Bab 15

Drama Completed 7832

Sejak Syakila berkerja sebagai model di AY Fashion,sikap Adam semakin berubah.Silap sikit sudah melenting.Semua yang di minta Syakila semua dia ikut.Qassandra adalah mangsa yang paling teruk.Hari-hari ada saja yang tidak kena.Semua design yang di buat apabila Syakila tidak suka di koyak depan matanya.Qassandra sudah tidak tahan.

"Design apa kau bagi aku ni,aku nak yang lebih sesuai dengan Syakila,sexy,elegant,cantik bukannya baju macam baju tidur macam ni."Adam membuang fail ke lantai di kaki Qassandra.

Bahu Qassandra terangkat.Terkejut dengan suara kuat Adam.Rasa mahu menangis kerana hari-hari di marah begini.

"Sayang...Kenapa you ambil designer yang langsung tiada bakat macam ni?"Syakila bersuara manja.Dia duduk di tepi kerusi Adam sambil membelai lembut bahu Adam.

Qassandra yang mendengar rasa sakit hati pula.

"Habis you nak i buat apa.Mama i yang ambil dia kerja."Adam bersuara mendatar.

"Apa yang you takut sangat dengan Mama you tu.Apa kata you pecat je Qassandra.Jangan risau i pun pandai tau design ni.Dulu i ada belajar design macam ni."Syakila memberi cadangan dia memandang sinis muka Qassandra.

Qassandra terkejut.

"Yeka...tapi i tak nak tangan you yang cantik ni nanti letih pulak."Adam mengusap lembut tapak tangan Syakila.

"Takpe i sanggup buat demi sayang i ni."Syakila mencuit hidung Adam.

Qassandra rasa geli pula tengok kemesraan mereka berdua.

"Kalau macam tu okey la."Adam bersetuju.Dia tersenyum melihat Syakila.

Syakila telah membuat dirinya sering tidak keruan.Setiap malam dia bermimpikan Syakila.Sehari kalau dia tidak melihat Syakila hatinya gelisah.

"Qassandra,saya pecat awak hari ni jugak."Adam bersuara lantang.

Qassandra terkejut.Air matanya mengalir.
Kenapa Adam berubah sampai macam ni sekali.
Dia berlari keluar dari bilik Adam.

Syakila tersenyum puas hati.

'Padan muka kau.'Syakila menyumpah dalam hati.

Syakila melihat Adam dan membelai pipi Adam.

Adam berasa sangat bahagia.

****************************************************

"Qas,betul ke Encik Adam pecat kau?"Tanya Salwa.Berasa terkejut apabila melihat Qassandra keluar dari bilik Adam dan mengemas meja.

"Takpe lah kak,nak buat macam mana.Mungkin betul saya tiada bakat."Suara Qassandra lemah.Air matanya di lap dengan tapak tangannya.

"Tapi akak peliklah,kenapa dengan Encik Adam tu.Sejak Syakila kerja sini dia dah lain sangat.Kalau boleh 24 jam dia nak bersama dengan Syakila."Salwa berasa curiga.

"Entahlah kak,saya pun tak faham dengan perangai Encik Adam tuh."Suara Qassandra.
"Saya pergi dulu kak."Qassandra mengundur diri.

Dia berjalan keluar setelah bersalaman dengan Salwa.

Salwa berasa tidak sedap hati.Apa yang akan terjadi selepas ini.

****************************************************

Syakila melayan Adam sedang minum arak dengan rakusnya.Hayal dengan minuman tersebut.Kepalanya tergoyang-goyang mengikut retak muzik

Helmi di sebelah tersenyum sinis.Bodoh.

"Kerja aku dah settle,sekarang giliran kau pulak."Syakila bersuara sombong.

Helmi hanya menganggukkan kepala dan tersenyum jahat.

"Wei...Dam...kenapa dengan kau ni."Luth memarahi Adam.Dia merampas gelas minuman keras yang di minum Adam.

Syakila yang bersembang dengan Helmi tadi terkejut.
Orang sekeliling tidak ambil peduli.Mereka hayal dengan minuman mereka dan menari ghairah.

"Kau dah kenapa?Kau jangan kacau aku lah."Adam bersuara garang.Dia menolak kuat badan Luth.Marah apabila di kacau ketika sedap minum air yang membuat dia rasa tenang.

"Sedar lah sikit,apa yang kau buat ni semua haram, berdosa tau tak."Luth masih cuba mengingati Adam.

"You dah kenapa.Jangan ganggu Adam.Dia sedang berseronok dengan I."Syakila berdiri memarahi Luth.

"Kau buat apa dengan Adam sampai dia jadi macam ni?"Tanya Luth suaranya kuat.

"Aku tak buat apa-apa pun.Dia yang nak minum aku bagilah."Syakila bersuara bongkak.

"Adam jom aku bawak kau balik."Luth menarik tangan Adam yang masih hayal dengan minuman haram itu.

Adam menolak kuat badan Luth sehingga Luth jatuh ke lantai.

"Luth,baik kau pergi sebelum aku panggil guard heret kau keluar."Arah Syakila dan mengugut Luth.

Luth menahan marah.Dia berjalan keluar.Hatinya sangat bimbang dengan keadaan Adam.Seperti boneka yang di kawal Syakila.Apa yang Syakila cakap semua dia ikut.

Terkejut dengan apa yang di cerita Datin Viyona apabila Adam sudah berubah.Sering balik lewat dan bila balik baju yang pakai berbau busuk.
Sekarang kerja pun dia suruh Syakila yang uruskan.Entah datang dari mana tiba-tiba mahu uruskan butik.Kalau semakin maju tidak mengapa,ini semakin jatuh teruk dan pekerja banyak yang berhenti kerja.Datin Viyona ada berjumpa dengan Syakila tapi dimarahi Adam pula bila Datin Viyona memarahi Syakila dan di ugut jika Datin Viyona apa-apakan Syakila dia akan pergi dari sini dan jangan berharap dapat jumpa lagi.Datin Viyona sangat sedih.

'Ya Allah,Kau lindungilah Adam Yusuf.'Doa Luth dalam hati.
Dia mesti menolong temannya itu.

****************************************************

Qassandra duduk menunggu Maria di restoran makan.Katanya,mahu kenalkan dengan teman lelakinya dan bercadang untuk membawa teman lelakinya itu berjumpa dengan Mek Mah dan Pok Ri.Qassandra tersenyum sendiri apabila teringat Maria merayu-rayu menyuruhnya temankan sekali.

Seorang pelayan menghidang air yang di pesan Qassandra.

"Terima kasih."Ucap Qassandra.

Pelayan itu hanya diam dan pergi dari situ.

Qassandra menyedut air minumannya.
Tiba-tiba dia rasa pening.Dia rasa mahu jatuh tapi seseorang telah menyambutnya.Dia cuba melihat orang itu tapi tidak jelas.Kabur.Orang itu membawa Qassandra pergi.Qassandra tidak mampu untuk melawan kerana dia sudah mahu pengsan.

***************************************************

Qassandra mamai.Dia terasa seperti ada orang ingin membuka bajunya.Laju dia tersedar dan menolak badan orang itu.Dia berlari keluar.Dia tak tahu mahu lari ke mana.Rumah itu terlalu gelap.Hanya samar-samar lampu kecemasan.

Tiba-tiba tangannya di tarik kuat.

"Sayang nak pergi mana?Jangan takut.Mi tak buat apa-apa pun dengan Qas."Lelaki itu bersuara di telinga Qassandra.

Qassandra ketakutan.Helmi.

Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri.

Lagi kuat Helmi memeluk Qassandra.

"Apa salah aku.Sampai kau buat aku macam ni."Qassandra menjerit.Tangisannya bertambah kuat.

"Sayang tak salah apa pun.Mi yang salah sebab Mi terlampau sayang dekat Qas."Helmi bersuara lembut.

"Tapi kau...kau dah tolak cinta aku.Kau tahu tak aku sayang sangat dekat kau."Suara Helmi bertukar garang.Dia menampar pipi dan menolak Qassandra kuat jatuh ke sofa.
Rakus dia mencium Qassandra.

Qassandra meronta tapi lagi kuat Helmi menerkam tangan Qassandra.

Helmi mengoyakkan baju Qassandra.Terdedah bahagian bahu Qassandra.

Qassandra menangis kuat.Dia tidak berdaya untuk melawan badan sasa Helmi.

'Ya Allah..Tolonglah aku Ya Allah..tolonglah hambamu ini...Aku tak berdaya...'Qassandra merintih.Berdoa dalam hati.

Tiba-tiba pintu di rempuh masuk seseorang.
Lampu terbuka.

"Qassandra."Jerit Maria.

Dia berlari dan menolak kuat badan Helmi.
Tumbukan demi tumbukan dilepaskan ke muka Helmi.Tidak cukup dengan tumbukkan dia melepaskan sepakkan berpusing.Helmi jatuh.

Luth yang melihat terkejut.Laju dia menahan Maria setelah melihat Helmi jatuh dan tidak berdaya bangun.Terpegun juga dibuatnya sampai kaki dia kaku untuk menolong.

Maria berjalan memeluk Qassandra.Qassandra menangis kuat

"Mar,aku takut."Qassandra memeluk kuat.

Dalam hati dia bersyukur,Allah SWT mendengar pertolongannya.

Luth mengikat tangan Helmi menggunakan wayar DVD.

Beberapa minit kemudian polis datang membawa dan membawa Helmi pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience