Bab 14

Drama Completed 7832

"Yang kau bodoh sangat pergi buat dekat situ dah kenapa?Kan dah gagal plan kita."Marah Syakila.

"Aku tak tahan la Kila tengok dia.Bila aku tengok dia terus jadi tak terkawal."Jawab Helmi.

Helmi adalah anak orang kaya tetapi ibu bapanya tidak pernah memberi perhatian sejak dia kecil lagi.Sikap memberontaknya di lepaskan kepada orang gajinya yang sering bertukar-tukar.

Pada suatu hari,pertama kali dia melihat Qassandra semasa sekolah rendah,dia menjadi obses terhadap Qassandra.Dia mahu Qassandra menjadi kawannya.Dia yang memberi surat kepada Qassandra dulu.Qassandra langsung tidak melayannya.Dia dia terus menerus memberi surat kepada Qassandra.Qassandra pindah sekolah dia turut pindah juga.Ke mana Qassandra pergi dia ikut walaupun umurnya berusia 12 tahun semasa itu dan Qassandra 10 tahun.Lama-kelamaan dia menjadi obses terhadap Qassandra.Sampai satu tahap kritikal dia mahu perkosa Qassandra sedangkan umurnya baru 17 tahun.Setelah keluar dari Sekolah Henry Gurney beberapa tahun kemudian dia perlu ke hospital untuk merawat penyakit obesesnya.Berjaya.Tapi apabila melihat Qassandra di majalah beberapa minggu lepas,obsesnya kembali dia cuba mencari Qassandra tapi Qassandra sudah pindah.Kemudian dia berjumpa dengan Syakila.
Syakila mula merancang untuk Qassandra jatuh ke tangan Helmi. Tapi malangnya mereka gagal kerana nafsu Helmi.

Syakila menghempas di sofa rumah Helmi.Dia melihat sekeliling rumah yang terlalu besar.Macam mana banduan boleh kaya dengan begitu cepat macam ni.Syakila tidak menanyakan soalan itu.Yang dia mahu hanyalah melihat Qassandra jatuh kecundang.

***************************************************

Qassandra masih trauma.Sebulan dia takut untuk keluar rumah tapi setelah di beri semangat oleh kaum keluarganya dan rakan-rakannya,dia memberanikan diri untuk keluar.Dia merubah penampilannya seperti dulu.Dia tidak mahu Helmi mengenalinya,tapi dia takut jika Helmi tahu tempat kerjanya kerana sudah keluar di majalah dan surat khabar tentang tempat kerjanya.

"Bismillahirohmannirrohhim,Ya Allah kau lindungilah aku."Doa Qassandra.

"Jom,Abang hantar."Ajak Qhai.

Qassandra hanya menurut.Takut untuk memandu sendiri.

Belum sempat mereka masuk ke dalam kereta.Sebuah kereta Audi milik Adam berhenti di depan pagar.

"Adam,kau buat apa kat sini?"Tanya Qhai.

"Qhai,kalau kau izinkan,aku ingat nak jemput dan hantar Qassandra mulai sekarang."Adam meminta izin.

Qhai diam.

"Takpe lah Dam,susahkan kau pulak.Hari tuh kau dah tolong kami,cukup terhutang budi dah."Qhai cuba menolak.

Qassandra hanya diam.

"Aku tak kisahlah semua tuh.Aku risau sangat dengan Qassandra.Aku nak dia sentiasa selamat pergi dan balik.Sebab lelaki tu masih bebas."Adam cuba memujuk.Dia tidak tahu kenapa dia terlalu risaukan dengan keselamatan Qassandra.Dia jadi tak senang duduk bila memikirkan Qassandra.

"Macam mana Qas,nak abang hantar atau ikut Adam sekali senang satu tempat kerja?"Tanya Qhai.Memandang Qassandra.

Qassandra hanya mengangkat bahu.Dia fikir jika pergi dengan Qhai,Abangnya akan pusing semula untuk pergi ke kolej.Jika pergi dengan Adam,Abangnya lebih senang pergi kolej terus.

"Memandangkan Encik Adam ada di sini,Qas pergi dengan Encik Adam je la,kesian abang nanti abang kena pusing balik."Qassandra membuat keputusan.

"Baiklah kalau macam tuh."Qhai memberi keizinan Qassandra pergi bersam Adam."Tolong jaga Qas elok-elok ya,Dam."Pinta Qhai yang masih bimbang dengan keadaan Qassandra.

"Kau jangan risau aku akan jaga Qas macam adik aku sendiri."Adam menenangkan Qhai.

Qassandra yang mendengar berasa terharu dengan keprihatinan Adam tapi bila mendengar perkataan 'macam adik sendiri' dia berasa sedih pula.Tidak tahu kenapa dia berasa begitu.

Setelah bersalaman dengan Qhai.Adam dan Qassandra masuk kereta.Adam memandu tenang menyusuri jalan raya.

Qhai perhati sehingga kereta Adam hilang daripada pandangannya.

"Ya Allah,kau lindungi adikku dan orang yang terdekat dengannya."Doa Qhai perlahan.

Dia masuk ke dalam keretanya dan memandu keluar dari pekarangan rumahnya.Setelah mengunci pagar dia terus menuju ke tempat kerjanya.

Ada sepasang mata yang tidak lepas melihat mereka bertiga daripada tadi.Helmi.
Semalam dia telah mengekori Qhai pulang daripada kolej.Lagi dia tidak menyangka apabila Syakila menyatakan bahawa Qassandra mempunyai abang kandung.Syakila yang telah memberitahu di mana tempat abang Qassandra bekerja.Dia mengambil peluang itu untuk tahu di mana tempat tinggal mereka.

Dia tersenyum sinis.

"Kau akan jatuh ke tangan aku Qassandra.Kau menyamar sekali pun,aku dah tahu itu engkau."Helmi bercakap sendiri.

Dia memandu laju meninggalkan rumah Qhai.

**************************************************

Syakila berjalan masuk ke butik Adam.Hari ni dia bernasib baik kerana di terima sebagai Model di butik tersebut.

"Silakan masuk Cik Syakila."Ramah Tina,penjaga kaunter hadapan.

Syakila hanya membuat muka sombong.

"Cik Syakila tunggu sebentar,saya call orang atas sekejap."
Tina bersuara lembut.

"Cepat sikit,aku ni busy tau tak."Tengking Syakila.

Tina terkejut.Belum mula kerja sudah berlagak macam bos.Laju Tina menekan nombor line Salwa.
kemudian dia meletakkan ganggangan telefon.

"Cik Syakila boleh naik ke tingkat 3 sekarang."Beritahu Tina.

"Lembab."Syakila menyumpahnya Tina.

Tina membuat muka menyampah dengan kebiadapan Syakila.

Syakila berjalan dengan penuh berlagak.Sampai di depan meja Qassandra dia tersenyum sinis.

"Hey,busynya?"Syakila menegur Qassandra.

Qassandra mendongak melihat orang yang menegurnya.Dia terkejut.

"Syakila,kau buat apa kat sini?"Tanya Qassandra.

"Suka hati akulah nak buat apa kat sini."Syakila bercakap sombong terus dia meninggalkan Qassandra yang masih terkejut.

Syakila membolos masuk ke bilik Adam.

Qassandra berasa tidak sedap hati.Arghh.

***************************************************

Setelah seminggu Syakila menjadi model di butik AY Fashion,Adam jadi kurang bercakap dengannya.Dia hanya menunaikan janjinya mengambil dan menghantar Qassandra.Mungkin betul,Adam menganggapnya sebagai adik sahaja.

"Encik Adam,mulai esok saya rasa dah boleh pandu sendiri pergi kerja.Saya tak mahu menyusahkan Encik Adam lagi."Qassandra bersuara perlahan.

Adam diam.Dia melihat Qassandra.

"Kalau macam tuh,saya ikut saja lah."Adam hanya mengikuti kehendak Qassandra

Dia keluar daripada kereta Adam.Tidak tahu kenapa kenapa dia berasa sedih dan kecewa.

Adam terus pergi meninggalkan Qassandra.

Qassandra terkejut.Selalunya Adam akan tunggu sampai dia masuk ke dalam rumah tapi hari ni dia lain sangat.Qassandra mengeluh.

Tiba-tiba dia rasa seram sejuk.Dia berasa seperti ada yang memerhatikannya.Dia menoleh ke belakang tiada siapa.

"Qas,kamu buat apa lagi kat sini,cepat masuk."Qhai sudah berada didepannya.Risau jika apa-apa berlaku kepada Qassandra.

Qassandra terkejut.

"Abang,terkejut Qas."Qassandra mengurut dadanya.

"Sorry,Qas tengok apa tadi?"Tanya Qhai sambil berjalan masuk.

Qassandra hanya menggelengkan kepala.Dia tidak mahu Qhai berterusan risau tentangnya.

"Abang,Qas rasa dah boleh pandu kereta sendiri pergi kerja."Qassandra bersuara setelah Qhai mengunci pintu rumah.

"Betul ke ni?"Qhai bersuara risau.

"Betul.Abang jangan risau ye."Qassandra cuba menenangkn Qhai.

"Baiklah kalau macam tuh."Qhai bersetuju walaupun dia masih risaukan Qassandra.

Qassandra pura-pura tersenyum manis.Supaya Qhai tidak syak bertapa takutnya dia untuk keluar sendiri selagi Helmi tak tertangkap.Dia harus beranikan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience