bab 19

Romance Completed 13951

Dylan mendgr bunyi pintu dibuka. Dia tahu pasti Serina sudah tiba. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Tidak seperti selalu. Serina pulang lewat dari biasa.

"Baby, lewat balik" Serina memandang Dylan dan mengangguk. Tanpa bicara apa2 dia terus masuk ke dalam bilik. Dylan mengetap bibir. Dylan mengekorinya.

"Dah makan ke?" Serina bertanya sebaik saja dia selesai mandi. Dylan mengelengkn kepala. Dia mendekatkan diri lalu memeluk Serina dari belakang.

"Kita masak sama2 la" Dylan mencium bahu Serina lembut. Serina mengangguk dan melepaskan pelukan mereka perlahan².

"Saya nak pakai baju dlu" Serina mengambil pakaiannya lalu kembali masuk ke tandas. Dylan menarik nafas. Dia tahu Serina pasti melayan rajuknya.

Dylan melihat Serina yang masih menikmati makan malamnya. Wanita itu tidak berbicara apa². hanya memberi respon jika Dylan bertnya sesuatu. Selebihnya dia hanya mendiamkan diri.

"Marah abg lagi ke?" Serina mengelengkn kepala. Dia susah selesai menikmati makanannya. Dia menuju ke sinki untuk mencuci pinggan. Dylan melepaskan sudu lalu mendapatkan wanita itu..

"Tapi kenapa kita macam ni? Bagitahu la if abg ada salah" Serina mengetap bibir.

"Abg tak salah pape pun. Ina penat. Banyak kerja" Serina terus menuju ke ruang tamu usai membasuh pinggannya.

"Abg kenal isteri abang. Walau sepenat mana pun bb, bb takkn layan abg macam ni" Dylan memegang lengan Serina. Serina memandang wajah Dylan.

"dah tu nak sy layan macam mne? If rsa layanan saya ni kurang. pergi kt tempat yang awak selalu pergi. Kat situ awak pilih je mana awak nak" Serina melepaskan tgan Dylan lalu terus masuk ke bilik.

Dylan mengetap bibir. Dia terus masuk ke dalam bilik. Dia ingin berbicara lagi .Ketika itu bunyi telefonnya berdering.

"Hah kenapa?" Serina pula sudah bersiap untuk tidur. Dia mendgr Dylan seperti berbicara dengan seseorang.

"Ada problem la dengan lagu tu. Bole dtg sini kejap tak. Tengok macam mana" Suara Zaidi di corong telefon. Dylan memegang dahinya. Dia melihat Serina yang berbaring membelakangkannya.

"Ok aku pergi sekarang" Dylan mematikan telefon. Dia mendekati Serina. Mengusap lembut rambut wanita itu dan mencium dahinya. Serina hanya memejamkn mata.

"Abg mintak maaf. Abg keluar dlu" Dylan mengambil sweater lalu menuju keluar.

Bunyi pintu tertutup kedgran. Serina membuka mata prlahan2. Airmata nya terus tumpah. Dia benar2 kecewa. Serina menutup mulut. Tidak ingin tangisannya makin kuat.

#############

Dylan tiba di rumah lewat ketika itu. Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Tidak menyangka masalah lebih teruk dari yang dijangka. Rakaman harus dibuat berkali2 hanya untuk mendapatkan ritma yang sesuai. Dylan terus menuju ke bilik tidur mereka.

Wajah Serina yang masih terlena di pandang. Dia bisa rasakan wanita itu menangis. Mata Serina menjadi jawapan semuanya. Dylan memeluk tubuh Serina dan mencium dahi wanita itu.

"Jahat nye abg ni buat isteri abg menangis sampai tertidur" Dylan berbicara sendiri.

Mengapa semakin hari semakin besar jurang antara mereka. Dia merindui mereka yang dahulu. Dia merindui manja Serina. Tubuh Serina dipeluk erat.

"Abang rindu isteri abg. Abg nak bb abang balik"

___

"Bb, nk g kerja dh ke?" Serina melihat Dylan sudah berada di dapur. Dia mnyediakan sarapan buat mereka berdua.

"Hmm. Dh lewat dh" Dylan tersenyum dan mengambil sepotong roti lalu menyuapnya ke mulut Serina.

"Abang hantar. Abang nk jumpa Along jugak kt office" Serina mengangguk. Dylan mengajak Serina duduk dan mnyerahkan air kepada wanita itu.

"Breakfast la dlu. Abang bersiap jap" Serina hanya senyum nipis dan mengangguk. Dylan mencuit hidung Serina lalu bangun.

"Lunch ni dengan abang ye. Abang tak kerja hari ni.boleh la melekat dengan bini abg" Dylan mengambil jemari Serina lalu menciumnya.

Serina tersenyum. Mereka masih dalam perjalanan menuju ke pejabat.

"Bb ada meeting ke hari ni?"

"Ada tapi tak banyak. Boleh la rehat sikit. " Dylan mengangguk.

"Takpe nnti abg try slow talk dgn Along. Kita jalan2 hari ni" Serina mengerutkan dahi.

"G mana?"

"G cari bintang. nak hadiahkan kt matahari" Serina terpinga2 seketika sebelum menangkap maksud lelaki itu. Serina tersenyum seakan tidak percaya.

"Cheesy.nnti la matahari ni tengok cantik ke tak bintang tu" Dylan hnya ketawa. Dia mengenggam jemari wanita itu erat.

"I love u" kata Dylan

"randomly"

"Rindu" Serina tersenyum. Dylan kembali mencium jemarinya. Seperti itu hatinya hangat.

Dylan kembali menunjukkan lesung pipitnya. Dia begitu menyukai senyum wanita itu. Dia merinduinya .

#########

"Helo mummy" Dylan tiba lalu memeluk ibunya. Mira melihat saja Dylan tiba bergandengan tgan bersama Serina.

"Lama tak balik rumah. Tak ingat mummy dh kan?" Dylan hnya ketawa.

"Tak rindu. Dylan dh ada bini." Dylan memeluk Serina. Mummynya memuncungkan mulut

"Abang ni suka usik mummy" Serina memukul lembut suaminya. Dylan ketawa dan memeluk mummynya.

"Gurau je. Minggu depan Dylan pergi. Tidur sana" Dato' Sri Zainab tersenyum lalu menganggukkan kepala. Afizan juga tiba dan melihat riuh mereka.

"Tak kerja hari ni?" Afizan bertanya kepada Dylan. Dylan mengelengkan kepala.

"Tu dtg ni nk minta izin" Afizan memandang pelik wajah Dylan.

"Dylan nk pinjam pekerja mummy." Serina membesarkan mata.

"Nak bawak dia g mana?" Afizan tersenyum.

"Dating. Nak bagi cucu kt mummy cepat ni" Dylan berbisik namun jelas didgri oleh mereka. Mummy dan Afizan terus ketawa. Serina membesarkn mata.

"Apa abg ni. Mana ada" Serina menjadi malu. Dylan memeluk Serina erat.

Mira hnya senyap. Dia menjadi sakit hati sendiri. Dylan langsung tidak memandang ke arahnya. Lelaki itu menganggap seolah2 dia tiada..

"But pagi ni Dylan kena tunggu. ada meeting penting dan khidmat Ina amat diperlukan. " Dylan mengangguk. Serina sudah memberitahunya.

"Takpe Dylan tunggu."

_____

"Dylan.." Dylan tidak mengendahkan suara itu dan kembali bermain game di iPadnya. Dia memang tidak menyukai suara itu.

"U marahkan I ke?" Dylan masih mendiamkan diri.

Mira terus mengambil iPad di tgan Dylan. Dylan tersentak. Dia melihat hnya Mira berada di situ. wanita itu memakai skirt pendek dengan baju kemeja. Butang sengaja dilepaskan sedikit sehingga menampakkan lurahnya.

"Macam ni cara U pakai dalam office. Mummy tak tegur ek" Dylan ingin keluar namun ditahan oleh Mira.

"Ok look. I'm sorry psal hari tu. I taknk bermusuh dgn U Dylan." Dylan melepas kasar tgan wanita itu.

"Jgn sentuh aku la" Mira menarik nafas dan tersenyum.

"Let's us be friend.."

"Aku tak nak berkawan dengan kau" Dylan ingin berlalu.

"U yang setia dengan isteri U but isteri U setia ke Dylan?" Dylan mnghentikan langkah .Dia memandang Mira. Wanita itu tersenyum.

"Kalau betul la kan dia tu setia. Dia takkan mengatal dengan abg U sendiri" Dylan membesarkan mata.

"Jaga mulut kau " Mira hnya ketawa.

"U apa tahu .U duduk kt rumah. I kat sini selalu tengok diorang bermesra. U look so pathetic sbb dpt isteri macam Serina." Dylan tidak mahu memikirkan lagi. Dia tahu pasti Mira sedang merancang sesuatu

"For your information, kata Ina , perangai abang U lebih kurang macam tunang dia yang dh mati. Lemah lembut dlm bercakap. Penyabar. Tolak ansur. Mybe sbb dia nmpak Haris dalam Afizan. sbb tu dia nk pikat abang U" Mira ketawa kecil. Mira mendekatkan dirinya. Dia memandang wajah Dylan.

"I cintakan U. n I tak sanggup perempuan macam Ina perbodohkan U. I tak rela U sakit sbb cinta palsu Ina. Ina tu tak bole move on dari tunang dia. Hari2 pergi kubur. tu maksudnya apa"

"Shut up Mira. Kau tak tahu apa² . Jgn masuk campur dalam urusan rumah tangga aku." Dylan ingin berlalu namun tgannya ditahan.. Dylan terus melepaskan tgan Mira.

Ketika itu pintu terkuak. Mira tersentak. Serina melihat wajah Dylan yang tegang. Serina juga tersentak melihat pakaian Mira. Dia lebih seksi dari biasa. Suara Afizan kedgran dari luar. Serina melihat Afizan yang mendekatinya. Ketika itu Mira cepat2 membetulkan pakaiannya.

"Kenapa ni?" Serina mengelengkn kepala. Afizan juga melihat ke dalam office Serina. Dia juga terkejut melihat Mira di situ. Dylan mengetap bibir.

"U buat apa kt sini Mira?" Serina melihat pakaian Mira kembali pada normal. Dylan masih memberi belakang . Wajah Dylan jelas kelihatan marah. Ada apa dgn mereka?

"Ouh I nak cari file i semalam. I ingat kt meja U. Tak de pulak" Serina mengangguk. Afizan juga melihat wajah tegang Dylan.

"I keluar dlu ye.try tnya dgn kerani pulak" Mira menuju keluar. Serina mendapatkan suaminya.

"Kenapa ni?" Dylan memandang wajah abgnya tajam. Afizan seakan mengerti.

"Hmm Ina. Along nk cakp sikit dengan Dylan bole. Buatkan kiteorg kopi macam biasa" Serina mengangguk lalu menuju keluar.

"What wrong?" Afizan mendapatkan Dylan. Dylan meraup wajah berkali2.

"Along takde cara ke pecat perempuan tu?" Afizan mengetap bibir.

Dia mengelengkn kepala. Hnya mummynya yang mempunyai kuasa itu. Jika ingin memecat pun perlu ada alasan yang kukuh. Jika tidak syarikat akan berdepan dengan saman dari pihak Mira.

"Dia cakap apa?" Dylan mengetap bibir.

"U have an affair with my wife" Afizan membesarkan mata. What? Afizan mencuba untuk bertenang.

"Ina suka kt Along. Sbb perangai Along macam arwah tunang dia dlu" Afizan mengelengkn kepala.

"Apa yang perempuan tu merepek ni?" Dylan hnya terduduk.

"What if kalau betul? Sebb Dylan tak macam Along pun .Dylan baran. Dylan tak sabar macam Along. What if Ina menyesal kahwin dgn Dylan" Afizan membesarkn mata. Dia memegang kedua2 bahu Dylan

"Dylan percaya cakap perempuan ular tu?Dylan, dia Skrang nk rosakkan rumahtangga Dylan tau. Dylan jangan lemah macam ni" Dylan memejamkn mata. Dia takut. Dia benar2 takut.

"Dylan yang hidup dengan Ina. Dylan yang faham dia. Dylan kena percaya isteri Dylan lebih dari sesiapa. Dylan kena protect dia" Dylan menunduk. Dia buntu.

"Tapi Dylan takkan menang Along. Dylan tak kenal lagi isteri Dylan macam mna. Ina tak pernah meluah apa2 kt Dylan. Dylan rasa macam useless "Afizan mengetap bibir.

"Dylan nk mnyerah ke? semudah tu? Dylan nk gagal mcm Along. Bila hati dia dh tawar baru nk perjuangkan semua? masa tu percayala Dylan. Semua tu takde guna dh. Skrang ni Dylan fight sehabis baik untuk rumahtangga ni. Dylan, Haris tu dah mati. Kenapa Dylan kena takut dengan orang yang dh takde bayang? " Afizan mencuba untuk menyedarkan adiknya.

"Along taknk masuk campur urusan rumahtangga Dylan.. Ina tu dh macam adik Along sendiri dh. Along happy skrg dengan Amanda n Along tak pernah terfikir nak rebut Ina dari adik Along sendiri. my heart cant take any damage anymore n Along taknk perjudikan semua. "Afizan duduk di sisi Dylan. Menepuk bahu adiknya. Dylan mengangguk.

"Tlong jaga Ina,Along kalau Dylan takde kt sini.. Dylan takut nnti perempuan tu lukakan isteri Dylan" Afizan mengangguk.

#############

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience