bab 4

Romance Completed 13974

Serina melangkah menuju ke ruangan yang menempatkan Dylan. Dilihatnya Dato' Sri Zainab dan Afizan juga berada di situ. Menunggu dan berharap Dylan bangun dari komanya.

Lelaki itu sudah disahkan koma sejak hari kejadian. Kini memasuki hari ketiga Dylan dalam keadaan koma kerana bacteria telah menjangkiti di kawasan tusukan itu. Keadaan Dylan sepertinya lebih teruk dari yang dijangka.

"Dato' Sri. Ni file yang Dato' nak tadi" Dato' Sri Zainab mengangguk dan menyuruh Afizan mengambilnya.

"Nak jenguk Dylan ke?" Serina mengangguk.

"Nanti bagitahu saya if Dylan sedar ye. Nak ajak Izan keluar cari makan kejap. " Dato' Sri Zainab berbicara. Serina mengangguk.

Serina melihat bekas air yang masih di atas meja. Sepertinya mereka berdua mengelap tubuh Dylan. Serina mendekati Dylan yang masih diulit lena. Tidak seperti hari pertama, kali ini keadaan nya makin stabil. Seharusnya dia dijangka akan bangun hari ini namun sehingga kini Dylan masih seperti itu. Serina duduk di sisi Dylan.

"Awak menakutkan saya" airmata Serina mengalir. Serina mengesat airmata lalu bgun dari duduknya.Dia terus membersihkan kawasan itu. Menukarkan bunga baru yang segar yang baru dibelinya.

"Serina" Langkah Serina terhenti. Dia melihat Dylan membuka mata perlahan². Namanya meniti di bibir lelaki itu. Serina terus mendapatkan Dylan.

"Awak dh sedar?" Dylan terbatuk kecil. Dia melihat keadaan sekeliling. Seketika dia mengaduh kesakitan.

"kenapa? sakit ke? Saya panggilkan doktor" Serina ingin berlalu namun tgannya ditarik oleh Dylan. Serina memandang Dylan.

"Air. Saya nak air" Serina terus mendapatkan minuman buat lelaki itu. Membantu Dylan untuk duduk

"Sakit lagi ke?" Dylan hanya senyum nipis.

"I tot I already died" Dylan tidak mampu bergerak banyak .Sakitnya masih terasa.

"I'm sorry" Serina menundukkan wajahnya. Dylan memandang wajah Serina. Wajah wanita itu jelas menunjukkan rasa serba salah. Ketika itu para doktor tiba dan mendekati Dylan.

"Tq Dylan for waking up" Dylan mengangguk. Serina terus meminta izin untuk menunggu di luar. Dia ingin menelefon Dato' Sri Zainab. Puteranya sudah terjaga.

###########

"Mummy, dah la tu. I already wake up" Dylan mengetap bibir. Dato' Sri Zainab memeluknya sambil menangis. Dia benar2 ketakutan. Dylan memandang wajah abangnya. Afizan hnya tersenyum

"Mummy rsa nak mati tau. Suka takutkan mummy macam tu" Dylan melepaskan pelukan mereka. Mengesat airmata mummynya.

"I'm ok now mummy. I'm sorry sbb risaukan mummy" Dato' Sri Zainab tersenyum dan mengangguk. Serina hanya memeluk bahu Mak Dayah dan melihat drama anak beranak itu.

"Kenapa mummy macam lesu sgt je ni? Tak tidur ke?" Afizan mendekati adiknya.

"Along dah pujuk dah dia.. mummykan degil. "

"Along bawak la mummy balik. I already fine. Mummy datang balik esok ye"

"Tapi mummy nak teman Dylan"

"No mummy.. nanti kalau mummy dtg Dylan akan suruh doktor halau mummy. Dylan cakap la menganggu ketenteraman pesakit" Serina seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengarkan.

"Sampai hati dia.." Dato' Sri Zainab sudah bisa mengagak anaknya ini. Dylan hnya ketawa.

"Mummy balik la. Jap lagi doktor akan dtg lagi tu" Dato' Sri Zainab hanya mengangguk.

Keadaan menjadi sunyi sepi. Serina masih berdiri di depan pintu. Dia menjadi kelu pula. Dylan memandang wajah Serina.

"What wrong?" Dylan berbicara. Serina mengetap bibir.

" Awak perlukan apa² bantuan ke?" Dylan memandang Serina lagi.

"Hah ada. kau mandikan aku" Serina membesarkan mata. Dylan terus ketawa.

Dia ni memang dah sihat betul ke? Nak je aku buat mulut dia pulak masuk ICU.

"Ambilkan air untuk aku" Serina terus mengambil minuman dan menyerahkan minuman kepada lelaki itu.

"Nak bubur tu" Serina menurut jua. Dylan menahan senyumannya.

"Suap la" Serina mengerut dahi. Dia memandang wajah Dylan tajam.

Dia ni lebih kuah dari sudu ni.

"Tangan tak sakit kan?"

"Eh aku patient ke kau? Aku tahu la sakit tu macam mana" Serina seakan mati kutu. Dia menurut jua akhirnya. Dylan tersenyum sendiri.

"Aku sucks betul pakai baju macam ni. Kau belikan baju untuk aku bole" Serina mengerut dahi.

"Mana bole pakai baju lain selain baju patient"

"Aku buat la sampai boleh" Dylan menolak tgan Serina. Perutnya tidak mampu menerima lebih banyak makanan buat masa ini.

Serina menahan rasa hati. Dia tidak mahu bergaduh dengan lelaki ini. Seperti nya lelaki ini makin sihat. Buktinya dia sudah kembali ke perangai lamanya. Perangai menyakitkan hati.

"Mana fon aku?" Serina bangun dan mendapatkan bag milik Dylan di dalam laici. Serina mnyerahkan telefon bimbit milik Dylan .

Dylan hanya fokus akan telefonnya seketika. Seketika dahinya berkerut.. Seketika dia tersenyum.Seketika wajah nya cukup serius. Serina hanya memerhati setiap minit perubahan wajah lelaki itu.

Banyak ke yang mencari lelaki ini? Dia ni kerja apa je? Serina tertanya² sendiri. Semestinya Dylan bukan bekerja di syarikat Dyzan Group .Lantas lelaki ini kerja di mana.

"Handsome sangat ke aku ni sampai kau pandang macam tu?" Dylan berbicara. Serina tersedar dari lamunan nya.

"Perasan." Serina kembali memeriahkan bekas makanan dan membersihkan ruangan bilik Dylan.

"Serina, aku nk mintak tlong sikit boleh" Serina memandang Dylan. Dylan menyerahkan 2 kad kepadanya. Serina mengerut dahi.

"Satu kad ni kad rumah aku. Satu kad ni kad bank aku"

"Jadi?"

"Kau tlong kemaskan rumah aku. Rasanya ada makanan kt atas meja hari tu. Aku tak sempat bersihkan. " Serina membesarkan mata. Dylan mengukir senyuman yang seakan susah ditafsir. Serina menjadi sakit hati sendiri.

"Kenapa saya? "

"Lupa ke? kenapa aku kat sini?" Serina mengetap bibir. Lelaki ini memang sengaja mempergunakan rasa bersalahnya untuk kepentingan diri sendiri. Serina mnyerah jua.

"Yang lagi satu ni?"

"Beli pakaian. Aku nak pakaian baru"

"Tapi saya tak tahu nk beli apa" Dylan mengambil pen dan buku di dalam begnya.

"Kau beli je apa². Kalau aku tak suka. Aku bagi la kau pakai."

"Huh?" Mata Serina membulat besar. Dylan memandang wajah Serina lagi.

"Eh salah.Bukan bagi. Aku jual dengan kau balik.." Serina mengetap bibir dan menjeling ke arah Dylan.

"Mata kau dh kenapa?"

"Senaman" Dylan hanya ketawa. Dia menarik tgan Serina. menarik wanita itu supaya mendekatinya. Serina tersentak. wajah Dylan begitu dekat.

"Kau tahu. If kau keep rolling eyes macam tu kan. Nanti akan kena sakit saraf. Then muka pun cacat.macam ni..Ek.." Dylan membuat riak wajah yang aneh. Serina terus menjauhkan wajahnya. Dylan hanya ketawa.

"Gila"

"Well"

Menyakitkan hati betul la mamat ni. Baik tak payah bangun kalau kerja setiap masa nk sakitkan hati aku je.

##########

Serina membuka pintu rumah perlahan2. Dia melihat keadaan rumah yang seakan seperti ada gempa bumi.Serina menarik nafas sedalam2nya.

"Sabar Ina..Sabar.." Serina mencuba untuk tenang. Dia melangkah perlahan2 dan melihat kawasan dapur rumah itu

"Dia ni nak masak apa sampai jadi mcm ni. Eyyy geram nye hati aku" Serina mengerutu sendiri. Dia benar2 tidak berpuashati. Dengan baju² berselerak di lantai. Bagaimana Dylan bisa tidur di dalam rumah seperti ini.

Langkah Serina terhenti apabila membuka sebuah bilik yang lengkap dengan alat muzik. Seperti dalam studio. Serina masuk ke dalamnya perlahan².
Terdapat pelbagai jenis gitar dan drum yang terletak di sudut dinding. Jelas seperti sebuah studio. Serina tertnya2 sendiri.

Dia ni buat lagu ke? Hati Serina berbicara sendiri.

Serina menutup pintu itu perlahan2 dan beralih pula ke arah bilik utama. Dia melihat almari yang dibiar terbuka. Serina mengetap bibir. Sudah bisa diagak bilik lelaki bujang seperti apa.Dia melihat beberapa buku di letakkan di tepi meja sisi katil. Mata Serina tertacap pula pada gambar hitam putih di terpapar besar di dinding.

Lelaki itu lagaknya seperti seorang model. Serina kehairanan. Serina melangkah perlahan² dan membersihkan apa yang patut. Mengutip pakaian kotor yang ada. Secara tidak sengaja dia melihat gambar Dylan di dalam sebuah buku. Serina membesarkan mata dan terus mengambilnya.

"Dylan Xing in Fashion Paris"

Serina terduduk sendiri.

"Dia model terkenal? Biar betul. Si trouble maker tu?Kenapa aku tak tahu.. Imposibble" Serina benar2 tidak percaya. Bagaimana bisa?

dunia ni betul2 tak adil

Share this novel

Nornazurah
2022-08-16 14:12:09 

I'll


NovelPlus Premium

The best ads free experience