Bab 18

Drama Completed 7830

Kini Qassandra lebih tenang.Dan keluarga mereka telah bersatu semula.

Puan Qistina sudah pulang ke Korea setelah majlis kesyukuran diadakan.Katanya sudah lama meninggalkan homestay.Risau jika pekerjanya lari pula.Qassandra redha.

Datuk Qamaruddin turut bersedih.Tapi dia pasrah.Mulai sekarang dia akan menjadi suami yang lebih baik.Dengan peluang yang Allah SWT berikan ini,beliau akan gunakan sebaik mungkin.

Datin Sabrina turut berat hati berpisah dengan madunya.Setelah beberapa hari mengenali Puan Qistina,dia jadi jatuh sayang dengan madunya itu.Cara cakapnya begitu lemah lembut.Patutlah suaminya terpikat dengan Puan Qistina.

****************************************************

Qassandra bekerja semula di kedai serbaneka yang dulu dia bekerja sebagai part time sahaja.Dan sekarang menjadi full time.Belum ada hati untuk menjadi designer semula.

Qassandra terkejut bila ada orang meletakkan sejambak bunga ros merah didepannya ketika sedang ralit mengira stok bahagian kaunter.

"Maaf Encik,saya rasa Encik salah alamat ni."Beritahu Qassandra.Dia mendongak.Dia terkejut.

"Encik Adam.Mana Encik tahu saya kerja sini?"Tanya Qassandra.Terkejut.

Adam hanya tersenyum.

"Qassandra apa khabar?"Tanya Adam.

"Saya baik Encik Adam.Encik Adam apa khabar?"Tanya Qassandra pula.

"Baik.Ni untuk awak."Adam menghulur jambangan bunga tersebut.

Qassandra mengambilnya.

"Untuk apa ni?"Tanya Qassandra pelik apabila tiba-tiba di beri bunga.

"Tanda minta maaf."Jawab Adam

Qassandra hanya mengangguk

Adam melihat wajah Qassandra terubat rindunya.Tapi dia lebih rindukan Qassandra yang nerd.Adam tersenyum sendiri.Adam o Adam.

"Kenapa Encik Adam?"Tanya Qassandra pelik melihat Adam senyum sendiri.

"Takde apa-apa."Adam kaku.Tidak tahu mahu cakap apa lagi

Dia tersenyum sumbing.

Qassandra membalas senyuman Adam.

****************************************************

Qassandra tidak menyangka yang Luth adalah teman lelaki yang tidak sempat ditunjukkan oleh Maria dulu dan mereka jugalah yang telah memberitahu Adam tentang tempat kerjanya.Hermm..

"Diam-diam ye bercinta,tak bagi tau aku pun."Qassandra mengusik Maria.

Maria tergelak.Luth hanya tersenyum.

"Mana ada diam-diam.Rahsia je."Maria loya buruk.

Qassandra tergelak.Dia melihat Hud yang sudah berisi badannya setelah sembuh daripada penyakit leukimianya dulu.Alhamdulillah.

"Bila nak langsungnya."Tanya Qassandra.

"Kami ingat,hujung tahun ni.Lagi cepat lagi bagus."Maria bergurau.Dia tergelak.

Luth tersenyum.Malu pula dengan gurau Maria.

"Gata nok belaki saing ambo ni."Qassandra bercakap dalam bahasa kelantan.

Maria bertambah galak ketawa.

"Kau ni malu lah aku,macam aku pulak yang terlebih excited nak belaki."Bisik Maria.

Qassandra tergelak mendengarnya.

"Abang Luth nanti kena la belajar bahasa kelantan."Beritahu Qassandra.

"Abang dah faham sikit-sikit.Insya-Allah nanti Mar boleh ajar abang lagi."Jawab Luth.
Benar,sekarang dia sudah faham sikit-sikit kerana Maria bila bercakap kadang-kadang terlepas jugak bahasa Kelantannya.Dari situ dia mula mencari maksud di Google dan banyak menonton drama atau cerita pendek berbahasa Kelantan di Youtube.Demi orang tersayang dia sanggup belajar.

Hud ralit dengan nasi ayamnya.Tidak menoleh langsung.
Qassandra tersenyum melihatnya.Comelnya Hud.Harap dia bertambah bahagia bila hadirnya mama barunya nanti.

"Mama,nak air."Pinta Hud.

Maria mengambil air.Hud menyedut air oren jusnya.

"Mama...nak air jugak..."Qassandra bersuara seperti kanak-kanak.

"Ishh kau ni..."Maria membaling kain sapu tangan ke muka Qassandra.

Qassandra mengelak dan tergelak.

Luth yang melihat tersenyum dan menggelengkan kepalanya.Kagum melihat hubungan baik Maria dan Qassandra.Syukur dia bertemu dengan Maria yang sangat baik untuk dijadikan permaisuri hatinya dan ibu untuk anaknya.

***************************************************

Adam membuka laci meja kerjanya.Dia mengeluarkan kertas kartun anime yang di lukis oleh Qassandra dulu.Dia tersenyum.Rindu dengan Qassandra.Kemudian dia mengeluarkan telefon pintar dari dalam laci itu juga.Baru dia teringat tentang telefon ini.Dia pernah terlanggar seorang perempuan tapi tidak sempat untuk memulangkannya.

Dia memasang wayar charger.Masih berfungsi.Kemudian dia membukanya mahu melihat siapa empunya telefon ini.Dia leretkan skrin ke atas kerana tiada sebarang kata kunci untuk membuka telefon tersebut.Terkejut dia apabila melihat wallpaper tersebut.

"Qassandra."Suara Adam perlahan.Dia tidak menyangka perempuan yang di langgar itu Qassandra.

Dia melihat banyak mesej yang masuk.Dia tersenyum.
Melihat mesej itu dia tahu Qassandra merayu untuk dipulangkan semula telefonnya.
Tapi apakan daya baru sekarang dia perasan telefon tersebut.
Dia selongkar pula bahagia gambar.Banyak gambar curi Datuk Qamaruddin.Sayang betul Qassandra kepada ayahnya.
Di membuka satu fail yang penuh dengan gambarnya.Dia terkejut.Setiap gambar tertulis 'My Designer Idol.'Mungkin Qassandra telah menjadikannya inspirasi dalam bidang fesyen.
Adam rasa terharu.Tapi apa yang dilakukan terhadap Qassandra amat berat untuk dimaafkan.

"Maafkan saya Qassandra."Ucapnya perlahan.
Dia membelai skrin telefon yang ada wajah Qassandra.

Datin Viyona mengetuk pintu.

Adam melihat dan tersenyum

"Mama,masukla."Pelawa Adam.

Datin Viyona melangkah masuk.

"Adam okey?"Tanya Datin Viyona.Sejak kes hari tu.Adam banyak duduk di rumah dan menghabis masanya di sejadah memohon keampunan daripada Allah SWT tentang dosa yang dia lakukannya.Sering dia melihat Adam menangis di dalam doanya.Datin Viyona bersyukur anaknya sudah kembali.

"Adam okey je mama."Jawabnya.

Datin Viyona mengusap rambut Adam.Dia melihat Adam sedang melihat gambar Qassandra.

"Rindu ke?"Tanya Datin Viyona.

"Ermm...Adam rindukan Qassandra.Tak tahu kenapa Adam rasa takut kehilangan dia tapi bila difikirkan apa yang Adam lakukan terhadapnya.Adam rasa,Adam tak layak mencintai Qassandra."Luah Adam.Walaupun dia sudah minta maaf tapi dia rasa Qassandra belum bersedia untuk memaafkannya.

"Adam,Mama yakin,Qassandra mesti dah maafkan Adam.Lagipun apa yang jadi bukannya salah Adam,Adam tak sedar apa yang Adam lakukan.Adam jumpa dengan Qassandra dan bincang elok-elok."Datin Viyona memberi semangat kepada Adam.

"Baiklah,thanks,Ma"Jawabnya pendek.

Datin Viyona tersenyum.Dia berjalan keluar daripada bilik Adam.Tidak mahu menganggu Adam.

Adam hanya melihat Datin Viyona keluar dari biliknya.

Tiba-tiba dia mempunyai rancangan untuk berjumpa dengan Qassandra lagi.Dia tersenyum gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience