along suruh berbisik. Masa ni Along dgn dia baru habis meeting kt sekitar kawasan construction" Dylan mengetap bibir.

Afizan mnyerahkan gambar yang kedua. Dia melihat wajah mereka berdua yang agak dekat. Dylan memandang wajah abangnya.

"Ni sbb mata Along masuk habuk.Again sbb ni berdekatan dgn construction site. Serina tak tahu nk buat apa. Dia tolong buang habuk kt mata Along. Lepas tu dia pergi ambik mineral kt pekerja kt situ. Untuk Along cuci muka." Dylan terduduk.

"Ni tempat awam Dylan. Ramai orang kt situ. Kalau Dylan tak percaya sangat. Dylan boleh tnya sapa2 yg Dylan tngok." Dylan menunduk.

"Sebesar hama pun Serina tak pernah goda Along. Malah tiap kali jumpa tiap kali tu dok tnya psal Dylan. Mcm mne Dylan masa kecik .Dylan macam mne.. Dylan tu Dylan ni" Airmata Dylan gugur di pipi.

"Kenapa Dylan buat mcm ni?Kenapa Dylan hina Ina mcm tu sekali? Mana akal cerdik Dylan. Mana kewarasan Dylan" Afizan berbicara lagi.

"Ouh Along lupa. Dylan mabuk. " Dylan mengelengkn kepala.

"Dylan tak tahu kenapa Dylan mabuk. Dylan sumpah Dylan tak sentuh air tu" Afizan menarik nafas sedalam²nya.

"Dylan nk biarkan bnda ni macam ni je ke? Dylan nk tunggu berapa lagi? Nak bagi Ina derita dlu ke?" Dylan mengelengkn kepala.

"Kalau Dylan nk cari orang yang salah .Along. Along yang salah. Along yang jadi penyebab salah faham ni. Kenapa perlu Ina sorang yang dihukum? Adil ke?" Afizan meluah segala yang terbuku di hati.

"Dylan minta maaf" Dylan hanya menunduk.

"Bukan dgn Along. Tapi dgn isteri yang Dylan dh hina tu" Afizan terus menuju ke komputernya kembali. Dia meneruskan kerjanya.

Dylan menuruni tangga dan mendapatkan kunci kereta. Dato' Sri Zainab mendapatkan anaknya

"Dylan nk g mana?"

"Dylan nk jumpa bini Dylan" Dato' Sri Zainab terus mengambil kunci kereta anaknya. Dylan tersentak.

"Mummy"

"Mummy tak benarkan Dylan jumpa dia"

"Mummy ,dia tu isteri Dylan"

"Isteri Dylan Smpai hujung bulan ni . Mummy nak Dylan ceraikan dia" Dylan membesarkan matanya. Dia melihat wajah mummynya yang sudah bengis.

"Apa mummy ckp ni?"

"Dylan nk simpan lagi perempuan MCM tu? Nk tunggu dia kikis Dylan smpai kering ke baru Dylan nk sedar?"

"Mummy" Tnpa sedar suara Dylan meninggi.

"Kenapa dgn mummy ni? Sapa yang hasut mummy ni?" Afizan dan Mak Dayah tiba di situ. Dia melihat mummynya seakan bergaduh dgn Dylan.

"Semua yang mummy ckp semua tak betul .Dylan kenal la isteri Dylan mcm mne" Dato Sri Zainab seakan tidak percaya.

"Kenal? Kalau kenal Dylan takkan mabuk smlam. Dylan takkan maki hamun dia."

"tu Dylan mengaku tu silap Dylan. Semua ni salah faham je mummy.biasalah gaduh suami isteri"

"Dylan keluar dari rumah ni. Dylan bukan anak mummy lagi" Dato' Sri Zainab mengugut. Wanita itu terus naik ke atas. Dylan terduduk di situ. Afizan menjadi kesian sendiri melihat adiknya.

Tidak pernah mummynya seperti itu. Kali ini seakan mummynya benar2 tekad.

########

Serina hnya duduk sambil memeluk lututnya di tepi katil. Dia masih menangis. Dia tidak tahu harus berbuat apa. Dia masih berharap Dylan akan tiba di rumah itu.

"Kenapa daddy tak sampai lagi ni baby?" Serina seakan hilang akal sihatnya. Dia memegang perutnya .Dia benar² memerlukan Dylan detik ini.

"Daddy tinggalkn mummy ke?" Serina menangis.

"Maafkan Ina. Semua tu salah faham je abangg" Serina mengatakan hal yang sama lagi dan lagi.

Dia tidak tahu harus berkata apa lagi .Dia kecewa Kerna dihina begitu namun entah mengapa dia inginkan Dylan. Mungkin kah Kerna pembawakan budak ini.

Ketika itu pintu terkuak. Seorang wanita terus mendekati Serina. Serina melihat nya seketika. Setelah itu pandangannya mulai kabur lalu pengsan. Dia terlalu penat. Otaknya tidak berhenti berfikir.

"Kembali lah Dylan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience