Bab 2

Drama Completed 7830

Seminggu kemudian.

Qassandra menyusun keropok-keropok yang telah habis.Dia berkerja part-time di kedai serbaneka.Ni baru masuk seminggu dia bekerja setelah keluar dari wad.Maria ada juga memarahi dia kerana bekerja diam-diam.

"Kau nak pergi mana Qas?"Tanya Maria yang melihat Qassandra sudah bersiap untuk keluar.Jarang dia melihat Qassandra bersiap setelah habis kelas.

"Aku nak keluar kejap beli barang."Dalih Qassandra.

"Nak aku teman tak?"Tanya Maria.

"Takpe..aku pergi sendiri."Qassandra laju keluar dari rumah.

Maria pelik tak pernah dia melihat Qassandra begini.Dia bangun untuk mengikuti Qassandra.

Di depan rumah Datuk Qamaruddin dia berdiri kejap.
Melihat kemesraan keluarga Qamaruddin yang kelihatan bahagia.Yang dia di buang dan di suruh keluarga Maria yang menjaganya daripada kecil lagi.Kekadang terdetik dalam hati kenapa ayah kandungnya perlakukan sebegini rupa terhadapnya.
Tapi dia bersyukur mempunyai keluarga Maria yang menyayanginya seperti anak sendiri.

Maria yang dibelakangnya hanya memerhati.Sayu melihat Qassandra seperti itu.

Air mata Qassandra mengalir.Dia terus pergi berjalan laju.

Maria turut mengikutinya.
Sampai di kedai serbaneka dia menunggu lama.

"Lamanya Qas beli barang."Maria bercakap sendiri.
Dia berjalan masuk.

"Qas...kau buat apa ni?"Tanya Maria terkejut melihat Qassandra didepannya tengah memanjat tangga.Menyusun barang yang berada di rak atas.

"Wei...Mar.."Qassandra terkejut.Terkantoi pulak.

"Aku kerja la Mar."Perlahan dia memberitahu Maria setelah turun daripada tangga.

"Sampai hati kau tak bagi tahu aku yang kau kerjakan."Maria bersuara sedih.

"Aku bukannya tak nak bagi tahu Mar..aku takut kau tak bagi je nanti..bukan apa..aku cuma tak nak menyusahkan keluarga kau lagi..Aku nak juga bantu apa-apa yang patut."Qassandra menerangkan niat sebenarnya.

Maria mendengarnya terharu la pula.

"Dah la jangan nak buat muka macam tuh.Menyampah aku tengok."Maria menarik pipi Qassandra.

"Adoi.."Qassandra memegang pipinya.

"Sakit la..dah kau balik la dulu.Aku nak buat kerja nanti Boss aku marah."Kata Qassandra seolah-olah menghalau.

"Ceh poyo betul minah ni."Maria bercakap merajuk.

Qassandra hanya tergelak.

"Okeyla aku balik dulu."Maria berjalan pergi dengan muka merajuk.

Bertambah galak Qassandra ketawa.

*******************************************************

"Hello ada sesiapa tak..?"Kedengaran suara garang seorang lelaki.

Qassandra yang tersenyum sorang-sorang terkejut dengan suara garang di depan.
Dia berlari menuju ke cashier dia melihat tiada sesiapa.

'Eh!Mana kak Fatin.Dah la kak Nurul ngan kak Tasha pergi rehat.'Qassandra bercakap dalam hati.Dia berjalan menuju ke depan cashier.
'Alamak macam mana ni.Aku mana tau.Ok tenang...Selalu aku tengok Kak Fatin letak macam ni.'Qassandra meletakkan air tin di depan scan barcode tapi tidak menjadi.
'Adoi kenapa pulak ni.'Qassandra sudah berpeluh.

Lelaki didepannya hanya melihat Qassandra yang mengelabah.

"Kau ni pandai ke tak.Kalau tak pandai panggil la orang lain."Marah lelaki tersebut.

"Maaf Encik..Tuan..."Qassandra sudah tersasul kerana terkejut dengan tengkingan lelaki tersebut.

Dia tidak berani untuk pandang muka lelaki didepannya.

Fatin yang baru jalan keluar bilik air laju berlari apabila mendengar suara orang marah-marah.

"Maaf Encik."Fatin memohon maaf.Laju tangan dia scan air tin Nescafe itu.
"Lain kali kalau tak pandai jangan nak berlagak pandai."Lelaki itu memerli Qassandra yang berada di sebelah Fatin.Sebelum berlalu pergi.

Qassandra hanya diam membisu tidak berani tunjuk mukanya yang sudah merah padam kerana malu dan dipermalukan di depan kak Fatin.

"Itulah Qas,akak dah cakap belajar jadi cashier...kan dah kena marah."Fatin bersuara lembut.Bersimpati dengan apa yang jadi.Dia tahu Qassandra sekadar pekerja part time tetapi apa salahnya jika dia belajar menjadi cashier sekiranya berlaku hal seperti ini lagi.

"Baiklah kak.Qas akan belajar.Maaf."Qassandra bersuara perlahan.Dia berasa mahu menanggis tapi ditahannya.

"Dah mari akak ajarkan."Fatin menarik lembut bahu Qassandra.

Qassandra hanya menurut.

Fatin mengajar satu persatu cara nak menjadi cashier.

*******************************************************

Adam masuk ke dalam kereta Lamborghininya.

"Buang masa aku betul."Adam mengomel sendiri.

"Kenapa ni B?"Tanya Sheera yang melihat Adam marah-marah.

"Tak ada apa-apalah."Dia malas mahu bercerita.Terus dia memecut laju meninggalkan kedai yang menghilangkan mood dia hari ini.

Sheera di sebelah hanya diam membisu.Nanti kalau bersuara lagi tak pasal-pasal dia pulak kena marah.

Muka Sheera berubah setelah melihat Adam memasuki jalan ke arah rumahnya.
'Spoil la..Tak jadi aku nak mengikis duit mamat ni.'Sheera hanya bercakap dalam hati.Walaupun dia daripada keluarga yang kaya tapi dia seolah-olah tidak puas dengan apa yang ada.Lagipun ayahnya juga ingin Sheera mendekati Adam.Dia hanya mengikuti arahan ayah tirinya.

"B....B cakap nak bawak BB pergi shopping.Kenapa kita balik pulak ni...?"Sengaja dia bersuara manja.Dia memegang tangan Adam.

"Dah u balik dulu I dah takde mood nak bawak u pergi shopping."Suara Adam masih dalam nada marah.Dia pun tak tahu kenapa dia terlampau marah dengan apa yang terjadi tadi.Melihat orang didepannya kelam kabut buat kerja membuatkan dia bertambah naik angin.
'Kalau aku ada pekerja macam tu.Dah lama aku buang.'Dia marah dalam hati.

"Alaaaa....B....."Sheera bersuara manja.

"Dah you turun."Suara Adam semakin keras.

Sheera membuka pintu kasar dan menutup kuat pintu kereta Adam.

Adam terkejut.

"Kurang ajar betul minah ni...suka hati kau je hempas pintu kereta aku." Adam lagi bertambah marah.Kereta kesayangan di buat begitu.
Dia terus memecut laju meninggalkan Sheera yang masih berdiri bersilang tangan.

"Kau ingat aku nak pujuk ke.heh."Adam berkata sinis sendiri.

Dia pun malas nak melayan perempuan seperti Sheera.Dia tahu perempuan sebegini hanya mahukan duitnya.Tetapi disebabkan mamanya mahu dia bersama Sheera dia ikutkan saja.Entah apa yang mamanya suka sangat dengan Sheera.Dah la seksi minta ampun.Mengada-ngada pulak tuh.Depan mamanya bukan main sopan pakai baju labuh-labuh bila kat belakang ikut lelaki lain sana sini.Dia ingat Adam tidak tahu apa yang Sheera buat dibelakangnya.Tetapi disebabkan mahu menjaga hati mamanya dia terpaksa diamkan saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience