Bab 12

Drama Completed 7832

Qassandra berasa sangat gembira.Hari ini adalah hari yang dinantikan.Dia sibuk meneliti setiap baju untuk diperagakan sebentar nanti.

Kemudian dia melihat jam ditangannya.Keluarga Qassandra dan Maria masih belum sampai.Dia melihat bahagian kerusi yang dikhaskan untuk keluarganya.
Kemudian dia tersenyum apabila melihat keluarganya sudah sampai.Dia melambai dan memanggil Maria.Maria terus berjalan ke tempat Qassandra di belakang pentas.
Mereka berpelukkan.

"Qasss....rindunya aku dekat kau."Maria memeluk Qassandra.Sejak Qassandra pindah,Maria dapat offer kerja di Kelantan sebagai guru di Giat Mara dan hanya bermesej atau video call sahaja jika rindu.

"Aku pun rindu kau jugak.."Qassandra bersuara ceria.

"Bestnya kau impian kau dah tercapai sekarang."Suara Maria setelah meleraikan pelukkan.

"Alhamdulillah.Berkat doa kita semua."Qassandra bersuara lembut.Dia membetulkan cermin matanya.

"Cik Qassandra."Panggail satu suara perempuan

"Ya saya."Jawab Qassandra lembut.

"Cik perlu bersiap sekarang."Pinta gadis itu.Memakai tag nama Asyikin.

"Saya dah siapalah ni."Jawab Qassandra.

"Tapi Encik Adam menyuruh Cik Qassandra memakai baju lain."Jawab Asyikin.

Qassandra diam.Kemudian dia mengangguk.

"Mar kau duduk lah dulu ya."Suruh Qassandra.

"Okey.Jumpa kau nanti."Jawab Maria.

Qassandra hanya membuat jari okey.

Dia berjalan masuk ke bilik solek.Melihat Asyikin mengeluarkan baju pengantin kembang yang cantik.Qassandra pelik.Baju ini kan untuk Fashion Show Adam yang bertemakan baju pengantin dah kenapa dia harus memakainya.

Asyikin menghulurkan baju itu ke Qassandra.

"Encik Adam cakap,Cik Qassandra akan menjadi modelnya malam ni dan cik akan keluar bersama-sama dengan Encik Adam nanti."
Terang Qassandra.

Dia tidak tahu tentang hal ini.

"Cepat Cik Qassandra,nanti terlambat pulak."Kalut Asyikin.Dia meletakkan baju di tempat pergantungan.Kemudian menyuruh Qassandra duduk untuk bersolek.

Qassandra hanya menurut jika tak dituruti,Adam akan memarihi dia pula.

Setelah siap bersolek,Qassandra menukar baju pengantin kembang tersebut.Baju pengantin off shoulder yang di reka oleh Adam sangat cantik.Dengan manik swarovski yang ada di di bahagia atas dadanya begitu cantik.Lagi bertambah cantik dengan warna kegemarannya.Merah jambu lembut.
Dia melihat dirinya di cermin.Sudah lama dia tidak melihat wajahnya yang sekarang.Sampai dia berasa seperti orang lain

Kemudian dia berjalan keluar.

Adam yang berdiri menunggu Qassandra,terpana di buatnya.Kecantikkan Qassandra sangat terserlah.Dia melihat Qassadra dari atas ke bawah.Cantik sangat.

"Betul ke awak ni Qassandra?"Tanya Adam masih tidak percaya.

Qassandra tergelak kecil.

"Saya la ni Encik Adam."Qassandra bersuara lembut.

Adam masih tidak lepas memandang Qassandra.

Tiba-tiba pintu bilik solek terbuka.

"Encik Adam,Show dah nak mula dah."Beritahu Asyikin.

Dia melihat Qassandra.

"Wow...cantiknya Cik Qassadra."Puji Asyikin.

"Terima kasih.Awak jugak yang buat saya cantik macam ni."Qassandra mengucapkan terima kasih dan memuji juga skill make up Asyikin yang sangat cantik.

Asyikin hanya tersenyum malu.

"Dah jom Encik Adam...Cik Qassandra."

Mereka hanya mengangguk dan keluar dari bilik solek ke belakang pentas.

Adam masih tidak lepas melihat Qassandra yang seronok melihat bajunya satu persatu diperagakan di atas pentas.

Qassandra rasa mahu menangis tapi ditahannya takut akan mencacatkan make up diwajahnya.Setelah Sepuluh baju yang di reka Qassandra habis diperagakan tiba giliran baju pengantin yang di reka oleh Adam sendiri.Hanya lima yang Adam peragakan termasuk baju yang di pakai sekarang.Dia juga tidak menyangka dapat memakai baju idolanya.Semasa dia kolej lagi Adam adalah idola fashion designernya.Ini satu penghargaan yang tidak akan pernah dia lupa.Qassandra berasa sangat gembira sampai lupa tentang marahnya pada Adam.Kini dia berasa Adam begitu profesional tentang kerjanya dan tidak bercampur aduk dengan hal personal.

"Okey Encik Adam dan Cik Qassandra boleh berdiri di depan sekarang dan tunggu pengacara umumkan nanti."Pinta Asyikin.

Adam menyilangkan tangan Qassandra ke tangannya.

Qassandra terkejut.Dia mahu tarik tapi di pengang kuat oleh Adam.

"Okey sekarang dipersilakan Designer kita.Encik Adam Yusuf dan Cik Siti Qassandra Hyerin."Pengacara sudah mengumumkan supaya Adam dan Qassandra keluar.

Mereka berdua keluar.

Terkejut keluarga Qassandra melihat Qassandra begitu cantik dengan baju pengantin tersebut.
Datin Viyona yang melihat turut terkejut.Ada juga rakannya berbisik siapa perempuan itu.Cantik sangat.
Datin Viyona hanya tersenyum.

Adam dan Qassandra berjalan ke depan seperti pasangan pengantin.Adam segak dengan tuxedo berwarna putih.Qassandra cantik dengan baju pengantin kembangnya.

tepukkan yang sangat gemuruh oleh tetamu yang hadir dan lenser camera tidak putus-putus mengambil gambar.

Setelah sampai di bahagian depan pentas semula.Pengacara memintak Adam untuk memberi ucapan.

"Assalamualaikum dan selamat malam semua.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan support fashion show kami malam ni.Saya perkenalkan designer baru saya.Cik Qassandra.Beliau mempunyai bakat yang sangat hebat.Semoga beliau boleh pergi jauh daripada saya suatu hari nanti.Silakan Cik Qassandra."Adam mempelawa Qassandra berucap setelah ucapannya habis.

Qassandra berjalan menuju ke tempat pengacara.

"Assalammualaikum dan selamat malam semua.Di sini saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat llahi kerana telah memakbulkan impian saya dari dulu lagi dan ribuan terima kasih kepada keluarga saya..rakan saya yang banyak memberi sokongan kepada saya.Dan paling saya ingin berterima kasih adalah kepada Encik Adam yang telah mempercayai saya dan beri peluang kepada saya untuk memperagakan design-design saya.Terima kasih Encik Adam."Ucap Qassandra.

Dia melihat Adam.

Adam tersenyum dan menudukkan kepala dan tangannya diletakkan ke dada.Segak sangat.

Tepukkan yang daripada tetamu yang hadir membuatkan Qassandra berasa lebih semangat untuk meneruskan usahanya ke arah yang lebih tinggi.Dia berasa sangat bersyukur.

'Terima kasih Ya Allah.'Ucap Qassandra dalam hati.

***************************************************

"Setakat baju macam tuh aku pun boleh buat."Kedengaran suara yang dengki dengan design Qassandra malam itu.

Syakila menghempas badannya di katil.

Tak sangka di boleh berjumpa dengan minah nerd tu lagi.Dia ke sana kerana ingin melihat Adam tetapi hatinya membara bila melihat Adam dan Qassandra berjalan seperti mahu naik pelamin di atas pentas itu.

"Benci betul la...apa yang bagus sangat minah nerd tu."Jerit Syakila.

Datin Sabrina yang berjalan di depan kamar Syakila,terkejut mendengarnya dan terus berjalan masuk ke kamar Syakila.

"Kenapa ni Syakila?"Tanya Datin Sabrina.

"Minah nerd tuh la Mama.Syakila ingatkan dia dah mampos.Sekarang dia nak goda boyfriend Syakila pulak.Benci betul la..."Syakila mula dengan lakonannya.

"Yeka...tak guna punya betina.Kalau Mama jumpa dia memang siap la Mama kerjakan dia nanti."Datin Sabrina memeluk Syakila.

Syakila pura-pura menangis.

"Dah jangan nangis.Kesian anak Mama."Pujuk Datin Sabrina.

Syakila tersenyum sinis.

Sekarang Syakila adalah penganggur paling terhormat kerana segala yang diingini akan ditunaikan oleh Datuk Qamaruddin dan Datin Sabrina.Alasan dia tidak berkerja kerana dia gagal dalam examnya dulu menyebabkan dia susah dapat kerja dan menyalahkan Qassandra dengan apa yang terjadi keatasnya.Itu membuatkan Datuk Qamaruddin bertambah kesian terhadap Syakila.

Datuk Qamaruddin ada mengajaknya bekerja sekali tapi alasannya dia tidak pandai berkerja dalam pejabat.Kemudian Datuk Qamaruddin memberi modal untuk membuka perniagaan sendiri,itu pun dia tidak mahu kerana takut rugi.Sekarang beliau hanya ikut apa yang Syakila mahukan sebab rasa bersalahnya dengan apa Qassandra lakukan dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience