Bab 6

Drama Completed 7832

Maria duduk di kerusi tepi katil Qassandra.Pensyarahnya Qhai berdiri di depan katil Qassandra.
Maria pun pelik kenapa pensyarahnya nak sangat ikut untuk menjenguk Qassandra.Qassandra masih belum sedarkan diri daripada malam tadi.

Qhai yang melihat berasa sangat sedih tapi di tahannya.Dia melihat muka pipi dan bibir Qassandra lebam.Dia berasa hairan.

"Maaf Maria,saya nak tanya,apa yang dah berlaku kepada Qassandra?"Tanya Qhai.

"Saya pun tak pasti Sir,semalam dia berlari keluar daripada rumah Datuk nangis-nangis,pastu dia pengsan kat taman."Jawab Maria.

Qhai yang melihat berasa simpati dengan keadaan Qassandra.Dia berasa ingin tahu lebih mendalam lagi.

"Omma...oppa..."Qassandra menjerit.Dia terjaga dari tidurnya.

Maria dan Qhai terkejut.

"Qas.."Laju Maria berdiri.

"Mar."Qassandra memandang Maria,perlahan dia bangun ingin duduk.Dia melihat ada Qhai di depan.
"Sir."Dia menegur Qhai.

"Kau okey tak?"Tanya Maria.

"Aku okey cuma tadi aku mimpi Mar,aku mimpi aku jumpa perempuan dan budak lelaki tu lagi."Qassandra memberitahu Maria mimpinya.
Dia pun tidak faham kenapa dia mimpi sebegitu.

"Mimpi je tu.Tak ada apalah."Maria cuba menenangkan Qassandra.

Qassandra diam.

"Qassandra nak makan apa-apa?Biar saya belikan untuk kamu."Qhai bersuara lembut.

"Tak mengapa Sir,saya takde selera lagi ni.Maaf susahkan Sir sampai datang jenguk saya kat sini."Qassandra menolak lembut.Malu juga.Tidak pernah ada orang menjenguknya jika sakit melainkan keluarga Maria.

"Tak menyusahkan pun,kamu kena makan daripada semalam kamu tak makan lagi.Saya pergi belikan ye."Qhai bercakap lembut.Dia mengukirkan senyuman.

Qassandra melihat senyuman itu lagi.Senyuman yang menyenangkan hatinya.

Qhai berjalan keluar.

"Eh!Qhai..."tegur seseorang.

Qhai memandang ke arah orang yang menegurnya.

"Luth.."

Mereka berpelukkan

"Kau buat kat sini?"Tanya Luth.Teruja dapat jumpa temannya dahulu.

"Aku jenguk student aku."Beritahu Qhai.

"Qassandra ke?"Tanya Luth

"Haa..Betul la tuh.Macam mana kau kenal dia."

"Dia patient aku,hari tu dia jatuh tangga,ni kawan dia cakap dia pengsan sebab demam panas tapi aku tengok muka dia macam kena tampar je."Beritahu Luth tanpa selindung memandangkan Qhai adalah pensyarahnya.

Qhai terkejut.

"Okey la aku nak pergi check up dia ni,nanti kita borak panjang."Luth menghulur tangan untuk bersalam

"Okey la.."Qhai bercakap sambil menyambut salam Luth.

Luth berjalan masuk ke wad Qassandra.

Qhai masih memikirkan apa yang Luth katakan.
Adakah Qassandra di dera di sini?
Dia berasa tidak sedap hati dengan keadaan Qassandra.
Kemudian dia berjalan menuju ke kantin untuk membeli makanan untuk Qassandra.

*******************************************************

Qhai berjalan masuk ke wad Qassandra.Maria tiada di dalam wad.Qassandra sedang tidur.Dia meletakkan makanan Qassandra di atas meja.Kemudian dia berjalan ke sebelah katil Qassandra.Wajah Qassandra di pandang.Rindu.Baru dia perasan wajah Qassandra seiras dengan ibunya bila Qassandra tidak memakai cermin mata besarnya.

"Hyerin,maafkan oppa,oppa baru jumpa Hyerin sekarang."Qhai bercakap dengan Qassandra yang masih tidur.

"Kalau eomma tahu oppa dah jumpa Hyerin mesti dia cepat-cepat datang sini.Takpe nanti oppa bawak Hyerin jumpa eomma."Sambung Qhai.Air matanya menitis.Sudah lama terpisah dengan adiknya.Rindu dia dan ibunya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Maria yang berdiri di belakang Qhai terkejut.
Dia berjalan perlahan ke depan meja.

"Sir abang Qas?Tanya Maria yang masih terkejut.

Qhai terkejut dia lap air matanya dan menoleh ke arah Maria.

"Ya,Qassandra adik saya."Jawab Qhai.Tenang.

"Macam mana Sir tahu,Qas adik Sir?"Tanya Maria lagi masih was-was.

"Nama Siti Qassandra Hyerin binti Qamaruddin tuh buatkan saya kenal adik saya."Beritahu Qhai dan dia mengeluarkan gambar keluarganya semasa mereka kecil dulu daripada dompetnya.Dia hulurkan ke Maria jika Maria tidak percayakannya.

Maria menyambutnya.Ya,memang gambar Datuk Qamaruddin dan Qassandra semasa berumur 5 tahun ada di dalam gambar tersebut.Sekarang dia berasa tenang.

"Kenapa Sir,tak bagitahu Qas terus bila dah jumpa?"Tanya Maria.

"Belum ada masa yang sesuai lagi.Nanti sampai masa saya akan bagi tahu.Maria tolong rahsiakan dulu ya."Jawab Qhai dan meminta Maria merahsiakan dahulu hal ini.

"Baiklah kalau macam tuh."Maria menurut.

"Maria,saya nak minta tolong,boleh tak?"Pinta Qhai.

"Tolong apa Sir?"

"Sebelum tu Maria boleh panggil saya abang bila ada kat luar."

Maria menganggukkan kepala tanda setuju.

"Okey,macam ni,boleh tak kalau Maria ceritakan keadaan Qassandra di sini.Abang harap Maria tak selindungkan apa-apa daripada abang."Qhai bercakap tenang.Dia sudah tukarkan bahasa dirinya 'abang'.

Maria diam melihat Qassandra.Elok juga dia beritahu Qhai memandangkan Qhai adalah abang Qassandra.Dia menoleh ke muka Qhai yang penuh harapan.

"Baiklah saya cerita tapi bukan kat sini.Takut Qas terdengar,nanti dia marah saya sebab dia tak suka saya cerita hal keluarga dia kat orang lain."Maria bersetuju.

Qhai tersenyum manis.

"Terima kasih Maria."

"Sama-sama."Jawab Maria.

"Abang,kejap lagi kalau Qas dah bangun dah boleh discharge."Beritahu Maria.

"Kalau macam tuh nanti abang hantar balik boleh abang tahu tempat tinggal kamu berdua."Qhai menawarkan diri untuk menghantar.

"Baiklah kalau macam tuh."Maria setuju.

"Abang pergi kantin sekejap.Nanti nak discharge bagi tahu abang."Qhai bercakap sambil berdiri.

Maria hanya membuat jari 'Okey'.

Qhai berjalan keluar.

"Qas...kau masih ada abang...ada ibu...Datuk dah tipu kau selama ni."Maria bercakap perlahan.Kesian dengan nasib Qassandra.Maria berharap dengan adanya Qhai,Qassandra dapat kasih sayang yang diimpikan selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience