bab 20

Romance Completed 13950

Serina melihat Dylan yang masih lena di ulit mimpi. Perkara yang berlaku belakangan ini cukup meranapkan hatinya. Namun Dylan tidak pernah berbicara apa2 bahkan masih seperti orang yang dimabuk cinta. Dia terlalu takut untuk mengakui bahawa dia merasai cinta Dylan. Takut andai dirinya dikecewakan lagi dan lagi. Takut andai hati ini akan merasa kehilangan buat kali kedua.

Dia menyedari itu. Di hati nya sudah terukir indah nama Dylan Xing. Dia menyintai lelaki itu. Dia menerima takdir Allah tanpa sedar. Dia jatuh cinta buat kali kedua. Dylan adalah lelaki yang dihantar buatnya. Namun benarkah ia akan berkekalan hingga akhirnya ? atau ini adalah dugaan lainnya yang lebih dashyat untuk menduga cintanya bersama Haris. Dan memilukan kini ,dia sudah gagal pertahankan malah mengkhianati cinta Haris. Serina mengelengkn kepala. Airmata dikesat.

Allahu akhbar .aku telah berdosa. Mencurigai perancangan Mu.

Serina mengucap panjang. Mengapa hatinya begitu rapuh. Dia mendekati Dylan.Merehatkan kepala di dada milik lelaki itu. Nafasnya turun naik. Serina meletakkan tgan di dada Dylan..

Dia mula mengingati kejadian tempoh hari. Dia menjadi pelik sendiri sehingga detik ini. Mengapa Mira seperti itu? Hatinya berdetik sendri. Seolah2 Mira ingin mengoda Dylan. Dia jelas mengetahuinya kerana dia adalah seorang wanita. Hatinya diburu rasa cemburu. Andai itu benar, dia kecewa. Kecewa Kerna sudah menganggap Mira adalah seorang teman.

"Ke diorang ada sejarah sebelum?" Hati Serina berdetik. Mungkinkah? Serina mengetap bibir. Dia mula mengingati bagaimana reaksi Dylan yang seakan malas untuk ambik tahu tentang Mira.Setiap kali dia berbicara tentang Mira, mood Dylan pasti berubah. Dia kembali mengingati wajah tegang Dylan ketika itu.

"Emm bb. Tak tidur lagi?" Serina tersentak. Dia melihat jarinya yang masih ligat menjalar di dada lelaki itu sehingga membuatkan Dylan terjaga. Serina mendongak. Dylan mengusap lembut pipinya.

"Fikirkan apa ni?" Serina tersenyum dan mengelengkn kepala. Dylan terus memeluk Serina erat

"Iye ke? Sorok la selagi bole sorok. Sanggup dia hadap sorang2 punya taknk bagitahu abg kan" Serina bangun dari baring. Dylan melihatnya. Serina tersenyum lalu mengucup lembut bibir Dylan.

"Tu je la dia. tau sgt dh kelemahan abg kan. nakal sgt ni" Dylan mngeletek isterinya. Serina hnya ketawa.

"Stop it." Dylan menarik Serina lagi. Membiarkan wanita itu berbaring di atasnya.

"Abang taknk isteri abg fikirkan masalah sorang2. abang ada kt sini kan. We shud discuss it." Serina mengangguk lalu berbaring di dada Dylan. Dylan memeluk pinggang Serina.

"I just miss you. " kata Serina. Dylan ketawa.

"Baru dia tahu macam mna rasa rindu tu. Ada depan mata pun rindu. Pergi toilet sekejap pun rindu" Serina ketawa kecil.

"Pegi toilet pun rindu ee. Poyo je dia ni" Dylan mengangguk sambil ketawa.

"Betul la." Dylan melihat bibir Serina. melarikan jarinya di bibir wanita itu. Serina memejamkn matanya.

Setelah itu Dylan terus bgun dan membiarkan Serina berbaring sepenuhnya. Dylan memandang wajah Serina dan mengusap lembut rambut wanita itu. Serina tersenyum. Perlahan2 Dylan mengucup dahinya sebelum ciuman nya singgah di setiap wajah Serina.

"Ni sengaja goda abang kan?" Dylan berbicara perlahan. Nafasnya sudah naik turun dengan cepat. Serina ketawa kecil. Dia menarik wajah Dylan yang sudah berada di lehernya.

"Abang rsa?"

"Macam ye." Serina mengukir senyum mengoda. Lagi dan lagi Dylan hanyut di senyuman itu. Itu adalah kelebihan Serina. hnya dia yang tahu.

"Tergoda tak?" Dylan hnya senyum nakal.

"Let's us get a twins" Serina terus ketawa.

###########

Serina melihat kilang pabrik yang begitu besar menjamu mata. Pelbagai jenis kain yang mempunyai pelbagai warna. Dia diminta oleh Mira untuk menemani wanita itu. Kata Mira,dia ingin membuat pemilihan akhir pabrik untuk design terbarunya. Serina hnya menurut. sambil2 itu dia bisa belajar lagi.

"Cantik kan?" Serina mengangguk. Mira tersenyum.

"I paling suka pergi kt kilang pabrik. Sebab bau kain dia membuatkan I lebih semangat untuk hasilkan pakaian yang terbaik" Serina melihat Mira yang begitu bersemangat.

"U tengok2 la kt sini dlu. I nak jumpa chief manager dia. my friend." Mira berbicara dan melangkah keluar.

Serina melangkah perlahan2 melihat keadaan sekeliling. Dia melihat kain² yang diletakkan di rak tingkat atas. Begitu bnyak pabrik yang dihasilkan dalam masa sehari Serina memegang pelbagai contoh pabrik yang diletakkan di sisi meja.

Dari jauh Mira melihat Serina yang begitu leka melihat pabrik2 yang ada. Seorang lelaki tiba membawa dokumen.

"This is yang U nak. Semua jenis pabrik ada. U can tengok la lepas ni" Mira mengangguk dan mengambil dokumen di tgan lelaki itu.

"Alex, I nak tengok jenis pabrik kat tingkat atas tu. macam mana?"

"Ouh yang tu. ada control kt tepi pintu. But control tu tak bole pakai sekarang ni. I tkut nanti U tak reti semua batang2 kain tu jatuh .Takut U cedera pulak.." Mira mengangguk.

"Takpe.Kalau gitu I naik office. I ada contoh dia. I bawak kt situ la. bagi U tengok." Mira mengangguk lagi. Alex terus naik ke atas semula. Mira mengetap bibir. Dia melihat begitu banyak kain² di tingkat atas itu.

Kalau jatuh kt aku mesti aku sakit. Tapi kalau jatuh kt dia? Mira tersenyum sendiri smbil memandang Serina. Dia melangkah masuk ke dalam ruangan itu. Serina melambai ke arahnya.

________

Dylan terus berlari menuju ke wad kecemasan. Dia terkejut apabila Afizan menelefon menyatakan Serina berada di hospital Kerna terdapat kemalangan berlaku di kilang pabrik.

"Mana isteri Dylan?" Afizan meminta Dylan bertenang. Mereka juga masih menunggu. Dato' Sri Zainab hanya duduk menunggu ditenangi oleh Mira. Dylan memandang tajam wajah Mira. Mira terus bangun dari duduknya

"I yang salah Dylan. I tak tahu kenapa Serina tiba² tekan control tu. n semua pabrik kt tingkat atas tu jatuh .I betul2 terkejut I tak bole buat apa². I'm sorry" Mira menangis dan menunduk.

"Bukan salah Mira. Semua ni dh nak berlaku. Harap Serina ok" Afizan menepuk bahu Dylan. Mira mendapatkan Dato' Sri Zainab kembali. Ketika itu seorang doktor keluar.

"Macam mna doktor?"

"Awak siapa?" Doktor itu bertnya.

"Sy suami dia" Doktor itu mengangguk.

"Macam ni En Dylan. Kami nak mintak persetujuan Encik selaku suami Puan Serina."

"Kenapa isteri saya?" Dylan cemas.

"Kami terpaksa buat pembedahan sbb ada darah beku kt kepala dia. Tapi en jgn risau ni bukan keadaan yang kritikal. sbb ni pembedahan untuk buang darah beku tu je." Dylan memejamkan mata. Lemah rasa kakinya mndgr berita itu.

"Sy izinkan. Encik buat apa je asalkan isteri sy selamat."

#######

Dylan mendekati Serina sebaik saja katilnya ditolak keluar dari ruangan pembedahan. Kepala Serina berbalut. Wanita itu masih belum menyedarkan diri. Mungkin masih terdapat kesan bius pasca pembedahan. Dylan mngenggam jemari Serina yang sejuk.

"Bb.jgn takutkan abg macam ni. please ." Dylan ingin menangis sendiri. Dia mencium tgan wanita itu. Afizan tiba bersama sang ibu. Dato Sri Zainab melihat Dylan masih memandang wajah Serina. Pilu hatinya.

" Serina akan ok Dylan. Jgn risau" Dylan mengetap bibir dan mencium lagi dan lagi jemari isterinya..Seakan jiwanya hancur.

"Saman kilang tu. Kalau mummy tak buat Dylan yang buat. " Dylan tidak mampu mengawal kemarahannya. Afizan mengetap bibir. Dia bisa melihat adiknya yang sedaya upaya menahan kemarahan.

"tu Dylan jgn risau. Along akan siasat kecuaian pihak kilang tu. surat saman akan keluar tak lama lgi." Dylan mengangguk.

Dato' Sri Zainab melihat Serina yang masih lena. Dylan pula masih setia di sisi sang isteri. Dia bisa rasakan anaknya mencintai Serina. Tapi adakah Serina juga begitu? Dia menjadi sangsi. Mengapa dengan rasa ini? Dia kecewa. Sangat kecewa apabila melihat gambar Serina di kubur Haris. benarlah kata Mira. Serina melawat kubur bekas tunangnya setiap hari. Pasti anaknya tidak mengetahui itu.

Perbualannya bersama Mira tempoh hari kembali diingati.

"Auntie hantar orang untuk ikut Serina ke?" Mira melihat gambar Serina di atas meja. Dato' Sri Zainab mengetap bibir. Mira tersenyum

"Jangan risau auntie. Mira jaga rahsia ni. Mira tahu auntie buat semua ni demi Dylan" Mira tersenyum. Dato' Sri Zainab hanya duduk sambil menghirup kopinya.

"Mira rsa Dylan patut bersyukur sbb ada mummy mcm auntie. Auntie syg sgt kt Dylan. Tapi tulah Dylan tak faham" Dato' Sri Zainab memandang wajah Mira. Apa maksud wanita itu?

"Mira rsa Dylan tak tahu Ina masih tak bole move on dari tunang dia. Buktinya ni. Yes tak salah auntie kalau lawat kubur kan. Tapi perlukan sekerap macam ni. Nampak sangat dia rindu kan lelaki yang dh mati selain husband dia yang sah" Mira menyimbah lagi garam di luka yang dalam. Dato' Sri Zainab seakan mengiyakan kata2 itu.

"Bukan Mira tak back-up Ina. bukan Mira nk burukkan dia tapi tu yang Mira nmpak. Macam Dylan dipergunakan untuk kepuasan hati dia" Dato Sri Zainab memejamkan mata. Dia tidak sanggup melihat wajah kecewanya Dylan jika dia mengetahui semua ini.

"Auntie nk tau. hari tu Ina sendri ckp yang perangai Dylan jauh sangat dari perangai tunang dia. Dia ckp perangai arwah tunang dia lebih kurang macam perangai abang Izan." Dato' Sri Zainab membesarkn mata.

"Ina ckp mcm tu?" Mira mengangguk.

"Biasalah auntie borak2 kosong kan. Tu Ina ckp mcm tu.Mira terkejut juga but tu yang dia rasakan. Sejak hari tu Mira ragu sikit. " Mira menunduk. Dato Sri Zainab memandang wajah Mira.

"Maksud Mira?"

"Mira rasa Ina nk pikat Abang Izan n tinggalkan Dylan"

"Mummy ,kenapa ni?" Afizan mengejutkan Dato Sri Zainab dari lamunan nya. Dylan juga memandang mummynya.

Dato' Sri Zainab mengelengkn kepala.

"Mummy balik la. Nnti Ina dh sedar Dylan bagitahu."

"Dylan tak balik ke?Dylan balik la..G makan semua dlu" Dylan mengelengkn kepala.

"Nnti Ina cari Dylan kalau dia bangun. Dylan tak nak dia rasa sorang2 nnti. Lagipun ayah n ibu nak dtg sini" Dato' Sri Zainab mengangguk perlahan.

"kalau Ayah dan ibu Ina sampai. Dylan balik la dlu. Rehat kejap" Dylan mengangguk perlahan.

Afizan dan Mummynya menuju keluar. Dylan mengetap bibir. Dia kembali mendapatkan isterinya. Menunggu dengan sabar. Berharap isterinya akan bangun

##############

Afizan melihat mummynya yang masih jauh mengelamun. Afizan menjadi pelik sendiri. Tidak pernah mummynya seperti itu.

"Mummy.Kenapa ni? mcm ada masalah je" Dato' Sri Zainab memandang Afizan yang sudah duduk di sisinya. Memberi minuman kepada dirinya.

"Tq Along" Afizan tersenyum. Mungkinkah ianya benar. Dia selalu melihat Serina berjenaka bersama Afizan. Dia menyedari dua anak lelaki nya mempunyai sifat bagai langit dan bumi.

Afizan seorang susuk yang lemah lembut dalam bicara. Bahkan Afizan seorang yang sangat penyabar. Afizan tidak bisa meninggikan suara walau semarah mana pun dia. Afizan sangat toleransi dan dia juga seorang yang sangat rational dalam membuat keputusan. Bagi Dato' Sri Zainab, Afizan begitu menyerupai suaminya. Lelaki itu penuh dengan tatatertib dan kesopanan.

Tapi bukan Dylan. Lelaki itu lebih mengambil sifatnya. Sifat barannya. Sifat kasarnya. Bahkan Dylan tegas dalam setiap keputusan yang dibuat. Dylan juga susuk pendendam seperti dirinya. Dylan tidak mudah tunduk dan amat susah untuk bertoleransi jika perkara itu bukan perkara yang disukainya.

Dan pasti sebagai wanita ,dia memahami mengapa Afizan menjadi pilihan hati. Tapi tergamaknya Serina bertindak sebegitu? Jika benar. Dia benar2 kecewa. Serina sudah menghancurkan hati Dylan.

Walau sekeras mana pun lelaki itu, Dato' Sri Zainab memahami. Dylan seorang yang manja. Mungkin Kerna dia merupakan anak bongsu Dylan menjadi begitu. Dia begitu menyayangi Dylan. Dylan seorang yang setia. Tidak mudah lelaki itu membuka hati nya.

Dato' Sri Zainab menjadi takut. Takut andai hati milik Dylan dilukai. Dia tidak sanggup. Nalurinya sebagai ibu pasti akan memberontak jua. Jika Dylan sakit dia pula merasai lebih dari itu

"Mummy. kenapa termenung lgi ni ? fikirkan apa?" Dato' Sri Zainab memandang Afizan.

"Along rasa Ina dengan Dylan tu mcm mne?" Afizan pelik sendiri mendengar soalan ibunya.

"Kenapa mummy tnya soalan macam tu?"

"Takdela. Mummy takut Dylan tak bahagia" Afizan mengetap bibir.

"Kenapa mummy fikir macam tu? Along tengok Dylan happy je dgn Ina." Afizan menghirup air minumannya.

"Ina tu happy ke hidup dgn adik Along tu?" Afizan memandang ibunya. Mengapa baru sekarang mummynya berbicara seperti itu? Sebelum ini mummynya tidak pernah masuk campur akan urusan rumahtangga Dylan.

"Mummy apa ckp mcm tu? Tu kan rumahtangga diorang. Kita mana ada hak nk masuk campur. Tapi Along yakin diorang bahagia." Afizan cuba menyakinkan mummynya. Dato' Sri Zainab hanya mengukir senyum.

"Along ni baik sgt. mummy takut orang pergunakan kebaikan Along untuk kepentingan diri sendiri" Kata Dato' Sri Zainab. Afizan hnya ketawa kecil dan mengelengkn kepala. Dia tidak bisa mengerti mengapa ibunya seperti itu? Mungkinkah ini ada kaitan dgn Mira? Afizan mengetap bibir.

Dia menjadi pening sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience