bab 3

Romance Completed 13950

Serina hanya duduk melihat batu nisan yang tertulis nama kekasih hati. 5 tahun sudah berlalu namun mengapa rasa ini seakan masih tersisa. Airmata dibiarkan mengalir deras. Serina membersihkan kubur milik Haris hampir setiap minggu. Dia tidak pernah lupa.

"Bie apa khabar?" Serina memegang batu nisan itu. Hanya Allah saja tahu rindu yang tidak berpenghujung ini.

Dia tidak tahu harus meluah kepada siapa melainkan kepada tuhan yang satu. Hatinya dirobek. Hari yang sepatutnya menjadi detik bahagia bertukar tragedi. Haris maut di tempat kejadian dengan keadaan baju pengantinnya dilumuri darah. Serina ingin meraung namun dia masih punya iman itu. Pada awalnya hati dia seakan sukar untuk menerima namun detik ini dia mulai redha. Redha bahawa Allah lebih menyayangi Haris.

"Bie tunggu sayang kat sana ye. Nanti sayang ikut" Serina mengukir senyum pahit.

Dia mengesat airmata. Setelah membersihkan kubur Haris dia menuju ke arah kubur milik ibu Haris. Di hari yang sama dua orang nyawa kesayangannya diragut. Dia tidak pernah lupa akan kejadian itu.

Traumanya dengan perkahwinan Allah saja yang bisa mengerti. Kerna itu hatinya tertutup. Hatinya seakan tawar. Dia yakin dia tidak bisa menemui lelaki seperti Haris. Haris terlalu sempurna.

"Ibu..Bie.. Ina balik dlu tau. Nanti Ina datang lagi." Serina berbicara perlahan lalu bangun dari duduknya. Airmata diusap perlahan. Dia harus kuat untuk menjalani kehidupan ini.

_______

Dylan masih menunggu di luar kereta. Dia sudah berjanji akan menemani Along untuk melawat kubur daddy mereka. Seperti Along nya masih meluangkan masa di situ. Dylan pula selepas mengangkat panggilan telefon dia memilih untuk berada di dalam kereta sahaja.

"Apa pulak yang Along buat kat situ?lama nyaa.." Dylan tertanya² sendiri. Detik itu matanya melihat seorang wanita yang agak dikenali keluar dari kawasan perkuburan itu.

"Makcik tu" Dylan hanya mengelengkn kepala. Mengapa dia boleh terserempak dengan Serina di situ? banyak lagi kot tempat lain.

Serina juga melihat nya namun wanita itu seakan seperti dirinya. Berpura2 untuk tidak mengenali antara satu sama lain. Dylan hanya melihat saja Serina melangkah melalui dirinya.

Sombong.

Dylan ingin mengeluarkan rokok namun ketika itu dia melihat sebuah motor yang agak mencurigakan mendekati Serina. Dylan melihat tingkah dua orang lelaki yang mencurigakan. Dilihatnya seorang dari mereka membawa sebilah pisau. Dylan membesarkan mata.

"Serina" Dylan menjerit namun kerna bunyi kuat motor membuatkan wanita itu tidak mndengarnya. Dylan mengetap bibir. Motor itu semakin menghampiri Serina. Tanpa berfikir panjang Dylan berlari mendapatkan Serina.

Serina tersentak apabila tubuhnya ditarik oleh Dylan. Serina membesarkan mata apabila pelukan Dylan makin erat. Ketika itu tubuh Dylan ditarik dan lelaki itu ingin mengambil bag tgan milik Serina. Serina terus menjerit.

Kudrat Dylan seakan lebih kuat. Lelaki itu gagal mendapatkan bag tangan milik Serina. Kerna begitu panik Lelaki itu terus mengacukan pisaunya. Pergelutan berlaku seketika .Orang ramai memenuhi ruangan itu sehingga menyebabkan dua orang peragut berjaya ditangkap begitu saja.

Dylan memandang wajah Serina. Matanya mulai kuyu. Serina kebingungan. Tangannya seakan terasa sesuatu. Serina menjerit apabila dia melihat darah mengalir di bahagian badan Dylan.

Dylan jatuh dipelukan Serina. Ketika itu Afizan juga tiba. Dia yang tangkas menangkap peragut lalu meminta orang awam menyerahkan mereka berdua kepada polis. Afizan juga panik.

"Dylan." Afizan melihat pisau yang masih menusuk di belakang badan Dylan. Serina menangis. Dylan sudah berada dalam pangkuannya.

"Cepat buat something. Darah. Allahu akhbar." Serina menangis. Dia benar² panik. Dylan masih dalam keadaan lemah.

"U gonna be fine. just calm down" Tangan Serina sudah dipenuhi darah milik Dylan . Peluh merencah di dahi milik lelaki itu.

"U yang kena calm down Serina." Dylan berbicara perlahan². Serina mengelengkn kepala. Afizan sudah menelefon ambulans yang berdekatan.

"Ingat lawak ke ni?" Serina benar2 ketakutan . Dia benci akan namanya darah. Dia amat benci.

############

"Serina, what happen? kenapa dengan Dylan?" Dato' Sri Zainab tiba bersama Mak Dayah. Serina pula masih berdarah². Tangannya mngeletar. Afizan pula masih berurusan dengan pihak doktor.

"Ada peragut nak ragut saya but Dylan try to save me." Dato' Sri Zainab terduduk di sisi Serina. Mak Dayah menenangkan Serina. Memeluk wanita itu

"Dylan tu kuat. Dia akan selamat" Serina masih menangis. Dia benar² ketakutan. Ketika itu Afizan tiba bersama seorang doktor. Dato' Sri Zainab terus bangun dan mendapatkan anaknya.

"How?"

"He gonna be fine. Dia hilang bnyak darah but dun worry I already dermakan darah for him. He gonna be fine. Just hope for tonight dia akan lepas fasa kritikal tu" Dato' Sri Zainab memeluk Afizan dan menangis. Tiada sesiapa yang dapat memberi jaminan bahawa Dylan akan selamat.

"Ina minta maaf" Serina menunduk. Dato' Sri Zainab mendapatkan Serina.

"This is not your fault. Jangan rasa serba salah. Just pray for him" Dato' Sri Zainab memeluk Serina erat. Dia tahu Dylan kuat mengharungi semua ini.

#############

"Ina? kenapa tak rehat je kt rumah?" Serina mengelengkn kepala.

Dia mendekati Mak Dayah dan Dato' Sri Zainab. Dia pulang sekejap untuk menukar pakaian nya dan kembali ke situ semula. Dia tidak tenang. Dia takut andai sesuatu terjadi kepada Dylan. Semua ini salahnya. Dia benar2 rasa bersalah.

Dia melihat Dylan yang masih berada dalam lenanya. Lena sekali lelaki itu. Namun lenanya itu menakutkan. Bunyi nafas lelaki itu naik turun kedengaran sangat perlahan.

"Ina tak tenang kat rumah Umi. Ina tak boleh. Dylan dh sedar ke?" Dato' Sri Zainab mengelengkan kepala. Malam ini adalah malam kritikal. Dylan akan dipantau lebih teliti. Afizan tiba mendekati sang ibu.

"Mummy dengan umi. Kita makan dlu ye. Dari tadi tak makan tu. Ina nak pergi sekali ke?" Serina mengelengkn kepala.

"Ina dh makan dh. Korang pergi la dlu. Ina jaga sini.Apa2 Ina bagitahu" Dato' Sri Zainab memeluk Serina seketika sblum pergi bersama Afizan. Mak Dayah juga berlalu bersama.

Serina mengambil tempat duduk di sisi katil Dylan. Melihat wajah Dylan. Bibirnya pucat dan tidak seperti selalu. Dia melihat kesan tusukan yang sudah di balut di sebelah kiri perutnya. Serina mengetap bibir.

"Wake Up Dylan. Jangan takutkan kami macam ni" Serina tidak mengerti mengapa Dylan berusaha untuk menyelamatkannya.

Dia benar2 tidak mengerti. Jika Dylan tiada pasti detik ini dia yang berada di atas katil ini. Serina menunduk. Dia menarik nafas sedalam²nya.

Batukan kecil kedengaran. Serina terus mengangkat wajah. Dylan membuka mata perlahan². Melihat wajah Serina seketika. Bunyi nafas nya seakan makin laju.

"Dylan. Can u hear me?" Siren kecemasan telah bergema diseluruh bilik. Ketika itu ramai doktor tiba mendekati Dylan. Serina seakan panik.

"What wrong?"

"Cardiac Arrest" Serina ditarik keluar dari kawasan itu. Serina membesarkan mata. Airmata nya keluar deras. Dylan pasti bertarung hebat di sana. Ketika itu Afizan berlari mendapatkan Serina.

"What wrong?" Pintu bilik sudah tertutup rapat.

"I dunno. Dia terbatuk then jantung dia degup kencang. Doktor Said cardiac Arrest." Afizan meraup wajahnya. Mereka sudah menjangka hal itu. Malam ini adalah malam kritikal. Pasti ada beberapa lagi cardiac Arrest akan menyusul. Afizan memeluk mummynya. berharap agar semua ini berlalu dengan cepat. Serina menangis memeluk tubuh Mak Dayah.

"Umi. Ina takut" Mak Dayah mengesat airmata dan mengelengkn kepala.

"Umi yakin Dylan kuat. Jangan risau"

###########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience