bab 27

Romance Completed 13950

Dari jauh dia melihat sang suami yang leka menolong ayahnya berkebun. Mengembur tanah dan mencuba menanam sesuatu .Serina ketawa sendiri melihat tingkah Dylan yang begitu kekok. Mungkin Dylan tidak pernah terdedah dengan semua itu. Namun Dylan berusaha keras untuk melakukannya. Dia benar2 ingin belajar.

"Entah jadi ke tak bnda yang dia tanam tu" Ibu mencelah. Serina ketawa kecil.

"Harapnya.tengok ayah tu dh jadi cikgu dah hah. Dari tdi dok cekak pinggang tu?" Serina bahagia di situ. Dia mengusap perut perlahan2. Ibunya terus menuju ke arah mereka berdua.

Serina termenung sendiri. Dia mula mengingati Dato' Sri Zainab. Bagaimana kah rasa wanita itu detik ini? Kata2 wanita itu kembali diingati. Serina mengusap perutnya lagi.

Bisakah dia berbaik dgn ibu mertuanya seperti dlu. Kenapa ianya seperti mustahil. Dia menjadi kesian akan Dylan. Lelaki itu lebih memilih dirinya. Dylan tidak menunjukkannya namun dia tahu pasti Dylan juga merindui mummynya. Dialah yang selalu mengusik wanita itu. Manjanya kepada Dato' Sri Zainab dia amat mengetahuinya.

Jahatkah dia? Kerna membuatkan Dylan berpisah dgn ibunya. Serina menunduk. Dia memegang perutnya. Dia mula meletakan diri di tmpat Dato' Seri Zainab. bagaimana jika nnti dia seperti Dato' Sri Zainab. Pasti dirinya sedih. Anaknya pergi meninggalkan nya.

Serina menarik nafas. Harus bagaimana dia memperbetulkan hal ini .Dia tidak ingin Dylan dan mummy bermusuh kerana nya.

"Fikirkan apa tu?" Serina tersentak. Dylan tiba lalu mengambil minuman di sisi Serina. Serina tersenyum lalu mengelengkn kepala.

Wajah sang isteri dipandang. Hatinya terdetik sesuatu. Serina masih memandangnya. Dylan mengukir senyum lalu melepaskan dahaganya.

Tidak sekarang mungkin nanti.

############

Dato' Sri Zainab tiba di perkarangan rumah lalu meluru masuk mendapatkan Afizan. Dia melihat Afizan dan Mak Dayah yang masih melihat Amanda menikmati makanannya.

"Dylan mana?" Afizan mendongak. Wajah mummynya kelihatan bengis. Dia ingin mencari Dylan di studio pagi itu namun kata pekerjanya Dylan sudah hampir seminggu tidak singgah di studio.

"Kenapa tnya Along?" Dato' Sri Zainab mengelengkn kepala.

"Jangan nk tipu mummy, Along. Mana adik kamu?" Mak Dayah yang menyedari ketegangan akan bermula terus mengambil Amanda.. Afizan masih duduk seolah2 berfikir.

"Mummy nk buat apa lagi?" tnya Afizan. Makin hari makin dirasakan mummy sudah tidak mampu berfikir dengan waras. Di hati wanita itu terlalu membenci Serina. Di mana hati Nurani mummynya

"Mummy nk Dylan ceraikan bini dia tu" . Afizan ketawa sinis lalu mengelengkn kepala.

"Then kahwin kan dia dgn Mira ke?" Afizan bertanya. mummy mendiamkan diri tanda seakan mengiyakannya.

"Mummy rasa Dylan happy ke?"

"Dia akan happy. At least Mira cintakan dia.bukan berpura²." Afizan menghela nafas berat. Dia terus bangun dari duduknya.

"Kalau macam ni cara mummy fikir. Tu sama je mummy musnahkan kebahagiaan Dylan. Along malas dah nk nasihatkan mummy. Mummy lebih percayakan orang luar dari anak2 sendiri. Ikut suka mummy la" Afizan terus berlalu. Dato' Sri Zainab terus duduk sambil meraup wajahnya.

Tidak pernah Dylan mahupun Afizan mengingkarinya. Lebih2 lagi Afizan. Lelaki itu sangat penyabar. Namun detik ini seakan Afizan benar2 menyerah. Dia kelihatan lain dari biasa. Afizan lebih banyak mendiamkan diri dan hanya fokus dengan tugasnya. Dato' Sri Zainab mengetap bibir. Airmatanya tumpah. Dia rindukan anak2nya. Dia terlalu merindui suasana yang dahulu. Kini anak2nya menjauh .

"Sekarang ni abg Izan dan Dylan dua² termakan pujuk rayu Serina. Kuat betul penangan Serina sampai diorang dua tu sanggup membelakangkan auntie. Tolong la anak2 auntie tu.. Kalau tak Serina tu akan rampas semua kebahagiaan auntie. Orang macam dia memang akan guna apa je untuk kepuasan diri sendiri." kata2 Mira kembali diingati. Darah Dato' Sri Zainab menyirap .Dia benar2 marah.

Dia tidak tahu harus berbuat apa lagi. Belakangan ini tidurnya tidak menentu Kerna terlalu memikirkan nasib Dylan dan Afizan. Dirinya buntu. Dia ingin anak2nya kembali. Serina sudah merampas segalanya

##########

Mata Serina membulat besar apabila melihat Dylan tiba dengan baju yang kotor sekali . Dari mana Dylan bersama ayahnya pergi. Dengan bajunya basah² lagi.

"Eyy Busuk nye.Dari mana ni?" Dylan mengaru kepala tidak gatal. Dia sudah seperti kerang busuk.

"Dia g mandi paya yang kt kebun ayah." Serina terkejut. Dia benar2 terkejut mndgr kata2 ayahnya.

"what?"

laki aku ni memang otak miring ke apa. Semua bnda dia nk cuba. Serina diburu rasa risau. Takut lelaki itu sakit.

Dia mendekatkan Dylan .Melihat tubuh Dylan yang kemerahan dan bengkak.

"Ni kenapa?" Dylan juga melihat tubuhnya.

"Nyamuk kot. Gatal" Serina menahan rasa geram. Dia memandang wajah Dylan tajam.

"G mandi sekarang. Lepas tu Ina sapu ubat. Dia ni semua benda nk try tau. Kalau kena apa2 mcm mne. Jenuh nanti Ina nk menjawab dgn mummy. Dengan Along. Tak faham la" Serina membebel dgn marah2 nya.Dylan memandang wajah ayahnya.

"Ayah dh ckp tadi" Tn Haji Ishak berdiri di sisi Dylan. Dia berbisik. Dylan menunduk. Mereka berdua persis seperti anak kecil yang bersalah dan dimarahi oleh ibu.

"Ayah pun sama. Ayah g turutkan sangat abang ni.Tengok la jadi apa.." Serina memandang mereka berdua tajam lalu masuk ke dalam rumah.

"ayah pulak kena" Dylan hnya ketawa kecil mndgr kata2 ayah. Masih kedengaran bebel Serina dari dalam rumah. Dylan melihat tgan dan badannya kemerahan. Mungkin kulitnya tidak terbiasa. Dylan mula menyesalinya.

"Dylan mandi cepat. sebelum mama boyot tu mengamuk jadi mama Zola. Ayah cabut dlu" Tn Haji Ishak masuk ke dalam rumah. Dylan mengaru kepalanya.

Takde kerja buat kerja.

Memang mendapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience