Bab 7

Drama Completed 7830

Qhai masih memikirkan cerita Maria tentang kehidupan Qassandra di sini.Sangat menyakitkan hatinya.Kenapa ayahnya begitu kejam terhadap Qassandra sedangkan Qassandra adalah anak kandungnya.

****************************************************

"Sejak ayah kerja jadi driver dan mak pembantu rumah,ayah dan mak yang menjaga Qas,Datuk bayar upah dengan bagi rumah untuk kami tinggal.Datuk tak suka dengan Qas.Mak tiri dan kakak tiri dia lagi teruk.Depan Datuk bukan main baik tapi belakang asyik dera Qas dok suruh buat itu ini."Cerita Maria panjang lebar.Dia menghirup air sirapnya.

"Mak tiri Qas,Sabrina ke?"Tanya Qhai.

"Betullah tuh,macam mana abang tau."Tanya Maria.

Qhai diam.'Perempuan tuh.'Qhai bercakap dalam hati.

"Kakak tiri Qassandra siapa?"Tanya Qhai mengubah topik.

"Siapa lagi kalau bukan si Syakila tuh.Abang nak tau tak masa kes buku Qas kena air tuh.Qas cakap kat saya,Syakila pergi cerita dekat Datuk yang Qas tumpahkan air dekat buku dia.Geram betul saya bila dengar.Tuh Datuk pergi tamparnya si Qas,demam sampai masuk hospital.Bila saya cakap kat Datuk Qas masuk hospital,Datuk buat tak tahu saja."Maria mula berasa geram bila teringat muka Datuk Qamaruddin yang membuat muka tiada perasaannya.

"Tapi yang saya salute sangat dengan Qas,dia tak pernah berdendam,dia sentiasa mendoakan ayah dia supaya dapat terima dia semula."Sambung Maria.

Qhai yang mendengar rasa sangat sedih.Jika ibunya mendengar semua ni,pasti ibunya sedih sangat.

*************************************************

"Abang,menungkan apa tuh?"Tanya Qassandra.Yang melihat Qhai yang termenung jauh.Sejak keluar hospital hubungan mereka semakin rapat.
Qhai sentiasa melawatnya di rumah.
Dan sekarang membawa dia dan Maria keluar jalan-jalan mahu tengok KL katanya.

Qhai tersedar.

"Takde ape la.Dah habis ke nak order apa-apa lagi?"Tanya Qhai.

"Dah lah bang.Penuh dah perut ni.Tunggu Mar jap,dia pergi tandas."Qassandra bercakap lembut.Cermin mata yang jatuh ke hidung dinaikkan ke atas.

"Kenapa Qas pakai cermin mata sedangkan mata Qas tak rabun pun?"Tanya Qhai.

Qassandra diam.

"Time sekolah menengah dulu,ramai budak lelaki yang ganggu saya.Sampai ada yang ambil kesempatan.Maria yang banyak menjaga saya.Bila di buli pelajar perempuan,Maria juga yang tolong saya.Diakan ada belajar silat dulu.Kemudian,kami pindah sekolah,time tu saya ubah penampilan jadi macam sekarang.Alhamdulillah,dah tak de orang ganggu saya lagi.Cuma di panggil nerd je dulu.Tapi saya rasa bersyukur sangat."Qassadra bercerita tentang kenangan pahitnya.Sekarang sudah sebati perangai nerd dengan dirinya.

Qhai yang mendengar berasa sedih.Kesian melihat adiknya di uji dengan begitu berat.

Maria duduk di kerusi sebelah Qassandra.

"Dah jom,kata nak pergi tengok wayang."Maria bercakap dengan semangat.

"Tau pun,yang lama sangat pergi tandas tu dah kenapa."Qassandra buat-buat marah.

"Ramai sangat dekat tandas tadi.Biasa la hari ahad.Mesti ramai yang datang ke mall."Jelas Maria.

"Dah jom."Maria menarik tangan Qassandra.

Qassandra menurut.

Qhai hanya tersenyum melihat gelagat dua gadis di depannya.Bersyukur dapat melihat senyuman Qassandra.

**************************************************

"Seronok jugak cerita tadi kan.."Maria bercakap happy.

"Seronok..lagi lagi ada hero kau tuh."Qassandra bergurau.

"Betullah tuh."Maria mengiakan.

Mereka tergelak sesama sendiri.Terlupa yang ada Qhai di belakang.

"Seronok sampai lupa abang ye."Qhai mencelah.

Qassandra dan Maria bertambah galak ketawa.

Dalam mereka berjalan keluar,tiba-tiba badan Maria di tarik orang.
Maria terkejut melihat seorang budak lelaki menariknya.Budak itu menutup mulut mengunakan mask.

Budak lelaki itu membuka masknya.

"Eh!Hud....macam mana boleh ada kat sini?
Maria terkejut melihat Hud di depannya.

"Hud datang ngan papa la kak Mar."Jawab Hud.

"Hud..."Jerit seorang lelaki.

"Papa kat sini."Hud memanggil ayahnya.

"Ya Allah dah kenapa dengan kamu ni tiba-tiba lari."

Serentak mereka memandang ke arah suara tersebut.

"Doctor Luth."Qassandra dan Maria bercakap serentak.
Qhai turut terkejut melihat Luth tapi dia tenang sahaja.

"Eh!Qassandra...Maria...Qhai pun ada jugak."Luth turut terkejut.Dia bersalaman dengan Qhai.
"Maaflah anak saya ada ganggu kamu berdua ke?"
Tanya Luth rasa serba salah.

Maria pandang Qassandra.Begitu juga dengan Qassandra.Ni lagi mengejutkan.

"Hud anak doctor ke?"Maria bertanya untuk kepastian.

"Ya..Anak saya."Jawab Luth tenang.Dia menarik tangan Hud untuk berdiri disebelahnya.

Maria masih terkejut.Tidak menyangka budak yang selalu dia melawat sejak berjumpa di hospital semasa Qassandra jatuh tangga adalah anak Luth.

"Maaf lagi sekali ya."Luth meminta maaf lagi sekali.

"It's okey la bro.Kau dah nak balik ke?"Tanya Qhai.Sambil menepuk perlahan bahu Luth.

"Aku nak balik dah ni.Saja bawak anak aku jalan-jalan."Luth bercakap kemudian dia meramas rambut Hud.

Qassandra dan Maria terkejut sekali lagi.

"Abang dan Doctor dah lama kenal ke?"Tanya Qassandra.

"Ya,Luth ni kawan abang semasa kat Korea dulu."
Jawab Qhai.

Luth hanya tersenyum.

"Papa..papa.."Panggil Hud sambil menarik tangan Luth.

"Ya sayang."Luth bersuara lembut.

"Ni la kakak baik yang selalu datang main dengan Hud masa dekat hospital."Beritahu Hud sambil menunjuk ke arah Maria.

"Ooo...yeka..terima kasih lah Maria.Hud ada cakap jugak yang ada kakak baik bermain dengan dia tapi saya tak tahu yang kakak baik tuh awak."Luth mengucapkan terima kasih.

Maria tersenyum malu.

"It's okey lah Doctor.Saya pun tak sangka Doctor ayah Hud."Jawab Maria.

"Tak payah nak panggil saya Doctor.Abang Luth pun dah okey kot."Luth tersenyum memandang memandang Maria.

"Kakak,jom pergi main kat taman dengan Hud?"Pinta Hud dengan muka comelnya.

Hud Haiqal,umur 7 tahun,penghidap leukemia,
dahulunya dia seorang yang sangat pendiam tapi sejak berjumpa Maria dia menjadi seorang yang aktif dan ceria.

Maria memandang Qassandra dan Qhai.
Mereka berdua hanya mengangkat bahu.

"Kalau Maria tak kisah,bolehlah teman Hud main kat taman."Luth bercakap tenang.

"Pergilah Mar,Hud nak main dengan kau,kesian dia."Suruh Qassandra.Dia pun baru tahu yang Maria ada jumpa dengan Hud selama ni.Mungkin Qassandra sibuk dengan kerja sambilannya sampai lupa bertanya temannya buat apa dibelakangnya.

"Kau ikut sekali la."Pinta Maria.

"Aku tak boleh,aku ada kerja lain jap lagi."Tolak Qassandra tidak mahu kacau daun.

"Tapi..nanti apa kata isteri Abang Luth."Maria masih cuba menolak.

"Hud tak cakap kat awak ke yang dia dah tak de mama?"Tanya Luth.

Maria teringat kembali.Ya Hud ada bercakap dengan dia,Selama ni,Hud tidak pernah melihat wajah
mamanya.Tapi masa tu dia tidak tahu yang Luth adalah ayah Hud.

"Yela...Saya terlupa pulak."Maria tersenyum kelat.

"Jom la kak Mar..Hari ni Hud happy tau sebab Hud dah boleh keluar hospital."Hud bercakap gembira.

Maria mencangkung dan memegang lembut bahu Hud.

"Yeka...Okey jom kita main sama-sama.Memandangkan Hud dah boleh keluar,kita boleh main puas-puas."Maria bercakap teruja.

"Yeahhhh."Hud bersorak gembira.

Maria berdiri.

"Betul ke kau tak nak ikut sekali?"Tanya Maria lagi.

"Betul...Kau pergi la...kesian Hud."Qassandra menetapkan pendiriannya.

Maria diam..

"Okeylah kalau macam tuh..."Maria bersuara sedih.

"Jom Hud kita pergi."Suara Maria tiba-tiba berubah gembira bila bercakap dengan Hud.Dia mendukung Hud.Walaupun Hud berumur 7 tahun tapi berat badan sangat ringan disebabkan penyakit leukemianya.

Hud berasa sangat gembira sampai lupa papanya.

Luth yang melihat sangat gembira.Kerana sebelum ni Hud seorang yang pendiam.Sejak dia bercerita tentang 'Kakak Baik',dia menjadi budak yang sangat ceria.Syukur.

"Aku pergi dulu Qhai."Luth bersalaman dengan Qhai.

"Jaga elok-elok student aku tuh."Qhai cuba bergurau.

"Ye aku jaga student kau.Jangan risau."Luth bercakap sambil menepuk bahu Qhai.

Mereka sama-sama ketawa.

Kemudian Luth berlari mengejar Maria dan Hud.

Qassandra dan Qhai hanya memerhati.

Maria sudah tentu gembira bila dapat keluar dengan 'Doctor Jangok' dia.
Qassandra tersenyum sendiri.
Kemudian mereka berdua keluar daripada mall,mahu pulang ke rumah.

Qhai gembira dapat luangkan masa dengan Qassandra.Adik kesayangannya.Sekarang dia memikirkan bila hari yang sesuai untuk memberitahu hal sebenar kepada Qassandra.Dia mengeluh sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience