Bab 8

Drama Completed 7832

Hari ini adalah hari gembira buat Qassandra dan Maria.Pada usia 26 tahun,mereka sudah berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) Seni Reka Fesyen mereka.Biasiswa yang mereka dapat tidak disia-siakan.Pelbagai ujian mereka hadapi bersama.
Qhai turut gembira.

Dalam mereka gembira,ada mata yang memandang dengan penuh kebencian.Benci melihat Qassandra gembira sebegitu.Siapa lagi kalau bukan Syakila.
Syakila gagal mendapatkan Ijazah Sarjana Mudanya.Dia mengoyakkan kertas keputusannya.Benci.

******************************************************

Setelah selesai mengambil keputusan.Qhai menghantar Qassandra dan Maria pulang.

Qassandra melihat Datuk Qamaruddin,Datin Sabrina dan Syakila sudah berada di depan pagar rumah dengan bagasi besar di atas jalan.Pok Ri dan Mek Mah berada di sebelah kereta Datuk Qamaruddin dengan riak wajah yang sangat sedih.

Qassandra dan Maria berjalan keluar daripada kereta Qhai.
Qhai turut keluar daripada kereta.
Qassandra berjalan perlahan mendekati mereka bertiga.

"Seronok kau ye berjaya dapat ijazah dengan cara kotor.Aku nak kau berambus dari rumah aku."Datuk Qamaruddin mula bercakap kuat.Dia menendang bagasi ke depan Qassandra.
Datuk Qamaruddin tidak mengendahkan jiran tetangga yang melihat dan mendengar.

"Apa maksud Datuk?"Tanya Qassandra.Tidak faham dengan apa yang dikatakan Datuk Qamaruddin.

"Kau ingat aku tak tahu apa kau buat dekat Syakila sampai gagal dia kau buatnya.Kau ni memang anak yang tak berguna tau tak.Dengki dengan kakak kau sendiri."Datuk Qamaruddin mula berang.Entah apa pula yang Syakila buruk-burukkan tentang Qassandra.

"Apa Datuk cakapkan ni.Apa saya buat?"Qassandra bertambah pening.Memikirkan apa kesalahannya kali ini.

"Syakila baru saja cakap kat aku yang kau bocorkan tayar kereta dia time exam hari tu.Dia balik menangis-nangis.Kakak kau berkeras tak mahu cerita apa yang berlaku.Sebab dia sayangkan kau tapi apa yang kau balas kat dia."Datuk Qamaruddin semakin membara.Dia berjalan memukul badan Qassandra.

Datin Sabrina dan Syakila tersenyum sinis.

Qhai yang melihat terus berlari melindungi Qassandra.

"Apa Datuk buat ni?Tak baik Datuk buat Qassandra macam ni.Kesian dia..Dia tak buat salah apa pun."Qhai membela Qassandra.

Qassandra sudah menangis dipelukkan Maria.

"Kau siapa nak halang aku.Kau ke tepi.Engkau orang luar jangan nak masuk campur."Suara Datuk Qamaruddin semakin berang.Beliau menumbuk muka Qhai.

Qhai terdorong kebelakang.

"Aku dah tak nak tengok muka kau lagi.Kau berambus."Datuk Qamaruddin bercakap kuat.

Qassandra berjalan mengambil bagasinya.Tetapi Qhai laju mengambilnya.

Dia melihat manusia-manusia kejam di depan matanya.

"Untuk pengetahuan Datuk,saya bukan orang luar,Qassandra adik kandung saya."Qhai membongkarkan rahsianya.

Mereka semua terkejut termasuk Qassandra.

"Kau jangan nak menipu aku semata-mata nak selamatkan budak tak guna ni?"Datuk Qamaruddin masih dalam nada marah.

"Datuk ingat lagi,Siti Qistina Hyekyo?"Qhai bertanyakan soalan.

Datuk Qamaruddin diam.

"Kau...Kau anak Qistina?"Tergagap Datuk Qamaruddin.

"Ya,saya anak Qistina dan ABANG KANDUNG Qassandra.Saya ada hak untuk melindungi ADIK KANDUNG saya."Sengaja Qhai menekan keras ayat 'abang kandung' dan 'adik kandung' itu.

Datin Sabrina yang mendengar lagi terkejut.Kisah-kisah silam mula berlegar dibenaknya.

Datuk Qamaruddin terdiam seribu bahasa.

"Dah jom Qassandra."Qhai menarik tangan Qassandra dan mengambil bagasi Qassandra.

Maria melepaskan pelukkan.Dia bersyukur Qhai telah memberitahu hal sebenar.

Qhai membawa kereta laju meninggalkan rumah yang penuh dengan manusia tidak berperikemanusiaan.

**************************************************

Qassandra menangis.Masih tidak percaya apa yang berlaku.Masih memikirkan apa yang dikatakan Qhai.

Qhai berjalan dengan segelas air di tangan.Dia hulur ke Qassandra.
Qassandra menyambutnya.Diam minum seteguk

Qhai duduk di depan Qassandra.

"Abang minta maaf sebab sebelum ni abang tak bagitahu hal sebenar."Qhai bercakap perlahan.

Qassandra masih diam.Air matanya sahaja yang keluar.

Qhai berjalan ke arah meja laci mengeluarkan sebuah buku dan beri kepada Qassandra.

Qassandra membelek satu persatu.Bertambah deras air matanya.Dia tidak menyangka yang dia masih ada ibu dan abang.

"Ni gambar-gambar kita dulu.Eomma tak pernah lepaskan buku gambar ni semenjak Aboji bawa Qassandra balik Malaysia.Dua tahun Eomma kemurungan sebab Qassandra tiada di depan matanya.Setelah Eomma sembuh dia mula menyibukkan diri dengan perniagaan homestay kecil-kecilan untuk orang-orang Islam yang datang ke sana.Eomma dan abang ada cuba mencari Qassandra di rumah nenek tapi rumah tu kosong.Orang kampung cakap mereka dah lama pindah semenjak nenek meninggal dunia.Kami buntu,tak tahu nak cari Qassandra di mana lagi.Dengan izin Allah,Alhamdulillah,akhirnya abang berjumpa juga dengan Qassandra.Eomma mesti gembira bila dapat jumpa dengan Qassandra."Cerita Qhai,panjang lebar.

Qassandra mendengar sambil membelek setiap gambar berasa sangat sedih.Air matanya masih mengalir.Apa yang jadi terlalu pantas.Dia masih terkejut.

"Patutlah abang rapat dengan Qas,sebab abang dah tahu Qas adik abang.Kenapa abang tak bagitahu Qas dari dulu lagi?"Qassandra bercakap dengan nada yang berkecil hati.

"Abang mintak maaf.Abang cuma tak tahu bila masa yang sesuai,sebab Qas masuk hospital lepas tu Qas nak exam lagi.Abang cuma takut Qas terkejut bila mendengar hal ni."Suara Qhai rasa serba salah.

Qassandra diam.Dia melihat wajah wanita dan budak lelaki di dalam gambar,lama dia melihat.Dia mula mengingati bahawa dia pernah melihat wanita dan budak lelaki tersebut di dalam mimpinya.Tidak sangka ada hikmah disebaliknya.

"Abang nak tahu,wajah-wajah ni yang menemani tidur Qas sejak Qas jatuh tangga dulu....Sampai hati Datuk tipu Qas,dia cakap ibu Qas dah meninggal dunia."Qassandra bersuara setelah lama dia diam.

"Ada hikmah sebalik mimpi Qas tu."Qhai bercakap perlahan.

Qhai mengangkat kepala Qassandra.

Qassandra mendongak memandang Qhai.

"Ikut abang balik Korea.Kita jumpa Eomma."Cadang Qhai.

Air mata Qassandra mengalir dia tersenyum dan menganggukkan kepala tanda setuju.

Qhai memeluk adiknya yang amat dirinduinya.Air matanya mengalir laju.

Qassandra menangis dalam pelukkan Qhai.
'Terima kasih Ya Allah kau telah pertemukan aku dengan keluarga aku."Qassandra mengucap syukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience