Bab 10

Drama Completed 7832

(Sebulan sebelum Qassandra bekerja di Butik AY Fashion)

"Sheera?"Datin Viyona memanggil perempuan yang sedang berseronok minum dengan lelaki lain.Dengan mabuknya.Jadi memang betullah apa yang dikatakan Adam bahawa Sheera seorang perempuan yang bergaul bebas.

Mata Sheera terkelip-kelip memandang perempuan didepannya.Kemudian dia tersenyum.

"Ehhh....perempuan tua ni buat apa kat sini?"Sheera bercakap tanpa sedar.

"Auntie tak sangka perangai Sheera macam ni."Marah Datin Viyona kuat melawan muzik di kelab malam itu.

"Haaa...Apa...aku tak dengar..."Sheera masih hayal dengan air kencing setannya.Dia berdiri mendekati Datin Viyona.Terhuyung-hayang dia berjalan.Dia memeluk Datin Viyona.

Datin Viyona menolak badan Sheera.Bau arak yang kuat membuat Datin Viyona rasa loya.

Sheera ke belakang.Dia tergelak.

"Sampai hati Sheera tipu Auntie dan Adam."Datin Viyona berasa sedih dengan apa yang dilakukan Sheera terhadapnya.

"Hey orang tua,kau ingat aku nak sangat ke dengan anak kau yang berlagak bagus tuh.Please la."Sheera membuka rahsianya tanpa sedar kerana mabuk.

"Kau tau tak ni semua rancangan siapa..?Kau nak tau tak...meh sini aku bagi tau kau."Sheera menarik kepala Datin Viyona.

"Bapak tiri aku yang rancang.Azman tak guna tuh."Sheera bercakap kuat di telinga Datin Viyona.

Datin Viyona yang mendengar terkejut.Tidak menyangka Datuk Azman perlakukan ini terhadapnya.Datin Viyona berlalu pergi.Meninggalkan Sheera yang masih hayal dan menari dengan lelaki di sekelilingnya tanpa memikirkan hukum agama.

********************************************************

"Maaf,Azman..I rasa...I cancel nak jadikan you rakan kongsi I."Datin Viyona menolak fail perjanjian rakan kongsi bersama Datuk Azman.Dia bersyukur kerana mendengar nasihat Adam sebelum menandatangani perjanjian itu.

"But why,Viyona?"Tanya Datuk Azman terkejut.

"You boleh tanya anak you.And one more thing,pertunangan Adam dengan Sheera I rasa elok dibatalkan.I tak mahu perempuan liar macam Sheera jadi menantu I."Tegas suara Datin Viyona.

Datuk Azman terkejut.Sudah lama dia memujuk Datin Viyona dan berlakon baik didepannya,habis musnah rancangannya disebabkan Sheera.
'Siap kau Sheera.'Datuk Azman bercakap dalam hati.

"You boleh keluar sekarang."Arah Datin Viyona.

"Tapi Viyona..."

"Takde tapi-tapi lagi...You boleh pergi sekarang."

Datuk Azman berdiri dan berjalan keluar.

"Aku akan pastikan kau menyesal."Datuk Azman bercakap perlahan.

Dia berjalan meninggalkan bangunan Viyona Textile dengan hati yang penuh dendam.

****************************************************

Datuk Azman membuka kuat pintu bilik Sheera.
Dia melihat Sheera sedang tidur bersama seorang lelaki.

"Tak guna punya anak,berani kau buat onar dekat rumah aku."Datuk Azman berang.

"Hey kau bangun."Datuk Azman menarik kuat tangan Sheera.Dia melihat Sheera yang tiada seurat benang pun ditubuhnya.

Lelaki yang disebelahnya laju bangun mengutip pakaiannya.Dia berlari keluar.

Sheera masih mamai.

"Kau nak apa ni orang tua."Dia bercakap sambil mata tertutup.Dia menarik selimut tebal menutup tubuhnya yang masih tidak berpakaian.

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Sheera.

Sheera tersedar.Terkejut dengan tamparan Datuk Azman.

"Kau dah kenapa tampar aku."Sheera menengking kuat.

"Apa yang kau cakap dekat Viyona sampai dia cancel jadi partner aku?"Tanya Encik Azman

Sheera terkebil-kebil ingin mengingati apa yang berlaku.Tapi kepalanya pening dia tak dapat nak ingat apa yang berlaku.

"Aku tak ingatlah."Sheera bersuara kuat.Dia memegang kepalanya.Rambutnya kusut masai.

"Hey betina,aku tak peduli kau nak buat apa kat luar sana,yang aku nak sekarang kau pergi jumpa perempuan tak guna tu dan cakap semua ni salah faham.Kau dengar tak."Datuk Azman mencengkam kuat dagu Sheera.

"Sakitlah."Sheera menjerit sambil tangannya menarik cengkaman Datuk Azman.

Datuk Azman melempar kepala Sheera.

Air mata Sheera mengalir.

"Kau ingat,kalau kau tak settle kan hal ni,siap kau."Ugut Datuk Azman.

Sheera hanya diam.Lidahnya kelu.Dia tahu,dia tidak dapat melawan lagi.Datuk Azman menyebabkan dia jadi begini.Sejak Mamanya meninggal,Datuk Azman telah ambil kesempatan ke atas dirinya dan sekarang dia sudah tidak peduli apa yang dilakukannya.Dosa,pahala dia tidak peduli lagi.

****************************************************

"Auntie,please maafkan Sheera.Sheera betul-betul tak sedar apa yang Sheera cakapkan."Pujuk Sheera.

"Memang kamu tak sedar,sebab dah hayal sangat."Marah Datin Viyona tapi masih dalam kawalan.Malu jika pekerjanya dengar.

"Auntie,tolonglah,Sheera sayang sangat dekat Adam.Sheera tak mahu kehilangan Adam."Rayu Sheera.Dia memegang tangan Datin Viyona.

Laju Datin Viyona menarik tangannya.

"Kamu baliklah Sheera.Auntie tak mahu lihat muka kamu lagi datang sini dan contrak kamu sebagai model di AY Fashion,Auntie tak akan sambung lagi dah."Tegas Datin Viyona.

Sheera terkejut.

"Tapi Auntie...."

Datin Viyona mengangkat tangannya berisyarat supaya Sheera diam.

"Kamu keluar sekarang."Arah Datin Viyona.

Sheera hanya menurut.Dia keluar dari bilik Datin Viyona.Mukanya sudah masam mencuka.Benci.

**************************************************

"Arggghhh....tak guna..."Sheera mengambil pasu di atas meja dan dibalingnya ke arah cermin.Pecah berderai cermin meja solek tersebut.

Datuk Azman yang mendengar terus masuk ke bilik Sheera.

"Kau dah kenapa Sheera?"Tanya Datuk Azman dia melihat pregnent test di lantai.

"Kau mengandung."Buntang mata Datuk Azman.

Sheera hanya diam.Dia tidak ingat siapa yang tidur dengannya malam itu.

Datuk Azman diam.Dia mula memikirkan rancangan untuk menyatukan Sheera dan Adam dan membalas dendam terhadap Datin Viyona.
Dia tersenyum sinis.

Sheera yang melihat reaksi Datuk Azman jadi bingung.

"Aku ada rancangan dan aku nak kau ikut semua rancangan aku.Kalau gagal lagi,siap kau."Datuk Azman mengugut Sheera.

Sheera diam membisu.Hanya menurut apa yang di pinta ayah tirinya itu.

*****************************************************

Sheera berjalan masuk ke butik Adam.

"Maaf Cik Sheera,Encik Adam sibuk sekarang."Salwa cuba untuk berhentikan Sheera.

Sheera tidak mengambil peduli.Dia terus membuka pintu bilik Adam dan melihat pekerja perempuan yang dia tidak pernah nampak berada di depan pintu.Dia tidak penduli dan terus berjalan masuk.

"Maaf Encik Adam.Saya tak sempat nak tahan Cik Sheera daripada masuk."Salwa meminta maaf.

"It's okey Salwa."Adam bersuara lembut.

"I dah mengandungkan anak you."Sheera bersuara setelah Salwa dan pekerja barunya iaitu Qassandra keluar.

"Apa maksud you?"Soal Adam.

"You tak ingat ke yang minggu lepas you dah tidur dengan I."Keras suara Sheera.Sekarang waktu untuk memainkan peranannya.
Dia meletakkan beberapa keping gambar Adam sedang tidur bersama Sheera.

"You jangan nak memadai kata i dah mengandungkan you.Ntah jantan mana yang buntingkan you sekarang you nak i jadi pak sanggup pulak.I tahu ni semua rancangan you dengan papa you tu kan."Adam bersuara garang.Dia tahu Sheera yang rancang semua ni.Sebab setelah dia minum air yang telah di order masa itu,kepalanya pening dan tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

"You jangan nak menuduh i,sekarang i nak you bertanggungjawab sebelum i hantar gambar ni dekat Mama you."Sheera mula mengugut Adam.Dia tersenyum sinis.

"Kau berambus sekarang."Adam menghalau Sheera.

"You jangan menyesal."Sheera terus berjalan laju tanpa peduli orang disekelilingnya.

Telefon Adam berbunyi.Mamanya.

"Ya..Mama malam ni Adam bawak dia jumpa Mama."

"Okey,bye,Assalammualaikum."

Adam meletakkan telefonnya di atas meja.

Dia mengeluh.

"Datang lagi satu masalah."Dia bercakap perlahan.

Tiba-tiba datang satu idea.Dia tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience