Bab 13

Drama Completed 7832

Sejak daripada hari Fashion Show,ramai wartawan majalah ingin bertemu ramah dengan Qassandra.
Qassandra bertambah sibuk.Jadualnya padat dengan wartawan sampai untuk seminggu ini.Dan hari ini adalah hari terakhir dia perlu photoshoot bersama Adam.

Adam segak dengan baju tuxedo berwarna maroon.Segak.

Qassandra pula memakai dress labuh dengan warna yang sama.

"Awak cantik sangat Qassandra."Puji Adam.

Qassandra tersenyum malu.

"Tapi saya lebih suka Qassandra yang nerd."Adam bisik ke telinga Qassandra dan berlalu pergi ke depan camera untuk photoshootnya.

Qassandra yang mendengar telan air liur.Sakit ke Bosnya hari ini.Bercakap pun dah terlampau manis dan mengoda.

Hati Qassandra tak keruan.Dia menarik nafas panjang dan dihembusnya.

Dia melihat Adam yang tidak kekok langsung membuat gaya di depan camera.

Qassandra teringat yang dia simpan semua gambar Adam di sebuah buku diarinya.Setiap kali muka Adam keluar majalah atau surat khabar pasti di gunting dan di tampal di buku supaya menjadi pembakar semangatnya.Tiba-tiba dia teringin diarinya semula.Dia harus pulang bertanyakan Mek Mah nanti.

Setelah habis photoshoot Adam,kini gilirannya.
Qassandra kekok.Adam banyak membantunya.
Dia memang payah untuk bergaya untuk mengambil gambar.Ini kali pertama dia melakukan photoshoot.

Kedengaran juga Adam ketawa kecil apabila melihat badan Qassandra yang keras apabila di suruh berposing.

Qassandra tersenyum kelat.Tidak tahu berposing macam mana.Lagi-lagi kebanyakkan di situ lelaki yang sedang melihatnya.Dia jadi tidak selasa.Ada juga yang memandangnya seperti mahu makan dia pula.

Adam yang melihat berasa risau pula.Dia mengambil keputus untuk bergambar sekali dengan Qassandra supaya Qassandra berasa lebih tenang.

Akhirnya photoshoot berakhir.Syukur.

Qassandra terus masuk ke bilik solek.Tidak tahan melihat mata lelaki yang mahu makannya itu.Takut dibuatnya.Dulu dia pernah melihat mata sebegitu.Trauma.

****************************************************

Qassandra berjalan menuju keretanya.Terlalu lewat pula habis photoshoot ni.Mungkin disebabkan gambarnya tidak begitu memuaskan.Setelah di bantu oleh Adam baru dia berasa okey.

"Hai Qassandra...."Tegur seorang lelaki.

Qassandra terkejut dengan hari yang malam begini di tegur pula dengan suara yang menyeramkan itu.
Dia menoleh ke arah suara itu.

"Kau siapa?"Tanya Qassandra.Bergetar suaranya.

"Kau tak ingat aku ke...ni aku lah Helmi.."Lelaki itu berbisik di telinga Qassandra.

Qassandra menolak badan Helmi kuat.

"Kau nak apa,kau jangan nak ganggu aku lagi."Qassa.dra menjerit.Teringat kembali tragedi semasa sekolah dulu.Helmi telah mengambil kesempatan ke atas dirinya.Nasib baik Maria nampak dan terus membelasah Helmi dengan Silatnya.Helmi telah di tahan ke Sekolah Henry Gurney.Dia bersyukur sangat sejak dari itu Qassandra telah mengubah penampilannya.Tapi sekarang Helmi tidak berubah rupanya.Qassandra ketakutan.

"Janganlah jerit-jerit sayang.Abang rindu sangat dekat Qassandra."Suara Helmi lembut.Dia memegang tangan Qassandra ingin di cium Qassandra di situ.Qassandra menolak kuat badan Helmi.Dia berlari dan melihat Adam berada di depan kereta.

"Encik Adam...tolong saya...Encik Adam...Ada orang kejar saya."Qassandra sudah menangis.

Adam terkejut.

"Awak dah kenapa ni...?"Tanya Adam.Badan Qassandra mengigil-gigil.

"Tuh....orang tuh...nak ambil kesempatan ke atas saya."Qassandra bercakap sambil menunjuk Helmi yang sedang berlari mencarinya.

Adam melihat lelaki tersebut.Itu lelaki yang memandang Qassandra dengan pandangan menjijikkan tadi.

"Masuk kereta saya cepat."Arah Adam.

Qassandra laju masuk ke dalam kereta Adam

Adam turut masuk.

"Awak jangan risau orang luar tak nampak kita kat dalam."Adam cuba menenangkan Qassandra.

Qassandra menutup mulutnya setelah melihat Helmi di sebelah pintu kereta Adam.

Airmatanya deras mengalir.Qassandra pengsan tidak sedarkan diri.

Adam terkejut.

"Qassandra awak okey tak ni?"Tanya Adam.

Adam terus membuka enjin kereta dan memecut laju.

Risau melihat keadaan Qassandra sekarang.

***************************************************

"Macam mana keadaan Qassandra Luth?"Tanya Adam risau.Datin Viyona di sebelah juga turut risau.

Melihat Adam mendukung Qassandra masuk ke rumah tadi membuatkan dia terkejut.

"Qassandra okey,cuma dia demam mungkin Qassandra terlampau terkejut."Terang Luth.

Kedengaran bunyi loceng rumah.Mungkin Qhai yang datang.

Adam berjalan membuka pintu setelah menekan butang pagar automatik.

Kereta Qhai menyusur masuk ke pekarangan rumah Datin Viyona.

Qhai keluar dari kereta.

"Macam mana dengan keadaan Qassandra,Dam?Tanya Qhai setelah bersalaman dengan Adam.

"Dia demam,terkejut agaknya tadi ada orang kejar dia."Beritahu Adam.

'Astagfirullaha'azim,Ya Allah,semoga Qassandra tidak apa-apa Ya Allah.'Qhai beristighfar dan berdoa dalam hati.

"Apa yang berlaku sebenarnya.Siapa yang kejar dia?Tanya Qhai lagi.

"Aku pun tak pasti Qhai.Sebab tadi dia menangis cakap ada orang kejar dia dan nak ambil kesempatan ke atas diri dia.Aku tengok lelaki yang kejar tu pun muka memang ada niat jahat.Lepas masuk dalam kereta dia terus pengsan."Cerita Adam.

Qhai berjalan masuk ke dalam bilik.Wajah Qassandra kelihatan begitu pucat.Jika Puan Qistina tahu mesti Eommanya akan datang sini semula.Selepas Fashion Show,Puan Qistina telah pulang ke Korea.Dia perlu merahsiakan hal ini sehingga Qassandra sedar.
Qhai mengusap lembut dahi Qassandra.

Adam dan yang lain hanya melihat.Turut bersedih dengan apa yang berlaku terhadap Qassandra.

**************************************************

Qassandra tersedar dari tidurnya.Dia melihat Qhai tidur duduk di birai katil.

"Abang."Panggil Qassandra lemah sambil tangannya mengusap rambut Qhai.

Qhai tersedar.

"Qas dah bangun,Qas nak apa-apa ke?"Tanya Qhai.

Qassandra menggelengkan kepalanya.

"Kita kat mana ni abang?"Tanya Qassandra.

"Dekat rumah Mama Adam."Jawab Qhai.

"Apa yang berlaku abang?"Tanyanya lagi.

"Semalam Qas pengsan.Adam cakap ada orang kejar Qas.Siapa yang kejar Qas?"Qhai bertanya soalan kembali.

Qassandra berfikir.Ingin mengingatinya semula.Bila di ingat,Qassandra jadi takut.

"Abang...Qas takut...Helmi...Helmi cuba nak ambil kesempatan kat Qas.Qas takut."Qassandra bangun memeluk Qhai.Air matanya mengalir.

Qhai diam.Dia masih ingat cerita Maria,yang Helmi adalah lelaki yang obses dengan Qassandra sampai mahu memperkosa Qassandra ketika adiknya berusia 15 tahun dan Helmi 17 tahun semasa itu.Tidak menyangka dia masih mencari Qassandra setelah keluar dari Sekolah Henry Gurney.

"Dah Abang ada.Jangan risau."Qhai menenangkan Qassandra.Qhai berasa sangat marah dengan apa yng dilakukan Helmi.Jika dia jumpa Helmi siaplah di kerjakan lelaki tak guna itu.

Kedengaran bunyi ketukkan pintu.
Adam masuk dengan dulang makanan untuk Qassandra.

"Encik Adam,saya mintak maaf sebab dah susahkan Encik Adam."Qassandra bersuara perlahan.

"Tak mengapa.Dah Qassandra makan dulu ya."Suara Adam lembut.Meletakkan dulang di atas meja tepi katil.

"Terima kasih Adam.Kalau kau tak de semalam,aku tak tau apa yang akan terjadi dekat Qas."Ucap Qhai.

"It's okey Qhai."Adam memegang lembut bahu Qhai.

"Terima kasih Encik Adam."Ucap Qassandra pula.

"Sama-sama."Jawab Adam.

Mereka mengucap syukur kerana Allah SWT melindungi Qassandra dengan bantuan daripada Adam.
Qassandra meraup mukanya.Syukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience