bab 6

Romance Completed 13950

Serina tiba di rumah Dylan pagi itu. Dia mencari di mana kelibat lelaki itu namun tiada. Mungkin berada di dalam bilik masih tidur. Getus hati Serina.Namun biarlah. Serina lebih suka begitu.

Hidup tanpa gangguan Dylan. Serina terus melakukan kerja. Dia membersihkan rumah. mencuci pinggan yang tersisa dan mengumpul pakaian kotor untuk di cuci.

"Tak sangka aku downgrade jadi pembantu rumah lelaki hingusan macam dia. Cepat2 la Dato' Sri ambik aku balik .Tak sanggup dh ni" Serina mengerutu sendiri.

Sudah sebulan jua dia begitu. Dia selalu menemani Dylan membuat pemeriksaan setiap minggu. Mujurlah kini pemeriksaan kini diadakan sebulan sekali. Tidak la dia kerap pergi ke hospital.

"Cakap apa tu sorang2? "Serina tersentak. Dia melihat Dylan tiba dengan peluhnya mengambil minuman di dalam peti sejuk. Dia mngunakan pakaian sukan. Seperti baru habis bersenam pagi.

"Terkejut tau tak?" Serina terus memegang dada.Serina mengelengkn kepala lalu meneruskan kerja mencuci pinggan.

Dylan memandang Serina yang masih leka membuat kerja. Pagi itu dia menerima lagi pesanan dari sang ibunya. Sudah sebulan berlalu dari percakapan serius mereka dahulu.

Nampaknya kali ini mummy menakutkan. Wanita itu memberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk dirinya mencari calon sendiri. Jika gagal ,dia harus pasrah dikahwinkan oleh mummynya.

"Mummy ni buat aku serabut pulak. mana nak cari?" getus hati Dylan.

Dylan mati kutu. Di mana harus mencari wanita yang menepati cita rasa mummynya. Takkan kena sewa? takkan nak angkut mana2 perempuan kat club suruh berlakon? ni kahwin kot bukan benda main².

"Tu makanan ada kt atas meja. Makan la." Serina berlalu dan menuju ke ruangan tandas. Dylan tersedar dari lamunan.

Dylan hanya melihat Serina yang seakan sibuk ke sana ke sini. Wanita itu kembali melihat mesin basuh.Serina seakan sudah terbiasa dengan kerjanya.

"Dylan, aku rsa kau dh jumpa perempuan sesuai" Hati Dylan berbicara.

"No way. Aku tak sanggup hidup dengan makcik ni" Dylan mengelengkn kepala. Dia terus menjamu makanannya.

Dia benar2 tidak sanggup. Pantang jumpa sikit dah bergaduh inikan berkahwin. Dia terlalu penat untuk bergaduh hari² dgn Serina.

macam aku takde kerja lain.

"Tapi dengan dia kau tak perlu berlakon apa². Semua ni sementara je Dylan. Oklah tu kahwin dgn dia. Dia pun tak suka kau .So kau tak perlu nk jalankan tugas as husband. Kau tak layak lgi nk digelar husband" hati Dylan berbicara lagi.

Dylan mengangguk seakan mengiyakan firasat hatinya.

"Dylan, saya nak ckp sikit " kata Serina. Hati dan otak Dylan terhenti untuk berbalah. Dia melihat wajah Serina.

"Bole tak letak pakaian kotor dalam bakul yang dh sy letak kt tepi pintu tu. Ingat sy ni apa tukang kutip pakaian kotor awak ke?" Dylan hnya mndiamkn diri. Serina terus mengambil tempat di depan Dylan dan menjamu selera nya tanpa segan silu.

"Dah tu memang kerja kau" Serina tidak mengendahkan kata² Dylan dan hanya menikmati makanannya. sekali sekala dia melihat telefonnya.

"Takkn benda senang pun tak boleh buat"

"Memang tak reti" Serina melihat lelaki itu tajam.

Nak ikutkan hati aku ni memang aku nak je sumbat mee goreng tu dlm mulut dia.

Serina terus menunduk. Dia benar2 tertekan. Di kala ini wajah Haris terbayang di fikiran. Jika Haris ada di sini dia tidak harus melalui waktu2 gila seperti ini.

Dylan memandang wajah Serina. Entah mengapa walaupun Serina tidak menunjukkan apa2 namun Dylan bisa rasakan sesuatu yang sayu di mata Serina. dia tidak bisa mengetahui sebabnya. Wajah Serina seakan menyimpan seribu kedukaan.

"Why you so gloomy? macam ada awam hitam kat kepala tu?" Serina mengangkat wajahnya. Dia memandang wajah Dylan pelik.

"Maksudnya?"

"Aku rasa macam kau ni ada simpan seribu duka yang dalam." Serina hanya ketawa kering.

"Sejak bila jadi peramal perasaan orang ni?" Serina mengelengkn kepala.

"Aku memang dilahirkan ada sixth sense.Kau apa tau?" Dylan kembali mengunyah makanannya.

"Nonsense" Serina mengambil pinggan lalu bangun. Dia sudah selesai. Ketika itu telefon Dylan berdering. Dylan berbicara seketika sebelum panggilan dimatikan.

Dylan mengetap bibir. Dia melihat Serina yang masih membelakangkannya. Zaidi baru saja menelefonnya. Zaidi tidak bisa menemaninya pergi ke South Korea untuk menghadiri Fashion Show kerna ibu lelaki itu sakit. Dylan mengangguk lalu terus bangun.

"Serina. Lepas ni teman aku" Serina mengangkat wajah. Dia melihat Dylan yang menuju ke bilik. Serina mengekorinya dan berdiri di depan pintu.

Dia melihat Dylan yang meletakkan beberapa pakaian ke dalam bagasi.

"Mana?"

"South Korea" Serina membesarkan mata.

Biar betul.

###############

Serina masih terpinga2 dan seakan sukar dipercayai. Dia sudah berada di dalam jet peribadi milik Dylan. Mereka akan terbang menuju ke South Korea. Menghadiri Fashion show week di sana.

Kata Dylan dia dijemput untuk menghadirinya. Sepatutnya dia menyertai namun Kerna dia masih dalam keadaan berehat dia menolak.

"Kau dah kenapa?" Dylan meletakkan telefon di dalam poket dan memandang wajah Serina yang masih terpinga² .

"Betul ke ni?" Dylan seakan tidak percaya.

"Apa soalan macam orang tak cerdik" Dylan mengambil baju tebal di atas deck lalu menarik tubuh Serina mendekatinya. Serina membesarkan matanya.

"Kat sana dah start sejuk2 sikit. Salji takde lagi la. Kau pakai ni .Aku takut nnti kau mati kesejukan " Dylan memakaikan baju sejuk itu di badan Serina. Serina memandangnya tajam

"Nanti kita beli pakaian kau kat sana. Sementara tu pakai aku punya dlu. Jgn angau pulak dengan perfume aku" Dylan ketawa lalu menarik zip sehingga menutupi wajah Serina. Serina terus menjerit.

"Gila" Serina berusaha payah membuka zip di kepalanya.. Dia tahu Dylan memang tidak pernah serius.

Ada saja cara lelaki itu mengerjakannya. Dia melihat Dylan yang sudah duduk di tempat duduk. Serina terus meluru dan ingin memukul lelaki itu namun malang tidak berbau kaki tersadung dan terus terjatuh meniarap di riba Dylan.

Dylan membesarkan mata. Dia terkejut melihat Serina yang sudah terjatuh. Punggung wanita itu tepat di depan mata. Tgannya seakan membatu. Sikit lagi dia memegang punggung Serina. Serina berusaha untuk bangun namun seakan sukar. Dylan terus mengangkatnya perlahan².

"Apa benda kau ni? buat wayang free pulak kt aku" Dylan mencuba untuk tidak ketawa. Serina masih terduduk di lantai pesawat dan memandangnya tajam.

Tawa Dylan pecah juga akhirnya. Dia menjadi geli hati sendiri

Dia membantu Serina bangun dan menolak lembut tubuh wanita itu untuk duduk di kerusi sebelahnya.

"Jangan ganas sangat." Dylan ketawa lagi lalu mencuit hidung mancung Serina. Serina melarikan wajahnya.

Malu betullah.

################

Buat kali pertama Serina menghadiri majlis2 seperti itu. Dia melihat begitu bnyak artis ternama Korea berada di sana. Ini bukanlah majlis yang biasa². Nama Dylan begitu dikenali di sana. Dylan juga dijemput untuk naik ke pentas. Sepertinya Dylan dan pereka fesyen itu berkawan rapat. Dari jauh Serina melihat Dylan ketawa bersama beberapa kawannya.

Mereka benar2 menikmati majlis seperti itu. Dia pula masih terasa keseorangan. Ketika itu dia mengimpikan andai saja Haris berada di situ. Bersama² nya menikmati pertunjukan pakaian di sini dan setelah itu berjalan² di tempat lain. Serina tersenyum. Kala itu airmatanya tumpah. Namun segera di kesat.

"Sayang rindu bie" Hati Serina berbicara. Dia tidak ingin melayan rasa itu lalu kembali melihat pertunjukan yang masih rancak berjalan.

"How do u think?" Serina melihat Dylan kembali di sisinya. Dylan menyerahkan minuman kepada Serina. Serina memandangnya pelik.

"Non alkohol. Dont worry" Serina mengambilnya perlahan².

"Lama lagi ke ni?" Serina bertanya.

"Kenapa? Tak best?"

"Tak la. Tapi segan tengok orang ramai." Dylan hanya ketawa. Dia mendekatkan wajah di telinga Serina. Berbisik.

"Selepas ni kena terbiasa" Serina memandangnya tajam. Dylan hnya ketawa.

"Tak lama dah ni. Kejap lagi habis. Lepas tu kita keluar" Serina mengangguk tanda faham.

Dia bukanlah seorang yang terbiasa dengan bunyi bising seperti itu. Dia juga tidak terbiasa dengan orang ramai. Jiwanya mudah sesak. Dia tidak gemar berkawan. Kerna itu dia tidak mempunyai ramai kawan.

Haris la menjadi kawannya selama ini .Kawan baik dan buah hatinya. Tiada lain selain lelaki itu. Begitu la kehidupan diragut. Satu² sahabat karib dan kekasih hati pergi membuat dia seperti hilang arah tujuan. Hilang tmpat meluah. Dia seperti kera sumbang. Takut untuk bergaul.

"Kita nak g mana ni?" Dylan menghidupkan enjin kereta. Dylan melihat jam menunjukkan jam 9 malam.

"Jalan² lah.. Kau penat ke?" Serina mengelengkn kepala laju. Dia tidak ingin melepaskan peluang ini.

"Aku tahu" Dylan menyuruh Serina memakai seatbelt lalu pedal minyak ditekan. Dylan membawanya bersiar² di kota Seoul.

Dylan membawanya membeli belah dan membeli pakaian. Selera Dylan dalam dunia fesyen lebih kedepan darinya. Semua pakaian yang dibeli adalah pilihan Dylan. Dylan yang memilih dan membeli.

"Mahal la ni. Taknak ni" Serina menolak. Namun jelas ia tidak didengari oleh telinga kuali seperti Dylan.

"Aku bayar guna duit aku kan. Bukan kau" Dylan menyerahkan black card miliknya kepada juru wang yang bertugas.

Setelah itu dia menarik tangan Serina dan berjalan ke tempat lain pulak. Mengajak wanita itu mencuba makanan di Hannam-dong.

"Kat sini bnyak makanan sedap².Rugi la kau tak try" Dylan memesan beberapa jenis makanan. Serina pula lebih kepada mengikut sahaja.

Dia tidak pernah ke luar negara seperti ini. Paling jauh dia boleh pergi adalah di Indonesia. Itu pun atas urusan kerja. Tidak berjalan2 seperti ini.

Dylan melihat Serina yang begitu selera menikmati makanannya. Perkara yang berlaku di majlis tadi kembali diingati. Dari jauh dia melihat Serina seakan mengelamun jauh dan tanpa disangka wanita itu menangis. Dylan benar2 terkejut. Dia melihat saja Serina mengesat airmata dan kembali mencuba untuk tersenyum. Kerna itu dia terus meminta izin dan menemui Serina.

Dia tidak mengerti tapi dia yakin satu perkara. Serina menyimpan seribu duka. Dia yakin akan hal itu.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Dylan sedar dari lamunan nya. Dia melihat mulut Serina yang sudah kotor Kerna topokki yang dimakannya.

"Kau ni dh besar tau. bukan budak kecik" Dylan terus menarik wajah Serina dan mengelap kotoran di bibir wanita itu menggunakan tangannya. Serina tersentak dan terus menjauh. Dia mengambil tisu dan mengelap mulutnya.

"Jangan sukahati sentuh2 orang ek. Tumbuk karang" Serina benar2 terkejut besar melihat aksi Dylan. Lelaki itu selalunya tidak segan silu memegangnya. Mengenggam jemarinya.

"Bukan aku buat pape pun" Dylan terus menyuap makanan ke mulutnya. Bertindak seolah tiada apa² berlaku. Serina menjadi geram sendiri.

He is the dangerous man.

########

Inilah tempat yang paling ingin Serina lawati. Dia kini berada di Seoul Towers. Keadaannya cukup menyenangkan hati. Mujurlah malam itu sepertinya tidak begitu dikerumuni orang ramai. Serina bisa menghirup udara segar itu.

Dylan melihat ke langit yang cerah. Begitu sejuk sekali..Seperti asap2 keluar di setiap hela nafasnya. Dylan melihat Serina yang seakan menikmati indahnya malam itu.

"Kau suka?" Serina mengangguk. Dylan tersenyum. Dia memalingkan tubuh dan memandang Serina.

"Aku nak mintak tlong boleh?" Serina mengerut dahi. Mengapa Dylan tidak seperti selalu? Dadanya berdetak tanpa sedar.

"Kenapa formal sangat ni? Buat la macam selalu" Serina memandang wajah Dylan. Dylan menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Aku tahu permintaan aku ni bunyi melampau tapi aku nampak kau je sebagai harapan aku" Dylan memulakan ucapannya.

"Yelah nak mintak tlong apa." Serina ingin tahu.Lama Dylan mendiamkan diri.

"Kahwin dengan aku Serina"

Serina terus ketawa. Dia memandang wajah Dylan

"Mabuk ke?" Dylan mengelengkn kepala.

"Gila ke apa ajak saya kahwin Ajak la makwe awak tu."

"aku dh putus dgn dia"

Baru beberapa minggu lagi mereka bersama..sweet2 sekarang dh putus.. Dia ni bercinta ke tukar baju.

"kau nak tak?"

"Gila. Memang tak nk la..Dah2 sy nk balik" Serina ingin berlalu namun lengannya di ditarik oleh Dylan

"Tolong aku Ina. Aku betul2 terdesak sekarang. Mummy...." Serina terus memintas.

"Tu masalah awak. Bukan saya. " Serina melepaskan tgan Dylan.

Dylan meraup wajahnya dan melihat Serina melangkah. Dia sudah mengagak. Pasti ini jawapan Serina. Dia juga tidak ingin tapi apa pilihan yang ada.

"Mummyyyy." Dylan merengus geram. Dia benar2 buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience