Bab 11

Drama Completed 7830

Datin Viyona berasa sedih.Dia terpaksa menerima Sheera sebagai menantunya.Setelah di ugut oleh Datuk Azman jika Adam tidak bertanggungjawab terhadap Sheera dia akan sebarkan ke media gambar-gambar Adam tidur bersama Sheera.Dia tahu ni semua rancangan jahat Datuk Azman untuk membalas dendam siap menyuruhnya menandatangani kontrak rakan kongsi yang telah di batalkan tempoh hari.Beliau melihat Sheera yang tersenyum-senyum buat muka tidak bersalah di atas perlamin.Dasar tidak sedar diri,wedding mahu mewah tapi sudah mengandung anak siapa entah.Sekarang anaknya jadi mangsa jadi pak sanggup.Dia tahu Adam tidak mungkin melakukan semua itu.Walaupun Adam ada pergi ke kelab malam tapi dia tahu Adam tidak minum air haram itu.Semua yang dilakukan,Luth,rakan anaknya akan beritahunya.

Muka Adam masam mencuka.Dia menghadap Tok Kadi depannya dengan hati yang sangat marah.Terpaksa mendengar cakap Mamanya untuk menutup malu.

"Dah sedia semua?"Tanya Tok Kadi.

"Sudah Tok."Datuk Azman yang terlebih teruja.

"Ok baiklah."

Tok kadi menghulur tangan.Adam tidak menyambutnya.Setelah di siku Datuk Azman baru dia menyambut dengan keluhan dibibirnya.
'Mana kau ni Luth.'Adam gelisah di dalam hati.

"Aku nikahkan di kau dengan Nur Shahirah Binti Abdullah dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai."Tok Kadi melafazkan akad.

"Aku terima...."Belum habis Adam melafaz tiba-tiba seorang lelaki jatuh didepannya.

Semua yang hadir terkejut.

Datuk Azman yang melihat juga terkejut.Tak guna.

"Kau tunjuk kat aku sekarang siapa yang upah kau?"Suara Luth garang.

"Tuh..Datuk Azman."Tunjuk lelaki itu.

"Apa yang kau merepek ni."Marah Datuk Azman.

"Datuk Azman yang upah saya,dia suruh saya letak pil dekat minuman yang Encik ni order tempoh hari."Terus terang lelaki itu.

"Apa bukti kau tuduh aku yang upah kau?"Datuk Azman semakin berang masih menegakkan benang yang basah.

"Dekat bahagian dapur restoren ada CCTV dan Encik ni dah bagi dekat polis."Beritahunya takut-takut sambil menunjuk Luth.

Encik Azman sudah tidak keruan.Dia mahu lari dari situ.Sheera di atas pelamin turut gelisah.

Berada di depan pintu rumah,polis sudah bersedia untuk menangkap Datuk Azman.
Datuk Azman terperangkap.Polis menangkapnya dan di gari.Sheera turut di bawa bersama kerana bersubahat dan lelaki yang di upah turut di bawa ke balai polis.

Datin Viyona yang melihat berasa lega.Syukur.
Beliau mendekati Adam.

"Alhamdulillah."Ucapnya.

Adam turut bersyukur.

"Thanks Luth.Kalau kau lambat sikit je tadi pasti Sheera tuh dah jadi bini aku."Adam berterima kasih kepada Luth.

"It's okey,bro."Luth menepuk bahu Adam.

"Terima kasih ya Luth."Giliran Datin Viyona pula mengucap terima kasih.

"Sama-sama Auntie."Balas Luth.

Tetamu yang hadir banyak yang bercakap belakang.Datin Viyona memberitahu bahawa pernikahan akan dibatalkan tetapi akan di ganti dengan kenduri kesyukuran.
Beliau berasa sangat bersyukur.
'Terima kasih Ya Allah.'Ucapnya dalam hati.

***************************************************

Qassandra berlari masuk ke mall.Dia sudah terlambat untuk berjumpa dengan Qhai.
Dalam dia berlari dia terlanggar seseorang.Begnya terjatuh.Telefon di tangannya turut terlepas.

"Maaf saya tak sengaja."Qassandra meminta maaf sambil mengambil begnya.

"Tak mengapa."Kedengaran suara lelaki.

Qassandra macam kenal suara itu tapi dia terus pergi meninggalkan lelaki itu kerana sudah terlalu lewat.

"Cik...Telefon cik ni..."Jerit lelaki itu.

Qassandra sudah pun menghilang.

****************************************************

"Sorry lambat."Qassandra meminta maaf setelah duduk di sebelah Qhai.Dia melihat perempuan di depannya.

"Eomma...."Jerit Qassandra.Dia terus bangun memeluk Puan Qistina diciumnya wajah Puan Qistina.

Qhai tersenyum melihat gelagat adiknya.

"Dah la...malu orang tengok."Puan Qistina memegang kepala Qassandra.

Qassandra tersengih-sengih.

"Rindu sangat dekat Eomma."Qassandra memeluk Puan Qistina.

"Eomma pun."Puan Qistina membalas pelukkan Qassandra.

"Bila Eomma sampai?"Tanya Qassandra setelah meleraikan pelukkan.

"Pagi tadi.Tuh Eomma ingat nak buat suprise nak jumpa anak-anak Eomma tapi abang dah tahu dulu sebab Eomma tak tahu kamu berdua tinggal di mana."Puan Qistina tergelak kecil bila teringatkan yang dia tidak tahu di mana anak-anaknya tinggal.

Mereka bertiga tergelak.

"Eomma datang seorang je ka?Tanya Qassandra.

"Tak.Dengan anak angkat Eomma.Tuh ingat nak pergi dengan dia jumpa kamu berdua.Sebab dia orang sini."Cerita Puan Qistina.

"Maaf,tandas ramai orang pulak."Suara seorang lelaki.Dia duduk sebelah Qhai.

Terkejut Qassandra melihat lelaki didepannya.

"Encik Adam buat apa dekat sini?"Tanya Qassandra.

Adam yang mendengar turut terkejut.

"Eh!Kamu kenal ke dengan Adam ni?"Tanya Puan Qistina.

Qhai hanya memerhati.

"Kenal la Eomma...Ni Boss Hyerin."Beritahu Qassandra.

Mereka berpandangan.
Qhai turut terkejut.

"Ohh yeka..."Puan Qistina hanya tersenyum.

"Kalau Hyerin nak tau,ni la anak angkat Eomma."Beritahu Puan Qistina pula.

Qassandra terkejut.

Adam hanya tersenyum kelat.

"Tak sangka pulak Qassandra ni anak Eomma."Suara Adam.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kalau dah kenal okey la,tak payah nak berkenalan lagi."Celah Qhai.

Mereka ketawa kecuali Qassandra.Dia hanya tersenyum terpaksa.

"Dah jom order."ajak Qhai setelah ketawanya reda.

Mereka membuka buku menu.

Adam melihat Qassandra.Begitu juga dengan Qassandra.

Adam membuat isyarat mata bertanya kenapa.

Qassandra tunduk.Sebenarnya,marahnya pada Adam masih belum hilang.Adam telah mempergunakan dia dan langsung tidak meminta maaf padanya.
Semasa kerja sahaja dia pura-pura tidak berlaku apa-apa dan bersikap lebih profesional.

Adam hanya mengangkat bahu.Masih tiada rasa bersalah.

Puan Qistina hanya tersenyum melihat mereka berdua.

**************************************************

Qassandra meletakkan file di atas meja Adam dan terus ingin berlalu pergi.

"Stop."Adam menyuruh Qassandra berhenti.

Qassandra akur.Dia mengadap bosnya.

"Siapa yang suruh awak keluar?"Tegas suara Adam.

"Maaf Encik Adam."Hanya itu yang keluar daripada mulut Qassandra.

"Itu je lah yang awak tau."Adam memandang wajah Qassandra.

Qassandra diam.

Adam membelek helaian kertas yang di beri Qassandra sebentar tadi.

Mukanya berubah.

"Apa yang kau bagi dekat aku ni?"Tanya Adam.Suaranya sudah berubah.

"Design untuk minggu depan Encik Adam."Jawab Qassandra perlahan.

"Ini kau kata design."Adam menunjukkan kertas yang mempunya gambar kartun anime yang di conteng Qassandra.

Qassandra terkejut.Laju dia ingin mengambil kertas tersebut.Tapi di halang Adam.

"Apa yang kau tulis ni..semua tuju kat aku ke?"Tanya Adam.

Qassandra tunduk.Takut jika betul-betul di pecat kali ni.

"Jawab la aku tanya ni."Suara Adam kuat.

"Ya....eh tak Encik Adam...bukan Encik Adam."Qassandra tergagap menjawabnya.

Adam tergelak dalam hati.Geli hati pula melihat Qassandra begitu.

"Baiklah kalau macam tuh."Adam bersuara tenang semula.Dia menyimpan kertas tersebut ke dalam laci.

Qassandra mengigit bibirnya.

"Saya nak bagi tahu awak..yang bulan depan kita akan ada Fashion Show dan saya nak perkenalkan awak sebagai designer baru saya nanti."Beritahu Adam.

Muka Qassandra berubah ceria.

"Betul ke ni Encik Adam.Wahhh...Terima kasih Encik Adam..."Qassandra bersuara gembira.Terlupa pasal lukisan kartun tadi.

"Kalau awak setuju.Saya okey je."

"Mesti saya setuju Encik Adam."Jawab Qassandra laju.

Adam hanya tersenyum.

"Okey kalau macam tuh saya nak awak prepair dari sekarang.Yang penting saya nak semua baju perfect.Okey."Adam memberi peringatan.Baju yang sempurna adalah penting untuk menjadikan kita lebih cantik dan segak.

"Okey,Baiklah Encik Adam.Kalau macam tuh saya mulakan sekarang lah."Suara Qassandra teruja.

"Okey."

Qassandra berjalan keluar.Dia berasa sangat gembira.Impiannya bakal menjadi kenyataan.

Adam hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

Qassandra duduk di kerusi mejanya.Mencari telefon pintarnya.Semalam dia langsung tidak memegang telefonnya kerana seronok berbual dengan Eommanya.

Dia meraba-raba begnya.Tiada.Kemudian dia teringat excident yang berlaku semasa dia kalut mahu jumpa abangnya semalam.

"Aduhhh...mesti jatuh semalam ni.Dah la ada benda penting dalam tuh..."Qassandra mengeluh.Benda penting yang di maksudkan adalah gambar Datuk Qamaruddin yang dia curi-curi tangkap ketika dia masih tinggal di sana.Qassandra sentiasa melihat gambar papanya sebelum dia tidur.Dan sentiasa mendoakan papanya.

Qassandra redha.Dia meneruskan kerjanya.Dia tidak mahu hal ini menjejaskan impiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience