Bab 5

Drama Completed 7830

Qassandra berjalan masuk ke pekarangan rumah Datuk Qamaruddin.Dia berasa letih selepas habis kelas dia terus ke tempat kerjanya.Dalam dia berjalan perlahan,suara Syakila kedengaran.
Dia tersenyum sinis.

"Papa nak jumpa kau."Dia bercakap dengan nada berlagak.

"Ada hal apa Papa tiba-tiba nak jumpa aku?"Qassandra berasa pelik kerana jarang sekali papanya ingin berjumpa dengannya.

"Kau pergi jela."Syakila bercakap sambil berjalan masuk.

Qassandra berjalan masuk.
Sampai di ruang tamu tiba-tiba pipinya di tampar oleh Datuk Qamaruddin.
Qassandra jatuh ke lantai.Dia sangat terkejut.Apa kesalahan yang dilakukan sampai diperlakukan sebegini.Air matanya jatuh.

Syakila dan Datin Sabrina tersenyum sinis.Puas hati melihat Qassandra di tampar.

"Apa salah saya Datuk,sampai Datuk tampar saya?"Tanya Qassandra dengan tangisan.

"Apa salah kau,kau tengok ni,apa kau dah buat dengan buku Syakila ni."

Datuk Qamaruddin membaling buku lukisan yang kena nescafe di depan muka Qassandra.
Qassandra terkejut.

"Tapi Datuk Syakila yang...."Belum sempat Qassandra menghabiskan ayatnya,Datuk Qamaruddin memintas.

"Kau tak payah nak berdalih lagi.Kalau aku tahu kau ni menyusahkan dah lama aku buang kau dari dulu lagi."Datuk Qamaruddin berang dia mahu memukul Qassandra lagi.Tapi cepat-cepat Datin Sabrina memainkan wataknya.

"Abang...dah la tu..kesian dekat Qas tu."Datin Sabrina bercakap lembut sambil tangannya mengurut dada suaminya.

Dia berjalan ke arah Qassandra.Dia membantu Qassandra untuk bangun.Qassandra hanya menurut dia tahu Datin Sabrina berpura-pura baik di depan Datuk Qamaruddin.

"Abang..sudah-sudah la..jangan buat Qas begini kesian dia.Abang tengok bibir dia dah berdarah."Datin Sabrina memegang muka Qassandra.
Air mata Qassandra masih mengalir.Sakit di pipi tidak terlawan dengan sakit dihatinya.

"Kau tengok Makcik kau dah layan kau dengan elok,apa yang kau dengki sangat dengan kakak kau?"Datuk Qamaruddin bercakap dengan nada masih marah kini dia tenang sikit setelah Datin Sabrina memujuknya.

Syakila yang mendengar perkataan 'KAKAK' dia rasa meluat sebab beza lahir mereka hanyalah sehari.

Qassandra hanya diam.Kalau dia bercakap benar pun bukannya Datuk Qamaruddin percaya.

"Qassandra..kamu balik rehat nanti papa okey la tu."Datin Sabrina bercakap dengan begitu lembut.

"Manjakan sangat dengan budak tuh,kan dah besar kepala."Datuk Qamaruddin tidak puas hati kerana isterinya begitu baik melayan Qassandra.Padahal apa yang di buat Qassandra terhadap Syakila sudah melampau.

Syakila mendekati Datuk Qamaruddin.

"Dah la papa..Syakila dah maafkan Qas..kesian dia."Syakila merangkul lengan dan meletakkan kepalanya di bahu Datuk Qamaruddin.Dia tersenyum sinis.Dia menggerakkan bibirnya.'Padan muka.'

Qassandra yang melihat hanya diam.Hanya air mata yang mengalir.

"Syakila pulak yang kesiankan kau,yang kau dengki sangat dengan dia.Syakila,mari naik atas,lagi aku tengok muka kau lagi menyirap aku dibuatnya."Datuk Qamaruddin berjalan meniti tangga bersama Syakila.

Datin Sabrina melihat mereka naik.Setelah hilang dari pandangan.Supp...Tangannya kuat mencengkam rambut Qassandra.

"Aduhh...Auntie...Sakit..."Qassandra mengaduh kesakitan.

"Siapa Auntie kau..Kau ingat ye,lain kali kau malukan anak aku lagi...lagi teruk aku kerjakan kau...kau faham."Datin Sabrina menekan suaranya supaya tidak terlampau kuat.

"Ye Datin saya faham."Qassandra bercakap sambil menangis dan menukar gelaran Datin Sabrina.

Datin Sabrina menarik Qassandra keluar dan dia menolak Qassandra hingga jatuh ke lantai.

"Berambus."Datin Sabrina menutup pintu kuat.

Qassandra menggagahkan diri untuk bangun.Dia berlari keluar dari rumah Datuk Qamaruddin.

Maria yang keluar ingin mencari Qassandra kerana sudah lewat malam,terkejut apabila dia melihat Qassandra laju berlari daripada pekarangan rumah Datuk Qamaruddin.Dia mengejar Qassandra.Sampai di taman permainan,dia melihat Qassandra masuk ke dalam jambatan terowong.
Maria sudah tahu,apabila Qassandra masuk situ mesti dia terlampau sedih kerana dari dulu,jika Qassandra dimarahi oleh Datuk Qamaruddin dan Datin Sabrina disitulah tempat dia menyorok.
Maria duduk di bawah terowong.Dia mendengar suara Qassandra menangis.

"Ya Allah..sakitnya...Ya Allah...Hati aku terlalu sakit...Apa salah aku sampai mereka buat aku macam ni.Kenapa papa tak bunuh je aku dari dulu.Kenapa nak seksa aku macam ni.Aku penat Ya Allah..Aku takut,aku tak kuat untuk hadap semua ini.Astaghfirullaha'azim..Ya Allah...Aku mohon Kau berikanlah aku kekuatan Ya Allah.Sejujurnya aku sangat menyayangi papaku.Hindarkanlah rasa benci terhadapnya.Aku tak mahu menjadi anak derhaka Ya Allah..Kau bukakanlah pintu hati papa untuk menerima aku Ya Allah.."Qassandra beristighfar dan dia menangis semahu-mahunya.Dia memeluk kuat beg galasnya.

Maria yang di bawah menutup mulutnya.Dia turut menangis.Sedih dengan apa yang berlaku terhadap temannya itu.Lama mereka di situ.Sudah lupa hari sudah lewat malam.

Apabila Maria tidak mendengar suara Qassandra menangis dia bangun pergi mendekati Qassandra.
Dia melihat Qassandra seolah tidak sedarkan diri.
Dia duduk di depan Qassandra dan meletakkan tangannya ke dahi Qassandra.

"Ya Allah,panas."

Laju tangan mendail nombor telefon ayahnya.

"Ayah,datang ke taman cepat,Qas demam panas ni."Suara Maria kedengaran panic.
Setelah memberitahu Pok Ri,terus dia menarik badan Qassandra dan meletakkan kepala temannya di atas ribanya.Maria kelihatan sangat risau.

Beberapa minit kemudian Pok Ri sampai,dia berlari ke tempat Maria dan Qassandra.
Pok Ri mendukung Qassandra masuk ke dalam kereta.Maria meriba kepala Qassandra.
Kemudian mereka terus menuju ke hospital.

'Ya Allah..kau kuatkanlah Qassandra.'Doa Maria dalam hati.Bila melihat Qassandra begini,air matanya mengalir.Dia mengusap lembut rambut Qassandra.

Share this novel

Aishah Rose
2020-05-21 21:00:56 

maaf terkomen banyak pulak ... hp hang dok tekan2 tak boleh...

Rosmani Ali
2020-05-21 20:12:02 

Cerita ni akan ada sambungan ke ?


NovelPlus Premium

The best ads free experience