bab 7

Romance Completed 13974

Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya mendiamkan diri. Serina memilih untuk tidur. Dia tidak mahu berbicara apa². Dia takut andai Dylan kembali berbicara tentang hal semalam. Dia tidak akan bisa. Dia tidak sanggup.

Kereta diberhentikan di depan rumah Serina. Serina membuka mata lalu melepaskan seatbeltnya

"Serina"

"Jangan cakap apa².Saya anggap awak takde cakap apa2" Serina ingin menuju keluar namun ditahan oleh Dylan.

"Aku takde pilihan sekarang ni Serina. Kau try la fahamkan aku ni"

"Kenapa saya yang kena faham awak? Awak dan saya takde kaitan apa2 tau. Kenapa saya?" Serina ingin melepaskan gengaman Dylan namun tidak berhasil.

"Aku nampak harapan kat kau je Serina. Aku pon tak sedia dalam perkahwinan tapi apa pilihan aku ada.Aku tak boleh kahwin dengan orang yang mummy pilih nanti"

"Ingat perkahwinan tu main2 ke?"

"Aku tau kau pon tak suka kahwin. Aku pun .Then we're in win2 situation. Kita kawan je Serina. Aku tak kan masuk campur dalam hidup kau. Just kali ni tlong aku" Serina memandang wajah Dylan tajam. Dia melepaskan tangan lelaki itu kasar.

"Awak memang anggap perkahwinan tu bahan mainan kan?dah la Dylan. Saya taknak. Saya tak nak kahwin dengan sapa²" Serina terus keluar dari kereta. Mengambil bagasi di bonet belakang dan terus masuk ke dalam rumah. Langsung tidak memberi peluang itu.

"Esok aku pujuk lagi" Dylan terus menggunakan cermin mata hitamnya lalu meneruskan perjalanannya.

###########

Serina tersenyum puas setelah kakinya bertapak di ruangan pejabat. Ini hari pertama dia kembali semula ke pejabat setelah sebulan lebih menjadi babu Dylan. Serina melangkah menuju ke ruangan Dato' Sri Zainab

"Welcome back Serina" Serina mengangguk melihat Dato' Sri Zainab. Afizan juga tersenyum.

"So how ur short vacay kat Seoul?" Afizan bertanya. Mungkin Dylan memberitahu mereka bahawa dia pergi bersama Dylan tempoh hari. Lamaran Dylan kembali diingati membuat senyuman menjadi pahit.

Selain dari lamaran Dylan semuanya gembira.

"Nice.Great" Afizan mengangguk.

"Hari ni Ina teman Along meeting ye. mummy nak Along terbiasa ikut meeting. If ada pape along tak faham bole refer kat Serina. Mummy nak luang masa kt kubur daddy" Afizan mengangguk tanda mengerti.

Serina mengambil file2 di atas meja dan terus mminta izin untuk keluar
"She gonna help U. I believe on her" kata Dato' Sri Zainab .Afizan mengangguk tanda mengerti.

Setelah itu mereka kembali dengan tugas nya. Dato' Sri Zainab mengajar apa yang patut sebelum Afizan menghadiri mesyuarat petang nnti.

--------

"Dylan bangun" Dylan membuka mata. Dia melihat mummynya sudah mencekak pinggang.

"Apa mummy ni?" Dato' Sri Zainab mengelengkn kepala. Dia mengambil bantal lalu menghempuknya di badan Dylan

"Mummy. Sakit la.." Dengan malasnya Dylan bangun Dia memisat mata berkali2 dan melihat jam di dinding menunjukkan pukul 11 pagi.

"Kenapa dtg rumah Dylan ni?" Dia tidak tahu mengapa belakangan ini mummynya sering berkunjung.

Dia masih lagi tidak mahu memikirkan soal permintaan mummynya. Dia harus memujuk Serina lagi dan lagi. Hnya wanita itu yang menjadi harapannya kini. Hanya Serina menjadi kunci untuk dia hidup bujang walaupun memegang title seorang suami.

"Saje nk tngok .Kot2 Dylan bawak perempuan tidur rumah ni"Dylan mengelengkn kepala.

"Memang tak la. Baik tidur hotel." Dato' Sri Zainab membesarkn mata. Dia menepuk bahu Dylan. Dylan mengaduh.

"Apa Dylan ni?"

"Dylan gurau je. Dylan tahu lagi la..Ringan2 tu biasa la" Dato' Sri Zainab mengerut dahi. Apa maksud anaknya.

"apa yang ringan2?" Dylan memuncungkn mulutnya dan tersenyum.

"Dylan" jerit Dato' Sri Zainab. Terasa pekak telinganya. Hilang terus mamai. Dylan ketawa. Dia mengambil kain tuala dan menuju ke bilik air.

"Dylan, mummy tak ajar Dylan ambik kesempatan kt perempuan. Apa nk jadi dgn Dylan ni. Sebb tu mummy suruh kahwin. Jgn nk buat anak orang macam tu. Buat malu mummy je kamu ni. Kamu tu dh besar panjang.. "

Dylan menghela nafas berat. Dia ingin menutup telinga mendgr mummy yang sudah mulai membebel. Dia terus membuka pili air. Malas ingin mendgr. Bukan sekarang.

Dylan kembali keluar dari bilik air. Mummynya masih membebel. Dylan mengelengkn kepala. Dia kembali memakai pakaian.

"Mummy stop. sakit la telinga Dylan" Dylan hilang sabarnya. Dato' Sri Zainab memandangnya tajam.

"Tau pulak. Bila nak kahwin .Dah2 la tu berfoya2."

"Dylan tngah cari mummy. Sabar la"

"Jgn lupa hujung tahun ni. Kalau tak kamu kahwin dgn kawan mummy." Dylan malas ingin ambik runsing. Dia menuju ke dapur dan meminum air .

Dato' Sri Zainab mengekorinya.

"Kenapa mummy ni?"

"Teman mummy jenguk kubur daddy. " Dylan melihat jam tangan.

"Dylan ada meeting la tengahari ni"

"Kejap je. hantar mummy .lepas tu mummy suruh Pak Amad ambik" Dylan mengetap bibir.

"mummy dtg sini naik apa?"

"Along dgn Ina" Tingkah Dylan terhenti mdngr nama Serina. Dia memandang mummynya.

"Diorang g mana?"

"meeting kat restaurant hotel kawan mummy. Datin. Fira. kenal kan?." Dylan mengangguk. Dia mengetahui di mana tmpat itu.

"Dylan nak tahu .Anak Datin Fira kan tanya pasal Dylan. Dia kan.."

"Start dh" Dylan ingin mengetuk kepala sendiri.

Kenapa mummy nk siksa aku macam ni. Dylan terus mendapatkan mummynya. Dia ingin menghentikan mummynya dari berbicara.

"Mummy. mummy. jom kita pergi. Dylan ambik kunci kereta. Kita g kubur Daddy .. ok?" Dato' Sri Zainab memandang anaknya. Bicara terhenti. Dia mengangguk.

Dylan terus berlalu. Dia benar2 penat ..I have a long day..
_________

"Are u ok? Macam ada something je ni?" Afizan memandang wajah Serina.

Mereka baru saja selesai menghadiri mesyuarat di sebuah restoren hotel mewah. Mereka membincangkan beberapa perkara berkenaan dengan project baru.

"Ouh takde pape pun.Penat kot" Afizan mengangguk.

"Keadaan Dylan macam mne? dia ok dengan Ina?" Serina mengetap bibir.

"Macam tulah dia. trouble maker. Kerja nak menyakitkan hati orang je" Afizan ketawa mendgr komen itu. Dia sudah lama tahu. Dylan mempunyai seribu cara untuk mencari masalah dengan orang lain.

"Dia rupanya macam tu. Tapi dia baik je Ina. Sy tahu adik saya macam mne.Just dia tu savage sikit."

Serina ketawa dan mengangguk. Ketika itu telefon Afizan berdering.

"hah panjang umur dia" Nama Dylan terpapar di skrin telefon

"Along.angkat tangan jap.Rasa macam nampak sesuatu la" Afizan mengerut dahi .Dia memandang sekeliling sambil mengangkat tgannya. Dari jauh dia melihat Dylan tersenyum memandangnya. Serina membesarkan mata.

Macam mana dia boleh ada kt sini. potong mood betul la

"Along buat apa sini?"

"ada meeting tadi. Skrang ni makan dlu before balik. Dylan dari mana?" Dylan terus mengambil tempat di sisi Serina. Memanggil waitress yang bertugas dan tanpa segan silu memesan makanan.

"Dylan jumpa kawan. Dia nk bincang pasal album and cadangkan beberapa orang nama untuk bawak lagu Dylan. Tengok la nnti fikir dlu" Dylan berbicara. Afizan hnya mengangguk.

Serina malas mencelah dan hanya menikmati makanannya. Dylan pula masih bersembang dengan abangnya.

Dylan melirik ke arah Serina dan mengambil sudu di sisinya. Dia mengambil sesuatu di pinggan Serina lalu memakannya. Serina memandang wajah Dylan.

"Makanan aku tak sampai lagi" Serina menjeling tajam. Dylan hnya tersenyum dan mendekati Serina.

"Suka buat mata mcm tu. nanti.." belum sempat Dylan meneruskan kata Serina terlebih dahulu memotong.

"Nanti cacat muka sebab sakit saraf. Muka macam ni .Ek " kata Serina sambil membuat riak wajah yang selalu dibuat oleh Dylan. Dylan terus ketawa. Hidung Serina terus dicuit.

"Pandai"

"Ish. Nampak garfu ni.Mata tu buta karang" Serina membesarkan matanya. Dylan menjauh dan ketawa. Afizan hanya mengelengkn kepala. Ketika itu makanan Dylan tiba. Dylan membahagikan makanannya dan meletakkan nya di pinggan Serina.

"Rasa ni. Ni paling sedap kt restoran ni"

"Macam dh selalu" Dylan mengangguk.

"aku memang selalu. Partner je tukar" Serina terus mngunyah daging yang berada di pinggan. malas ingin melayan lelaki ini.

"Playboy" Dylan tidak ambik runsing hal itu.

Dia lebih bersemangat untuk makan. Afizan melihat perangai kedua²nya. Dia tidak mengerti mengapa Dylan suka benar menganggu wanita ini.

Mungkinkah? Tapi dari pandangan Dylan mahupun Serina masing2 tidak menunjukkan bibit cinta itu. Dia juga kurang pasti apa sebenarnya hubungan mereka berdua.

"Along nak balik jap lagi. Nak jemput Amanda. Awak nak pergi sekali ke?" Serina mengangguk laju. Dia terus menghirup minumannya

"Tak Along. Nanti Dylan hantar dia balik. Along glah dlu .Nanti little mochi tunggu" Serina menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Afizan mengangguk dan terus menuju ke kaunter pembayaran.

Serina bgun dan beralih tempat duduk di hadapan Dylan. Dylan pula masih menikmati makanannya. Berselera sangat dia ni.

"So how? dah fikirkan ke? Seminggu dah aku bagi" Serina mengetap bibir.

"Saya taknak. Saya tak boleh" Serina membalas ringkas.

"why?" Serina menunjukkan cincin di jarinya.

"I tot Ur fiancee already died. 5 years ago." Dada Serina seakan berhenti berdetak.

Dylan masih fokus dengan makanannya. Sejenak,dia mengambil minuman lalu menghirupnya.

"Betul kan?" Serina menahan rasa untuk tidak menangis.

"Tu bukan masalah awak" Dylan memandang wajah Serina. Kali ini tidak seperti selalu.

"Aku rsa 5 tahun tu dh ckup untuk kau bgun dan move on. Kau kena terima takdir kau dengan dia tak ditakdirkan bersatu dengan Tuhan."

"Saya dah redha dan awak takde hak nak persoalkan bnda tu" Dylan hanya ketawa dan mengelengkn kepala.

"redha ke if mcm ni? Hari tu masa aku selamatkan, kau g lawat kubur dia kan? Haris Abdillah" Serina ingin marah. Sepertinya Dylan mengetahui bnyak benda dan dia tidak menyukai itu.

"Saya tak suka awak siasat tentang hal peribadi saya. Tu hak saya dan awak takde hak untuk masuk campur. Kalau saya tak move on sekali pun tu bukan urusan awak" Senyuman Dylan mati. Kali ini wajah lebih serius.

"Dan kau rela hidup dalam masa lalu yang perit. tu sama je kau musnahkan diri kau. Kau tak percaya dengan takdir Tuhan." Serina terdiam seribu kata. Dia tidak pernah memikirkan soal itu. Baginya hati sudah tertutup semenjak meninggalnya Haris.

"Aku tak mintak pun cinta kau Serina. Aku taknk pun rebut cinta kau untuk Haris. Aku tak nak masuk campur pun..Tapi sekarang ni aku terdesak. Aku mengaku aku selesa dengan kau. Aku rsa kau faham aku. Selepas kahwin aku boleh jamin kau akan ada hidup kau sendiri sama macam sekarang." Dylan mencuba nasib lagi mnyakinkn Serina.

"Saya taknk. Saya betul2 tak nak ada apa2 kaitan dengan awak. Jadi isteri awak? memang tak pernah sikit pun dalam hati saya" Serina bangun dari duduknya. Dia tidak ingin lagi berada di situ.

Dylan mengetap bibir. Bagaimana lagi ini?
______________

Serina melihat sejambak bunga di atas meja. Lagi dan lagi dia menerima bunga itu. Hatinya panas. Dia mengambil nota yang terselit.

"Tolong aku please" - DX

Serina terus membuang bunga itu ke dlm tong sampah. Nota ditangan di koyak². Dia sakit hati.

"Kenapa dgn dia tu? orang tak nk dia sibuk nk paksa2." Serina mengerutu sendiri.

Ketika itu seseorang tiba di pejabatnya. Afizan melihat wajah Serina yang seakan muram . Bunga yang berada di dalam tong sampah dilihat.

"again?" Serina mengangguk.

"bersungguh betul lelaki tu. Untung Ina" Serina mengelengkn kepala.

Kalau la kau tahu ni kerja adik kau yang gila tu. Mau tak terkejut kau.

"Orang gila memang macam tu" Afizan memilih untuk tidak masuk campur.

"Ni mummy suruh Ina hantar kt rumah.Dia malas nk g office hari ni" Serina melihat sebuah file yang berisi beberapa dokumen.. Serina mengangguk.

"Lepas hantar tak yah dh masuk office. Lewat jugak dh ni. " Serina tersenyum dan mengangguk.
________

"Mummy, Dylan tak nak la" Dylan mengeluh. Dia melihat mummynya mengubah bunga dan meminta dia membantu.

"Tlong la mummy" Dato' Sri Zainab seakan merayu. Dylan mengelengkn kepala

"Dylan ni lelaki .mana reti bab2 gubah bunga ni. Pelik2 jelah hobby mummy ni" Dato' Sri Zainab memandangnya tajam. Dylan seakan tidak peduli.

Aku ni dah la lelaki ..Buat benda2 perempuan macam ni. Mana la aku reti . Menyesal nya dtg rumah ni. Mana pergi Serina ni tak sampai2 lagi.

Kata mummynya dia tidak pergi kerja hari tu. Pada awalnya dia meminta Dylan menemaninya jalan2. Dylan Sudha menolak tapi mendgr lagi Serina akan pergi ke rumah untuk menghantar file membuat Dylan terus menuju ke rumah mummynya.

Kau memang gila Dylan.

"Assalamualaikum Dato' Sri" bunyi seseorang memberi salam. Dato' Sri Zainab tersenyum lalu menuju keluar. Dylan mencuba menahan senyumannya. Dia melihat bahan gubahan mummynya.

"Waalaikumsalam. Masuk la dlu Ina. kebetulan Dylan ada ni" Serina mngetap bibir.

Ya Allah takde hari lain ke kau nk pergi rumah mummy kau.

Serina berusaha mengukir senyuman. Dylan memandang wajah Serina. Dato' Sri Zainab meminta izin untuk naik ke atas. Dia ingin mengambil sesuatu.

"Mata tu tak reti tengok tempat lain ke?" Serina merengus geram. Dylan tersenyum sinis.

"Ni kan mata aku. Sukati aku la" Serina membulatkan matanya. Dia menjeling Dylan tajam.

"Buat la kau muka mcmtu. Nanti cacat baru tahu" Serina mengejek. Dylan masih tersenyum. Dia bangun dan duduk di sisi Serina. Serina membesarkn mata.

"Duduk kat sana boleh?" Dylan tidak mengendahkan kata² Serina.

"Dh fikir ke?"

"nak fikir apa. Memang saya taknk. "

"Aku bagi kau sebuah rumah. Aku bagi semua kemudahan yang ada" Serina menjeling tajam..

Ingat aku ni hadap sgt duit dia.

"Ingat sy ni mata duitan ke?"

"Perempuan memang macam tu kan. Dia akan tinggalkan lelaki yang takde pape semata2 demi duit. Aku ada semua kau nak. Duit. Harta. Handsome." Serina tidak ambik runsing. Dia berpura2 tidak mndgr. Dylan mendekatkan dirinya.

"Dan aku bole buat kau meraung kt katil sampai kau tak mampu nk berjalan esok " Dylan berbisik.Dylan senyum sinis Serina membesarkn mata.

"Awak" Serina meninggikan suaranya. Dylan ketawa. Ketika itu Dato' Sri Zainab tiba. Dia melihat ketegangan antara mereka berdua.

"Kenapa ni?" Serina terus bangun dari duduknya. Dylan hanya tersenyum memandang mummy dan mengangkat bahu.

"Dato' Sri. Sy nak balik dlu .takut lambat pulak nk cari teksi."

"Lah suruh Dylan hantar la." Dylan memandang wajah Serina.

"eh tak pe Dato' Sri. Saya keluar dlu. " Serina terus keluar. Dato' Sri Zainab memandang Dylan.

"Dylan buat apa kat Ina?" Dylan mengelengkn kepala.

"Dylan buat apa?" Dylan bertnya kembali.

Pura2 pulak dia ni Macam aku tak kenal dia.

"Pergi minta maaf kt Ina Skrang. Hantar dia balik. Jangan balik sini kalau tak hantar dia balik" Dylan hnya ketawa.

"Sayangkan mummy dgn dia" Dylan bangun dari duduknya.

"Dia tu perempuan yang baik. Takde dh perempuan macam Ina kt dunia ni. Dia tu limited edition. Dylan jgn kacau dia." Dato' Sri Zainab memberi peringatan.

Dylan ketawa. Dia terus menuju keluar. Dia melihat Serina yang melangkah keluar dari gate rumah. Dia terus berlari mendapatkan Serina..

"Kenapa awak asyik kacau saya ni? takde kerja lain ke?" Serina menjadi geram.

Mengapa lelaki ini begitu bersungguh bahkan asyik menyebut tentang perkahwinan. Baginya itu tidak mungkin. Dia tidak ingin menjadi seorang isteri sampai bila².

" Serina, aku ada segala kau nak. aku akan bagi. Kahwin dengan aku .Itu je aku nak. Anggap ni sebagai balas budi kau" - Dylan tidak pernah putus asa.

Dia tidak mahu kehilangan Serina. Bukan Kerna cinta tapi wanita itu cukup sesuai dijadikan isteri yang menepati selera sang ibu.

"Kalau nak balas budi pun ni bukan cara dia. jangan nak manipulasi kan saya" Serina berlalu namun dia terleka.

Dia hampir saja dilanggar oleh sebuah kereta yang lalu di hadapan rumah Dylan. Namun Dylan pantas menariknya. Serina jatuh dipelukan Dylan. Mereka berdua tersungkur di tepi. Dylan mengaduh kesakitan.

"Awak.Awak ok tak?" Dylan memegang perutnya . Terasa ngilu di kawasan luka kerna gegaran kuat. Serina menjadi cemas. Dia ingin mendail nombor hospital namun dihalang oleh Dylan

"I'm ok.Jangan risau" Serina panik. Dia melihat wajah Dylan terus pucat. Dylan berusaha untuk bangun dengan bantuan Serina.

"betul ke ok ni?" Serina bertanya lagi. Dylan mengangguk. Dia menarik tangan Serina untuk menuju masuk ke perkarangan rumahnya.

"Kalau nak melintas tu tengok kiri kanan. Cikgu tak ajar ke kt sekolah." Dylan membebel. Serina hanya mendiamkan diri. Mereka sudah tiba di kereta Dylan.

"Masuk" Serina menurut. Dylan menarik nafas sedalam²nya. Dia berharap agar ianya tidak melarat. Dylan mengambil sesuatu di dalam bag nya dan mengambil air mineral di tempat duduk belakang.

Serina melihat Dylan seakan menelan sesuatu ubat. Dia menjadi serba salah pula. Dylan hanya melihat wajah Serina yang serba salah. Dia menahan senyuman.

"Kau risau sangat kenapa?"

"Betul ke ok ni? kalau tak ok sy boleh drive. Kita g check" Serina ingin melihat tempat luka di perut Dylan.Tkut2 ada darah keluar.

Jika ada apa2 yang berlaku kepada Dylan memang masaklah dia nk menjawab kepada Dato' Sri Zainab.

"Aku ok je jgn risau. Hati aku ni tak ok asyik kena reject dengan kau." Dylan terus menekan pedal minyak dan meninggalkan kawasan perumahan mummynya.. Serina hanya mendiamkan diri.

"Kau tak pernah terfikir ke? kenapa kau masuk dalam hidup kau dan kenapa aku masuk dalam hidup kau? Kenapa semua ni berlaku kat kita. Kau tak pernah fikir ?" Serina terdiam.

"Takdir" Ringkas Serina berbicara. Dylan mengangguk.

"Ni dh kali keberapa kali aku selamatkan kau. Tu tandanya Allah nak tunjuk sesuatu." Serina memandangnya tajam.

"Pandai kan dia dalam bab2 ni.Tiba² jadi ustaz" Dylan terus ketawa.Ketika itu rsa ngilu kembali menyerang. Tawa Dylan terus terhenti. Serina melihat wajah Dylan yang seakan tidak selesa.

"Sakit lagi ke?"

"Kejap je ni.Makan ubat hilang la. Jangan risau" Dylan menyakinkan wanita itu.

"Tlong aku kali ni je Serina. Aku betul2 berhrap kt kau. Mummy bagi Smpai hujung tahun ni je hah. Skrang dh bulan 11. aku memang tak leh fikir bnyak dah ni. tak tenang aku tido kau faham tak? sebab aku kurang tido. benda kt perut ni asyik rsa ngilu sbb tu aku tak jauh dari ubat aku" Dylan cuba memancing.

wajah Serina jelas berubah. Dylan menahan senyumannya. Serina menunduk seketika dan memandang ke hadapan. Adakah plannya menjadi? Dylan tidak bisa membaca.

Kereta Dylan sudah berada di hadapan rumah Serina. Serina melihat wajah Dylan buat kali terakhir.

"Awak betul2 ok ke ni?" Dylan tersenyum dan mengangguk. Serina mengetap bibir. Lama dia mendiamkan diri. Dylan masih menunggu jawapan darinya.

"Awak hantarlah rombongan meminang kt kampung saya. Nanti sy bagitahu mak ayah" Dylan membesarkan matanya. Serina mengambil bag tgannya lalu keluar dari kereta. Dylan mengukir senyum.

"Yes. Berjaya" Dylan melihat Serina sudah masuk ke dalam rumah. Dylan mengambil cermin mata hitam lalu memakainya.

"Tq Serina"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience