bab 9

Romance Completed 13951

Dylan melihat Serina yang masih melayan karenah Amanda. Dia melihat setiap perinci wajah wanita itu. Dia seakan masih tidak percaya dia akan bernikah dgn wanita itu. Esok adalah harinya.

"Dylan tngok apa tu?" Suara Afizan mengejutkan Dylan. Dylan mengambil minuman lalu mnghirupnya. Afizan ketawa

"Takde g mana si Ina tu" Dylan ketawa.

"Along tak sangka pula Ina setuju nak kahwin dgn Dylan.. Jadi yang bagi dia bunga hari2 tu adik Along sndri la" Dylan tersenyum dan mengangguk.

"Rupa Ina memang benci betul tu dapat bunga. Kena buang dalam tong sampah hah hari². Tak sangka pulak dia cair jugak"

"Ni Dylan Xing la. Dylan akan dapat apa yang Dylan nak" Afizan mengangguk .Dia mengetahui sifat itu ada dlm adiknya.

"Ni kahwin sbb betul2 cinta ke atau sbb taknk kena paksa kahwin dgn mummy" Dylan terdiam mndgr pertanyaan itu..

"Jgn main2 dgn takdir Allah,Dylan. Nanti termakan diri sndri" Afizan berpesan seolah2 mengetahui perjanjian dia bersama Serina.. Dylan berdehem.

"Tapi Along rsa Dylan kali ni betul2 ikhlas. Along tak sangka Ina bole buat adik Along macam ni" tambah Afizan. Dylan hnya tersenyum.

"Buat apa tu?" Dato' Sri Zainab memanggil kedua2 puteranya. Wanita itu mendekati Dylan dan mnyerahkan sesuatu.

"Butang baju melayu Dylan untuk esok. Jangan hilang. Mummy dh tempah khas tu" Dylan membelek

Apa yang custom made sgt benda ni? Dia melihat ada permata kecil di atasnya. Dylan memandang mummynya.

"Suka tak?" Dylan mengangguk dan meletaknya di dalam poket.

"Tak sangka betul Ina rupanya menantu mummy." Dato' Sri Zainab ketawa kecil .Dia mensyukurinya. Dia yakin Serina bisa membahagiakan Dylan

"Mummy suka dia?" Dato' Sri Zainab mengangguk laju. Dylan tersenyum.

"Baru je plan nk kahwin 4. Tak pe ke kalau Ina bermadu" Dato' Sri Zainab menjeling tajam. Afizan mengelengkn kepala.

Lagi dan lagi anak ini mngusik mummynya

"Kalau hang rasa hang dh puas hidup .hang bagitahu aku." Dato' Sri Zainab menarik telinga Dylan .Dylan terus ketawa dan mengelengkn kepala.

"Tak kahwin lagi dh fikir macam tu. hang ni sehari tak memeningkan kepala aku tak sah kan" Mummynya membebel lagi. Dylan hnya ketawa.

"Mummy pun terus la dia nk membebel berepisode." Dylan mengelengkn kepala. Dato' Sri Zainab menjeling tajam.

"Jaga Ina elok². Ingat tu." Dylan memandang wajah mummynya. Dia mengangguk perlahan..
________

"Jumpa esok" Serina mngambil bag tgan dan ingin menuju keluar dari kereta. Mereka sudah Smpai di depan rumah Serina.

"Ibu ayah tak Smpai lagi?"

"Diorang sampai esok pagi. lagipun majlis petang so takde apa pun" Dylan mengangguk..Serina ingin menuju keluar namun ditahan oleh Dylan.

"Kenapa?"

"Kiss la dlu" Serina membesarkan mata lalu menolak tubuh Dylan.

"Jgn nk macam2 ek. Gila ke apa" Dylan ketawa. Dia mengambil sesuatu di belakang kereta. Serina masih membatu..

"Ni bagi kt ibu and ayah. Untuk diorang pakai esok" Serina melihat sepasang baju melayu dan baju kurung berwarna keemasan.Serina tersenyum

"Dah la. Sy nk masuk rumah" Serina menuju keluar namun Dylan menariknya. Serina membesarkan mata.

Ada apa dgn lelaki ini?

"Apa awak ni?jgn lebih2 ye" Dylan tersenyum.

"Kiranya esok kau tidur dgn aku la kan. dan...." Serina menolak tubuh Dylan. Dia terus menuju keluar. Dylan ketawa.

"Gila" Serina masuk ke dalam rumah. Dylan mngetap bibir seketika lalu meninggalkan tempat itu.

Serina mengelengkn kepala. Dylan dengan nafsu gilanya. Membuat dia jadi seram sejuk.. Dylan adalah pengoda yang bahaya.

Jiwa playboy lelaki itu begitu kuat. Pandangan nya saja sudah cukup membuat wanita lain jatuh ke pelukannnya.

Ya Allah,Kau lindungi aku dari makhluk macam Dylan.

Serina seakan mulai menyesali keputusan nya sendiri. Hendak di batal semuanya sudah terlambat. Dia akan menjadi isteri lelaki itu esoknya.

Stress. nak kahwin pun stress.
_________

Sekali lafaz, Serina sudah sah bergelar isteri kepada Dylan Xing. Majlis yang diadakan agak tertutup diadakan di hotel terkemuka atas permintaan Dylan dan Serina sendiri. Serina tahu seperti apa perkahwinan mereka yang sebenarnya dan Dylan sebagai susuk yang dikenali ramai pasti tidak mahu mengambil apa2 risiko.

Perlahan2 Dylan menghampiri Serina. Upacara pembatalan air sembahyang. Dylan menghulurkan tgannya perlahan². Serina menyambutnya. Bibir Dylan singgah di dahi Serina. Ciuman pertama insan yang bergelar suami.

Serina dan Dylan bersama² menuju ke arah keluarga Dylan. Mereka baru saja bersalam dgn ayah dan ibu Serina.

"Sorry lambat sikit tadi. Si Dylan g hilangkan butang baju dia" Mummy membebel lagi sambil memeluk Serina. Serina mengelengkn kepala. Dia tidak apa².

"apa mummy ni .dh lepas pun kah. orang dh kahwin dh kan" Mummy melepaskan pelukan nya lalu memandang Dylan tajam.

Dia ingin memiat telinga Dylan namun laju Dylan mengelak dan memeluk Mak Dayah. Dia bersembunyi di belakang Mak Dayah. Dylan terus menjelirkan lidah ke arah mummynya. Serina yang melihat tingkah keanakan Dylan seakan tidak percaya.

"Masih geram. Boleh2 dia tak tahu mana pergi butang baju. Dahla butang tu mummy dh tempah khas. Nak je sumbat balik hang masuk dalam perut aku balik. kerja nak menyusahkan orang je" Dylan mengaru kepala yang tak gatal. Afizan hnya ketawa lalu menarik mummynya.

"Mummy orang ramai ni. mummy sambung jap lgi kat rumah" Afizan berbisik. Dylan mengangguk laju.

Afizan menarik tgan mummynya lalu menuju ke arah ibu dan ayah Serina. Mak Dayah juga mengekori mereka

"Jaga Ina elok2" Itu pesan Mak Dayah sebelum berlalu.

Dylan melihat Serina di sisinya. Buat kali pertama dia melihat Serian dihias sebegitu. Jelas terserlah kecantikan wanita itu. Dia terpegun ketika mula2 bertentang mata bersama wanita itu.

"I'm sorry" Dylan berbicara. Serina mengelengkn kepala.

Dia mengakui dia adalah manusia yang paling cuak sebelum majlis bermula tadi. Dia tidak bisa menghubungi Dylan sedangkan semua tetamu dan tok kadi sudah tiba. Takutnya hanya Allah saja yang tahu. Ingin saja airmata nya menitis namun dipujuk oleh ibunya. Berdoa agar tiada apa2 yang berlaku.

Takutnya hanya satu. Mimpi ngerinya berlaku lagi. Alangkah lega dirinya melihat susuk Dylan memasuki dewan pernikahan mereka. Dia tidak berharap apa².Ckuplah lelaki itu selamat. Ketakutan nya ini benar2 melelahkan.

"Kau mesti takut kan." Serina menunduk. Dia tidak tahu harus bicara apa. Dylan menarik tubuh Serina lalu memeluknya erat.

"I'm sorry. Aku tahu kau takut. Biasalah aku careless sikit. "Airmata Serina mengalir jua. Dia memukul dada Dylan. Dylan hanya tersenyum. perlahan2 pelukan dilepaskan.

"Dahla tak yah nngis. nanti Make up tu cair jenuh nk touch up.Muka dh cantik dah tu. terkejut aku ..mula² ingatkan kahwin dgn artis." Serina mengesat airmata.

Dia memandang wajah Dylan tajam. Dylan ketawa lalu mencuit hidung wanita itu seperti selalu.

"Jomlah. masa kita kahwin pun dia nk buat senaman mata jugak. Kita ambik gambar kt sana" Dylan mengenggam jemari Serina lalu menariknya menemui para tetamu seketika.

########

Dylan terus berbaring di atas katil usai masuk ke bilik hotel. Dia benar2 kepenatan..Majlis akad nikah sudah berakhir dengan lancar. Dia melepaskan kasut lalu membuka baju melayu miliknya. Dylan memejamkan mata. Dia ingin berbaring sebelum mandi.

Serina hanya melihat Dylan yang sudah baring kepenatan di atas katil. Serina mengelengkn kepala dan terus membuka tudungnya. Dia membuang segala make up di wajah. Niat ingin membuka baju namun zipnya seakan tersekat di tengah2 belakang. Serina mengerut dahi.

"Lah kenapa pulak kau melekat kat situ" Serina mengerutu sendiri.

Dylan yang mndgr suara kecil Serina terus membuka mata. Dia melihat Serina yang masih berusaha membuka zip belakang bajunya. Buat kali pertama Dylan melihat kulit Serina yang putih bersih. Dylan menelan air liurnya.

"Dylan. Bgun la tlong saya kejap" Dylan bangun dari baringnya. Dia melihat Serina yang sudah memandangnya.

"Tarik ni jap" Dylan melangkah perlahan2 dan mendekati Serina.

"Tarik kat atas."

"Eh nk bukak ke nak pakai?" Serina memandang wajah Dylan tajam.

"Takkan nk suruh awak bukak. Sy buka sendiri la nnti dalam toilet. Tadi dia melekat, nnti ok la tu" Dylan mengangguk.

Serina menjadi seram sejuk sendiri apabila jemari Dylan terkena kulitnya. Dia mencuba untuk tidak berasa apa2. Serina tersentak apabila Dylan menarik zip ke bawah. Serina terus menolak tubuh Dylan dan memalingkan tubuhnya. Tidak sanggup rasanya dia membiarkan Dylan melihat dirinya begitu.

"Apa awak buat ni?" Serina menjerit. Dylan hanya senyum sinis. Serina menjadi sakit hati sendiri.

"Tu pun nak malu" Dylan mengambil kain tuala di atas meja lalu mendekati Serina. Dia memandang wajah Serina sambil menutup bahagian tubuh wanita itu yang terdedah.

"Small matter kan?" Serina menolak tubuh Dylan kasar lalu menuju masuk ke dalam tandas. Dylan hnya tersenyum. Dia terus mengambil telefon sebelum jiwanya bergelora tak tentu pasal.

"Awak tidur mana?" Serina bertanya ketika Dylan keluar dari bilik air. Lelaki itu hanya mngunakan kain paras pinggang dan menampakkan abs nya. Serina memandang kearah lain.

Dylan mengambil pakaian di dalam bagasi lalu memakainya di hadapan Serina. Serina begitu terkejut lalu menarik selimut tinggi.

"Awak..Eyy tak malu ke?" Dylan melihat Serina yang sudah berselimut menutup wajah. Dylan hanya mengelengkn kepala. Mendengar saja Omelan sang isteri.

"aku nak malu apa. Bnda halal. " Dylan terus mengambil tempat di sisi Serina. Serina membesarkan mata.

"Kenapa tidur sini?"

"dah tu?" Serina melihat sofa di depannya. Dylan mengetahui maksud di balik mata itu terus mengelengkn kepala

"taknak. Nanti badan aku sakit.kalau kau nak kau tidur la" Dylan terus menarik selimut dan berbaring. Serina menarik nafas sedalam²nya.

Ini baru hari pertama. Serina meletakan bantal sebagai penghadang. Dylan hanya ketawa dan malas menentang apa².

"Eleh takut sangat.nnti dia yang menempel kt kita esok pagi nya"

"jangan harap" Serina terus berbaring. Dylan juga tidur bersama. Mereka benar2 penat untuk bergaduh pada malam itu. Tenaga sudah habis.

########

Bunyi telefon yang berdering membuat lena Serina terganggu. Telefon siapalah yang memekak awal pagi ni. Serina mencuba untuk mencari telefon namun seketika nada dering berhenti. Serina kembali dengan tidurnya.

Namun ia sekejap saja apabila telefon kembali berdering. Tangan Serina tercari2 di atas meja. Akhirnya dia menemui dan terus menjawab. Matanya masih tertutup.

"Hello?" Serina dengan Suara seraknya. Suara lelaki yang bertanyakan soal Dylan membuat dia segar.

"Siapa ni?Mana Dylan?" Serina terus menutupkan panggilan.

Dia melihat dirinya yang sudah berbaring bertilamkan dada Dylan.Lelaki itu tidak mngunakan sebarang baju.Tgan Dylan pula kemas memeluk pinggangnya. lelaki itu masih diulit mimpi lena. Serina mengetap bibir. Perlahan2 dia mencuba untuk bangun. Namun lantas ditarik kembali oleh Dylan.

"Eh apa awak ni?" Serina memukul dada Dylan membuat Dylan tersedar.

Dia melihat tgannya yang memeluk pinggang Serina. Lantas ia dilarikan. Dylan mengesat mata berkali2. Dia melihat sekeliling. Serina terus bangun dan menuju ke bilik air.

Ketika itu telefon Dylan berdering lagi. Dylan terus menjawabnya.

"ouh kenapa?"

"Hah tadi siapa yang jawab. boss tidur dengan perempuan ke? tak cakap." Zaidi berbicara sambil ketawa.Dylan mengaru wajahnya .Dia masih mamai. Jam masih menunjukkan pukul 5.30 pagi.

"Kau nak apa?"

"Boss ada mana?Hari ni kan record lagu baru tu.Kiteorang dh ada kat studio" Dylan mengetap bibir. Dia lupa pula.

"Aku tak pergi hari ni. Kau uruskan la.Nanti hantar feedback kat aku" Zaidi ketawa mengusik sebelum mematikan telefonnya. Dylan yang rasa ingin terkencing terus menuju ke tandas.

Dia melepaskan hajatnya. Seakan terasa pundi kencing kosong kembali.Ketika itu Serina menjerit mengejutkan Dylan dari mamainya. Dia melihat Serina yang masih separuh bogel cuba menutup tubuhnya yang terdedah. Dylan membesarkan mata. Dia melihat apa awal2 pagi ini. Wanita itu masih menutup mata. Dylan terus menarik seluar. Dia benar2 terkejut. Dylan berdehem dan memalingkan tubuh. Perlahan² dia menuju keluar lalu menutup pintu.

Dylan menahan dada yang seakan ingin meletus. Dia benar2 lupa akan Serina yang masih berada di bilik air. Pasti wanita itu akan menembaknya selepas ini.

###########

Dylan melihat Serina yang menunjukkan riak sebalnya. Selepas solat subuh tadi Serina terus kembali tidur dan bangun apabila mereka ingin keluar dari hotel itu.

"Marah lagi ke?"Serina tidak menjawab apa2.Dia memandang ke arah luar cermin kereta.

"Ala sorry la.Aku lupa kau ada dalam tu. Lagipun salah kau jugak tak kunci" Dylan berbicara lagi. Serina memandang Dylan tajam lalu memukul lengan lelaki itu.

"I just hate u so dun talk anything" Dylan mengaduh kesakitan. Rasakan serangan bertubi². Dylan mengetap bibir.

"Aku betul la tak sengaja. Lagipun kau pun tengok aku jugak so kira seri la"

"Excuse me. Ingat orang teringin sangat ke nak tngok?" Dylan mencebik

"Kalau aku bagi kau tengok jugak." Dylan terus ketawa.

"Gila. Eyy geli la" Serina benar2 malu memikirkan soal tadi. Dia tidak sengaja melihat perkara yang tidak ingin dia lihat. Dia benar2 geram sendiri.

"ala.bukan dosa pun" Serina ingin menampar wajah lelaki itu namun dia segera menahan. Dylan masih dengan tawa jahatnya membuat Serina makin sakit hati.

"btw kan tadi"Serina melihat wajah Dylan lagi. Kereta diberhentikan. Dylan mendekatkan diri di wajah Serina dan berbisik sesuatu.

Serina membesarkan mata lalu menolak tubuh Dylan kasar. Dia memukul lagi dan lagi tubuh lelaki itu.

"Sakit la"

"Awak cakap lagi. Sya benci awak" Serina masih memukul. Dylan terus menggunakan kudrat lelaki memegang kedua2 tgan Serina lalu menolak lembut tubuh wanita itu menyandar di kerusi kereta. Serina membesarkan mata.

"Sakit la" Kata Dylan perlahan.Dylan memandang wajah Serina yang masih bengis. Dia menjadi geli hati sendiri. Perlahan2 wajahnya mendekat.

"Kau pukul lagi aku kiss kau kt situ" Dylan melihat bibir Serina. Serina mengetap bibir. Dia terus diam seribu kata. Menutup bibir serapat2nya. Dylan melepaskan tgannya perlahan2.

"Kita sampai rumah kau dah .Kemas la barang2 yang nak dibawa. Kita dok rumah mummy dlu seminggu." Serina menolak tubuh Dylan lalu menuju keluar. Dylan hnya ketawa.

"Keras sangat dia ni"

########

Buat kali pertama Dylan menjejak kaki di dalam rumah Serina. Selalunya dia hanya menghantar di luar rumah sahaja. Rumah itu ringkas sahaja. Terdapat dua bilik. Perlahan² Dylan duduk di atas sofa sementara Serina mengemas pakaian di dlm bilik. Mata Dylan tertacap pada gambar di atas meja.

Dia melihat senyuman Serina yang berdiri di sebelah lelaki. Dia tidak pernah melihat senyuman Serina seperti itu. Ia nya indah sekali.

"Ini ke Haris?" Hati Dylan tertnya2. Dia melihat lagi album yang berada tidak jauh dari gmbar itu. Dia terus mengambilnya.

Dylan membuka satu persatu. Semuanya gambar Serina bersama arwah Haris. Dia melihat wajah Serina begitu bahagia. Bahkan senyumannya terlihat sangat indah. Matanya jelas menunjukkan kebahagiaan. Hati Dylan seakan ralat. Entah mengapa.

Dylan melihat setiap nota kecil setiap gambar yang ditulis tgan berserta tandatangan. Dia bisa rasakan Haris adalah lelaki yang romantik. Haris mengetap bibir. Dia menutup album itu perlahan². Seperti nya rumah ini dipenuhi dengan kenangan Haris.

"Eh bila awak masuk?" Dylan tersentak. Dia terus bangun dan mendekati Serina.

"Takkan tak bole masuk?" Ada betul juga. Serina meletakkan bagasi di depan pintu lalu menuju ke bilik sebelahnya. Dylan mengikuti dari belakang

"Bilik tu ada apa?" Dylan bertnya.

"Tempat sy ritual pemujaan" Dylan membesarkan mata. Serina hanya senyum sinis. Dylan yang menyedari dirinya ditipu terus mngelengkn kepala.

Dylan melihat di dalam bilik itu seperti ruangan bekerja. Terdapat computer bersama mini library. Serina mengambil beberapa file di atas meja lalu menuju keluar.

"Ok dah" Dylan mengangguk.

"Tu tak nk bawak ke?" Dylan menunjuk ke arah album foto dan gambar di atas meja.

"Bawak la." Serina terus mengambil nya lalu diletakkan di dalam bag.

Menyesal aku tnya.

Dylan mengetap bibir lalu menuju keluar membawa bagasi Serina.

Serina melihat rumahnya lama. Dia menarik nafas sedalam dalamnya. hanya rumah ini yang tahu akan penderitaannya. Dia mencuba untuk hidup setiap hari. Rumah ini menjadi bukti dia sakit menahan rindu setiap hari.

I'm gonna miss my home

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience