Bab 17

Drama Completed 7830

Setelah selesai Adam memberitahu Media tentang apa yang terjadi padanya,sekarang dia berapa di depan 20 orang pekerjanya.Dia memohon maaf tentang apa yang terjadi selama beberapa bulan tersebut.Dia rasa serbasalah dan akan membayar pampasan kepada mereka semua.

Mereka semua diam dan tundukkan kepala.

"Jika kamu semua sudi,saya harap kamu semua boleh bekerja semula dengan saya.Saya sayang sangat dengan pekerja-pekerja saya.Jika mahu bekerja di tempat lain,saya akan redha.Walaupun berat untuk saya melepaskan kamu semua."Suara Adam Sedih.

Mereka semua berpandangan,Salwa yang berada sebelah Adam hanya berharap mereka boleh terima bekerja di butik semula.

"Kami buat keputusan untuk bekerja di butik semula.Kami pun sebenarnya sayang nak lepaskan kerja kami.Dah lama kami bekerja dengan Encik Adam.Kami tahu kami salah kerana buruk sangka dengan Encik Adam dengan apa yang berlaku.Kami minta maaf Encik Adam."Suara salah satu pekerjanya.Shuhada.Akauntan AY Fashion.

Adam tersenyum gembira.Syukur.Dengan apa yang berlaku banyak mengajar untuk lebih berhati-hati dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.Dia akan cuba untuk menjadi ketua yang lebih dedikasi.

"Terima kasih semua."Ucap Adam.

"Sama-sama Encik Adam."Jawab mereka.

Mereka semua bersurai.

Adam masih termenung.Dia memikirkan Qassandra.Terlalu banyak salahnya pada gadis itu.

"Encik Adam fikirkan Qassandra ke?"Teka Salwa.

Adam hanya mengangguk.Dia mengeluh.

"Encik Adam tak pergi jumpa dia?"Tanya Salwa lagi.

Adam menggeleng.

"Saya malu nak jumpa dia.Boleh ke dia maafkan saya."Adam bersuara lemah.

"Qassandra mesti maafkan Encik Adam.Lagipun semua ni bukan kehendak Encik Adam."Salwa cuba memberi semangat untuk Adam berjumpa dengan Qassandra.Qassandra pun sekarang masih dalam keadaan trauma dengan apa berlaku terhadapnya.

"Baiklah kalau begitu.Nanti saya pergi."Adam cakap sambil berdiri.Dia berjalan meninggalkan bilik mesyuarat.
Salwa hanya melihat pemergian Adam.Kemudian dia turut keluar dan menyambung kerjanya yang tertunggak apabila Syakila mengambil alih butik.

*****************************************************

Datin Sabrina berjalan masuk ke dalam rumah Qhai dan Datuk Qamaruddin mengikuti di belakang.

"Qassandra,mana kau."Jerit Datin Sabrina.

Semua yang ada di situ terkejut.

Datin Sabrina mencari Qassandra.Sampai di satu bilik dia melihat Qassandra sedang berborak dengan Maria.Dia terus memukul Qassandra dengan beg tangannya.

Puan Qistina,Qhai dan Maria terkejut dan menahan Datin Sabrina supaya menghentikan perbuatannya itu.
Datuk Qamaruddin turut menahan Datin Sabrina.

"Kenapa dengan kamu ni Sabrina."Suara Puan Qistina.Dia berdiri di depan Qassandra yang di peluk oleh Maria.

"Kenapa dengan aku.Hey betina...kau ingat aku tak tau ke yang anak kau tu dah hantar santau dekat anak aku."Tuduh Sabrina.Dia telah mempercayai kata bomoh yang dia jumpa beberapa hari lepas.

"Kamu cakap apa ni Sabrina.Qassandra tak mungkin buat semua tuh."Puan Qistina cuba bercakap dengan lembut lagi.

Datuk Qamaruddin hanya melihat.Diam seribu bahasa.Dia memegang kuat badan Datin Sabrina.

"Kau ingat aku percaya ke?Anak kau tu memang pembawa sial tau tak.Aku benci dengan korang semua.Benci....."Datin Sabrina menjerit kuat.Meronta ingin dilepaskan.Dia semakin menggila.

Satu tampar kuat hinggap di pipi Datin Sabrina.
Kesabaran Puan Qistina sudah menipis.Sudah lama dia bersabar dengan apa yang dilakukan Datin Sabrina terhadap keluarganya dulu.

Datuk Qamaruddin terkejut.Dia menampar Puan Qistina.

"Eomma."Qhai memdapatkan Puan Qistina

Qassandra dan Maria terkejut.

"Jangan kau berani sentuh Sabrina perempuan jijik."Marah Qamaruddin.
Datin Sabrina yang tadi terdiam kini dia senang hati.

"Siapa yang Datuk cakap perempuan jijik tu?"Suara Qhai.Tegas.
"Kalau Datuk nak tahu,perempuan yang paling jijik adalah Datin Sabrina."Suara Qhai kuat.Dia tidak mampu menahan rahsia ini lagi.

Datuk Qamaruddin tergamam.

"Apa maksud kau.Jangan berani kau menghina Isteri aku."Datuk Qamaruddin bertambah marah.

"Habis tu ni siapa,bukan isteri Datuk ke,bertahun-tahun Eomma menunggu suaminya pulang kepangkuannya.Datuk gantung Eomma tidak bertali.Datuk lebih percayakan fitnah yang dilontarkan Datin Sabrina."Suara Qhai kuat.

Puan Qistina menangis dia membuat isyarat supaya Qhai berhenti bercakap.

"Eomma,hal ni kita tak boleh nak simpan lagi.Datuk mesti tahu hal sebenar."Qhai tidak mampu menahan lagi.

"Apa maksud kamu hal sebenar?"Tanya Datuk Qamaruddin.

Datin Sabrina gelisah.Dia menarik tangan Datuk Qamaruddin untuk pergi dari situ.Tapi Datuk berkeras untuk mendengar cerita Qhai.

"Dulu,semasa Datuk jumpa Eomma dalam bilik dengan lelaki lain semua tu rancangan Datin,time tu saya ada di sebalik pintu bilik Eomma setelah saya mendengar suara pelik di luar.Saya melihat sendiri lelaki itu berbincang sesuatu dengan Datin.Saya tak mampu nak buat apa time tu kerana takut.Lepas tuh saya nampak Datin telah menukar sampul DNA test saya bersama Datuk."Qhai memulakan cerita.

"Apa bukti kau cakap macam tuh."Datuk Qamaruddin masih tidak percaya.

Qhai keluar dan mengambil sesuatu dibiliknya.
Kemudian dia kembali dengan sampul surat di tangan.Dia hulur ke Datuk Qamaruddin.

"Ni ujian test yang sebenar.Saya mengambilnya setelah Datin mereyuk dan membuangnya dalam tong sampah."Beritahu Qhai.

Datuk Qamaruddin mengeluarkan kertas yang sudah reyuk dari sampul.Datuk Qamaruddin terkejut melihat kertas ujian tersebut.99.9998 peratus.Qhai adalah anak kandung beliau.
Dia melihat Datin Sabrina dengan wajah yang garang.

"Abang jangan percayakan mereka.Mereka tipu sebab nak balas dendam dekat saya."Datin Sabrina sudah menangis.

"Sabrina baik kau mengaku cepat,betul semua ni kau yang rancang?"Suara Datuk Qamaruddin garang.

"Tak.bukan Sab.Jangan percaya cakap mereka abang."Datin Sabrina masih tidak mengaku.

"Kalau Datuk masih tak percaya,mari saya tunjukkan bukti lagi."Qhai mengajak mereka pergi ke ruang tamu dan mengambil laptopnya.Dia menekan butang di papan kekunci laptop tersebut.

"Ni saya rakam daripada telefon saya.Semasa hari kejadian saya sedang bermain game di telefon.Setelah mendengar sesuatu si luar,saya pun keluar dengan menggunakan lampu telefon untuk berjalan.Bila saya tengok bilik Eomma terbuka sikit saya nampak Datin Sabrina sedang berbincang sesuatu dengan seorang lelaki.Lepas tu,saya padam lampu dan rakam semua ni.Saya takut nak tunjuk dekat Datuk sebab lewat malam Datuk balik,Datuk terus marah -marah dan esoknya Datuk buat keputusan untuk tinggalkan kami dan pulang ke Malaysia dengan Qassandra."Qhai bercerita panjang lebar.

Puan Qistina juga baru tahu tantang hal ini.
Qassandra memeluk Eommanya.

Datuk Qamaruddin yang melihat bertambah marah terhadap Datin Sabrina.

"Aku tak sangka,perangai kau lebih teruk daripada binatang Sabrina."Datuk Qamaruddin sudah naik angin.Dia ingin menampar muka Datin Sabrina.

Qhai menghalang.

Datin Sabrina sudah menangis kuat.Sekarang rahsia sudah terbongkar.Dia tidak boleh sembunyikan lagi

"Abang.. ampunkan Sab bang."Suara Datin Sabrina semakin lemah

"Aku takkan pernah maafkan kau.Kau dah buat aku benci dengan Qistina dengan anak-anak aku sendiri.Bertahun-tahun aku benci dengan Qassandra kerana wajah dia seiras dengan Qistina mengingatkan aku pada kejadian malam tu.Sampai hati kau pecah belahkan keluarga aku."Suara Datuk Qamaruddin.Air matanya mengalir.
Beliau berjalan ke arah Qassandra dan Qistina.

Puan Qistina dan Qassandra sudah menangis teresak-esak.

Datuk Qamaruddin memeluk Qassandra.

"Maafkan Papa,Qas.Papa dah banyak buat salah dengan Qas."Datuk Qamaruddin meminta maaf

Qassandra bertambah kuat menangis.Sudah lama dia teringin merasai pelukkan kasih sayang daripada papanya.

Maria yang melihat turut terharu.

"Qas maafkan papa.Qas tak pernah marahkan papa.Qas sayang sangat dekat papa.Hari-hari Qas berdoa supaya papa dapat terima Qas dan hari ni, Allah telah makbulkan doa Qas.Qas bersyukur sangat."Qassandra berasa sangat bersyukur.Akhirnya doa dia termakbul.Terima Kasih Ya Allah.

"Qis,maafkan Abang."Suara Datuk Qamaruddin lembut.Dia melihat wajah Puan Qistina dia rasa serbasalah.

"Saya maafkan Abang.Qis cintakan abang."Suara Puan Qistina perlahan.Sudah lama dia menunggu suaminya itu.Selepas ditinggalkan dia sentiasa menanti kepulangan Datuk Qamaruddin.Setelah dua tahun kemurungan,beliau cuba untuk memulihkan dirinya dengan bantuan Doctor di sana.Apabila dia melihat Qhai dia bertambah kuat untuk memulakan hidup baru.Setelah pulih,dia sibuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan sehingga dia membina homestay untuk menampung kehidupan mereka dua beranak.Sentiasa sibuk untuk melupakan hal yang terjadi.

Datuk Qamaruddin memeluk Puan Qistina.Sebenarnya dia sangat rindukan Puan Qistina tapi ego dan kebencian apabila kejadian itu membuatkan dia buta hati.

Puan Qistina membalas pelukkan Datuk Qamaruddin.Dia betul-betul rindukan suaminya.Dua puluh dua tahun.Akhirnya mereka berjumpa kembali.

Datuk Qamaruddin bertambah terharu dengan luahan cinta Puan Qistina.Terlalu besar dosanya.
'Ya Allah..ampunilah aku..terlalu besar dosaku kerana tidak menunaikan tanggungjawabku Ya Allah.Ampunkanlah Aku.'Datuk Qamaruddin merintih dalam hati.

"Abang..Ampunkan Sab abang.Sab tahu Sab banyak buat salah dengan abang.Tolong ampunkan Sab."Sabrina memeluk kaki Datuk Qamaruddin.

"Sabrina binti Zamzuri aku....."Belum sempat Datuk Qamaruddin melafaz talak,Puan Qistina menutup mulut Datuk Qamaruddin.

"Jangan bang,kita boleh bincang elok-elok,penceraian amat di benci Allah."Lembut suara Puan Qistina.

Datin Sabrina yang mendengar rasa terharu.Walaupun dia banyak buat salah dengan Puan Qistina tapi wanita tersebut tidak berdendam dengannya.

Puan Qistina membantu Datin Sabrina untuk duduk bersebelahan dengannya.

"Kak...maafkan saya.Saya tahu saya banyak buat salah dengan kak."Datin Sabrina menangis.

"Sabrina,akak tahu kamu sayang sangat dengan Abang cuma cara kamu salah tidak mengapa akak sudah maafkan kamu."Puan Qistina bersuara lembut.Dia tersenyum.

Datin Sabrina memeluk Puan Qistina.Tidak menyangka madunya berhati mulia sedangkan dia,menghancurkan kebahagiannya.

"Terima kasih kak."Ucap Datin Sabrina.

Datuk Qamaruddin yang melihat berasa sejuk hati.
Hilang niatnya untuk menceraikan Datin Sabrina.

"Abang maafkan saya."Datin Sabrina memegang tangan dan melutut di hadapan Datuk Qamaruddin.

Datuk Qamaruddin melihat Puan Qistina.
Puan Qistina hanya tersenyum.Ya Allah mulianya hati mu Qistina.

"Abang maafkan Sab."Datuk Qamaruddin bercakap sambil memegang kepala Datin Sabrina yang rambut di ikat sanggul.

Datin Sabrina menangis gembira.

"Terima kasih Abang."Dia memeluk suaminya.

Mereka yang ada di situ berasa terharu juga.

Qhai melihat Eommanya,nampak sinar kebahagian di wajah wanita itu.Sudah lama dia tidak melihat wajah itu.

Datin Sabrina berdiri di hadapan Qassandra.

"Auntie mintak maaf Qas,selama ni Auntie banyak buat salah dengan Qas."Suara Datin Sabrina setelah tangisannya reda.

"Saya maafkan Auntie."Suara Qassandra.

Datin Sabrina memeluk Qassandra.

"Terima kasih Qas."Ucap Datin Sabrina.

Mereka semua tersenyum bahagia.

"Tadi,apa maksud Auntie cakap Qas santau Syakila.Apa yang terjadi dekat Syakila?"Tanya Qassandra setelah meleraikan pelukkan.Dia teringat apa Datin Sabrina katakan tadi.

"Sekarang Syakila sakit.Sejak keluar hospital dia selalu cakap,nangis,gelak sorang-sorang.Dia cakap ada hantu nak cekik dia.Dan selalu sebut nama kamu dan Adam.Auntie dah bawak jumpa bomoh.Bomoh tu kata ada orang santau Syakila.Sebab tu Auntie syak Qas sebab Syakila kan suka sakitkan hati Qas dan mungkin nak balas dendam.Sekarang Auntie terpaksa kurung dia di bilik 24 jam dengan jagaan pengawal.Auntie takut dia lari lagi."Cerita Datin Sabrina.Dia sangat sendih apabila melihat Syakila begitu.

Qassandra terkejut.Betullah apa yang di beritahu Luth semalam.Dia melihat Datin Sabrina.Rasa serbasalah ingin beritahu hal ini.Tapi dia perlu beritahu juga supaya salah faham ini terungkap.

"Auntie jika saya cakap ni Auntie sabar ye,"Qassandra bersuara perlahan

Datin Sabrina hanya memandang Qassandra.

"Sebenarnya...Syakila dah mengunakan ubat pengasih untuk tundukkan Encik Adam,bos kami.Mungkin Encik Adam sudah berubat dengan Ustaz.Benda tu mengacau Syakila semula.Sabar ye Auntie."Beritahu Qassandra.

Terduduk Datin Sabrina.Sejahat-jahatnya dia tidak pernah memintak pertolongan jin.Dia jumpa bomoh pun sebab rakannya menyuruh dia bawa Syakila pergi berubat dengan bomoh tersebut.Tak sangka bomoh itu telah menipunnya.

"Astaghfirullaha'azim.Syakila apa yang kamu buat."Datin Sabrina beristighfar dan menangis.

Datuk Qamaruddin turut terkejut.Beliau memeluk bahu Datin Sabrina.

"Semua salah Sab bang.."Raung Datin Sabrina.

"Sudah la..Sabar Sab.Apa yang jadi ada hikmah di sebaliknya.Abang juga bersalah dalam hal ni.Abang minta maaf Sab."Datuk Qamaruddin mengusap belakang Datin Sabrina.

Maria memeluk pinggang Qassandra dan Qhai memeluk bahu Qassandra.Mereka membalas senyum.Alhamdulillah.

Apa yang di rancang oleh Allah SWT,ada kemanisan di akhirnya.Syukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience