Bab 16

Drama Completed 7832

Qassandra berasa sangat bersyukur.Alhamdulillah kerana Maria dan Luth sempat mengikuti Helmi malam semalam.Bergegas mereka masuk kereta semula apabila melihat Helmi membawa Qassandra masuk dalam kereta.Mereka mengikuti sampai keperumahan orang-orang kaya tapi apabila kereta lain masuk mereka kehilangan jejak.Mereka mencari satu persatu rumah yang ada kereta honda civic.
Akhirnya mereka jumpa dan mendengar suara Qassandra menjerit apabila keluar dari kereta.Pagar yang terbuka membuatkan mereka meluru masuk.
Kemudian pintu di rempuh oleh Luth dan Maria.Akhirnya Qassandra selamat.Alhamdulillah.

***************************************************

Syakila yang sedang nyenyak tidur tiba-tiba dia berasa badannya terlalu panas.Dia menjerit memanggil Datin Sabrina.

Datin Sabrina terkejut dan terus meluru masuk ke bilik Syakila.
Dia melihat Syakila sedang meronta-ronta kepanasan.

"Syakila kamu kenapa ni?"Tanya Datin Sabrina.

"Syakila panas sangat ni Mama.Tolong Syakila Mama."Syakila menjerit.Dia pergi ke bilik air dan membuka air pancuran tapi masih berasa panas.

Datuk Qamaruddin yang mendengar terus masuk ke bilik Syakila.

"Kenapa dengan Syakila ni Sab?"Tanya Datuk Qamaruddin.Risau.

"Saya tak tahu bang.Dari tadi dia menjerit cakap panas-panas."Datin Sabrina mula gelisah.

Syakila melihat sesuatu didepannya.Lembaga yang sangat mengerikan ingin mencekik Syakila.

"Pergi...jangan ganggu aku."Syakila berlari keluar daripada bilik air.Dia berlari keluar daripada rumah kerana dia melihat lembaga itu mengejarnya.

Datin Sabrina dan Datuk Qamaruddin terkejut dan mengejar Syakila.

"Syakila....kamu nak ke mana tuh?"Datin Sabrina menjerit.

Syakila terus berlari ke tengah jalan raya.
Dhoomm.Syakila di langgar oleh kereta.Dia tercampak dan jatuh ke jalan raya kepalanya berdarah.Matanya semakin kabur dan dia pengsan di situ.

Datin Sabrina dan Datuk Qamaruddin terkejut dan meluru mendapatkan Syakila.Datin Sabrina sudah menjerit menangis melihat Syakila.Datuk Qamaruddin laju memanggil Pok Ri untuk menghantar Syakila ke hospital.

***************************************************

"Terima kasih Ustaz,sebab dah bantu kami pulihkan Adam."Ucap Luth.

"Berterima kasihlah kepada Allah SWT.Dengan izin-NYA Adam sudah terlepas daripada perjanjian pengasih tersebut.Saya hanya perantaraan sahaja."Ustaz Mukhriz bersuara lembut.

Luth dan Datin Viyona mengucap syukur.Mereka melihat Adam yang masih terbaring lemah.
Setelah mereka membawa Adam berjumpa Ustaz Mukhriz dan beliau membaca Surah-Surah Ayat Suci Al-Quran untuk menyembuhkan Adam.

"Kalau kami boleh tahu siapa yang buat semua ni Ustaz?"Tanya Datin Viyona.

"Seseorang yang membuatkan anak Datin sentiasa mengingatinya.Siapa orangnya,hanya Adam dan Allah SWT yang tahu.Saya tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah.Tapi untuk membalas perbuatannya,itu adalah kerja Allah SWT kita sebagai manusia biasa hanya mampu untuk berdoa supaya apa yang terjadi sekarang tidak akan berulang lagi.Berdendam tidak akan menyelesaikan masalah.

Datin Viyona diam.Ustaz Mukhriz seperti tahu apa yang difikirannya.Datin Viyona beristighfar panjang.

"Jika begitu mari saya hantar Ustaz pulang."Suara Luth.

Datin Viyona menghulurkan sampul yang berisa wang.

"Saya tolong ikhlas kerana Allah SWT."Beliau cuba menolak.

"Tidak mengapa Ustaz,anggap sajalah kami sedekah untuk anak-anak Ustaz.Kami betul-betul terhutang budi dengan Ustaz."Datin Viyona bersuara lembut.Dia menghulur semula sampul berisi wang itu.

Ustaz Mukhriz mengambilnya setelah melihat muka Datin Viyona yang penuh dengan harapan untuk beliau mengambilnya.

"Saya terima kerana Allah SWT untuk sedekah kepada anak-anak saya.Terima kasih Datin.Tentang hutang budi itu,berhutang budilah kepada Allah SWT.Saya hanya membantu apa yang patut sahaja, yang memulihkan adalah Allah SWT."Suara Ustaz Mukhriz.Beliau menerima sampul tersebut.

"Nanti kami nak buat doa kesyukuran.Harap Ustaz boleh pimpinkan nanti."Pinta Datin Viyona.

"Insya-Allah dengan izin Allah SWT."Suara Ustaz Mukhriz.

Luth dan Ustaz Mukhriz berlalu pergi.

Datin Viyona hanya melihat mereka keluar daripada bilik Adam.Beliau mendekati Adam dan mengusap lembut rambut Adam.Kemudian bangun untuk menunaikan solat sunat syukur.
Alhamdulillah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience