Bab 19

Drama Completed 7832

Qassandra berasa gembira kerana telefon pintarnya hilang dulu masih selamat.Setelah dapat mesej bergambar daripada seseorang melalui telefon Qhai dia berasa seronok.

Dia ambil cuti semata-mata ingin berjumpa dengan orang yang telah jumpa telefon pintarnya.
Telefon kesayangan di beri Pok Ri,akan kembali semula.

"Assalammualaikum."Seseorang memberi salam.

"Waalaikumussalam,Encik Adam.Encik buat apa kat sini.?"Tanya Qassandra terkejut.

"Saya ada date dengan seseorang.Awak buat apa kat sini?"Tanya Adam masih berahsia.

Qassandra berasa pelik.Date?Siapa?Hermm.

"Saya pun ada date jugak."Qassandra menipu Adam.

Adam tergelak dalam hati.Tidak mahu mengalah ye.

"Kalau macam tu kita tunggu sama-sama lah."Adam memberi cadangan.

Qassandra diam.Gelisah.Adoi.Tuh lah nak menang sangat.

"Qas date dengan siapa?"Tanya Adam ingin mengusik Qassandra.

"Adalah mana boleh bagi tau Encik Adam."Qassandra berahsia.

"Janganlah berencik lagi,saya bukannya bos awak lagi."Suara Adam mendatar dan ada nada sedih di suara itu.

"Maaf,saya dah terbiasa."Qassandra tersenyum sumbeng.

"Awak boleh panggil saya Abang Adam."Cadang Adam.

Abang Adam.Adakah Adam masih menganggapnya sebagai adik?Qassandra sedih.

"Baiklah,Abang Adam."Qassandra bercakap perlahan.

"Ermm...Abang date dengan siapa pulak?"Tanya Qassandra ingin tahu.

"Sebenarnya,Abang tunggu owner telefon ni haa...mana ni tak sampai-sampai."Adam bercakap sambil mengeluarkan telefon pintar daripada poketnya.

Qassandra terkejut.

"Abang..ni telefon Qas la."Beritahu Qassandra.

"Yeke.Maknanya orang yang Qas nak date tu dengan abang la."Usik Adam.

Qassandra malu.

Dia menghulur telefon tersebut ke Qassandra.

Qassandra teruja dia membuka telefonnya.Rindu.
Dia teringat.

"Abang ada curi tengok telefon Qas tak?"Tanya Qassandra.Malu jika rahsianya terbongkar.

"Ada."Jawab Adam pendek.

"Maknanya Abang tahu la ni telefon Qas."Curiga Qassandra.Dia teringat yang wallpapernya adalah gambar dia dan Maria.

Adam tersengeh-sengeh.

"Sorryla.Abang cuma nak tahu siapa punya telefon,tak sangka pulak Qas punya."Cerita Adam.

Qassandra membuat muka.

"Tapi Abang boleh bagi tahu Qas terus.Buat malu je."Qassandra merajuk."Tapi Abang tengok tuh je kan?"Tanya Qassandra.Kerisauan.

"Maaf,Abang dah tengok semua."Ngaku Adam.

Qassandra malu."Abang Adam ni.."Qassandra mencubit bahu Adam.

Adam tergelak.Dia mengosok bahu yang di cubit Qassandra.

"Tapi Abang sangat hargainya.Terima kasih sebab jadikan abang idola Qas.Walaupun abang asyik marah-marah Qas..Abang mintak maaf sangat-sangat.."Adam bersuara perlahan.Dia betul-betul rasa serbasalah.

"Qas maafkan abang.Lagi pun time tuh kan Abang kena sihir dengan Syakila.So Qas dah lupakan pun."Suara Qassandra.

"Kalau Qas sudi,boleh tak kalau Qas kerja dengan Abang semula."

Qassandra diam.

"Qas sudi."Jawabnya pendek setelah lama diam.Dia masih mahu mencapai cita-citanya dan dia ingin bersama Adam.
Sebenarnya dia sudah jatuh cinta dengan Adam sejak Adam terlalu ambil berat tentangnya dulu.Tapi bila difikirkan yang Adam menganggapnya sebagai adik dia berasa sedih pula.

"Terima kasih Qas."Ucap Adam.

"Qas balik dulu."Qassandra meminta diri.

"Qassandra...."Lembut suara Adam.

Qassandra memandang wajah Adam.

Adam mendekatkan kepalanya ke sebelah telinga Qassandra.

"Abang rindukan Qassandra yang nerd."Bisik Adam.Sejak kes Helmi di tangkap,Qassandra mula berani menunjuk wajahnya di khalayak ramai dan dia tidak suka lelaki lain melihat wajah Qassandra.Dia mahu wajah itu hanya untuknya.Tamak.Adam tersenyum dalam hati.

Qassandra yang mendengar terkejut.Malu.Dia berdiri ingin pergi dari situ.

Adam menarik hujung lengan kembang baju Qassandra.

Qassandra berhenti.Dia melihat Adam.

"Abang cintakan Qassandra.Sudi tak kalau Qas menjadi isteri abang?"Adam bersuara lembut.Dia tidak mampu menahan lagi.Dia ingan Qassandra menjadi permaisuri yang halal untuknya.

Qassandra yang mendengar bertambah terkejut.Dia rasa bagaikan mahu terbang melayang.

Adam yang melihat tersenyum.Kelakar pulak melihat wajah Qassandra yang terkejut.

"Qas...sudi x?"Tanya Adam.

"Hah...ye..Qas sudi."Qassandra terkejut dan tersasul pula.

Adam tergelak.

Qassandra malu.

"So boleh la Abang masuk meminang Qassandra nanti."Suara Adam.

"Err....hermm..."Qassandra mengangguk setuju.

Mereka membalas senyuman.

"Terima kasih Sayang."Adam bersuara lembut dan menukar nama panggilan Qassandra.

Qassandra tersenyum manis.Cair pulak mendengar ayat 'Sayang' itu.

***************************************************

Qassandra dan Adam berjalan masuk ke bilik Syakila.Sudah di pujuk-pujuk akhirnya Adam setuju untuk berjumpa dengan Syakila.

Kini Syakila tidak seperti dulu.Dia seperti orang sakit jiwa.Bercakap seorang diri.Kadang-kadang ketawa,menangis,meracau dan ketakutan.
Mungkin ini balasan untuk Syakila kerana telah melakukan perbuatan syirik.

Bila melihat Syakila begitu,Qassandra berasa simpati.Kadang-kadang dia yang Syakila jika ada masa terluang.

Adam yang melihat Syakila tiada riak langsung.Tiada kata untuk dia ucapkan.

"Qas harap,abang boleh maafkan Syakila.Dia pun dah dapat balasan dengan apa yang dia lakukan."Qassandra bersuara lembut.

Adam diam.Dia melihat wajah Qassandra yang penuh harapan.Dia mengeluh.Bolehkah dia ikhlas memaafkan Syakila.Disebabkan Syakila dia sudah minum air yang haram itu.Dia benci bila memikirkan hal itu.Sejahat-jahatnya dia tidak pernah minum air haram tersebut.

"Abang..setiap manusia melakukan kesilapan.Dalam kesilapan yang dia buat ada hikmah disebaliknya.Kita sebagai manusia sepatutnya bersyukur.Memaafkan akan membuatkan hati lebih tenang.Seperti yang kita selalu diingatkan bahawa Nabi Muhammad pun memaafkan umatnya,walaupun umatnya telah banyak melakukan salah yang sangat berat terhadap Baginda.Sedangkan kita yang kerdil ni,baru di uji sebegini sudah berdendam dan tidak mahu memaafkan sampai mati.Dalam tidak sedar kita turut berdosa dengan pemikiran begitu."Qassandra memberi nasihat panjang lebar.

Adam yang mendengar beristighfar panjang.'Ampunkanlah aku,Ya Allah.'Doa Adam dalam hati.

Adam melihat Syakila yang sedang bermain dengan anak patung.

"Syakila,abang maafkan Syakila.Abang mintak maaf juga jika abang ada buat salah dengan Syakila."Dia bercakap dengan Syakila.

Syakila yang mendengar masih ralit dengan anak patungnya.
Dia melihat muka Adam.Tiba-tiba dia menangis.Dan teriak mintak maaf.

"Maafkan aku...maafkan aku..."Dia menangis dan duduk memeluk lutut di hujung katil.

Adam yang melihat terkejut.

Qassandra memeluk Syakila.Sedih melihat keadaan Syakila begini.

"Ya Allah,sembuhkanlah Syakila."Doa Qassandra perlahan.Air mata Qassandra mengalir.

Adam yang melihat turut bersimpati dengan keadaan Syakila.Kini dia berasa lebih tenang setelah memaafkan Syakila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience